Pengikut

Jumaat, 19 November 2010

Daripada "Bravo" Kepada "B.r.k"

Saya terima e-mel ini dari Mej Ishak Isa. Nak tergelak bila membacanya...sungguh lucu. Saya cuba nak dapatkan gambar tandas dalam pesawat C130H Hercules tapi tak berjaya kerana '... dikhuatiri boleh mencemarkan security procedure.' OKlah...saya pun takut nanti kena caj bawah Pak 'OSA', baru haru.  Memadai 'copy & paste' gambar  ini saja. Anda boleh lihat dalam gambar, C130H tiada tandas sepertimana yang terdapat dalam pesawat awam, seperti MAS, Air Asia. Lokasi tandas dalam pesawat Hercules adalah di sebelah kiri berhampiran dengan 'ramp door'. Pengguna dilindungi dengan 'langsir' plastik' ...tarik langsir supaya lain-lain penumpang tidak dapat melihat anda...He...He...He. 

Hari ini , nak cerita sikit pasal Charlie 130H.

Semasa bertugas di 8 Ranger tahun 1989. 'B' coy di bawah Kapt Sangaran ditugaskan untuk membuat satu latihan penerjunan di kawasan Gong Kedak.

Battle procedure starts from Kem Terendak dan  troop s berlepas dari TUDM Subang .  Door closed 0330hrs .

Oleh sebab door close begitu awal maka breakfast pun awal juga. Selesai para parade dan chalk parade, semua penerjun naik pesawat and off they go.

Dalam penerbangan, 90% of these para troopers mengalami sakit perut , ramai yg tak tahan dan terpaksa melepaskan ....dalam seluar.                                                       

Sesampainya mereka di Drop Zone  dan at P Hour, mereka di terjunkan. Upon landing , bukan tgt yang mereka serang tetapi parit dan sungai jadi sasaran untuk melepaskan hajat masing masing...... at the end of the exercise, tugas mereka adalah membersihkan C130 di landasan Gong Kedak......

After this incident.....all food prepared at TUDM Subang sentiasa di curigai oleh kami. Dan B Coy pun jadi "Berak" Coy.......

Alamak...Kesian krew Charlie! Agaknya depa kena pakai oxygen mask sebelum trup terjun berselaput dengan najis...He...He...He. Berikut adalah pengalaman Lt Kol Zainal Yan (B), ketika beliau bertugas sebagai Penasihat Tentera di Pakistan...

I had similar experience travelling in C 130 from Islamabad to Karachi. The aircraft was full of Defence Attaches and their families less the US Defence Attaches (they went by their own aircraft) from all over the world in an  organized visit to Karachi arranged by The Pakistan Intelligence Service. One of the defence attaches son want to s#@t and he has to do it in a small funnel like thing. I didnt bother to look because the smell was terrible. 

Anda semua jangan ketawa...insiden begini sampai ada pesawat Caribou terpaksa membuat 'emergecy landing' sepertimana yang dialami oleh seorang xCaribou pilot '... masa saya di Caribou dulu, terpaksa buat pendaratan cemas sebab sorang prebet sakit perut'. Ini kerana pesawat tersebut tiada kemudahan tandas.

Saya ada menceritakan pengalaman apabila seorang 'pax' melabur ketika dalam penerbangan dari PULADA ke Palembang di sini. Yang ada dalam Nuri hanyalah 'relief tube' (gambar kanan)...itu pun untuk kaum Adam. Kalau kaum Hawa berhajat ...terpaksa membuat 'Mayday Call' ...He...He...He.

Khamis, 18 November 2010

Solat Aidiladha

17 Nov '20...Solat Raya Aidiladha di Masjid Darulaman yang jaraknya lebih kurang Par 3 saja ( Tiger Wood boleh 1 'on' dengan 5 iron saja. Saya 2 'on', itu pun terpulang pada nasib. He..He..He).  Sebenarnya, masjid ini asalnya hanyalah sebuah surau. Ada rancangan untuk membina sebuah masjid bagi kariah Darulaman Heights, kumpulan 'Suasana' dan Taman Tunku Serina. Sementara menunggu pembinaan (tak tahu bila akan bermula), surau Darulaman dinaik taraf ke status masjid. Orang ramai telah diminta menderma di sini.

Difahamkan kos ubahsuai ialah lebih kurang RM160K; kutipan hanya lebih kurang RM30k. Tapi Syukur Alhamdulillah, ada seorang Hamba Allah sedia menyumbang RM130K. Jadi, bermula kerja-kerja ubahsuai tersebut...

Dalam proses ubahsuai...

Pemandangan dari belakang

Walaupun tak siap, tapi dah boleh digunakan

Sebelum solat 

Selesai ibadah solat Aidiladha

Terkini...Saya difahamkan Hamba Allah tersebut membiayai sepenuhnya perbelanjaan untuk pengubahsuaian masjid. Semoga dimurahkan rezeki beliau oleh PenciptaNya.

18 Nov...Masjid telah mengorbankan 5 ekor lembu saja. Dan, Syukur Alhamdulillah, saya masih dapat membantu melapah lembu-lembu tersebut.


Hari Rezeki untuk doktor...Mana tidaknya, selepas ini ramailah berjumpa doktor kerana terlalu banyak makan daging....He...He...He.

Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua kaum Muslimim & Muslimat, saya dan isteri mengucapkan....

Selasa, 16 November 2010

KIV

Pembaca...Respons saya kepada surat Datuk Siti Azizah ini...


*KSU -ismail.ahmad@mod.gov.my

Sekarang saya nak rehat dan memerhatikan apakah tindakan PBTM pula...sama ada badan tersebut akan melobi pihak atasan untuk menggesa kerajaan memberi elaun berkenaan sepertimana yang dikehendaki oleh ahli-ahli mereka atau memekakkan telinga saja. Tunggu dan lihat sahajalah!

Isnin, 15 November 2010

Satu Putaran

13 Nov...Terima surat berikut daripada  Pejabat PM ekoran surat saya ini kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Kalau dulu, memang teruja juga. Tapi sekarang ni tak kisah kerana buat sementara  waktu dah KIV isu setelah JPM mengistiharkan '...tidak wajar untuk dipertimbangkan'.


Surat kepada Ketua Pengarah JPA...
Surat kepada KSU KEMENTAH...

Terus terang saya katakan, Datuk Siti Azizah hanya membuang masa sahaja. KP JPA (xKSU KEMENTAH yang membuat rayuan ketika menjawat KSU & menolak rayuannya sendiri-di sini) dan KSU nak buat apa kerana surat Datuk Siti hanyalah mahukan mereka '...untuk perhatian dan makluman' sahaja. Kalau dia kata 'untuk tindakan' lain jugalah. Adakah beliau mahukan KSU membuat rayuan ke3 kepada JPM yang sudah pasti tidak diluluskan oleh Dato' Wan Hamidah? Beliau sendiri sedia maklum prosidur di KEMENTAH kerana beliau pernah bertugas di Kementerian tersebut. Isu seperti ini mesti mendapat restu dari Pak Menteri sebelum KSU memajukan ke pihak atasan. Alangkan syor Pak Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO, penjawat awam bolayan, inikan pula Pegawai Khas saja. Malah, Datuk Siti adalah Pegawai Khas kepada PM ke2 yang menghantar surat ke KEMENTAH hasil dari surat saya kepada Datin Seri. Pertama kali, seorang Pegawai Khas telah memanjangkan surat saya ke Datin Seri ke kementerian tersebut pada Januari 2010 terdahulu.

Pi mai...pi mai...tang tu saja....a futile excercise tapi nampak prihatin!! 

Ahad, 14 November 2010

Buku...Fasa Ke3

13 Nov 2010...Saya telah poskan draf manuskrip melalui posLAJU ke UKM...


...dengan dikepilkan surat berikut...


Mungkin UKM akan terima draf ini pada hari Isnin, 15 Nov. Mereka akan membuat 2 salinan untuk diberi kepada 2 orang penilai dan kebiasaannya, penilai dikehendaki memberi ulasan dalam masa 2 bulan (lewat tu biasalah). Lapuran penilai akan dibincang oleh Jawatankuasa yang akan membuat keputusan muktamad. Justeru, saya hanya boleh mengetahui respons UKM sama ada manuskrip saya ini memenuhi kriteria UKM dalam masa 2-3 bulan lagi. Jadi, tunggu sajalah...kalau ada rezeki, UKM terima. Kalau tidak, menjajalah ke penerbit lain...Wallahualam! 

Nota: Sesiapa yang ada gambar seperti di atas yang tak pernah disiarkan untuk muka hadapan? Gambar di atas adalah disalin daripada buku TDM. Harap sudi hantarkan kepada saya. Terima kasih.

Jumaat, 12 November 2010

JHEV Prihatin

Saya telah 'copy & paste' dan seterusnya mengemelkan coretan  ini kepada Ketua Pengarah JHEV...  

From: nor ibrahim sulaiman
To: KP Veteran 
Cc: Tan Sri Azizan 
Sent: Thu, November 11, 2010 12:15:41 PM
Subject: Mangsa Banjir

Assalamualaikum Dato',

Adakah peruntukan membantu mangsa banjir sepertimana yang dialami oleh saudara Samad?

Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
http://xnuripilot.blogspot.com

Tidak disangka KP ada masa untuk melayan mejar pencen ini...

From: Zul Mazlan
To: nor ibrahim sulaiman
SentThursday, 11 November 2010 13:12:19 

Assalamualaikum Tuan, terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang LK Samad. JHEV memang ada skim bantuan bencana alam utk Veteran saperti LK Samad. Saya cadangkan LK Samad mendampingi Pejabat JHEV Kedah di Alor Setar untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menguruskan bantuan tersebut mengikut syarat dan peraturan semasa.

 Terima kasih

Tanpa membuang masa, saya telah menalifon saudara Samad mencadangkan agar beliau menghubungi Veteran di Sahab Perdana. Selain memberi zakat, ini sahaja yang termampu saya lakukan untuk saudara Samad.

Dato' Zul...Terima kasih.

Catatan: Saya dah hantar surat rasmi melalui faks, bukan e-mel, kepada Ketua Staf Markas TD, KEMENTAH, sebagaimana yang dikehendaki untuk memohon kebenaran menyalin gambar-gambar tertentu yang terdapat dalam buku ini pada 26 Oktober 2010. Sebelum itu, saya telah menghantar e-mel ini, kepada PTD. Tapi, sehingga kini, masih menunggu...menunggu...terus menunggu.....!!! Takpalah...itu hak mutlak mereka.