Followers

Thursday, November 11, 2010

Mangsa Banjir

8 November 2010...Selepas menarik troli 9-lubang, pemain golf negara beredar ke 'De Kembung' untuk membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat negeri Kedah...

Kereta baru Abang 'Tad' di hadapan De Kembung

Setelah masalah negara habis diselesaikan, saya pergi ke Jitra untuk melawat seorang mantan anggota "Paskal",  807798 Laskar Kelas 1 (Lans Koperal) Samad Bin Saad. Saya diperkenalkan kepada beliau oleh saudara Hamzah pada Oktober 2010, wartawan majalah    'Perajurit'. Saudara Samad menumpang di rumah ibu mertuanya di kawasan setinggan berhampiran Taman Jitra. (Dibina dengan ihsan Bank Rakyat). Kedudukan rumah tersebut betul-betul di tepi longkang besar. Jadi, bayangkanlah apa yang terjadi ketika banjir baru-baru ni atau pun 'banjir berjadual setiap tahun'...

Samad sedang membersih rumah dimana air mencecah hampir ke bumbung

Jambatan kayu merentasi longkang

Siapa saudara Samad ni? Beliau mula berkhidmat dalam TLDM pada 1978 dan adalah kumpulan kedua anggota Perkhidmatan tersebut yang dihantar ke Surabaya, Indonesia, untuk mengikuti kursus komando. Selepas tamat latihan dengan jayanya, beliau telah dihantar ke...tak lain dan tak bukan...Terumbu Layang Layang/Stesyen Lima/Pulau Layang Layang. (Lihat gambar ini dan ini). Menurut beliau, sejumlah 12  warga Paskal di tempatkan di atol tersebut pada setiap waktu untuk seminggu bagi setiap satu 'shift'. Ketika itu tiada bangunan kediaman atau pun tugu. Mereka membina sebuah khemah yang boleh menempatkan 6 orang manakala yang 6 orang lagi duduk di luar sebagai sentri. Ketika ribut atau hujan, '...Sungguh seksa...basah kuyup dan terpaksa berselindung di celah batu. Bila air pasang pula, bertenggek di atas batu. Memang sengsara'. Hari yang ditunggu ialah apabila tiba giliran untuk ke Labuan. Samad berada di pulau ini sehingga terbinanya bangunan kediaman dan hangar untuk helikopter. (Gambar: Samad berdiri dalam hangar dengan peluru 'Bofor' 40mm).

Bofor 40mm untuk mempertahankan Pulau Layang Layang

Ketika membuat latihan di Pulau Sembilan, Lumut, beliau pernah mengalami 'Decompression Sickness'. Setelah berkhidmat selama 13 tahun, permohonan untuk menyambung perkhidmatan tidak diluluskan kerana 'PULHEEM' (pemeriksaan kesihatan tahunan) beliau tidak mencapai kategori 'FE' (Fit Everywhere). Walaupun merayu  dengan membawa isteri dan 2 orang anak berjumpa dengan Pegawai Memerintah, beliau terpaksa mengucap 'sayonara' kepada TLDM pada Jun 1991. Syukur Alhamdulillah, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) memberi subsidi bagi membantu beliau menyara kehidupan seharian dan isterinya pula berniaga kecil-kecilan di pasar Jitra. Beliau sendiri tidak berupaya untuk bekerja kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Sesiapa yang berhajat untuk menderma/bersedekah/berzakat, nombor akaun beliau ialah 112062188582 di atas nama SAMAD BIN SAAD (Maybank).  Beliau boleh dihubungi di 017-5241036.

7 comments:

Abah said...

Tuan,

Kepada mereka yang ada berkemampuan dan sudi memberi sumbangan agar dapat menghulurkan sedikit-sebanyak bantuan bagi meringankan beban hidup sdra seperjuangan kita ini.

Doa saya agar beliau tabah menempuh ujian dari Allah S.W.T.

Amin-amin yarobalalamiin

Kepten Ramli Kardi said...

saya kenal sangat samad dan saya telah berusaha mensalurkan kepada jabatan veteran seperti apa yang dinikmati....saya ada meminta dia kembali ke rumahnya di Kelang tetapi saya tak tau kenapa dia masih enggan

abu muaz said...

tuan saya sudah maklum pada Jabatan Amal Malaysia (Kedah) moga mendapat perhatian mereka.

hamzah said...

terima kasih tuan kerana memanjangkan sekali lagi penderitaan yang ditanggung oleh saudara samad. Di Jitra, beliau adalah orang yang pertama berpindah ke pusat perpindahan banjir dan orang terakhir meninggalkan pusat pemindahan setelah air surut.

Boleh ikuti sedikit lagi kisah beliau semasa dalam perkhidmatan...

http://min-def.blogspot.com/2008/09/decompression-sickness-samad-akur.html

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih. Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan bantuan dengan apa yang termampu.

ida said...

semoga beliau bisa lebih sabar dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan

awang said...

apa apa pun terima kasih kepada pahlawan ini yang telah berkorban untuk negara selama berkhidmat dalam atm.. terima kasih