Followers

Thursday, December 16, 2010

Boleh Dipertikaikan

Masih kisah saman trafik ini. Apabila difikir sejenak, kalau kena saman melebihi had laju di Jalan Kepala Batas - Alor Setar, kita boleh mempertikaikan saman tersebut. Had laju di jalan ini ialah70 km sejam. Masalahnya, sepanjang lebih kurang 8 km (sehingga lampu isyarat berhampiran dengan Pusat Kesihatan/Penjara, Alor Setar), hanya terdapat masing-masing SATU notis sahajayang terpacak ke arah Alor Setar dan ke Kepala Batas (KB). Lihat peta untuk lokasi notis"70Km/J" dan juga "jerat" yang kerap mengena mangsa-mangsanya.



Dari Kepala Batas...Notis tersebut dipacakkan berhadapan masjid melepasi 'flyover' yang melintasi landasan keretapi....

Berhadapan dengan masjid

Dari Alor Setar...Berhampiran dengan KMC...

Notis di'redup'kan oleh pokok bunga 'Semarak Api'

Pembaca...Katakanlah anda mahu pergi ke Kepala Batas dari arah Gunung Keriang, anda pacu kereta macam memandu di lebuh raya - 110 km tanpa menyedari Pak Dato' sedang membuat 'Ops Derma' sebelum sampai ke persimpangan ke lapangan terbang. 2-3 bulan lepas tu, terima surat meminta derma. Anda boleh mempertikaikan notis tersebut kerana sepanjang jalan ke KB dari persimpangan Gunung Keriang tiada sebarang notis had laju! 

"Jerat" yang kerap dipasang ke arah Alor Setar pula...Pak Dato' dengan senyum berselindung di bawah jejambat berhampiran masjid Alor Merah.

Saya masih ingat satu kisah ketika berkhidmat di TUDM Kuantan di suatu ketika dulu. Pegawai Memerintah Pangkalan telah disaman kerana memandu melebihi had laju dan mendiang enggan membayar denda yang dinyatakan dalam notis. Justeru beliau dikehendaki hadir di mahkamah Kuantan atas kesalahan trafik. Apabila ditanya mengaku salah atau tidak? Jawapannya ialah TIDAK.Alasannya? Adakah alat mengesan had laju tersebut dimenentukurkan (calibration)? Terkapai-kapailah pihak berwajib nak menjawabnya. Buang kes.

Berbalik kepada notis di Jalan Kepala Batas - Alor Setar, pihak berwajib sepatutnya menambah lagi notis sepanjang jalan tersebut kalau iapun mahu mengutip dana bagi membolehkan kerajaan memberi elaun untuk penerima JPP, PTU & KPK...He...He...He.

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Sama ler jugak dengan kes kualiti minyak diesel kita. Standard yg dikenakan utk tahap pelepasan asap diesel mengikut Eropah tapi kualiti minyak diesel kita, jauh rendah. Dlm kata lain hampeh!!!...

Kalau semua org yg disaman speed trap ni macam mendiang CO Pangkalan TUDM Kuantan tu, entah beribu-ribu kes akan dibuang.

Nama pun "jerat". Mereka kutip dana tu bukan utk beri elaun penerima JPP, PTU & KPK tapi utk disalurkan kepada anak bini dan kroni.


Kwang kwangg kwanggg...

mangchikla said...

Lawa google map, siap ngan placemark lagi :D. camni kalu habis la 'bisnes' saya xlaku kakaakaak

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Sanusi,

Kalau nak pekena pemandu pun, buat le dengan betul. Sekarang ni bila kena saman ekor, tunggu musim 'SALE'..He..He..He.

Saudara mangchikla,

Satu pencapaian untuk saya. Tapi tak reti macam mana nak download 'terrain map', nak buat 'arrow' bagi menunjukkan arah dan nak 'highlight' jalan raya. Namun demikian, terima kasih kerana sedia membantu saya.