Followers

Wednesday, January 13, 2010

Derma Untuk Amal Jariah



Pada 18 September 2009, surau di kawasan perumahan saya, SURAU DARULAMAN, telah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai Masjid Kariah Darulaman Heights sementara menunggu pembinaan MASJID DARULAMAN HEIGHTS. Solat Jumaat telah bermula pada tarikh tersebut.


Namun demikian, surau ini tidak dapat menampung jumlah kariah untuk solat Jumaat. Jawatankuasa surau terpaksa memasang khemah yang sudah pasti kurang selesa untuk para jemaah...

Justeru...Jawatankuasa Surau bercadang untuk membesarkannya demi untuk keselesaan kariah. Bagi tujuan tersebut, Jawatankuasa sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan derma ikhlas...
 
[Anak-anak Kariah MASJID DARULAMAN HEIGHTS dan Seluruh Umat Islam Di Pelawa membiayai pembinaan Segera bangunan tambahan Surau Darulaman Heights, Kubang Pasu, Kedah D.A Seluas 2,220 kaki persegi.

Surau Darulaman kini digunakan sementara sebagai MASJID KARIAH DARULAMAN HEIGHTS setelah diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan diumumkan oleh Pegawai Agama Kubang Pasu pada Jumaat 18hb September 2009.

Kadar Sumbangan derma Ikhlas: RM120.00 sekaki Persegi.

Sumbangan boleh disampaikan melalui:

En. Abu Hassan Salleh - Pengerusi H/P: 012-4239058
En. Abu Bakar Sharif - Setiausaha H/P: 019-5598361] 

Sumbangan melalui cek di atas nama 'SURAU DARULAMAN' kepada:

EN ABU BAKAR SHARIF
172 SUASANA PERMAI
BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda; “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga ibadahnya...

1.  Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah).  
2.  Ilmu yang berguna dan diamalkan ( ilmu yang bermanafaat). 
3.  Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya (doa anak yang soleh).                                                                                                                                        
SEBARANG SUMBANGAN DERMA SANGAT DIHARGAI. TERIMA KASIH.

Catatan: Saya berterima kasih sekiranya penderma sudi memaklumkan saya amal jariah tersebut melalui kolum 'comments'.


2 comments:

BlueMush said...

Tuan, saya copy gambaq diatas untuk Facebook Masjid Darulaman Heights - siak -

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara BlueMush,

Terima kasih.