Dalam tercari-cari tu, terbaca tentang Sejarah 1 Renjer coretan Mej D. Swani dalamnya blog 7renjer.blogspot.com. Ia mengisahkan unit RAMD yang diletak di bawah 1 Renjer, kena serang hendap oleh pengganas komunis di Sintok yang mengakibatkan 6 warga unit tersebut terkorban dan beberapa lagi cedera angkara jerangkap samar pada 29 Julai 1969. Menurut beliau lagi, insiden ini adalah buat pertama kalinya dalam sejarah ATM anggota tentera menjadi mangsa jerangkap samar (saya masih menunggu pengesahan kenyataan tersebut).
Ini sudah menarik. Tapi, apa cerita sebenarnya kat Sintok? Buka buku 'Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989' dan 'Tentera Darat 1933-2008' tidak langsung menyentuh kisah ini. Buku 'Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia' oleh Mohd. Reduan Haji Asli ada mencatatkan tentang pembunuhan seorang wanita di Sintok, xpengganas komunis, oleh gerila komunis 24/7/69. Menurut beliau, pembunuhan ini juga merupa salah satu permulaan kebangkitan semula insurgensi oleh pengganas komunis.
Mana boleh habis begitu saja. Selidik punya selidik, saya difahamkan unit RAMD yang terlibat ialah 4 RAMD. Apa lagi, hubungi CO unit tersebut yang berpangkalan di Tapah. Depa pun poskan buku 'Gurkha Malaya' yang ada menceritakan sikit tentang kejadian tersebut. Malah dalam sajak di pembukaan buku itu, disebut jangan dilupakan insiden Sintok. Melalui mukabuku, saya telah bertanya sesiapa yang mengetahui kisah itu. Seorang squad-mate mencadangkan saya menghubungi seorang squad-mate yang ditukar ke 4 RAMD selepas kami ditauliahkan. Jadi, saya pun telefonlah beliau. Menurutnya, beliau adalah Ketua 'No 2' Platun, Kompeni 'A', 4 RAMD, yang terlibat dalam operasi berkenaan. Beliau menceritakan apa yang berlaku pada hari insiden tersebut. Tidak habis di situ saja, saya menceritakan kisah ini kepada penyelia saya di UUM dan masalah yang dihadapi untuk mendapatkan butir2 insiden. Beliau meminjamkan buku 'Sintok: Perkembangan Sebuah Petempatan' oleh Mej Mior Ahmad Noor Mior Hamzah. Buku ini menceritakan pengalaman salah seorang daripada anggota yang terselamat semasa serang hendap tersebut semasa Majlis Pengkisahan di UUM pada 31/7/2004. Nama operasi terbabit ialah 'Ops Semai'. Ini juga yang disebut dalam 1 rencana di Utusan Malaysia pada 2000.
'Ops Semai' - 1 operasi menentang pencetusan insurgensi ke2; pertama kali anggota keselamatan menghadapi kewujudan musuh 'halimunan' (jerangkap samar); pertama kali Nuri ditembak; pelaksanaan 'Briggs Plan' dengan penempatan semula penduduk Sintok pada 1969. Apabila semua penduduk telah dipindahkan, pekan dan petempatan ini telah dibakar menjadi pada jarak padang terkukur dikendalikan oleh pasukan keselamatan yang mewakili pihak kerajaan. Objektif ialah untuk menghalang pengganas komunis mendapat bekalan makanan dan pelindungan. Penghijrahan semula apabila tertubuhnya UUM pada 1984. Tapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam sejarah!!!!
Bersambung....











