Sepanjang bertugas sebagai seorang Nuri pilot di Semenanjung Malaysia, hanya sekali saya membuat 'deck landing'. Itu pun di atas kapal KD Mahawangsa. Pendaratan ini tidak menjadi masalah kerana 'LP' terletak belakang kapal. Ini bermakna tiada halangan di kiri dan kanan LP: halangan hanyalah 'bridge' kapal di hadapan 'flight path' semasa membuat 'approach' untuk mendarat.
Semua pilot helikopter dilatih untuk mendarat di 'confined area', ala....mendarat di LP le tu. Mendarat di LP memang ada cabarannya tersendiri. Kapal juga tergolong dalam kategori ini. Perbezaannya ialah LP di hutan tak bergerak: kapal pula sentiasa bergerak walaupun perlahan. Masalah berganda apabila mendarat atas kapal seperti KD SRI BANGGI. Memang satu cabaran!
M23-37 mendarat di KD SRI BANGGI
Keluasan LP di atas kapal bukannya menjadi persoalan. Masalahnya ialah 'obstructions', iaitu 'bridge' dan juga 'tiang/aerial' di hadapan: LP terletak di antara bridge and tiang/aerials (lihat gambar). Untuk mendarat, kaedah yang dipraktikkan ialah Nuri terbang 'parallel' dengan kapal dan pada masa yang sama 'move sideways'. Kelajuannya melebihi kelajuan kapal. KU memainkan peranan penting kerana hanya beliau yang nampak kedudukan bridge relatif kepada ekor pesawat. 'Pattering' KU memaklum kapten pesawat, lebih kurang berbunyi '....Forward 5 Right 5' serentak (kehadapan 5 kaki kanan 5 kaki). Masalah bertambah tatkala laut bergelora. Alangkan orang sekali pun boleh 'mabuk' percuma apabila kapal terumbang-ambing dipukul ombak...He...He...He. Menurut PW2 Saifuddin (B) yang membuat detasmen atas kapal berkenaan, kapten kapal ada memaklumkan bahawa beliau (kapten) 'tutup mata' bila Nuri nak mendarat atas kapal.
Ketika pesawat dalam penerbangan untuk mendarat di atas kapal yang dalam pelayaran ke Terumbu Layang Layang, saya menerima arahan daripada Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD2), Kuching, untuk menghantar draf SOP tentang 'Deck Landing'. Sebenarnya, sebelum Mei 1983, tiada tercatat dalam SOP Nuri berkaitan topik ini. Apa lagi, saya pun menghantar mesej mengarahkan kapten pesawat untuk menghantar draf kepada saya dengan seberapa segera. Kalau tak silap saya, draf itu hanya 2 muka saja dan saya bersetuju dengan syor beliau. Ia telah dipanjangkan kepada MAWILUD2. Sudah pasti diluluskan tanpa sebarang komen. Beberapa bulan kemudian, perkara ini telah dibincang dengan panjang lebar semasa Heli Seminar di KL. Saya difahamkan, SOP Nuri kini menghendaki semua krew membuat 'deck landing' setiap 6 bulan sekali.

Sekira diizinkan-Nya buku ke2 menjadi kenyataan, saya akan masukkan komen-komen yang tercatat dalam coretan berkenaan, insyaAllah. Saya tidak kisah apa orang akan kata tentang kandungan buku itu nanti serta gaya penulisan kerana saya menyanjung tinggi pengiktirafan oleh mereka yang menghargai pengorbanan para veteran ATM....TERIMA KASIH.