Ini kisah Tok Ketua sebagai kumpulan pertama penduduk 'Fantasy Island' yang saya coretkan di sini.
Makanan yang dibawa adalah ‘Pack Rations’ (kiri) dan air tawar dibawa dalam ‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal-ulang, air tawar hanya digunakan untuk minum dan masak. Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya! Hujan yang turun merupakan satu nikmat, dimana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan sebagainya. Memancing merupakan hobi terpilih untuk anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum segar’.
Disebabkan
ketiaadan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati (Observation Post)
di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan khemah baik pada siang atau pun
malam hari. Semasa air pasang, anggota perlu meharungi air laut untuk merapat
ke tempat tugas di atas batu-batu karang tersebut. Ada kalanya mereka terpaksa
mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam gelap untuk ke tempat tugas
di atas batu! Di siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan
pada malam hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China
Selatan tanpa sebarang perlindungan. Pada bulan
Monsoon pula, mereka dibasahi hujan yang mencurah-curah tanpa henti baik pada
siang atau pun di malam hari. Setelah bertugas di TLL selama dua minggu atau
lebih, semua anggota Paskal kelihatan lebih mirip kepada ‘African’ daripada
‘Asian’ kerana terbakar matahari!
Pembinaan Modul Pertama
Setelah
beberapa lama menduduki TLL secara tetap, kerajaan telah membuat keputusan
untuk membina sebuah modul tempat tinggal bagi menempatkan anggota-anggota yang
bertugas di sana. Modul ini telah dibina oleh pasukan Jurutera Tentera Darat
dan dibantu oleh pihak TLDM dan TUDM. Unit TLDM yang terlibat secara langsung
dalam pembinaan modul ini ialah KD SRI BANGGI sementara dari pihak TUDM,
Skuadron Nuri yang berpengkalan di Labuan merupakan ‘work horse’ yang terlibat
secara aktif di dalam projek ini. Kumpulan Paskal terus berperanan memberi
perlindungan keselamatan semasa kerja-kerja pembinaan giat dijalankan.
Disebabkan keadaan sekitar terumbu yang merbahaya untuk pendaratan bot kecil, maka helikopter Nuri digunakan sepenuhnya untuk memindahkan bahan binaan dari KD SRI BANGGI ke TLL. Operasi ‘Under-Slung’ dijalankan sepanjang hari bagi membawa simen, batu bata, besi, tong ‘drum’ yang berisi air tawar, pembancuh simen, kayu kayan dan sebagainya ke TLL. Kemampuan juruterbang dan awak-awak kapal melakukan operasi ini tanpa sebarang kemalangan adalah sesuatu yang perlu diiktiraf dan disanjungi! Helikopter Nuri bukan sahaja ‘hover’ di atas air, malah ada kalanya mendarat di dalam air! Semoga mereka yang terlibat dalam operasi ini akan diiktiraf secara rasmi oleh ATM dan kerajaan Malaysia di masa mendatang. “It’s still not too late to recognize and honour these pilots and the air crews!”
Suatu
pengalaman unik yang saya alami semasa kerja-kerja pembinaan modul ini berjalan
adalah jam kerja yang diamalkan oleh pihak Jurutera Tentera Darat. Berbeza dengan jam kerja pejabat yang biasa
kita amalkan, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang, jam kerja di TLL
bergantung sepenuhnya kepada pasang surutnya air laut! Ini bererti, kerja
pembinaan modul akan bermula sebaik saja air laut mula surut dan berakhir apabila
air laut mula pasang penuh. Pernah kerja-kerja pembinaan bermula pada jam 2
pagi dan berakhir pada 10 pagi setelah air pasang penuh! Ini bererti anggota
Jurutera akan tidur waktu air pasang dan berjaga waktu air surut!
Berkerja di waktu malam ketika air surut
Walaupun
modul pertama yang dibina di TLL boleh dianggap ‘basic’ ataupun sederhana,
namun pembinaannya telah meningkatkan kualiti hidup anggota Paskal yang
bertugas di TLL dengan amat ketara sekali. Dengan adanya modul ini,
anggota-anggota sudah tidak lagi terdedah kepada cuaca panas dan cuaca buruk
yang sering melanda kawasan ini. Solar panel yang dipasang telah membekalkan
cahaya pada malam untuk semua penghuni di TLL.
‘Water Tower’ yang dibina bersebelahan modul, juga dapat digunakan
sebagai ‘Watch Tower’ oleh anggota Paskal yang bertugas. Ini membolehkan
anggota bertugas di ‘Watch Tower’ dapat membuat pengawasan kawasan sekitar
dengan lebih berkesan lagi.
Modul
ini juga dibekalkan dengan sebuah janakuasa 25 KW. Fungsi utama janakuasa ini
adalah untuk mengecas bateri-bateri radio TRA 921 dan PRC77 yang dibekalkan.
Namun, atas ‘inisiatif’ beberapa anggota Paskal, janakuasa ini juga digunakan
untuk penayangan video! Selain janakuasa, modul juga dibekalkan sebuah
“kerosene fired refrigerator” yang mebolehkan pembuatan ais dan penyimpanan
makanan segar yang dihantar dari Labuan. Malangnya, peti ais ini hanya bertahan
buat beberapa hari sahaja sebelum jelaga (soot) perlu dibersihkan sebelum ia
boleh berfungsi semula.
Pengalaman
di TLL adalah sesuatu yang tak mungkin dapat saya lupakan sehingga ke akhir
hayat saya. Pengorbanan yang telah dibuat oleh mereka yang telah menduduki dan
membangunkan TLL perlu dibukukan agar generasi akan datang tidak mensia-siakan
pengorbanan mereka. Kepada semua anggota TLDM, TUDM dan TDM yang merupakan
perintis di TLL, Syabas saya ucapkan kerana “You have claimed and occupied that precious piece of real estate in
the South China Sea before others could lay their claims!”
Kept Johari TLDM (B)....Terima kasih.
PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.
Kept Johari TLDM (B)....Terima kasih.
PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.
16 ulasan:
Salam Tuan , sekarang ini terumbu layang layang dah pesat membangun, tapi bila melihatkan gambar2 yg dipost dalam blog dapat saya bayang kan kesusahan dan kepayahan yg dihadapi oleh pihak ATM dalam membangun pulau layang layang,sewajarnya mereka yg terlibat didalam proses pbinaan pulau layang2 ini diberi perhargaan,kerana hanya yg berjiwa kental dan bersemangat waja saja yg mampu mharungi segala mcm kepayahan itu
Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,
Bravo! Kudos! !تهنئة Felicitaciones! Gefeliciteerd! Parabens !
TERIMA KASIH, SYUKRAN, MERCI BEAUCOUP, MUCHAS GRACIAS...
... no matter what the languages and no matter how it were said, these words and praises are incomparable to all the hardship these men had gone through. "It’s when the going gets tough, the tough gets going" and these men had proven themselves as the men of courage and dignity. Thus, these men deserved to be honoured and bestow recognition for their significant contribution and exceptionally outstanding service.
To all these military personnels involved - TLDM, TUDM and TDM...May Allah swt blessed you with all the best of life's gifts.
Salam,
Antara cerita paling menarik dalam Coretan Xnuripilot selain masa insurgensi. Saya sentiasa menyokong blog ni oleh Tuan Nor.
Saudara Nor,
I am glad that our former PM Tun Dr. Mahathir Mohammed had the foresight to stake our claim to this strategic atoll. How can any one forget all these brave servicemen who made this possible. This small group with bare creature comfort fought the gales and storms and lived with the constant possibility of being attacked and killed by those who too wanted to stake their claims but were too late. The occupation and subsequent development of Terumbu Layang should go into the annuals of our history as a great achievement against tremendous odds.
If I my use the motto of the British Special Air Service (SAS) "Who Dares Wins." Yes we too Dared and Won. It is my fervent hope the names of all our servicemen who were the first to land on this atoll and made it habitable be enshrined on a permanent marker to be displayed on this atoll for all to see.
Tuan , cerita terumbu Layang-Layang dari semua sumber termasuk gambar persendirian di kumpul dan di masukan blog khas . Dan supaya blog ini dijaga oleh "a band military blogger" dan bukan orang perseorangan supaya blog ini kekal bertahan. Dan blog ini dapat di teruskan jika terjadi sesuatu.
sekian Terima kasih , 'Tabik spring untuk Tuan'
salam. saya ada baca entri di blog tuan berhubung terumbu karang. saya cuba post di blog tuan. tapi gagal. saya pernah pergi di sana pada tahun 2008 atas jemputan pihak MINDEF. Sekarang segala kemudahan sudaha ada termasuk berek dan tempat rekreasi. Pelbagai kisah menarik anggota PASKAL di sana ceritakan kepada saya, termasuk pelbagai insiden yang membabitkan kedaulatan negara yang masyarakat umum tidak ketahui...
Khairul Azran Hussin
A'kum Major Ibrahim,
Thank you for the posting. May Allah swt bless you always for the good job you are doing.
Salam,
Johari Ramzan
major nor,
he he he wife jadi tutor for your cats ....he he he very lucky man
anyway keep up the good work here .
god bless
Gents,
Very well written. The pioneers Paskal, under Johari, TD and TUDM deserved special recognition. By the time I became the CO, the Promet modules were already in place and considered it a paradise or a real "get away" in every sense especially after some bruising with the then ACN (Tech). A lot of Navy guys felt sorry for me for being sent there but I felt sorry for them for not getting such a unique opportunity to start up a functioning "Offshore Naval Station". I was the CO, XO, EO and SYO. I left the Paskal and RGK officers who did their rotational tour of duty to fully concentrate on the security aspects. At the same time they formed the bulk of the workforce augmented by MWL 2 staff also on rotation, keeping the station prim and proper. Personally, even after the station was well established, I felt that the Nuri Pilots and Air Crew were especially brave and took great pride and courage to fly those work horses with only rudimentary avionics - only magnetic compass and DF.
Rgds
Siva
Saudara Nor,
I am aware that to compare the British Spitfire fighter plane with our Nuri (Sikorsky) chopper would be like comparing chalk and cheese. Yet both aircrafts played a significant role, the Spitfire was officially recognaised as the aircraft that helped Britain win the Second World War and our Nuri I dare say helped us in no small way to win the the war against the communist terrorists. A credit that we have never officially attributed to these work horses.
The Nuri helicopters were first introduced in the late sixties and were used in a very wide verity of roles, from transportation of troops to forward locations deep in the jungle, re-supply, casualty evacuation, strategic deployment of troops, moving of heavy equipment/ artillery pieces (under-slung ) to name a few. In the course of duty some were brought down by enemy fire with great loss of lives, others had on rare occasions malfunctioned but they never stopped flying. As an infantryman I know in our type of terrain we could never have the kind of success we had against the enemy without the assistance of these Nuri's and the highly skilled pilots and the crew who flew them.
As these now tired work horses go into retirement and their pilots left only with memories it's time that we too like the British should officially recognise the Nuri's as the aircraft that helped us win this war against the communists.
Assalamualaikum..
I was touched by this story of our special forces got stationed at that tiny island..you know when I first heard about this, I was thinking " what are they doing there??"..then I did a little research and finally understood why we need to claim these atolls, reefs and islands....
Actually I would suggest a film being made about this story...enough with Malay movies nowadays that 99% crap and useless okay...As a youth I would like to watch this kind of films ok..
anyway, congratz to the owner of this blog for still preserving this precious story for the younger generation like me...
Assalamualaikum Tuan,
Saya amat bersetuju jika dibuat seperti ini. Kalau diluar Negara para wira mereka di sanjung tinggi, (contoh di Australia ada Australia War Memorial, di USA Arlington National Cemetry begitu juga di negara lain). Walaupun mereka bukan berjuang untuk negara mereka tetapi mewakili negara mereka ke negara-negara lain yang bergolak seperti pasukan tentera kita yang menyertai pasukan pengaman PBB sejak lama dulu (seperti dihantar ke Conggo).
Pasukan keselamatan kita pula berjuang untuk negara sendiri dan juga antarabangsa, mungkin boleh difikirkan bukan sebuah ‘plaque’ tetapi sebuah “National War Memorial” bagi menghargai jasa-jasa mereka.
Dear Sir,
Highly valuable content.You wins people's heart.two thumbs up!
Saudara muhd akmal,
I think your suggestion is very good but it will be more workable if a documentary of this episode is made as played on the Astro history channel just like, 'The Malaysian Emergency' , 'The Al Maunah siege' and the 'Vat 69 (Very Able Troopers) to name a few. I don't think episode has movie material.
Saudara Anonymous,
Please don't confuse your self between A 'National War Memorial' and a commemorative 'plaque'. A 'war memorial' (Tugu) is commemorative object, something to remind us of the people who have served and died in and because of war. Where else a 'Commemorative Plaque' is a flat ornamental plate or tablet fixed to a wall used to mark a significant event acts by a person/ persons. In this case the troops are not at war and thankfully non are dead as such a ' Commemorative Plaque' is what is appropriate here. Untuk Maklumat Tuan ' National War Memorial' saperti Tugu Nagara ada lah khas untuk angotta yang telah terkorban dalam Perang.
Salute to all ...
saya menonton Majalah Tiga beberapa bulan yang lalu dimana mereka yang bertugas di PPL sudahpun mempunyai kemudahan yang amat baik tetapi masih saya hormat kerana jauh di sempandan negara demi kedaulatan negara.
Membaca pula kisah coretan tuan ini benar-benar mengagumkan saya.. salute to all !!!!
Tuan, saya mohon kebenaran tuan untuk berkongsi artikel tuan di laman blog saya... biar semua org tahu kisah yang tidak berdendang rancak ini tetapi sangat mengasyikkan...
Saudara & Saudari,
Terima kasih. Saya bersyukur kerana ada rakyat yang menghargai pengorbanan para veteran dan anggota ATM. Tentang tugu peringatan itu, saya ada menghantar emel kepada pihak berwajib mencadangkan agar saya 'tugu' dibina di PLL bagi menghargai mereka yang terlibat dalam misi awal penempatan warga negara di pulau tersebut. Sehingga kini tiada sebarang respons.
Saya ada juga menyuarakan kepada seorang penerbit filem tentang pembikinan filem dokumentari untuk siaran 'History Channel' berkaitan PLL. Beliau ada menunjukkan minat dan berjanji mahu berjumpa saya. Lihat & tunggu saja...Wallahualam.
Saudara Sham,
Dipersilakan.
Catat Ulasan