Pengikut

Selasa, 11 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxxii

Sambungan dari SINI...

Terlupa nak beritahu. Sebaik saja rundingan berakhir dan tiba di KL pada 29 Dis 1955, staf Tunku kerja like mad menyediakan draf rumusan untuk MacGillivray. Sebelum itu, Tunku dah melapor hasil pertemuan tersebut secara lisan. Hari itu juga draf, Report by the Chief Minister of the Federation of Malaya on the Baling Talks: draft summary by Tunku Abdul Rahman of the verbatim record diserahkan kepada MacGiilivray (CO 1030/30. ff 3-60, 29 Dec 1955).

30 Dis 1955...

Cakap sikit pasal 'kejujuran' Chin Peng nak mencari 'kedamaian'. Jujur/kedamaian apa apabila segerombolan PGK telah menyerang hendap 1 konvoi polis di batu 18 setengah jalan Alor Setar-Kuala Nerang. Konvoi dalam perjalanan balik ke Kuala Nerang. PGK berada di atas bukit apabila menyerang hendap PK dengan mengguna senjata otomatik. Tembakan mereka telah mengena tayar depan trak. Dah pastilah PK menembak balas sebelum PGK melarikan diri dalam hutan. Tak tahu pula casualty dialami oleh kedua-dua pihak (The Sunday Times, The bandits attack, 1 Jan 1955, hlm. 9).

Berbalik kepada Tunku. Sebelum Tunku dan rombongan "Kemerdekaan" ke Singapura pada 31 Dis, Tunku pergi berjumpa MacGillivray. Semasa pertemuan ini, MacGillivray bertanya kepadanya tentang komposisi dan terma Suruhanjaya Perlembagaan untuk menyediakan Perlembagaan Malaya nanti. Jawapannya mudah saje. Beliau tak ada masa lagi nak memikiokan perkara ini dan juga masih belum berbincang dengan wakil Raja-Raja. Apabila ditekan oleh Mat Saleh, Tunku kata Parti Perikatan berpendapat komposisi suruhanjaya ini sepatutnya terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang perlembagaan di negara-negara Commonwealth. Keahlian tidak terbatas dari England sahaja, tetapi dari Kanada, Australia, India dan mungkin dari Ceylon (Sri Langka). Sehingga detik itu, Parti Perikatan "...had no particular names in mind."

Mendengar kata-kata Tunku, Mat Saleh ini menyatakan dia berpendapat Raja-Raja menghendaki rakyat Malaya sebagai ahli dan UK sebagai Pengerusi. Asas keperluan ialah:

"(a) that such a Commission would be much more likely to make recommendations which would find the greatest measure of acceptance, both by the Rulers and the Alliance, and

(b) that an outside Commission might not appreciate the special position of the Malays to an extent that a Malayan Commission would." (CO 1030/132, no. 3, Letter from Sir D MacGillivray to A M Mackintosh on the views of Tunku Abdul Rahman, 5 Jan 1956. Surat ini ditulis pada 31 Dis 1955).

Jawapan Tunku ialah jika begitu, mudah saje, "...by having a mixed Commission,half the members being Malayan and the other half being drawn from Commonwealth countries."

MacGillivray tak setuju dengan pandangan Tunku tapi tak le diluahkan depan Tunku. Dalam surat tersebut, dia percaya komposisi Tunku tidak dapat melaksanakan tugasan dengan memuaskan kecuali "...perhaps the Malayan should merely have the status of assessors." Lagi pula, bukan mudah nak pilih 4-5 orang Malaya yang boleh diterima oleh semua parti terbabit. Dan lagi keahlian begitu ramai tidak praktikal.

Bila dia dengar hujah Tunku, dia buat u-turn "...I now incline to think they would be beyond the capacity of a purely Malayan Commission." Ini kerana mereka dah pasti akan berhadapan dengan masalah yang begitu rumit. Antara masalah yang akan dihadapi oleh suruhanjaya ialah isu kerakyatan. Keputusan yang dibuat nanti ada kemungkinan tidak diterima oleh semua pihak. Jadi dia mencadangkan keahlian dari UK dan negara Komanwel. Ahli-ahli pula mestilah berkaliber tinggi integritinya kerana mereka akan berhadapan dengan situasi yang begitu kompleks. Tapi ini tidak disuarakan kepada Tunku.

MacGillivray seterusnya mencadangkan kepada A M MacKintosh supaya bersedia dengan pandangan mengenai pembentukan suruhanjaya "...likely to be best from H.M.G.s point of view, and then endeavour to obtain acceptance of that opinion." Dia juga berpandangan kemungkinan Tunku tidak akan menolak nama-nama yang akan disyorkan oleh Mat Saleh nanti kerana orang Malaya sendiri tidak menamakan calon-calon mereka. Jadi, "I suggest, therefore, that we should have some names ready to propose."

Selain keahlian, dia juga nak gomen Inggeris menyediakan terma-terma suruhanjaya supaya keputusannya nanti dapat memenuhi kehendak sebuah negara merdeka sementara raja-raja pula berperanan sebagai Raja Perlembagaan.

Sebelum berangkat ke Singapura, Alliance National Council bersidang dan mandat diberi kepada delegasi untuk menentukan kemerdekaan tercapai pada akhir Ogos 1957 (The Straits Times, August 1957-A Date For 'Merdeka' Men, 31 Dis 1955, hlm. 1). Semasa berucap kepada lebih 1,000 orang ahli dan tetamu Ceylonese Association, Tunku:

"We are going to discuss not the principles of handing over certain affairs to this country but the actual details of the hand-over. The principles have already been agreed upon with the Colonial Office. It has already been agreed that we should have control of our security and finance."

Beliau menegaskan bahawa kegagalan rundingan Baling tidak akan memberi kesan kepada rundingan dengan gomen Inggeris nanti.

31 Dis 1955...

Tunku dan delegasinya berlepas dari kediamannya ke Lapangan Terbang KL; wakil Raja-Raja sudah pun berada di sana. Mereka menginap di Raffles Hotel.

Tunku dan delegasinya tiba di Singapura. Sumber: The Sunday Times, Merdeka Trip: All is set, 1 Jan 1956, hlm. 1.

Dah tentulah para wartawan sedang menunggu ketibaannya. Mana boleh lari. Tunku menyatakan "My only ambition is to come back from London and announce the date of Malaya's imdepencence. If I fail in my task, the people will kick me out. They have every right to denounce me as a poor spineless leader. Of course, I have never thought of myself in that light." (Sunday Times, 3,000 to cheer Tengku at ship, 1 Jan 1956, hlm. 1).

Beliau turut menyentuh rundingannya dengan Chin Peng dengan mengajukan soalan kepada wartawan, "Do you realise what will happen if we have two powerful organisations with two different ideologies? Do you think we can exist together?"

Tapi beliau yang menjawab soalannya sendiri dengan menegaskan "Surely, one would try to suppress the other."

1 Januari 1956...

Di luar Raffles Hotel, orang ramai berkumpul dan bersorak 'Merdeka'. Ini betul-betul buat Tunku begitu terharu. Beliau memanggil wartawan yang berada di situ dan berkata "Really, you know, I am most concerned over (Communist-leader) Chin Peng's threat to fight to the last man." Beliau menegaskan, "...if Chin Peng persists in his ideology of violence and hatred I WILL fight it." (Felix Abisheganaden, The Straits Times, Tengku admits a secret fear, 2 Jan 1956, hlm. 1).

Sebelum berlepas dari Raffles Hotel, para delegasi  sempat bergambar. 

Depan dari kiri: Datuk Nik Ahmad Kamil (wakil Raja-Raja), Datuk Dr. Ismail, Datuk Hj. Abdul Wahab (wakil Raja-Raja), Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohamad Seth (wakil Raja-Raja), Kol. Sir H.S. Lee, Dato Abdul Aziz Majid, Dato' Abdul Razak.
Belakang dari kiri: T.H. Tan (Setiausaha Wakil Perikatan), Abdul Kadir Shamsuddin (Setiausaha Wakil Raja-Raja). Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), 2003, Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baru, Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia.

Sepanjang 3 batu perjalanan ke East Wharf, orang ramai beratur di sepanjang jalan. Di pelabuhan pula, hampir 8,000 orang menanti ketibaan para wira negara. Ketibaan mereka dihingari dengan laungan "Merdeka." Sebelum menaiki kapal 'Asia' ke Karachi, beliau dikehendaki memberi ucapan, beliau begitu terharu sehingga keluar air mata. Beliau hanya mampu menyampaikan 5 perkataan sahaja: "I am confident of success." (Macam Jen Douglas MacArthur sebelum meninggalkan Filipina semasa Perang Dunia 11 berjanji "I shall return." He...He...He).

Laluan rombongan ke London. Dari Karachi mereka menaiki pesawat ke London. Laluan balik dengan pesawat. Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Mesyuarat bermula di Lancaster House, London pada 18 Januari 1956. Perbincangan mengambil masa hampir 3 minggu. Topik yang bincang meliputi perkara membabitkan kemerdekaan, kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, hal ehwal luar negara dan penubuhan Independent Independence Committee untuk meneliti perlembagaan, terutama hak keistimewaan Raja-Raja yang mesti dikekalkan (http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/persidangan-malaya-merdeka-di-london4, SINI).  

Pada 7 Februari, para delegasi telah pergi melawat guru-guru pelatih Malaya di Malayan Teachers' Training College (MTTC), Kirkby.

Tunku dengan bakal cikgu-cikgu. Sumber: Google

Menurut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim(kiri), dia bersama rakan-rakan menunggu ketibaan rombongan Tunku dalam cuaca sejuk. Mereka ingat Tunku sudah pasti memberi stereo-type nasihat supaya "...work hard and play hard." Tapi, "Then, all of a sudden, without looking at notes or anything like that, he announced that they had a successful discussion in London and God willing, he said, Malaya would become an independent country on Aug 31, 1957". (Zaharah Othman, Kirkbyites relive historic moment of Merdeka during trip down, 31 Ogos 2017. https://www.nst.com.my/news/nation/2017/08/275147/kirkbyites-relive-historic-moment-merdeka-during-trip-down-memory-lane,  SINI).  

Inilah pengumuman pertama kemerdekaan kepada rakyat Malaya.

Acara menandatangani perjanjian kemerdekaan pada 8 Februari 1956. Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit. 

Tandatangan wakil kedua-dua pihak. 
Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Nak memudahkan cerita tentang rundingan ini, tontonilah siaran ulangan berikut.


Sebelum terbang balik ke Malaya, Tunku telah menulis surat kepada Lennox-Boyd. Antara lain, beliau menyatakan:

"We feel, as we return, that there has been laid down a most excellent basis for the continued improvement of relations between the United Kingdom and a self-governing Malaya within the Commonwealth and for increased friendship and understanding between our two peoples. I can assure of my personal co-operation and support on all matters agreed upon." (CP (56)47, Secret, Memorandum by the Secretary of State for the Colonies, Cabinet, 21st February, 1956, pp. 1).


Ketibaan rombongan Tunku di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 20 Feb 1956.  Sumber: Dato' Mohd Azmi Razak (Ketua Editor), op. cit.

Mudahkan cerita dan sebagai siaran ulangan berpuluh kali, tonton saje le video berikut.


Sesiapa berminat nak baca keputusan yang dicapai semasa Constitutional  Conference tersebut boleh baca di SINI.

Maaf le terlajak cerita. Selepas ini hanya PENUTUP sahaja, in syaa Allah.

Jumaat, 7 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxxi

Sambungan dari SINI...

Apa yang dibincangkan oleh para ahli Politburo semasa mesyuarat pada 31 Dis 1955? Mereka membincang 3 opsyen yang terbuka kepada mereka dan implikasinya terhadap perjuangan ketenteraan dan politik:

1. Kekerapan menyerang PK dikurangkan.
2. Pertingkat menyerang PK.
3. Kekal tahap kekerapan menyerang PK semasa.

Masalah opsyen pertama ialah ia akan memberi gambaran bahawa mereka memang dah 'kalah' di Baling. Dropped le waterface depa. Sementara opsyen kedua pula melibatkan kekuatan 1 kompeni  untuk menyerang PK, bukan 20-30 orang. Sasaran mereka adalah stesen polis, pos tentera dan opportunity targets. Mereka percaya tindakan ini akan memberi mesej kepada gomen supaya jangan pandang enteng ancaman komunis. Justeru, gomen akan merayu-rayu untuk berunding semula. Confident betul depa ni!

Bagi menjayakan opsyen ini dengan lebih berkesan, serangan perlu dilaksanakan di kawasan berhampiran dengan sempadan Malaya-Thailand. Ya lah...lepas serang cepat-cepat balik ke safe sanctuary mereka. Taktik ini dipelajari daripada askar Vietnam Utara semasa menentang Perancis dalam Perang Indo-China di awal 50an. Viet-Cong menyeberang ke Cambodia semasa Perang Vietnam.

Itu pros tapi apa pula consnya? Pertama sekali, sepertimana yang diterangkan di atas, opsyen ini membabitkan ramai gerila yang mana mereka tak mampu menyediakannya. Selain itu, ia melibatkan kos yang tinggi selain terpaksa berhadapan dengan "increased casualties". Masalah ini boleh diatasi dengan membataskan kekerapan menyerang PK. Mereka juga terpaksa memikiokan berapa lama Thailand akan berdiam diri? Besar kemungkinan negara gajah putih itu akan tunduk kepada desakan politik dan diplomatik untuk menghapus pengganas komunis di sempadannya.

Selepas membincangkan pros & cons, akhirnya mereka bersetuju "...to maintain the level of attacks and, in this way, keep moderate pressure on the government until such time as the Tunku sought to reopen peace talk with us."  (Chin Peng, op. cit., hlm. 393-394).

Dengan keputusan ini, Chen Tien pun diarah untuk memberi taklimat kepada Abdullah CD di Dusun Nyor, Narathiwat iaitu penempatan 10 Rejimen (Abdullah CD, 1998, Perang Anti-British Dan Perdamaian, Hong Kong: Nan Dao Publisher, hlm. 166). Lepas itu, Chen Tien pun balik le ke markas PKM di kawasan Sadao.

Mana dia Rashid Maidin? Mengapa dia tidak mengiringi Chen Tien balik ke unitnya?

Mengikut Rashid Maidin, dia tak RTU (return to unit) kerana kut-kut Tunku nak berunding sekali lagi. Tapi yang bestnya, dia sempat terpikat dengan seorang gerila Cina. Jadi, dia pun melamar gerila tersebut, tapi tak le seromantik macam orang sekarang, "Aku hendak kahwin dengan awak, macam mana?"

Apa jawapan gerila tersebut? "Eh, nanti aku timbang dahulu." (Rashid Maidin, op. cit., hlm. 77). Tak lama kemudian gerila Cina setuju menerima lamaran Rashid Maidin. Setuju tak sementinya boleh terus kahwin. Mereka berdua mesti menulis surat kepada ketua meminta kebenaran untuk berkahwin; dalam kes ini minta kebenaran Chin Peng. Permohonan ini dibawa ke suatu mesyuarat. Jika ada tentangan dari mana-mana pihak, frustlah kedua-dua bakal mempelai!

Memang dah jodoh mereka, tiada bantahan. Maka berkahwinlah mereka dan isterinya diberi nama Selamah binti Abdullah. Pasangan pengantin baharu balik ke Dusun Nyor selepas tiada lagi harapan Tunku mahu berunding dengan depa lagi. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Kamariah. Dengan isteri pertama, Hamidah binti Abdul Rashid yang dikahwininya pada 1993 di kampungnya, Gunung Mesah, Gopeng, dia dikurniakan 4 orang anak, iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan (Rashid Maidin, op. cit., hlm. 8).

Rashid Maidin mendukung cucu bersama Selamah dan Kamariah (tengah). Sumber: Google

Apa pula cerita Tunku?

Tunggu sajelah sambungannya nanti, In Syaa Allah.

Rabu, 5 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxx

Sambungan dari SINI...

Betulkah Chin Peng benar-benar jujur nak berdamai?

Mengapa dia mati-mati nak PKM diiktiraf dan enggan menyerah senjata?

Untuk menjawab soalan-soalan di atas, fahamilah apa objektif utama penubuhan PKM.

Paling asas sekali, objektif utama semenjak PKM ditubuhkan pada Mac 1930, ialah "...our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya." (Chin Peng, op. cit., hlm. 92). Objektif ini tidak pernah lari/luntur/pudar dari perjuangan mereka. Malah Chin Peng menegaskan ketaksuban mereka 2 hari (26 Dis 1955) sebelum rundingan dimulakan...

Sumber: The Straits Times, MCP MAKES ITS DEMAND TOO, 27 Dis 1955, hlm. 1

Apa itu negara komunis? Rasanya eloklah orang yang berauthority menjawab soalan ini. Untuk itu, hayati penjelasan Tan Sri Abdul Rahim Noor, mantan KPN yang juga ketua delagasi Malaysia semasa rundingan damai sehingga termeterainya Perjanjian Damai di Hat Yai pada 2 Dis 198 berikut:

Utusan Malaysia, Komunis mahu rampas kuasa guna kekejaman, 28 Ogos 2018, hlm. 31

Motif Chin Peng sebenar dikesan oleh C.C. Too. Dia menyertai semula sebagai Chinese Assistant, Emergency Information Services (EIS) pada Apr 1955 setelah meletak jawatan pada 1952 kerana did not see eye-to-eye dengan Eric Peterson, Director-General of Information Services yang dilantik pada Julai 1952 (Leon Comber, 2008, Malaya's Secret Police 1945-60, Singapore: ISEAS Publishing, hlm. 158). Bila Peterson tamat kontraknya dan kembali ke England, Too pun masuk semula. Dia adalah satu-satunya orang tempatan sebagai staf di Markas Pengarah Operasi, Lt Jen Bourne; lain semua Mat Saleh.

Dia hairan apabila Chin Peng berkata dia nak berunding dengan Tunku. Dia pun meneliti surat yang dihantar oleh 'Ng Heng', di SINI mengapa tiba-tiba saje Chin Peng berubah sikap. Sebelum kehadiran C.C. Too, Mat Saleh ambil jalan mudah saje bila terima surat ini...Chin Peng nak save face! Jawapan ini tak diterima oleh C.C. Too. Mesti ada yang lebih dari itu!

Jadi, dia pun menyelongkar dan meneliti dokumen-dokumen komunis. Kebanyakan dokumen yang berjaya dirampas dalam bahasa Cina dan tidak diterjemahkan. Dipendekkan cerita, dia meneliti satu dokumen mengenai menyuarat Communist and Workers Parties in the British Commonwealth di London pada 21 Apr 1954.  PKM diwakili oleh Lim Hong Bee, wakil PKM Singapura. Dia telah membentang laporan bertajuk "Malaya fights for freedom" (The New Straits Times, CPM's surprise via peace offensive, 4 Dis 1989, hlm. 15).

Laporan ini mengemukakan "Seven Points Programme" yang membabitkan pertukaran dasar parti berkuatkuasa mulai tarikh mesyuarat tersebut (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 179). Mesyuarat ini menghasilkan 6 resolusi; resolusi ke 6 "That the method of peace be adopted to end the war in Malaya." (The New Straits Times, op. cit., 4 Dis 1989). Kaedah penamatan secara aman ini dilaksanakan "...through the implementation of a general cease-fire at once and the use of the method of negotiations with the genuine representatives of the people of Malaya." (Lim Chen Leng, 2000, The Story of a Psy-Warrior: Tan Sri Dr. C.C. Too, hlm. 100).

Apa yang dimaksudkan method of peace? Tak lain tak bukan ialah pengiktirafan PKM.

So what jika PKM diiktiraf? Apa implikasinya?

Dalam analisisnya, C.C. Too menegaskan "...legalisation of the CPM would undoubtedly enable the CPM to turn imminent and total military defeat into complete political victory. The fate of Malaya hung in the balance." (The Straits Times, op. cit., 4 Dis 1989). Memang...PKM tak ada harapan nak menang shooting-war.  Menurut Ong Weichong, "...Indeed, by 1954, prospects of winning the armed struggle in Malaya looked rather bleak." (Ong Weichong, 2015, Malaysia's Defeat of Armed Communism, London: Routledge, hlm. 48). Pada 1951, gerila komunis berjumlah 8,000 orang tetapi pada 1955 hanya tinggal lebih kurang 3,000 orang sahaja!

Mudah cakap, PKM bebas berkempen dan bertanding dalam pilihanraya nanti. Justru, mereka bukan sahaja mudah menyusup dan mendominasi persatuan-persatuan sedia ada, malah boleh membuka pelbagai persatuan di seluruh negara. Dan PKM memang pakar dalam bidang ini!

Malah China pun agak hairan juga mengapa Tunku sedia bertemu dengan Chin Peng. Mana taknya, kebiasaannya, pihak menang bolayan pihak kalah. Walaupun mereka kecewa dengan kegagalan rundingan tersebut, pegawai International Liaison Department (ILD) yang bertanggungjawab menjaga keperluan PKM di China, hairan "...over the willingness of Tunku Abdul Rahman agreeing to the talks from a position of weakness, the party should therfore try to gain something from the talks." Mereka samakan peluang ini apabila "...Chiang Kai-shek's refusal to hold talks with Mao Zedong at the time when the CPC was at its 'lowest tide'". (Aloysius Chin, op. cit., hlm. 48).

Mengenai senjata pula, Chin Peng tidak pernah berkata akan menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa gomen. Dia hanya berkata untuk memusnahkannya sahaja. Apa maksud memusnah?

Inggeris dan Tunku sedia maklum apa yang terjadi bila PKM diarah serah senjata selepas Jepun menyerah diri. Ya...mereka menyerah senjata kepada Inggeris tetapi yang rosak/lama. Yang masih elok disorok sehingga Inggeris terpaksa menawar hadiah kepada mereka yang menyerahkan senjata. Bila darurat diisytihar pada 1948, PKM guna senjata-senjata pemberian Inggeris untuk menentang Inggeris!

Hadiah $1000 untuk mesingan. Sumber: Google

Cukuplah setakat ini. Coretan pun dah nak hampir penamatnya.

Bersambung... In Syaa Allah.

Isnin, 3 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxix

Sambungan dari SINI...

Arahan oral bagi yang diterima oleh John Davis ialah "...to secure agreement on 'surrender terms'. Get [these] fixed early." Memang tall order bebeno (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 283). Semasa dalam khemah, dia taklah terus suruh ketua pengganas menyerah diri saje lah. Sebaliknya, dia mendengar rentetan Chin Peng.

Chin Peng hairan bebeno mengapa '...no negotiation zeal' pada Tunku masa rundingan tersebut. Tak ada langsung tolak ansur sepertimana yang dia harapkan.  Dia kecewa kerana Tunku tak menghalalkan PKM. Justeru dia tak boleh mengambil bahagian perkembangan politik. Selain itu, dia juga tak setuju anggota-anggotanya ditahan dan dibicara apabila menyerah diri. Jatuh le maruah mereka...dropped depa punya waterface. Keadaan memerikkan lagi apabila Marshall terlalu agresif.

Dipendekkan cerita, luahan ketua pengganas ini merumuskan apa yang berlaku semasa rundingan tersebut. John Davis pun tak tahu apa yang dibincangkan kerana dia tak berada dalam bilik rundingan. Mendengar rentetan ini, John Davis percaya Chin Peng "...emphatically wants to stop fighting." (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 285).

Lepas habis Chin Peng dengan rentetannya, John Davis mencadangkan supaya terima sajelah terma amnesty itu. Dia kata Chin Peng kena terima hakikat bahawa shooting war mereka telah gagal; mereka akan kalah. Jika dipersetujui, bolehlah dirundingkan lagi. Tapi tahu saje le sikap komunis, jawapan Chin Peng berputar belit. Pokoknya, dia mentah-mentah menolak terma amnesty dan surrender tidak wujud dalam istilah PKM...no way, man! Dia beritahu John Davis musuh utamanya ialah Inggeris dan dia percaya merekalah yang bertegas nak PGK menyerah diri.

Dia berlembut sikit mengenai bab penahanan anggota yang nak menyerah diri; masih boleh berkompromi. Dia kata jangan dibicara di mahkamah. Mengenai mereka yang nak balik ke China, dia nak jawatankuasa ditubuhkan untuk menentukan sapa yang nak tinggal di Malaya dan nak balik ke Tanah Besar.

Menurut Chin Ping, John Davis menyatakan "...Let me go with you into the jungle and see if the two of us can't settle this matter. After all, we won very convincingly the last time we cooperated." Apabila ditanya apa yang dimaksudkan, John Davis menjelaskan "...I have brought a small patrol with me. They are equipped with a radio. We can keep in direct touch with Kuala Lumpur." (Chin Peng, op. cit., hlm. 389; juga C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 178). Dia menolak cadangan ini kerana dia tidak dapat menjamin keselamatan kawannya ini dan anggota PK terbabit nanti, lagi pula komunikasi ini sudah tentu melibatkan Inggeris.

Betul ke apa yang dikatakan Chin Peng mengenai tawaran ini? Menurut Margaret Shennan, John Davis tidak mencatatkan isu ini dalam 2 keping kertas dalam simpanan peribadinya (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 285 & hlm. 365, note 22). Sebaliknya apa yang tercatat ialah kaedah bagi memudahkan pergerakan wakil Chin Peng sekira bersetuju mengenai penempatan anggota PGK yang nak menyerah diri. Chin Peng akan keluar dari hutan dan menandatangani satu perjanjian provisional. Selepas itu, dia atau wakilnya akan akan pergi ke lokasi yang akan menempat anggota-anggota berkenaan. Kemudahan pengangkutan ditanggung beres oleh gomen dan proses ini dijangka mengambil masa selama sebulan. Chin Peng percaya anggotanya akan berkerjasama, hanya mungkin sebilangan kecil sahaja yang akan meneruskan perjuangan.

Bagaimana pula sistem yang akan digunakan untuk untuk kedua-dua berkomunikasi? John Davis mencatatkan hubungan dibuat secara bertulis 2 kali sebulan, iaitu setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan, bemula pada 15 Januari 1956. Surat tersebut dimasukkan ke dalam dead letter box lebih kurang 20 ela dari hala nak masuk ke Gunung Paku. Dah pastilah PK akan dimaklum terlebih dahulu. Bagi memudahkan lagi pergerakan, kurier yang dipersetujui ialah Onn Chin Hee dan Kwee Ching. Mereka dikehendaki meletakkan mesej Chin Peng dalam dead letter box di antara jam 1000 dan jam 1400. Sistem ini diperakui oleh Chin Peng. Namun dia menyatakan "...the box was never activated by either side. We checked it out on several occasions." (Chin Peng, op. cit., hlm. 390).

Apabila menerima mesej tersebut, gomen akan membuat pengumuman melalui Radio Malaya untuk 2 malam berturut-turut selepas warta berita jam 2100. Pengumuman dalam bahasa Inggeris berbunyi: "Will Mr Harold Slocum, last heard of in Singapore in 1954, please get in touch with Police Headquaters?" Ini bermakna gomen bersetuju dengan kandungan surat ketua pengganas (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 286).

Selain berbincang isu ini, mereka mengenang kisah-kisah semasa menentang Jepun. Depa bergebang hingga larut malam.

30 Disember...

Sebelum fajar terbit, Dennis Wombell mengarahkan stand-to dan stand-down selepas fajar terbit. Mereka semua ambil sarapan pagi awal; menu untuk Chin Peng masih nasi dan kari ikan. Seterusnya Dennis Wombell mengarahkan anggotanya untuk mengemas untuk balik ke Kroh. Dia dan anggotanya siap sedia dengan senjata yang mereka sorok dalam kenderaan sebelum ini. Sementara menunggu John Davis mengiringi Chin Peng pergi ke lokasi di pinggir hutan, trup loiter di kawasan tersebut. Keadaan ini dah pasti membuat Chin Peng panik. Mana tidaknya, bila melihat Ketua Platun "...in jungle kit, holding a carbine and carrying, on various parts of my anatomy, a 9mm. pistol, a compass, a belt of carbine ammunition tow hand grenades, and a parang and pointing to the jungle in the direction in which he is about to depart." (Dennis Wombell, op. cit.). Dah le Dennis berpakaian lengkap dengan senjata, ada pula pengendali anjing dengan anjingnya!

Melihat keadaan ini, Chen Tien yang menunggu di pinggiran hutan pun protes. Dia nak trup berundur dari situ dengan alasan tak nak trup tahu laluan yang mereka akan ambil. Mana ada lojik alasan ini. Dalam hutan 1-2 ela pun dah tak nampak. Lagi pula, kedua-dua pihak dah tahu pun laluan yang akan diambil oleh PGK! Dah tentulah protes ini tidak dilayan.

Untuk mengatasi masalah ini, John Davis menawarkan diri untuk mengiringi mereka ke dalam hutan. Tawaran dipersetujui dan mereka pun masuk hutan pada jam 1030 (The Straits Times, 'Choi wui Chin Peng' and exit Reds, 31 Dis 1959, hlm. 1 & 7).  Mereka berjalan lebih kurang 1/4 batu. Sebelum berpisah, Chin Peng  "...thanked me very much and most anxiously pressed his escort on me to see me safely back to our people! It took a lot to persuade him that I was perfectly capable of finding my own way through the jungle foo 1/4 mile!" (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 287). Mereka berjabat tangan dan John Davis mengucapkan 'choi wui, Chin Peng.'

Menurut Dennis Wombell, trupnya menunggu hampir sejam apabila John Davis keluar dari hutan; dia keluar pada jam 1115. Di Gunung Paku ada wartawan menunggu John Davis. Dia ditanya apa yang dia bergebang dengan Chin Peng malam semalam. Jawapannya ialah"We had a casual talk during the night but there nothing to it." Lepas itu dia pun berlepas ke Kroh bersama H. Middleton, OCPD Kuala Kangsar, dan Geoffrey Turner, OCPD Kroh, bersama 2 PPH.  Di Kroh, wartawan dah menunggunya juga. Kali ini dia menyatakan "I need a wash and shave badly."

Selepas itu, John Davis berlepas dengan sebuah helikopter ke Kroh. Dari sana, meneruskan perjalanan ke KL "...for an extensive de-briefing." Komisioner Polis, Claude Fenner pula menghubungi Helen, isteri John Davis di Province Wellesley, memaklumkan bahawa suaminya sempat meraikan sambutan tahun baru 1956. Prihatin bebeno Mat Saleh ini tentang kebajikan kaum mereka!

2 minggu kemudian, John Davis terima surat penghargaan daripada Lt Jen Bourne yang dikepil bersama surat MacGillavray. Kedua-dua mereka mengiktiraf peranan John Davis "...considerable part in making a success of the arrangements." Selain itu, Bourne menyatakan "Thank you particularly for the very special, and by no means unrisky part which you played is meeting Chin Peng in the jungle. I'm glad it went off so smoothly."

Tamatlah penglibatan John Davis dalam Rundingan Baling.

Dennis Wombel pula pergi bercuti seminggu di Hong Kong selepas tugasan ini tamat.

Menurut Chin Peng, mereka tidak terus beredar dari lokasi apabila John Davis berpatah balik. Dia telah menghantar scout untuk menentukan sama ada trup mengekori mereka. Setelah mendapati ketiadaan trup, mereka mengambil keputusan tidak menggunakan laluan hutan sebaliknya melalui kebun getah. Mereka menjangkakan jika PK nak menyerang hendap, ia akan dilakukan di laluan hutan, bukannya dalam kebun getah (C.C.Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 181). Mereka tiba di HQ di sebelah Thailand pada waktu malam hari itu juga. Keesokan hari, dia mengadakan mesyuarat Politburo "...to review what was unquestionably the setback we had suffered at Baling." (Chin Peng, op. cit., hlm. 393)

Yang bestnya, kenyataan inilah yang membuat Dennis Wombell menukil pengalamannya! Dia terbaca ulasan buku Chin Peng mengenai laluan dalam kebun getah dalam akhbar di Australia. Apa lagi, dia pun menyanggah tulisan tersebut. Dia menegaskan "There were no rubber plantations in that area, nor, with John Davis accompanying him did he need to take the precautions he describes, and I can only assume that he has dramatised the situation in an effort to increase his book sales. In fact he departed in an amicable atmosphere of mutual trust on both sides, in the company of John Davis." (Dennis Wombell, op. cit.).

Sekembali dari bercuti, Dennis Wombell diarahkan untuk mengesan laluan PGK. Bila mereka tiba di lokasi penempatan ransum yang dibekalkan kepada PGK pada 28 Dis, dia dapati tak ada petunjuk kehadiran kumpulan besar PGK. Kedua pihak bersetuju jumlah maksima Chin Peng boleh bawa gerilanya ialah 30 orang sahaja. Chin Peng mengesahkan jumlah sebenonya hanyalah 20 orang, termasuk dia dan delegasi ke rundingan. Dennis Wombell mendapati ransum tersebut hampir tidak diusik. Hanya beberap kotak ransum yang dibuka dan barang-barang tertentu sahaja yang diambil. Yang paling banyak diambil ialah beras.

Seterusnya, mereka menjejak laluan sehingga "...at just over a thousand feet, the ground is stony and the vegetation sparse. Tracking in these conditions is almost impossible, and, given that or immediate task was completed we returned to Gunung Paku to be picked up and returned to our base in Kroh."

Tamatlah penglibatan Dennis Wombell dalam Rundingan Baling.

Di Kuala Lumpur...30 Dis 1955

Tunku pergi ke King's House untuk berbincang dengan MacGillivray dan Bourne. Mereka bersetuju untuk membatalkan amnesty dan terma-termanya pada 8 Feb 1956. Seterusnya Tunku mengumumkan melalui Radio Malaya bahawa beliau tiada hasrat untuk bertemu dengan Chin Peng selagi mereka enggan menerima "complete surrender." (The Straits Times, Feb. 8-then WAR to THE END, 31 Dis 1955, hlm. 1).

Seterusnya, beliau menyatakan: "I regret having to resort to his course of action but my Government and my party are convinced that no half measures would ever bring an end to this struggle which has been going on for the last eight year. 

The people are sick and tired of this state of Emergency and the Communist leader has turned down our offer to end this struggle. They indicated that our ideology of peace and goodwill cannot exist side by side with their ideology of violence and hatred.

The war must be intensified until one or the other must give in. It is certain that I will not give in and betray the Malayan people. So the Malayan Communist Party must give in. I have every confidence that the people of Malaya will give their fullest support and co-operation to the action I have take."

Jen Bourne pula mengeluarkan kenyataan: "It is now clear to the whole world that there is no truth in the Malayan Communist Party claim that they are fighting for the independence of Malaya. Chin Peng insists that he is fighting for the Communist ideology, will not give it up and will not surrender.

He thus admits he is fighting against the elected Government of Malaya and I feel sure that the people of Malaya under the leadership of Tengku Abdul Rahman will fight back and help the security forces to finish off the remaining Communist terrorists quickly. I can be done."

Di Baling...

Jam 0830...Seorang Pegawai Turus (Tentera Darat) berlepas dari padang bola Baling ke KL untuk menghantar transkrip hari kedua rundingan.

Jam 1400...Markas Tentera di Baling English School ditutup dan trup mulai beredar. Kehadiran semua anggota gomen meninggalkan Baling pada 31 Dis 1955.  

Bila delegasi semua beredar, wartawan dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat dan juga bilik penginapan. Engkohnya, Chin Peng dan delegasinya tak suka makan makanan Mat Saleh dalam tin yang disediakan dalam bilik penginapan mereka. Ransum tentera terdiri "Irish stew, ham and beef, ginger pudding, sausages and beans"  tidak diusik (The Straits Times, Chin Peng and his killers live in fear of ghosts, 30 Dis 1955, hlm. 9). 

Ini diakui oleh Jaafar Ismail, tukang kebun sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk mengemas bilik delegasi Chin Peng. Dia menyatakan "Selepas rundingan selesai dan kesemuanya telah kembali ke hutan, saya masuk semula ke rumah itu. Saya tengok makanan dalm tin itu langsung tidak diusik, apatah lagi dibuka untuk dimakan.

Macam mana saya susun makanan dalam tin di atas meja itu semalam, macam itulah keadaannya hari ini. Tak tahu dia makan apa." ( Utusan Online, Saya bukan tukang masak Chin Peng, 2 Apr 2016).

Komunis tak ada ugama tapi mereka mempunyai kepercayaan karut (superstition). Memetik laporan akhbar di atas, "Bearing in mind the Chinese superstitious belief of how to scare away ghosts, the Communist hung a mirror high on the wall, directly facing the front entrance and left it there." 

Tapi sebenonya mereka pengotor. Bilik tersebut berselerak. Puntung rokok, kotak rokok, batang mancis dan cebisan kertas bersepak di lantai. Terok betul komunis ni.

Namun, depa tetap keep fit. Mereka menggunakan sepenuh 2 peralatan angkat berat (50 lb) yang disediakan. Kena le fit kalau tidak macam mana nak merentas hutan/gunung-ganang.

Baling pun balik semula dalam keadaan seperti biasa. Semua mereka yang terlibat, askar, polis, telekom dan peralatan meninggalkan bandar ini. Dengan adanya perisitiwa ini, maka terpahatlah Baling dalam sejarah negara ini...


DARI BALING KE KEMERDEKAAN

Chin Peng kata dia nak berdamai tapi bersyarat...

John Davis percaya 'keikhlasannya'...

Apa pula penilaian Psy-Warrior mengenai keikhlasan ini? Betul ke ketua pengganas ini jujur?

Untuk jawapannya...Bersambung...In Syaa Allah.

Sabtu, 1 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxviii

Sambungan dari SINI...

29 Dis 1955...

Jam 1400...Konvoi 2 PPH yang diketuai oleh Lt (Polis) Dennis Wombell yang mengiringi John Davis dan Chin Peng meninggalkan Baling ke Gunung Paku.

Sebenonya, Chin Peng tak nak balik dengan segera sehabisnya mesyuarat kerana orang-orang dia mungkin tak ada di lokasi di persekitaran Gunung Paku. Mereka mungkin menjangka ketua mereka akan berada di lokasi RV lewat petang. Tapi John Davis nak hantar mereka cepat-cepat kerana "...to get Chin Peng's party out of the publicity atmosphere of the camp." Dia kurang yakin dengan wartawan walaupun mereka telah diberitahu Chin Peng tidak boleh ditemubual (Margerat Shennan, op. cit., hlm. 281). Tahu saje le wartawan...siapa yang nak missed berita sehebat ini, betul tak? Kemungkinan mereka simply bulldoze tidak boleh diketepikan begitu saja! So, tough luck le Chin Peng.

Ingat tak Chin Peng ada bertanya kepada Tunku bagaimana rombongannya nak balik ke Gunung Paku? Dah tentu le dia bimbang kerana apa pun boleh berlaku sementelah rundingan boleh dikatakan gagal. Sepertimana yang tercatat sebelum ini, PKM telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat di kawasan sempadan Malaysia/Thailand khusus untuk membingcang rundingan Baling. Selain melantik Musa Ahmad sebagai Pengerusi PKM dan R.G. Balan sebagai Naib Pengurusi, Lee Aun Tong@Lau Li pula dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agong. Dia akan mengganti Chin Ping sekira berlaku sesuatu kepada ketua pengganas tersebut (Aloysius Chin, 1994, The Communist Party of Malaya: The Inside Story, Kuala Lumpur:Vinpress, hlm.46). R.G. Balan merupa seorang anggota komunis tegar dari kaum India dan ahli yang aktif dalam Perak Rubber Labourers' Union yang berhaluan kiri.  Semasa dilantik sebagai Naib Pengerusi, dia berada dalam tahanan semenjak 30 Mei 1948. Pada hari itu, dia ditahan 6 jam sebelum masuk dalam hutan untuk mengangkat senjata (Anthony Short, 2000, In Pursuit of Mountain Rats: The Communist Insurrection in Malaya, Singapore: Cultured Lotus, hlm. 60. Terbitan pertama, 1975, The Communist Insurrection  in Malaya 1948-1960, Frederick Muller). Dia dilepaskan pada 1961, iaitu selama 13 tahun dalam tahanan (Cheah Boon Kheng, 2014, Red Star Over Malaya, (Terbitan pertama 1983), Singapore:NUS Press, hlm. 82-83, nota kaki 7).

Kebimbangan Chin Peng memang ada asasnya. Menurut Leon Comber, dia berjumpa Marshall 18 bulan sebelum Marshall meninggal dunia pada 12 Dis 1995. Semasa pertemuan tersebut, mantan KM Singapura itu memberitahunya bahawa dia ada bertemu dengan seorang mantan anggota perisikan Inggeris, MI5. Mat Saleh ini memaklumkan bahawa Inggeris ada rancangan alternatif sekiranya rundingan tersebut gagal. Rancangan itu ialah "we were under orders to follow him into the jungle and kill him but we lost him." (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 181). Marshall memang terkejut mendengar berita itu kerana dia tak tahu apa-apa tentang komplot itu. Dia menegaskan "...I would have been against it if I'd known." Margaret Shennan juga percaya John Davis sudah pasti enggan menjadi conducting officer sekiranya dia mengetahui komplot ini (Margaret Shennan, op. cit., hlm. 274). Isu ini juga tersiar dalam rencana yang ditulis oleh Ian Steward dalam akhbar South China Morning Post, 18 Jun 1998. Steward menyatakan cubaan membunuh Chin Peng gagal dan mungkin ketua pengganas itu sendiri tidak mengetahui rancangan ini (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 180).

Bila mendengar berita ini, Chin Peng menyatakan dia dimaklumkan oleh seorang pegawai: "Do you know at that time the OCPD of Kroh, tried to set up an ambush to kill you? Fortunately we discovered, the British Government discovered, and stopped him in carrying out the ambush." Siapa pegawai ini tidak pula disebutnya. Anthony Short pula mengesahkan kenyataan ini kerana dokumen terbabit berada di Public Record Office, Kew Gardens, London (C.C. Chin & Karl Hack, op. cit., hlm. 182). Bestnya kalau dapat salinan dokumen ini!

Maka selamat le Chin Peng.

Berbalik kepada John Davis yang menunggu di komplek sekolah semasa rundingan. Dia terima arahan dari pihak atasan untuk melaksanakan beberapa tugasan. Arahan ini ditulis cakar ayam sahaja (scribble) di atas sekeping kertas saje. Dari siapa arahan ini tidak pula dicatatkan olehnya dan menjadi the best kept secret. Tapi dari awal lagi dah diberitahu no black and white!

Jam 1521...Konvoi John Davis tiba di Gunung Paku.

Menurut Wombell, pergerakan konvoi tidak menghadapi sebarang masalah. Dia perhatikan raut muka Chin Peng "...somewhat despondent at the failure of the talk." (Dennis Wombell, The Baling Peace Talks, 28th./29th. Dec. 1955). Mat Saleh ini sempat lagi mengambil gambar Chin Peng semasa bertukar keenderaan di satu persimpangan untuk menaiki Gunung Paku. Dia protes le kerana tak setuju gambarnya diambil di luar Baling. Mengapa? Mana ada publicity!

Ingat Mat Saleh ni nak layan komplennya? Dia tak endah langsung kerana "...knowing what the immediate future held for him I was not too concerned." Memang betul pun...Chin Peng tetap musuh negara No. 1!

The Straits Times

Wombell dan John Davis ingat tugasan mereka berakhir bila tiba di Gunung Paku dan Chin Peng dan konco-konconya masuk hutan untuk RV dengan gerila-gerilanya. Engkohnya tidak. Dia memohon kepada John Davis supaya dia seorang bermalam di lokasi tersebut, iaitu bersama  platun Dennis Wombell dan akan menyertai anggota-anggotanya keesokan hari. Alasannya ialah hari agak dah lewat untuk dia turun gunung ke lokasi orangnya. Permohonan ini dipersetujui. Tapi yang bestnya ialah dia arah Chen Tien dan beberapa pengiring turun ke lokasi RV gerila-gerila. Malah Chin Peng minta Wombell lampu picik untuk Chen Tien bagi memudahkan dia berjalan dalam hutan nanti. Wombell pun menghantar sebuah Land Rover ke Klian Intan untuk membeli alatan tersebut.  

Nak bermalam itu OK tapi bukan tetamu dibiarkan tidur berbumbungkan langit dan beralas dengan tanah merah kut. Anggota PPH tak bawa spare khemah dan selimut. Jadi, menurut John Davis, keenderaan dihantar ke stesen polis Kroh untuk mengambil khemah dan selimut tambahan untu tetamu yang tak diundang ini, termasuk dia sendiri. PPH nak dirikan 2 khemah untuk John Davis dan Chin Peng tetapi John Davis kata dia akan kongsi khemah dengan ketua pengganas. After all, sebelum ini pun mereka pernah sekhemah semasa menentang Jepun.

Tempat penginapan dah beres. Makan pula macam mana? Wombell mengarahkan anggotanya menyediakan makanan untuk 2 orang tetamu ini. Menu ialah kari ikan dengan nasi. Kira OK le tu. Sungguh ironik sekali, "...For the cooks, a platoon of Malayan police constables, it was a bizarre situation, for they had spent years hunting these same Communist terrorists in the jungle" tapi pada hari tersebut terpaksa menyediakan makan malam untuk musuh utama negara! (Margerat Shennan, op. cit., hlm. 282).

Sebelum masuk khemah, Chin Peng berbual kosong dengan Wombell tapi mereka mengelak daripada menyentuh profession mereka. Chin Peng sekadar bertanya berapa lama Wombell dah berada di Malaya dan sama ada dia boleh tahan dengan cuaca panas.

Lepas itu Chin Peng beredar ke khemahnya. Masa inilah John Davis memainkan peranan tambahan yang diberikan.

OK setakat ini. 

Bersambung...In Syaa Allah.

Isnin, 27 Ogos 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxvii

Sambungan dari SINI...

Kedua-dua pesawat Beaver yang membawa rombongan Tunku selamat mendarat di KL pada jam 1630. Dah pastilah beliau menjadi buruan para wartawan.

Beliau menyatakan bahawa beliau berharap Chin Peng akan keluar lagi untuk berunding. Tetapi bertegas "I certainly shall not make the first approach. I won't approach them any more. The Communists must ask for the talks." (The Straits Times, 'We hope they'll be back for new talks', 30 Dis 1955, hlm. 1). Tak tahu rupanya Tunku tegas orang. Ingatkan beliau happy go lucky punya orang...He...He...He. Tapi memang betul pun. 7 juta rakyat Malaya menyebelahinya berbanding hanya 3,000 pengganas komunis!

Sekali lagi beliau menegaskan bahawa beliau percaya kegagalan rundingan ini tidak akan memberi kesan semasa rundingan dengan gomen Inggeris di London pada Jan 1955. Rasanya Inggeris dah pasti kagum dengan ketegasan Tunku. Nampak sangat sia-sia bebeno mereka terlalu bimbang yang Tunku dapat dicucuk hidungnya oleh Chin Peng. William Shaw dalam bukunya, Tun Razak: His Life and Times, mencatat respons Sir J Martin kepada soalan Tun Razak di London: "Are you going to make things difficult for us?"  ialah: "No, we are going to give you on a golden platter." (William Shaw, 1976, Tun Razak: His Life and Times, Longman, hlm. 106. Tun Razak adalah salah seorang delegasi ke London).

Marshall juga menyatakan kemungkinan Chin Peng akan cuba meminta satu lagi mesyuarat. Dia sedia menghadirinya "If they could sink their pride for the welfare of the people we should be glad to meet them." Tidak seperti Tunku, Marshall berpendapat Chin Peng ada mandate untuk membuat sebarang keputusan. Masalahnya ialah ketua pengganas "did not appear to have room for manoeuvre."

Rumusan Marshall mengenai sikap PKM ialah "To hell with the welfare of the people. The Communists Party comes first."

Setiba di Singapura pada waktu malam, Marshall menyatakan bahawa dia percaya Chin Peng bukannya ketua PKM (The Straits Times, Marshall: I don't believe Chin Peng leads Malaya's Reds, 30 Dis 1955, hlm. 4). Alasannya ialah Chin Peng asyik-asyik menyatakan "...he had no mandate, no authority."

Mengenai Chin Peng pula, Marshall menyatakan "He looked like a chap who has been mollycoddled in his office. When I offered him some coffee, he said 'No thanks: I am not used to this heat.' I wondered then if Chin Peng had just come from Switzerland."

Rumusan Marshall ialah: "To them it is to Hell with the welfare of the people - the Communist Party comes first. They say they cannot disband the Communist Party and that it will last for ever in Malaya. We did not seem to be able to talk the same language."

Chin Peng tak ada ruang untuk manoeuvre? Heran bin Ajaib juga...Kan mereka yang nak sangat rundingan ini. Jadi dah pastilah mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan, betul tak? Ingat Tunku nak pergi tanpa sebarang persedian ke?

Sebenonya, Inggeris dah bimbang apa yang akan berlaku semasa rundingan itu nanti. Mereka takut Tunku hentam setuju saje terhadap tuntutan ketua pengganas itu nanti. Jadi, pada lewat Okt atau awal Nov 1955 Mej Jen Lindsay, PSO/Timbalan Pengarah Operasi, telah membuat 1 raptai mesyuarat Baling itu di pejabatnya. Dia telah mengarah C. C. Too, Pegawai Perang Saraf (kanan) datang ke pejabatnya pada jam 1400. Dah tentulah C.C. Too memikiokan apa yang orang No 2 nak jumpa dia. Bila dia masuk saje, terkejut dia bila hampir sedozen staf kanan Pak Jen berada dalam pejabat.

Mat Saleh ni 'bengang' dengan C.C. Too kerana apa yang diramalkan oleh C.C. Too mengenai tindakan yang akan diambil oleh Chin Peng memang jadi kenyataan. C.C.Too yang merupakan seorang anti-komunis tegar dan boleh 'baca' pemikiran Chin Peng. Dia tidak bersetuju Tunku berunding dengan Chin Peng. Dia kata Chin Peng akan mengeksploitasi keadaan untuk mendapat simpati rakyat dan akan membuat pelbagai tuntutan. Memang betul pun!

Jadi, Lindsay kata dah hang tu pandai sangat, mari kita play-acting. You jadi Chin Peng dan saya sebagai Tunku (lebih kurang begitu le agaknya dialog mereka). Mula dah tentulah C.C. Too membantah kerana tak diberi masa untuk membuat persedian. Namun, dia kata OK. Dipendekan cerita, dia dapat out-maneuvered Lindsay (Lim Chen Leng, 2000, The Story Of A Psy-Warrior: Tan Sri Dr C.C. Too, Batu Caves: Lim Cheng Leng KMN AMN, hlm. 103-105).

Hasil raptai ini diberikan kepada Tunku supaya tidak terperangkap dengan hujahan Chin Peng nanti. C.C. Too turut pergi ke Baling tetapi tidak dibenar masuk ke kawasan sekolah tersebut. Kepakaran dalam bidang psy-war membuatkannya dilantik sebagai Head Psywar Section pada 1956 dan bersara sebagai Ketua Perang Saraf Negara pada 1983. Hebat bebeno.

Sikap anti-komunis ini membuat Tan Sri Dr C.C. Too enggan hadir walaupun diundang semasa majlis menandatangani Perjanjian Damai di antara Malaysia dan PKM di Hat Yai pada 2 Dis 1989. Sebabnya? Aloysis Chin dalam bukunya, The Communist Party Of Malaya: The Inside Story, mengulas artikel yang ditulis oleh C.C. Too mengenai perjanjian  dan masa hadapan PKM:

"...was putting on a remarkable, amazing and highly charismatic public relations performance, which was obviously well rehearsed beforehand, He warned that the CPM was merely 'temporarily suspending' its armed struggle, but through infiltration and subversion with the help of communist surrogates would create a 'new revolutionary situation' which would be expedited and aggravated by any future economic recession in the country. He further stated that it was a brilliant example of the classic communist tactic of taking one step backward to go two steps forward. The communist should never be underestimated. They would never give up easily. History is likely to repeat itself unless timely and positive actions are taken to prevent any recurrence." (Aloysis Chin, 1995, The Communist Party Of Malaya: The Inside Story, Kuala Lumpur: Vinpress Sdn Bhd, hlm. 248).

Apakah impak Rundingan Baling kepada Tunku? Sikap anti-komunis ini menjadi asas kepada dasar luar negara Malaya selepas merdeka. Memetik Tunku dalam buku Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman And Malaysia's Foreign Policy, "...Malaya's independent foreign policy was not neutral, the country's fundamental security concerns made it undoubtedly anti-communist but not in any evangelical sense. It was simply to protect our independence." (Abdullah Ahmad, 1985, Tengku Abdul Rahman And Malaysia's Foreign Policy, Kuala Lumpur: Utusan Publications, hlm. 26).

Mana tidaknya, baca antara petikan beliau:

"Saya percaya jika kita tidak dapat berjumpa Chin Peng, dan kita tidak tahu niat sebenar Chin Peng, saya rasa perjuangan menentang mereka akan berterusan. Zaman darurat berlangsung semala 12 tahun, suatu jangka masa yang amat menyeksakan rakyat. Macam-macam penderitaan yang rakyat tanggung. Macam duduk dalam neraka." (Wahba, 1994, Baling Membuka Jalan Damai, Kajang: Masa Enterprise, hlm. 188).

"Chin Peng sendirilah yang telah memberi ingatan kepada saya akan bahayanya fahaman komunis. Oleh itu, saya bukannya takut kepada "momok"; bahkan saya telah mendapat pengajaran daripada mulut komunis sendiri tentang bahaya yang akan ditimbulkan oleh komunis yang bercorak China itu." (Wahba, op. cit., hlm. 173).

"Meskipun komunis telah membuat perjanjiannya dengan kita di Baling, namun mereka tetap juga melancarkan keganasan bersenjata". (Tunku Abdul Rahman, 2007, 13 Mei: Sebelum Dan Selepas, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 177. Beliau menyentuh mengenai catatan oleh Chen Tien).

"And then after my meeting with Chin Peng in Baling, he said to me, "Tunku, you are anti-communist and I am communist. Between the two of us, we can never work together. We can never co-exist". He made it very clear that the communists can never be friendly towards us. In the same way, we can never be friendly towards them as between east and weest-that type of east and west-there can never be true friendship. The best thing is to make you policy clear on this issue and not to do one thing one day and another thing another day. I have made my position quite clear, I am not a communist. I am anti-communist because communism is against my religion and against my policy." (Tan Sri Abdullah Ahmad, 2016, Conversations With Tunku Abdul Rahman, Singapore: Marshall Cavendish, hlm. 151. Penulis menemubual Tunku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 1982-1984).

"Baling led straight to Merdeka." (Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, 2011, Looking Back, Petaling Jaya: MPH Publishing & Star, hlm. 14. Edisi pertama diterbit  oleh Pustaka Antara, 1977).

Berakhir episod yang membabitkan Tunku. Apa pula cerita John Davis dan Chin Peng di Gunung Paku?

Bersambung, in syaa Allah.

Sabtu, 25 Ogos 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxvi

Sambungan dari SINI...

Habis saja mesyuarat, Tunku dan delegasinya pun beredar ke rumah tuan DO kita, Wan Daud untuk makan tengah hari.

Jam 1355...Kenyataan akhbar dikeluarkan
.
Sumber: The Cold War in Asia (1945-1990), National University of Singapore, hlm. 49

THE BALING TALKS.

The Chief Minister spoke in the name of six million Malayans.

Chin Peng spoke for three thousand Terrorists scattered in small gangs. 

The Chief Minister proposed a policy of  peace and progress for the people of Malaya.

Chin Peng deliberately chose that violence and hatred should go on, The Chief Minister declared that Independence earned by constitutional means is in sight.

Chin Peng admitted this; but demanded that Communists be allowed to use that independence for the plot of International Communism to enslave Malaya.

The Chief Minister could not let 3,000 cutthroats loose to prey on the people of Malaya.

THEREFORE THERE COULD BE NO AGREEMENT AT BALING. 

The Chief Minister will not meet Chin Peng again unless the Communists want to make a full and complete surrender.

Now the Communists in the jungle have until February 8th to give themselves.

After that date the Amnesty will have ended and those who have not surrendered will be relentlessly hunted.

Chin Peng has again declared war on you, the people of Malaya.

Are you going to help him?

Let us all deny food to the Terrorists and give information of their movements.

Then all of us together will win this war quickly.

No. 6063

Jam 1400...Chin Peng, Rashid Maidin, Chen Tien dan Sanip bersama John Davis berlepas dari Kroh ke Gunung Paku dengan diiringi oleh 2 PPH. Chin Peng sempat melambai tangan kepada para wartawan. Kali ni John Davis duduk di depan dengan pemandu (The Straits Times, THE WAR GOES ON! Amnesty to end after 'period of grace', 30 Dis 1955, hlm. 1).

Chin Peng menaiki keenderaan untuk ke Gunung Paku. Sumber: IWM

Jam 1405...Tunku dan rombongan berlepas selepas makan tengah hari menuju ke Pusat Akhbar di pekan Baling dan mengadakan sidang akhbar yang ringkas.

Sidang akhbar ringkas. Sumber: IWM

Menurut Said Zahari, wartawan Utusan Melayu yang meliputi peristiwa ini, beliau memujuk Syed Jaafar Albar, menemubual Tunku sebelum sidang akhbar dimulakan. Maklum saje lah... dia nak dapat berita eksklusif. Permohanan ini dibisikkan kepada Tunku. Tunku berpaling kepada dia dan berkata "Said, one question only." Soalan tunggalnya ialah "Apakah Tunku tidak berasa kecewa dengan kegagalan sidang damai ini?"

Dengan senyuman Tunku menjawab "No, I am not. I never wanted it to be a success."  Terkejut berok Said. Selepas itu Syed Jaafar Albar memanggilnya dan berpesan "Said, saya fikir jawapan Tunku tadi itu tidak baik disiarkan." (Said Zahara, 2001, Meniti Lautan Gelora, Universiti Kebangsaan Malaysia & Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd, hlm. 298). Bagi menghormati kehendak Syed Jaafar, pak Said tak masuklah kenyataan Tunku dalam laporannya pejabat Utusan di Singapura. 

Selain menjawab soalan-soalan yang diajukan mengenai rundingan itu, para wartawan turut mendapatkan pandangan Tunku dan Marshall dari aspek human side of the story. Semasa sidang akhbar, Tunku menyatakan rundingan itu tidak boleh dianggap sebagai gagal kerana beliau menyedari bahawa Chin Peng hanya mempunyai mandat untuk menolak terma amnesty sahaja. Beliau seterusnya meramalkan akan menerima surat dari ketua pengganas itu untuk pertemuan kedua sekembalinya dari London. Masa itu dia dah pasti le dapat mandat dari PKM! (The Straits Times, Tengku: Door open for another meeting 'REDS EAGER TO END  THE WAR', 30 Dis 1955, hlm. 2).

Beliau seterusnya menyatakan "I am not disappointed over the  result. I did not expect the Communists to yield to us. I knew there had to be some leeway in the bargaining."

Apabila ditanya mengenai kenyataan (kanan), Tunku menjelaskan "That statement and the result will not influence my talks in London next month. The principle of taking over the internal defence of the country has already been accepted by the Colonial Office ad the only problem is how separated internal from external defence. I do not see why today's result should affect my London discussions. I told Chin Peng that one of my main issues in London would be internal security and defence."
Kepada soalan sama ada Chin Peng membangkit isu kehadiran anggota pasukan Inggeris dan sekutunya di Malaya diteruskan atau diundurkan dari Malaya nanti, kedua-dua Ketua Menteri serentak menjawab "No".

Menyentuh isu penyerahan senjata pula, Tunku kesal Chin Peng meletakkan syarat yang beliau tidak setuju. Jadi, "So we go on fighting. I told them that it was obvious that the terms of the amnesty were not acceptable to them and therefore when I return to Kuala Lumpur I would withdraw the amnesty." Beliau beri tempoh sebulan (The Straits Times, op. cit., hlm. 2).

Kepada soalan mengenai prinsip yang diterima oleh Chin Peng sepanjang mesyuarat, Marshall menyatakan "They seemed to accept the fact that we would not recognise their Party. While they had repeatedly spoke about recognition yesterday, this morning they mentioned it but did not press it."

Jawapan Tunku pula kepada soalan sama ada "..to mobilise the people of the country", beliau sempat ketawa lagi dengan menyatakan "I cannot answer that question now."

Apakah pertemuan baling ini kepada Tunku? Oh...begitu signifikan "...in that I now see what is in the Communist mind. Chin Peng is a straight and honest Communist. However, everything the Communists said gave us the implication that they are run by a Power from without."

Marshall pula menyatakan "The talks have cleared the air." 

Marshall turut ditanya mengenai physical appearance Chin Peng, dia menyatakan "He had light scratches on his arms as if he had come through jungle. He had mosquito bites. He had obviously been in the jungle the night before he arrived. His face was soft and he looke d to me like a man who had been in an arm chair most of the time.

Naturally he was pasty-faced and naturally he walked slower than Chen Tien on his journey to Klian Intan."

Apakan pandangannya sama ada tindakan Chin Peng untuk menjaga maruah atau to gain political advantage, Marshall menjawab "To save only."

Jam 1425...Rombongan Tunku berlepas dari Pusat Akhbar ke Kroh dengan diiringi oleh pasukan 15/19 Hussars.

Tunku dan rombongan berlepas ke Kroh. Sumber IWM

Jam 1500...Rombongan Tunku berlepas dengan 2 buah pesawat Beaver ke KL. Tunku menaiki pesawat berasingan dengan Marshall. KM Singapura menaiki dengan pesawat bersaman dengan Cheng Lock Tan dan T. H. Tan (The Straits Times, 'We hope they'll be back for new talks', 30 Dis 1955, hlm. 1).  Tunku mungkin dengan Mohd Shafie Abdullah, agaknya.

La...Ingat boleh tamatkan saje selepas sidang akhbar di Baling. Tapi tak boleh kerana Tunku buat lagi kenyataan bila tiba di KL sementara Marshall pula buat sidang akhbar setiba di Singapura pada waktu malam dari KL.

Lagi satu, ingat John Davis jadi tunggul saje ke sementara mesyuarat berlansung dalam bilik mesyuarat? 

Apa pula pandangan Chin Peng selepas kegagalan rundingan ini?

Cukup le setakat ini. Letih juga teman kena baca sebelum menaip setiap posting. Bersambung, in syaa Allah.