Pengikut

Jumaat, 10 Disember 2010

Saman...Diskaun 50%

6 Disember 2010...Selepas menarik 9-lubang, saya memberitahu ahli 'kitchen cabinet' yang saya tidak dapat bersama mereka untuk membincangkan masalah negara di warung D'Kembung. Ini kerana, sebagai seorang dermawan/philantropist, saya berhajat sangat untuk 'menderma' kepada kerajaan  Malaysia, melalui balai polis Jitra. Mungkin dengan adanya derma ini, kerajaan ada bajet untuk memberi elaun kepada penerima Anugerah Perkasa yang saya perjuangkan dah melebihi 1 tahun! He...He....He (Klik untuk membaca).

Setelah menyemak, kedua-dua kereta, PFY 6789 & BEB 6789, masing-masing hanya mempunyai satu saman ekor sahaja kerana melebihi had laju; saman yang dikenakan ialah RM300 setiap satu. PFY - kelajuan  dikesan 85km sejam di kawasan had laju 70km sejam pada 30 mei 2007: BEB - kelajuan 81km sejam di kawasan had laju 70km sejam pada 3 Dis 2007. BEB ditambah saman salah parkir pada 6 Ogos 2003 - denda RM30 (tiada diskaun). Saya tidak mahu lepaskan peluang ketika PDRM menawar potongan 50% kepada kesalahan trafik. Jumlah denda setelah diskaun - RM330. Apa nak dikatakan...padan muka sendiri kerana tidak mematuhi undang-undang jalan raya!

Kedua-dua kereta kena saman ekor berhampiran dengan rumah Tun Dr Mahathir, iaitu Jalan Kepala Batas. Kebiasaannya, Pak Dato' menahan jerat di kawasan sebelum simpang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dari arah Alor Setar. Had laju di jalan tersebut hanya 70km sejam.

Sebenarnya saya tiada masalah untuk membaharui cukai jalan bagi kedua-dua kereta kerana masih tidak dalam senarai hitam JPJ. Malah, BEB hanya bulan Nov lepas diperbaharui cukai jalan. Dua orang geng golf saya telah menderma kepada kerajaan, jadi rasanya saya juga patut membantu. Seorang tu kena lebih kurang RM1400 dan seorang lagi RM600 (setelah potongan 50%).

Cakap pasal saman ekor. Pada September 2003, saya terima 'BORANG Polis 171 - P.U. (A) 103/2203)' (notis saman ekor). Menurut notis tersebut, saya telah memandu 119km sejam di kawasan had laju 80 km sejam di MRR2 Pandan Perdana pada 18 Februari 2003, jam 1134.  Hai, bila masa saya pergi ke KL pada tarikh yang tercatat dalam saman? Pada pagi hari berkenaan, saya bermain golf dengan geng dan tengah harinya pula, saya telah pergi ke Putra Medical Centre untuk mengambil ibu mertua setelah di'discharged'. Ini tak boleh jadi.

Saya telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Ampang Jaya, memaklumkan yang saya tidak berada di lokasi yang tercatat dalam saman pada tarikh tersebut. Anggota yang mengambil panggilan menghendaki saya membayar RM10 untuk mendapatkan gambar sebagai bahan bukti. Sudah pasti saya tidak bersetuju dengan cadangan beliau.

Tindakan saya seterusnya ialah menghantar surat (kanan) melalui faks pada 6 Sep '03, dilampir bersama resit kad kredit ketika membayar PMC, kepada IPPD tersebut dan salinan kepada Biro Pengaduan Awam (kanan).  Dalam masa lebih kurang dua minggu, saya terima surat daripada IPPD bertarikh 15 Sep '03 yang menyatakan terdapat kesilapan tentang pendaftaran kereta;  nombor sebenar kereta yang membuat kesalahan ialah WDH 6788, bukannya WDH 6789 (# kereta saya)...Selamat RM300!
Surat IPPD Ampang Jaya

Pemandangan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak....


Pembaca...Sekiranya anda terima saman trafik yang anda pasti tidak melakukannya dan tidak berhasrat untuk 'menderma', jangan duduk diam...gunakan berbagai saluran yang ada untuk membuktikan kebenaran anda.

3 ulasan:

mangchikla berkata...

uwaaaaaa baguih nih tuan. Dah ada 'sura contoh' kakakakakk :D Gamaknyer die tgk salinan ke 'JPM' terus tab bnyk cite ...

abu muaz berkata...

orang kampung manalah semua ni tuan.. nak taip surat pun tak reti.

cuma satu adakah kerajaan negara lain memberi diskaun sebegini dalam usaha mendaulatkan undang-undang dan mendisiplinkan rakyat mereka?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mangchikla,

Terima kasih. Mungkin juga depa tengok 'JPM' tu depa respons. Kalau tidak, bolayan.

Saudara abu muaz,

Terima kasih. Tak tahu pula sama ada negara lain ada 'ANNUAL SALES'. Lain kali kalau terima surat untuk 'menderma', KIV dululah sehingga ada sales. He...He...He.