Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Semua Dah Pudar!

Setiap kali hendak mengeluar wang simpanan  ASB atau simpanan Tabung Haji, saya akan menghadapi masalah... 'Scanner' cap jari tidak sama dengan cap jari dalam kad pengenalan (KP)! Staf institusi kewangan terpaksa membuat salinan KP sebelum pengeluaran dibenarkan. Itu masih OK lagi. Ada bank tertentu mahukan pasport atau sijil lahir sebagai pengesahan.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah pergi ke JPN pada 20 Januari 2011 untuk membuat aduan. Mula-mula staf berkenaan mengatakan cip pada KP dah rosak. Untuk buat baru, kena caj RM10. OK, no problem. Untuk buat baru, kena ambil cap jari dengan menggunakan scanner lagi. Seperti yang dah dijangka, cap jari tak sama dengan dalam KP. Dipendekkan cerita, JPN Kubang Pasu terpaksa menghantar ke JPN Alor Setar yang akan memajukannya ke Putrajaya untuk pengesahan. Saya dimaklum, Alor Setar akan menghubungi saya dalam masa 3 minggu. ITU KATA MEREKA...betul ke? Tak apalah, janji saya boleh guna 'Dokumen Pengenalan Sementara'.

Member kata '...entah-entah engkau ni alien dari outer space agaknya'...He...He...He. Dah senja ni, cap jari pun dah naik 'pudar', ingatkan ianya hanya melibatkan rambut saja. Tapi tak apa, ini hanya satu putaran hidup dan saya bersyukur kerana dapat mengalaminya. Bukan saya seorang saja yang menghadapi masalah ini...ramai lagi. Sekurang-kurang boleh juga menceritakannya.

Sesiapa ada masalah sama seperti saya? Jika ada, dicadangkan pergi buat KP baru.

Selasa, 25 Januari 2011

My Heroes

Bravo...My heroes! I'm not speaking on behalf of anybody but I'm sure Malaysians salute the guts of our naval Paskal and the chopper crew in rescuing both the ship and crew of MT Bunga Laurel. As far as I am concerned, they are the 'wira' (warriors) in the true sense of the word (nowadays sport persons are hailed as 'wira' by the nation). Of course, not forgetting all those involved in the successful implementation of Ops Fajar in preventing the ship from being hijacked by the pirates of the Indian Ocean, including those who remote-controlled the operation from Kuala Lumpur.


I'm so proud of you. Well done.

Ahad, 23 Januari 2011

The Passing Of An Xboss

Evening 21 January 2011...I was about to leave home for solat magrib at the surau when I received this 'forwarded' sms from a friend '...Maklumat diterima dari Mej Jen (B) Dato Malek . Brig Jen Dato  Stephen Ngiau Tai Kong passed away at Tuanku Mizan Hospital at 2.30 pm 2day. He was Tan Sri Saruji , Dato Suleiman & my FTS 7th Course mates. May his soul RIP> Panglima Tentera Udara isteri serta seluruh warga TUDM mengucapkan takziah di atas pemergian beliau.'
From left: Capt (A) Raja Mohamad, the late Maj (A) Stephen Ngiau, Maj (A) Jamaluddin, Lt Col (A) Richard Jalleh, Maj (A) Ooi Ah Bah (more photos here & here)

The late Brig Gen Stephen Ngiau RMAF (R) (Maj then) was the OC of  No 3 Squadron, RMAF Butterworth, when I reported for duty on 1 January 1978, the year when Ops Selamat Sawadee was launched. As far as I could remember, he was a 'Mini Cooper' (Alouette 111) pilot and that's the reason why I never had  an opportunity to fly with him. In fact, he was the second OC out of 6 OCs that I had served in the RMAF - 3 each from No 3 & 10 Sqns - that never flew with me (coincidentally, both of them were from No 3 Sqn).

One unforgettable trade mark of him was that he never missed combing his hair back into place once he took off his flying helmet...so impeccable and neatly groomed!  

As an OC, he never compromised his aircrew's safety. In one incident, I did not complete the task of resupply at the Klian Intan area after being shot with two rounds of M79  by the CTs. After inspecting the aircraft at Klian Intan and satisfied that there was no damage, I was tasked by BASO (Brigade Air Support Officer) stationed at Kroh,  to pick a casevac somewhere north of Kedah before RTB; the uncompleted task would be carried out the next day. Next morning, one Nuri took off to complete the resupply. When I briefed the OC of the incident and on being informed that the Nuri was flying to Klian Intan without knowing the security of the area, he immediately called Base Ops Room ordering the Nuri to return to Base. He wanted the troops on the ground to ensure the area was safe before any Nuri landed at the locations. If I remember correctly, the task was completed on the third day when the troops gave the green light that the area was safe.

My last encounter with the late Dato' was in the mid-90s when he was then the Director of Army Air Wing (Pengarah Pasukan Udara Tentera Darat).

Datin Cecilia...My condolences to you and family.

Jumaat, 21 Januari 2011

Dari Perspektif Pasukan Keselamatan

Setelah membaca keempat-empat buku ini, saya rasa tidak adil hanya membaca tulisan mereka yang 'menyerah senjata' sahaja. Petikan "@ Chin Peng" '...I make no apologies for seeking to replace such an odious system with a form of Marxist socialism' (muka surat 511). Seperti yang dicadangkan oleh seorang pembaca, saya telah membeli buku ini (gambar kanan) daripada DBP melalui pos. Sekarang dah habis pun membacanya. 


Mohd Reduan Haji Asli adalah seorang pegawai PDRM. Beliau mengulas tentang perilaku PKM (Parti Komunis Malaya) dan PKS (Parti Komunis Sarawak) ketika insurgensi dahulu (kedua-dua organisasi ini adalah entiti yang berlainan). Dan juga menghuraikan kenapa perjuangan kedua-dua parti tersebut gagal menubuhkan Democratic Republic Of Malaya dan Democratic Republic of Kalimantan Utara. Salah satu sebabnya ialah kerana Pasukan Keselamatan, ATM dan PDRM, telah berjaya memburu dan membunuh pengganas komunis serta memusnahkan simpanan makanan mereka dengan berkesannya dalam beberapa operasi yang dilancarkan, seperti Ops Selamat Sawadee dan Ops Jala Raja (di Sarawak). Pemusnahan simpanan makanan mengakibatkan mereka menghadapi kebuluran.

Sudah pasti saya turut berbangga kerana telah terlibat secara langsung sepanjang Ops Selamat Sawadee pada 1978. Petikan '....Pada tahun itu, sebanyak 33 pengganas komunis dihapuskan' (muka surat 175). Syabas kepada semua pahlawan-pahlawan yang sedia berkorban nyawa demi untuk mempertahankan kedaulatan negara ('wira' sekarang ini lebih merujuk kepada ahli sukan).

Rabu, 19 Januari 2011

90Km/J Ke Sawah Padi

Saya telah menge-mel coretan ini kepada pihak PLUS. Terkejut juga bila menerima respons berikut....sungguh tak disangka konglomerat ini peka juga terhadap aduan pengguna perkhidmatan mereka...!! 

Thursday, 13 January 2011 9:10:33 
Re: 90Km/J Ke Sawah Padi
From: Customer Relationship
To: nibsny@yahoo.com
Cc: Husni Bin Mohd Yusof
Tuan,









Pihak kami dengan segala hormatnya merujuk kepada maklumbalas daripada tuan yang kami terima melalui e-mel pada 4/1/2011 berkenaan perkara di atas.

Untuk makluman tuan, pihak PLUS telahpun menjalankan siasatan dan lawatan tapak ke lokasi yang dilaporkan, didapati lokasi yang dimaksudkan terletak di dalam kawasan kerja-kerja menaiktaraf turapan jalan dari Km 40.8 hingga Km 38.6 Arah Utara. Kerja-kerja penurapan jalan tersebut telah mula dilaksanakan pada 21/9/2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada 20/1/2011.

Untuk pengetahuan tuan, apabila adanya kerja-kerja menaiktaraf di lebuhraya maka kawasan tersebut akan digazetkan sebagai kawasan pembinaan. Sehubungan dengan itu, had laju kawasan tersebut akan dikurangkan dan papan tanda had laju sementara diletakkan bagi tujuan keselamatan. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lebuhraya, maka pihak PLUS telah menutup serta mengalihkan sementara papan tanda had laju yang sedia ada.

Pihak PLUS ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan berharap semoga pihak tuan berpuashati dengan penjelasan yang kami telah berikan seperti di atas. Maklumbalas yang pihak tuan berikan amatlah kami hargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang benar,

Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Pemasaran
PLUS Expressways Berhad

...Sungguh jauh bezanya dengan sikap pihak berwajib tertentu yang tidak langsung prihatin terhadap aduan pelanggan walau pun aduan dibuat melalui media massa seperti ruangan Forum ini. Agaknya, dalam pemikiran mereka...'asyik-asyik komplen saja...tak ada kerja lain ke. Peduli apa...tiap-tiap bulan gaji gerenti dikredit dalam akaun bank'. Memang betul tanggapan segelintir penjawat awam ini...janji gaji masuk.  


Ini gambar mutakhir yang saya 'tangkap' selepas membayar tol di Hutan Kampung menuju ke arah Bukit Kayu Hitam. Terdapat notis had laju yang baru dipacak...

Pihak berwajib tertentu...Fikir-fikirkanlah.

Isnin, 17 Januari 2011

Nasib Situkang Tilik

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan."...Surah al-Maidah: ayat 90:

He...He...He. Jangan marah saya ketawa apabila membaca laporan Utusan Malaysia ini. Mana tidaknya...Kalau betul situkang tilik itu seorang yang mempunyai satu kelebihan meramal masa hadapan, bagaimana beliau gagal meramalkan yang beliau akan disamun...Mana ada logiknya! Cakaplah apa pun...zaman IT ke, abad ke 21 ke...perkhidmatan golongan profesional ini masih diperlukan oleh manusia tertentu, seperti mereka yang hendak kaya cara mudah...kaki nombor ekor.

Ini pandangan saya. Sekiranya profesional ini boleh meramal apa nombor ekor yang akan menang hadiah pertama, saya percaya beliau tidak akan beri nombor tersebut kepada orang lain...Dah lama dia jadi kaya dan tak payah bersusah menjadi penilik. Sebenarnya penilik ni pakar psikologi; mereka memahi sifat-sifat kebanyakan manusia yang mudah kalah kepada nafsu...'TAMAK'; haram/halal...dosa/pahala tidak bermakna lagi. Justeru, tidak hairanlah ramai yang membelakangkan larangan Allah Yang Maha Kuasa. 

Namun demikian, ada juga ramalan yang boleh dipakai seperti ramalan keputusan peperiksaan, kaji cuaca. Tapi, ramalan tersebut berlandaskan kepada fakta, bukannya melalui 'crystal ball'.  Geng golf saya sentiasa membuat 'forecast score' bagi setiap 'hole' kerana kami semua tahu 'kehandalan' permainan kami, sama ada 'double par/double circle' ke...'triple bogey' ke....He...He...He.

Cakap pasal 'kaki ekor' ni, kliklah untuk membaca keratan akhbar berikut...

Fikir-fikirkanlah....!

Sabtu, 15 Januari 2011

Misi Menyelamat 'Black Hawk Down'



Masih ingat filem 'Black Hawk Down'? Filem ini mengisahkan dua buah helikopter S60 'Black Hawk' Uncle Sam telah ditembak jatuh di sekitar kawasan Bakara Market, Somalia pada 3 Oktober 1993. '...Dua buah helikopter Black Hawk yang membuat pengawasan dari udara dilaporkan ditembak jatuh di rujuk Grid 365263 dan 363265. Kumpulan bersenjata General Aideed dipercayai bertanggungjawab menembak pesawat berkenaan dengan menggunakan senjata anti pesawat udara. Sehingga jam 1630C, dilaporkan seramai 70 orang Rangers Amerika dan lima orang crew udara yang tercedera terperangkap di dua lokasi di atas'...petikan daripada buku "19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA" oleh Syed Othman bin Syed Othman, bab 'TRAGEDI DI TIMUR PASAR BAKARA' (klik di sini) .

Selain menceritakan dengan terperinci insiden tersebut, buku ini turut menyenaraikan semua anggota 19 RAMD dan juga nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dalam misi menyelamat pasukan Rangers dan juga krew pesawat berkenaan.

Dalam filem tersebut, peranan anggota MALBATT tidak langsung diketengahkan. Tanpa kegigihan tentera kita, kemungkinan besar tajuk filem tu bertukar kepada 'Massacre Of Bakara'. Tapi apa nak dikatakan...Hollywood sudah pasti menonjolkan keperwiraan tentera mereka sahaja. Depalah yang paling 'terror' dalam semua operasi pada hal mereka kerap kalah dalam banyak campaign.

Akibat pertempuran yang berlaku dengan para militia, seorang anggota MALBATT terkorban, 9 tercedera, tiga buah Condor Twin GPMG dan sebuah Condor 20mm Oerlikon musnah. Pihak Rangers pula dilaporkan 12 anggotanya terkorban manakala 75 orang tercedera.

Sebagai pengiktirafan pengorban wira-wira kita, negara Malaysia telah menganugerah...
  • SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) - Arwah 1042754 Prebet Mat Aznan Bin Awang (dinaikkan pangkat Koperal).
  • PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB) - Kapten Mohd Halim Bin Khalid, Mejar Abd Aziz Bin Abd Latiff, Leftenan Muda Khairul Anuar Bin Abd Aziz, Leftenan Muda Muhammad Bin Aripin, Lans Koperal Mohd Sabri Bin Ahmad dan Lans Koperal Rizal Bin Ismail.
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui pengorbanan wira-wira kita boleh membaca 3 coretan dalam blog saudara Katon Tin-Ton,  klik di sini.  Cerita yang sama tetapi daripada perspektif individu berlainan. Saya berhasrat untuk menceduk cerita ini untuk dimasukkan dalam buku. Tapi sebelum itu, kena minta kebenaran dulu dariapada 'azhar6429.wordpress.com', 'panggilanpertiwi.forumotion.net' dan Utusan Malaysia.

Saudara Katon Tin-Ton...Maaf kerana tidak memohon kebenaran untuk 'link'kan dengan blog anda. Walaubagaimana pun....Terima kasih.