Setelah diedit...Janji isi kandungan tidak lari
Ini sajalah sumbang bakti yang termampu saya berikan kepada negara tercinta ketika usia sudah di ambang sore. Tak tahu le saya sama ada terdapat pihak yang berminat dengan perkhidmatan para veteran yang kebanyakan usianya sudah menjangkau senja, wallahualam.
Objektif saya bukannya apa, hanya mengharapkan agar rakyat mencintai...dan terus mencintai negara kita yang satu ini. Mungkin ada yang mahu berhijrah ke negara lain yang kononnya lebih 'bertamadun', tapi bagi majoriti rakyat, inilah satu-satunya negara kita. Negara inilah tempat kita dilahirkan dan di sini jugalah kita akan disemadikan, insyaAllah. Kalau kita sendiri tidak menghargainya, siapa lagi?
Saya telah kepilkan keratan akhbar tersebut dalam emel berikut kepada mereka yang berkelipan 'bintang-bintang' di bahu....Mungkin mereka akan memahami apa yang tersirat (di sini). Itu pun sekiranya mereka 'terbaca' emel itu...He...He....He.
From: nor ibrahim sulaiman
To: PTU; Tan Sri PAT ; PTD ; KP PLKN ; PTL
Cc: KP Veteran; "farihan@khidmatnegara.gov.my"
Sent: Tuesday, 4 September 2012 3:06 PM
Subject: PENGKISAH
ASSALAMUALAIKUM TAN SRI/DATO'/PUAN,SEKADAR BUAT RENUNGAN - http://xnuripilot.blogspot.com/2012/08/pahlawanku-nubari-yang-terluka.htmlMEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
1 Attached file
Sebenarnya saya tak kisah walau pun mungkin ada tanggapan negatif mereka terhadap saya. Biaq pi lah jika depa ingat saya ini kemaruk 'attention'. Tak rugi sesen pun!! Mereka bukannya bertanggungjawab mengisi 'BAT.D11B - Penilaian Prestasi' - saya...He...He...He. Saya lakukan hanyalah demi negara tercinta, itu sahaja. Dan conscience saya clear.
Kalau kita nak sesuatu, kenalah push...push..and keep on pushing dan seterusnya berdoa kepada Ilahi. InsyaAllah berjaya. Ini terbukti apabila PLKN akan menjemput para penerima SP & PGB dalam program 'Jejak Pahlawan' mereka walaupun saya gembira dalam kehampaan (klik di sini)!
Pada pemerhatian saya, jika sesuatu formasi tentera menganjur majlis yang turut dihadiri para veteran, seperti 'kem terbuka sempena Hari Raya', kebiasaannya Pang5-Pang5 akan menyarankan agar mereka (veteran) tidak lokek kongsi bersama pengalaman. Komen saya hanyalah....'Pak-Pak Pang5....Are you sincerely willing to walk the talk...Cakap serupa bikin'? Saya bercakap berlandaskan apa yang dilalui apabila cuba menyahut 'seruan' orang beso-beso. Akuan penerimaan kepada surat/emel berkaitan perkara ini yang saya hantar pada mereka pun jauh panggang dari api!!
Tak tahulah saya. Mungkin menonton kisah sejarah negara sendiri melalui 'History Channel' yang diterbitkan oleh mat saleh lebih afdal daripada mendengar cerita dari tuan empunya tubuh!! Mungkin juga mereka menganggap keadaan yang pernah dilalui dulu tidak mungkin berlaku lagi, wallahualam.
Orang Beso-Beso...Mengapa tidak direnungi semula kata-kata Sir Winston Churchill..."Those who forget history are condemned to repeat it" (sumbangan 'Arunzab'). Fikir-fikirkanlah.
PS. Sambungan kepada 'A Soldier's Wife Story' di sini.
PS. Sambungan kepada 'A Soldier's Wife Story' di sini.
8 ulasan:
Saudara Nor,
It has often been said that Persistence is a great virtue, and if you say something long enough and often enough even the impossible can become a reality. You have proven
in the past that you have this virtue and have exploited it well. It was your concerted effort to keep knocking on doors of the powers that be, that all holders of the JPP and the PTU are to day enjoying a substantial bounty every month. Perhaps if you keep engaging our Pak Jenerals they will come around your way of thinking. This is after all for the greater good of the country so that the young do not forget our history.
What made the athorities limit it to the SP and PGB holders as the only veterans that are able to relate their war experience, the holders of JPP,PTU and the KPK too should be included to share their experience.
I also agree with you and think it is luchrious that we need the services of the 'Mat Salleh' to tell the World as in the 'History Channel' how we won this war when our own veterans who have first hand knowledge are ignored.
Saudara Arunzab,
Thank you. I'm very frustrated with the Pak-Pak Jeneral. I strongly believe that the future service personnel MUST know the history of their predecessors. That's the reason I suggested to CDF that those surviving veterans be invited by the training establishments to tell their experiences . And secondly, these organisations have the budget to pay subsistence allowances to them.
In my letters to PLKN, I suggested that the invitations, besides the recipients of the Gallantry Awards, should include those who were maimed for life and involved in the operations against the communist terrorists.
Don't tell me heroes like Lt Col Dr Syed Othman is not qualified to be invited simply because he is not SP & PGB? To me, he is a role model of 'MALAYSIA BOLEH'...both eyes were blinded due to booby traps after 27 days of marriage but still managed to make it to the apex of tertiary education...PhD.
My focus now is the civil agencies.
SAD...VERY SAD INDEED.
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
Way to go Tuan...insyaAllah...TQVM and i'm definitely grateful i found this blog of yours! Had those names mentioned in your entries noted (read about Lt Col Dr Syed Othman as well). These are the real, be them; sung/unsung heroes of our times. They came without fear and never let us down the foot soldiers. These are FRONT LINE-SOLDIERS who fought and won during insurgencies. It is GREATER THAN WINNING THREE FOOTBALL WORLD CUPS! Just imagine,if we lose, we lose Malaysia. It is not just a championship cup, it's the country.
My salute to these heroes. You deserve all my respect. God bless each and everyone of you - HEROES. THANK YOU.
p/s...Sukarno pernah menyatakan, "Bangsa yang besar ialah bangsa yang menghargai jasa pahlawannya" It makes me ponder...Adakah kita ini benar bangsa yang besar? Lihatlah kembali siapakah yang lebih kita sanjungi dan hargai??? Mampukah kita mengecapi semuanya kemewahan kedamaian ini tanpa pejuang2 negara "berani mati" ini???
HARGAI DAN DENGARLAH CERITA PENGALAMAN MEREKA INI SEBELUM TERLAMBAT...
As-salam Mej Nor
Keep up the good work. Keep on writing books, and articles for the local dailies. Insya-Allah more people will know what we want them to know through your writings. Semoga Allah memberkati segala usaha Mej itu.
Cik nur_emyinda12,
Terima kasih. Saya berterima kepada organisasi anda yang sedia mengundang para veteran menceritakan pengalaman mereka. Sayang sekali saya tidak dapat memenuhi undangan tersebut. Namun demikian, saya bersyukur ramai rakan seperjuangan sedia memenuhi jemputan tersebut.
Pada saya, bagi memupuk semangat patriotisme seharusnya bermula di IPG, sekolah, PLKN,IPT, INTAN, dll agensi kerajaan yang membabitkan latihan.
Waalaikumussalam Cikgu Temuk,
Thank you. I've accepted the fact of life that it's not easy to change the mindset of the decision makers if one is just a plain and simple rakyat!!!
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
TQVM in return Tuan, for without your assistance it would not have been possible. It's okay Tuan, though u may not be able to attend, your spirit of a hero @ warrior comes along with your comrades! Perhaps next time you could make it ya Tuan, insyaAllah.
p/s...Ambition?
The Past - To be a soldier.
The Present - The spirit of a soldier in me ;-D
Assalamualaikum tuan, mejar pencen pun yang penting tuan punye pengalaman tu byk... saya sebagai generasi Y yang masih lagi cetek ilmu pengetahuan ni mang kalau boleh nak jumpe tuan untuk perkongsian pngalaman tuan secara empat mata atau bersama rakan2 generasi Y yang lain. Semangat patriotisme saya pun berbekal dr ayah saya yang bertugas sebagai wartawan utusan Melayu. Pengalaman beliau byk mendidik saya mengenai betapa penting pngalaman orang2 veteran kepada anak muda. Menyuntik semangat patriotik itu kembali dalam jiwa sanubari kami untuk mbuatkan jati diri kami generasi Y ni teguh walaupun banyak ideologi2 baru yang tidak diketahui motifnya menyerap masuk dalam negare kita tanpa kita ketahui.
Saudara ayomuar,
Terima kasih. Saya bersyukur diatas semangat patriotisme anda. Saya & rakan-rakan seperjuangan sedia menceritakan pengalaman kami jika diundang. Objektif kami hanyalah agar kemerdekaan negara tercinta ini tidak disia-siakan...hayatilah makna kemerdekaan itu sendiri.
Catat Ulasan