Pengikut

Rabu, 5 Januari 2011

Syukur Alhamdulillah

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd ayat 11)."

3 Jan 2011...Hari yang dinanti-nanti sepanjang 2010...Mengemaskini buku ASB! Mengikut jadual, selepas menarik troli 9 lubang dan menghadiri mesyuarat 'kitchen cabinet' di De' Kembung', pacu ke CIMB Jitra. Semasa pergi ke surau untuk solat subuh, hujan turun dengan lebatnya dan hanya berhenti pada jam lebih kurang 0715. Seperti biasa, saya pun sudah terpacak di DGCC. Hamid telah menalifon bahawa Alor Setar masih hujan dan Abang Tad pula tidak dapat main, begitu juga Cikgu. Jadi, keputasannya ialah...batalkan saja permainan hari ini.

Tak jadi masalah...Saya sebenarnya sangat teruja nak mengetahui berapa dividen/bonus yang akan dikredit dalam buku ASB.

Saya mengambil isteri untuk pergi ke Jitra. Ketika berada di CIMB, saya diberitahu terdapat sedikit masalah 'teknikal' untuk mengemaskini buku. Seorang pelanggan bank mencadangkan saya pergi ke Ibu Perjabat ASNB di Shahab Perdana kerana ianya lebih cepat. Jawabnya, pacu le pula ke Shahab Perdana (gambar).

Memang betul apa yang diberitahu. Tak sampai 5 minit, ketiga-tiga buku dikemaskinikan. Jumlah  yang tercatat, memadailah saya banyak-banyak bersyukur....Syukur Alhamdulillah! Inilah berkat beringat-ingat dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Kepada mereka yang mempraktikkan gaya hidup 'Tiada Esok Bagiku', iaitu enjoy...enjoy...enjoy. Fikirkanlah buat sejenak apa yang anda mungkin hadapi apabila tidak lagi relevan kepada majikan dan sesiapa pun, kecuali kaum keluarga terdekat! Sekiranya menghadapi masalah kewangan ketika di usia emas nanti, tanggunglah sendiri. Jangan dipersalahkan sekiranya orang ramai 'berat tangan' untuk membantu.  

Peluang terbentang di hadapan mata. Berbagai-bagai instruments pelaburan yang risikonya sangat rendah telah diwujudkan. Mengapa tidak mengambil peluang ini? Saya hanya mampu berkongsi pengalaman saya sendiri dengan harapan ianya boleh dijadikan sebagai tauladan demi untuk masa hadapan. Itu saja nawaitu saya...Saya tak dapat walau sesen pun dari mana-mana pihak. Hanya anda sahaja yang boleh merancang masa hadapan anda sendiri...sama ada tidak dibelengu dengan masalah kewangan apabila tiba masanya untuk melambai sayonara atau sebaliknya. Apa yang diperlukan hanyalah...Perancangan Kewangan. Dan, berdoa kepada  Allah Yang Maha Esa untuk keberkatanNya...InsyaAllah selamatlah anda. 

 TEPUK DADA TANYA SELERA

Isnin, 3 Januari 2011

Keberkesanannya 'KESBAN'

Saya tertarik dengan komen Lt Khaidir apabila ditanya oleh seorang Kolonel US Army yang juga seorang veteran Vietnam '...how on earth did Malaysia managed to defeat the communist???' dan juga respons Arunzab yang disiarkan oleh NST pada 19 Januari 2007 terhadap artikel 'New army chief studied British tactics in Malaysia'  di sini. 

Malaysia telah berjaya menangani masalah insurgensi tetapi masih ada negara yang masih bertungkus lumus cuba menamatkan peperangan yang tidak diistiharkan ini...dan tidak berjaya! Paling hampir dengan negara tercinta ini ialah Filipina. Bacalah artikel berikut masalah yang dihadapi oleh kedua-dua pihak - negara tersebut dan 'Maoist rebels'.

Saya kurang pasti sama ada Filipina pernah mencuba konsep 'KESBAN' bagi mengatasi masalah pergerakan pemisahan (MILF) dan juga ancaman komunisme. Atau adakah mereka tidak yakin dengan kaedah 'Keselamatan dan Pembangunan' ini? Memang benar situasi di sana berbeza dengan apa yang dihadapi oleh  Malaysia di suatu ketika dulu tetapi prinsipnya boleh diaplikasikan. Paling asasnya ialah melaksanakan apa yang diperkenalkan di era saya sebagai Ops Jiwa Murni...dan sudah terbukti keberkesanannya! Banyak artikel telah ditulis tentang konsep KESBAN seperti yang terdapat di sini di bawah sub-para 'The Security and Development Program (KESBAN)' (secara ringkas sahaja) dan 'The Failure Of Communist Ideology (Malaysia)' di sini.

Kita semua sudah dihadangkan dengan berbagai rencana  dalam saluran 'History' seperti 'Malayan Emergency' dan juga buku-buku oleh 'pejuang kemerdekaan'. Adakah lagi isu-isu yang masih belum terjawab? Sekiranya ada, tolong lontarkan agar boleh juga saya cuba mencungkilkan jawapannya melalui pakar-pakar di luar sana, InsyaAllah.

Sabtu, 1 Januari 2011

Kedatangan 2011

Kepada semua pembaca yang dihormati...

Jumaat, 31 Disember 2010

Pejuang Kemerdekaan?

Semasa saya pergi ke UKM pada 4 Oktober 2010, saya teringat bahawa UKM pernah menerbit buku 'Memoir Shamsiah Fakeh' dan 'Memoir Ibrahim Chik'. Saya pasti nama-nama mereka berdua ini bukan asing kepada pembaca era saya. Mereka adalah anggota Parti Komunis Malaysia (PKM). Teringin juga untuk mengetahui tulisan mereka. Justeru, saya telah membeli melalui 'mail order' dari Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya buku-buku berikut...
 
RM 30                      RM30

 
RM70                            RM18
Nota: Memoir Shamsiah Fakih & Memoir Ibrahim Chik tidak lagi diterbitkan oleh UKM tetapi sekarang diterbitkan oleh SIRD yang juga turut menerbitkan Memoir RASHID MAIDIN; alias CHING PENG oleh Media Masters, Singapura.

Saya sudah membaca 3 buku dan sekarang ini sedang membaca buku Chin Peng. Saya tidak berhasrat untuk membuat ulasan terhadap apa yang dibaca. Memadailah saya ambil petikan  arwah Shamsiah Fakeh '...Aku tidak pernah menyesal lawan British, tidak menyesal masuk hutan dan masuk Komunis'. 

Pandangan saya tentang 'pengorbanan' mereka masih tidak berganjak sepertimana yang saya luahkan dalam coretan pertama di sini. Harapan saya '....How I wish those Emergency veterans out there, MAF and Police, are willing to pen down their experiences in order to balance the one-sided stories for the benefits of the younger Malaysians...from our perspective!!' 

Kerajaan telah berjaya mengekang penjaluran komunisme melalui konsep 'KESBAN (Keselamatan & Pembangunan)'. Konsep ini diiktiraf oleh negara asing, termasuk Amerika Syarikat (AS). Lihat apa kata Jen David Petraeus, Panglima Tentera AS di Afghanistan sekarang ini...

dan Mej Jen Michael Jeffery, Governor General Australia...


Kadang-kadang terfikir juga mengapa saya tidak buat satu kajian secara ilmiah dalam isu ini. Kalau ada mereka yang sedia menyalurkan maklumat, mungkin secara serius boleh cuba memohon kepada IPTA untuk membuat pengajian PhD berpaksikan kejayaan Malaysia yang sekarang diaplikasikan oleh 'Polis Dunia'. Atau, sesiapa di luar sana sedia melaksanakan pengajian yang berteraskan kepada Patriotisme?  Ini pun satu fadhu kifayah.

Rabu, 29 Disember 2010

Hanya Tinggal Kenangan

Saya menerima e-mel ini, petikan '.... Saya minta izin untuk menggunakan beberapa photo dari blog tuan untuk dimuatkan kedalam music video youtube yang saya buat, A Tribute To The Forgotten Heroes & The Nuri. Video ini saya juga saya tujukan kepada tuan dan rakan-rakan 'Nuri' tuan yang lain.' 

Respons saya '....Terima kasih. Saya berasa terharu kerana sudi membuat u-tube 'A Tribute To The Forgotten Heroes & The Nuri'. Tiada halangan dan dengan berbesar hati .....di persilakan.'



Apa yang saya boleh katakan hanyalah ...TERIMA KASIH.

Isnin, 27 Disember 2010

Tenggelamnya KD Sri Perak

Rakyat Malaysia jarang dikejutkan dengan insiden yang melibatkan kapal-kapal TLDM. Seingat saya, hanya ada 3 insiden yang memusnah rekod 'accident-free' TLDM sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Paling terbaharu ialah kebakaran kapal bantuan logistik, KD Sri Inderapura, pada 9 Oktober 2009 di TLDM Lumut. Kapal tersebut terpaksa dilucutkan tauliahnya kerana korasakannya 'beyond repair'. Ikan-ikan yang paling seronok kerana dapat 'playground' baru...He...He...He.

Terbakarnya KD Sri Inderapura di Lumut (Ihsan kucenkuni)

Dua lagi insiden melibatkan LST KD Raja Jarom yang berlanggar dengan sebuah kapal tanker, Shoyu Maru,  di Selat Melaka dan telah mengorbankan seorang anak kapal pada 20 Disember 1982.
Kerosakan pada KD Raja Jarom (Ihsan utuhpaloi)

dan tenggelamnya KD Sri Perak (bunyi macam novel "Tenggelamnya Kapal Van De Vick" untuk subjek sastera di era saya) di Laut China Selatan pada 8 Januari 1984... 

KD Sri Perak sehari sebelum insiden (Ihsan lamandihati 25/3/2009

Apa yang saya tahu tentang cerita tenggelamnya KD Sri Perak hanya melalui laporan akhbar seperti The Star...
Petikan akhbar The Star

Justeru, apabila seorang pembaca, Pak Mail, menawarkan saya untuk menjadikan coretan beliau tentang insiden KD Sri Perak sebagai bahan cerita untuk buku kedua saya, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang ini. Beliau adalah salah seorang anak kapal tersebut yang terselamat dan cerita ini adalah kisah pengalaman beliau sendiri ketika kejadian berlaku...first-hand exprience. Sehingga kini, inilah satu-satunya sumbangan dari anggota TLDM. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui cerita sebenar ini, sila klik di sinisinisini dan sini

Saya harap ada dikalangan pembaca yang sudi kongsi bersama tentang insiden KD Raja Jarom dan KD Sri Indrapura.

Saudara Pak Mail...Terima kasih.

Sabtu, 25 Disember 2010

Sungguh Memalukan

22 Dis, jam 1800...Saya telah pergi ke rumah jiran untuk menghadiri majlis pernikahan adik jiran tersebut apabila seorang 'golf-buddy' menalifon saya. Beliau ingin mendapat pandangan pakar IT ini. Menurutnya, PC beliau telah rosak dan ketika menalifon saya, beliau berada di kedai komputer. Soalan pertama...Saya 'pakai' laptop ke? Jawapan...Tidak, note book. Apa jenama yang bagus? Jawapan saya...yang nipis dan bateri tahan lama. Keesokan harinya beliau memberitahu bahawa beliau telah membeli net book. Inilah dalamnya pengetahuan IT  dua orang veteran!

Sementelah cakap pasal komputer, ini ada satu cerita yang sungguh memalukan saya. Pada awal November, lepas solat zuhur, saya telah 'on' internet tapi yang terpancar dalam skrin ialah "Unable to connect to the internet". Memang pernah berlaku sebelum ini dan melalui pengalaman, saya hanya perlu tutup suis selama 15 saat dan buka semula. Saya pun ikutlah prosidur ini tapi masih tak dapat melayari internet. Kebiasaan memang OK punya.

Oh ya, kebiasaannya, saya mengadap skrin komputer hanya selepas zuhur sehingga waktu asar sahaja. Masa inilah untuk mencoret apa yang terfikir dalam otak. Waktu malam untuk menonton tv atau membaca buku. Sebelum ke surau untuk solat subuh, pos coretan tersebut. Itulah rutin saya.

Hai...Ini masalah besar. Jawabnya telefon '100' untuk mendapat bantuan TM. Operator telah memberi arahan bagaimana nak 'memulihkan' servis ini. Tapi masih tak berjaya. Akhirnya beliau memberitahu yang beliau akan melaporkan kerosakan dan memberi # laporan. Menurutnya lagi, kemungkinan keesokan hari juruteknik akan datang untuk membaiki kerosakan.

Keesokan hari...Ding dong lah bunyi loceng dalam rumah yang ditekan oleh juruteknik. Apa masalah encik? Tak boleh 'access' internet. Saya pun membawa mereka ke 'study room'. Masuk saja, salah seorang tu masukkan...

Eh..Eh...Eh...Engkohnya saya tak 'plug in' line telefon kepada soketnya....mati hidup balik pun memang tak dapat access internet! Apa lagi alasan yang nak diberikan selain '...maklum sajalah veteran macam saya ni dah banyak lupa!'.