Followers

Monday, April 26, 2010

Ops Cahaya Bena...1977 (1)

Saya sungguh teruja apabila menerima gambar-gambar melalui e-mel yang dikirimkan oleh mantan Pegawai Memerintah TUDM Butterworth...Mejar Jeneral Dato' Fauzi Hussein TUDM (B).  Ketika itu beliau berpangkat Kolonel (U). Gambar-gambar berikut menunjukkan penglibatan helikopter Nuri dan Aloutte 111 semasa Operasi Cahaya Bena:  4Julai - 10 Ogos 1977. Kem Kroh menjadi 'pengkalan' untuk  aset bantuan udara. Saya tidak terlibat dalam operasi tersebut kerana ketika itu masih di No 10 Skn, TUDM Kuantan. Kami 'berkeliaran' di Batu Melintang dan kawasan operasi di Pahang, seperti di Bt Koman, Raub.

Pelancaran Operasi...Beginilah pemandangan 'lapangan terbang' Kroh...

Kol (U) Fauzi dengan 'burung-burung' Nurinya

Hero-hero TUDM...


Kiri ke Kanan: Lt (U) Zainal Piee, Kapt (U) AP Lim, Kol (U) Fauzi, Kapt (U) KL Chong, arwah Kapt (U) Ismail Saud

'Trigger-happy' Juruterbang 'Alouette Gunships'...

Kiri ke Kanan:Kapt (U) Darby Awin, mendiang Lt (U) Wee Kong Beng, Kol (U) Fauzi, Lt (U) Mazlan, Mej (U) Stephen Ngiau

Sasaran utama pengganas komunis (PK) ialah siburung NURI. Diburu...bukannya Pemburu. A big, bulky and defenceless 'bird' impossible to miss!! Apa yang ada hanyalah M16 sahaja dan memakai ves 'fragmentation' (dipakai oleh Kol Fauzi-gambar bawah). Masa itu tiada ves kalis peluru. Justeru, semua penumpang terpaksa membawa senjata mereka, termasuk PANGUD (Panglima Udara), untuk mempertahankan diri sekiranya Nuri ditembak jatuh.  

Brig Jen (U) Mohd Ngah, PANGUD, turut turun padang. Untuk menyelaras penggunaan aset TUDM, Tim 'Forward Air Commander (FAC)' dihantar ke Combined Task Force HQ, Kroh ...


Kiri ke Kanan: Kol (U) Fauzi, Brig Jen (U) Mohd Ngah (PANGUD), Lt Kol David Herman (Meriam), Lt Kol (U) KC Su (Ketua Cwg Penerbangan, TUDM Butterworth), Lt Kol (U) Richard Jaleh (Ketua POTU)

Sebarang permohonan bantuan udara disalurkan melalui 'Brigade Air Support Officer (BASO)'...

Kiri ke Kanan: Kapt (U) Raja Mohamad,  Mej (U) Stephen Ngiau, Mej (U) Jamaluddin, Lt Kol (U) Richard Jalleh (Ketua POTU), Mej (U) Ooi Ah Bah (BASO)

Pegawai Memerintah unit-unit yang terlibat...

Depan: Kiri ke Kanan~Lt (U) Musa, Kapt (U) KL Chong, Kapt (U) Raja Mohamad, Mej (U) Harun (BASO)
Berdiri: Kiri ke Kanan~Lt Kol David Herman (2 Meriam), Kol (U) Fauzi, Lt Kol Adnan (7 RAMD), Mej (U) Stephen Ngiau, Kapt (U) Ismail Malek, Supt...(? PPH), Lt Kol Hashim 'Belanda' (6 RAMD)

Ditembak sudah menjadi rutin...Ini tidak sama sekali melunturkan semangat wira-wira udara.

Kapt (U) KL Chong menunjukkan kesan tembakan kepada Brig Jen (U) Dato' Mohd Ngah (2 dari kanan) di Kroh.

Selain trups, meriam turut di 'underslung'...

Meriam M1N1

Ke 'gun position' untuk memberi 'fire support' kepada 'footsloggers'...

Lokasi meriam

Bersambung...

34 comments:

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Syukur ada gambar2 untuk di kenang kembali segala detik dan peristiwa...tengok gambar2 Lt Wee Kong Beng(Mendiang)..Squad saya Intake 20.. Kapt KL Chong ..bekas Jurulatih di Sek Jurutera Tentera Darat (SJTD),Kluang tahun 1972 dulu...cerita begini perlu ada skrip untuk tatapan bagi mudah di fahami...semasa habis tugas tanam Ubi(Jerangkap Samar)di kawasan sempadan ..Tim kami dari 3 Skn Jurutera di terbangkan keluar ke Kem Grik oleh Kapt KL Chong dan Krewnya...Terima Kasih TUAN!

Akan cuba emelkan keratan akhbar tugasan RAJD semasa Ops ini,Insyaallah.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Basri,

Gambar-gambar begini sudah pasti akan mengimbau kembali kisah di suatu ketika dulu. Hanya mereka yang terlibat akan memahaminya.

mangchikla said...

uwaaa tuan tq for sharing... Whaterver happen to Gen Fauzi maj Zainal Piee, maj Musa, wher r they now. I was with Maj Musa doing recruitment in 1979, his boss was Maj Khairudin another chopper pilot now in Ipoh(?). Gen Fauzi was once teased by the current PAT as an expert on 'Ramvong' akakakakaak , Maj Darby last i saw him working in MABANUD... tx again sir

apai said...

Tuan, sedikit pembetulan ;
Lt Kol David Hermon adalah CO 2 Meriam pada waktu ops Cahaya Bena. Beliau menjadi CO 2 Meriam dari Jan 1977 hingga Mei 1979.
Untuk makluman, beliau merupakan antara Pegawai yang terawal berkhidmat di Rejimen Meriam.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Mangcikla,

Jen Dato' Fauzi bersara sebagai TPTU. Kol Zainal Piee masih berkhidmat. Saya tidak pasti dimana beradanya Mej Musa & Lt Kol Darby.

Saudara Apai,

Terima kasih. Saya akan perbetulkan kesilapan tersebut. Saya mengenali Lt Kol David Herman semasa saya di 3 Arty, C Bty. BC pertama saya ialah Mej Thomas Oh dan Mej H'ng Hung Meng. Mej David Herman Bty Cmdr A atau B Bty?

basri bin omar said...

Salam Tuan!
Lt Kol Adnan Tajuddin tu kalau xsilap saya CO 7 RAMD...adik dia Skuad saya Kapt Amir Tajuddin TUDM..juga xpasti samada dia Pilot ke tidak..Wallahuaklam!

Robert said...

Thanks for visiting my blog. I came and had a look and it does look like something I would very much like to read......I wish it was in english.....but not to worry. Thanks.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Basri,

Kapt Amir ditauliah dalam pasukan Meriam. Kemudian bertukar ke TUDM. Beliau bersama saya di TUDM Kuantan. Mej (U) Jamaludin (BASO) adalah abang beliau juga. Sekarang dengan MHS.

Dear Robert,

Thank you for stopping by. There are certain articles written in English.

Anonymous said...

Great maj!!!
What a nostalgic feeling seeing Dato' Fauzi!!! May he be in good health and Datin too.
The Nuris will soon be gone and to be replaced by EC 725, may GOD bless RMAF for the decision made and let's track them down before and after the delivery... or is it too soon to say goodbye to the old, airworthy and hard working faithful Nuri.
Ops Gubir, Doyai Musnah, Cahaya Bena, cambodia detachment and you name it sir, Nuri will always be there but now... kenangan tinggal kenangan just like "out of sight...out of mind" very soon.
Terkenang semasa dulu, hati ku merasa rindu, Dimana semua teman ku, bila kah dapat bertemu..... as you can never see the numbers of Nuris ever ready to be flown by people like you...just look at the photos!!! It is missing now Maj.......

Anonymous said...

Ada sedikit pembetulan mengenai fakta Anonymous diatas
Nuri akan terus digunakan lagi... EC 725 akan masuk dlm inventory TUDM dan akan di agih2 kan ke 3 dan 7 skn bagi berkongsi menanggung segala operasi helikopter TUDM
Itu lah yg telah ditaklimatkan......

basri bin omar said...

Salam Tuan !

Tk info tentang Kapt Amir tu...moga2 Beliau sihat Wal a'fiat,Insyaallah!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Kali terakhir jumpa sekali bertemu Jen Fauzi Nov 2009 semasa menghadiri perkahwinan anak Kol Zainal Piee di TUDM KL. Beliau & Datin sihat-sihat belaka.

EC725 complements the Nuri. I agree that the current environment is no longer that suitable for the 'old but faithful' Nuri. However, it saddens me whenever I hear she's referred to as the 'Flying Coffin'. Nuri is still good for SAR roles with 6 hours flying time.

cyclopseven said...

Well Sir, first of all let me congratulate you for this blog. Its really wonderful to see a blog reflecting certain unknown aspects of Malaysian defence line. I am not a soldier, but I grew up in Kroh and have been part and parcel of the tragedies and good things that left deep impact on the community there. It is really a wonderful experience to go through your blog. Nothing speaks better than a man of experience. Keep it up. God bless.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear cyclopseven,

Thank you for reading my blog. Kroh became our 2nd home those days. However, most of the time we were on standby and had no time to go round the town. Those were the days.

Mokhzani said...

Assalamualaikum Mejar, sejarah macam ni perlu dihebahkan agar rakyat Malaysia sedar akan pengorbanan anggota tentera kita baik TDM atau pun TUDM. Lebih-lebih lagi TUDM sebab kebanyakan rakyat Malaysia dewasa ini pun hanya mengenal TUDM semasa 31 Ogos ataupun LIMA, atau lebih malang lagi bila ada kemalangan udara.

Satu lagi fakta yang menarik perhatian saya adalah komposisi ATM pada masa itu yang terdiri dari pelbagai kaum. Dimana silapnya kita sehingga hari ini ATM agak kurang penglibatannya dari kaum-kaum lain selain Melayu??

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam Saudara Mokhzani,

Salah satu objektif saya menulis dalam blog adalah kerana saya 'terkilan' dengan media massa yang tidak pernah menonjolkan peranan TUDM umumnya, helikopter Nuri khususnya, semasa negara bergelut menentang kedurjanaan pengganas komunis. Hanya PDRM & TDM yang mendapat 'publicity'.

Namun demikian, Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sebilangan kecil rakyat sekarang sudah mengetahui peranan kami di suatu ketika dulu.

Tentang komposisi berbagai kaum dalam ATM, itu hanya KEMENTAH yang berupaya menjawabnya.

Nota Fikir said...

Saya amat tertarik dengan :-

1) Begitu banyak helikopter di LS Kroh ( Pengkalan Hulu, Perak ) pada masa itu tahun 70'an. Macam dalam adegan perang cerita hollywood aje. Sekarang nak jumpa sebuah helikopter mendarat dekat Pengkalan Hulu pun jarang-jarang sekali. Saya ni orang Gerik le...

2) Semangat besi waja wira2 (hero negara) jelas terbayang, walaupun mereka dalam keadaan risau nyawa bila2 terancam dan kerindukan ahli keluarga, senyum tetap diberikan...
Semoga jasa2 dan pengorbanan dari kalian mendapat ganjaran sewajarnya

3) Banyak juga dilihat wira2 dari keturunan kaum cina saya dapat kesan dari foto2 yang disiarkan.
Sekarang amat jarang2 sekali kaum cina yang berkhidmat dalam bidang ketenteraan, kalau adapun hanyalah yang berjawatan tinggi2 sahaja.
Kenapa agaknya? Satu perkembangan yang tak baik untuk - 1Malaysia !

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Nota Fikir,

Grik pun apa kurang hebatnya. Kami memang familiar dengan pekan anda terutama ketika membina lebuhraya Timur-Barat.

Sekarang ini pun ramai kaum lain dalam TUDM, hanya tidak disiarkan sahaja.

mybraintalks said...

Thank, Major..Beautiful pictures! i was looking for MAF classic photos,especialy Nuri's operations for ages...u have awesome blog, Major Sir..
My dad was in Ordnance and involved in Sarawak RASCOM in the 70's.When i was a little child he always told me how brave those Nuri men doing the TL and casevac in heavy gunfights.And all MAF ex-servicemen always have high regards and respect in my family. Im in my 30's now and i did feel abit regret not to join the force earlier.BTW.. i never knew that Alloute also serve as combat gunship before..thanx for the info.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear mybraintalks,

Thank you. I might know your father. May I know his name?

madperak said...
This comment has been removed by the author.
madperak said...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada tuan empunya blog dan para pembaca.

Saya anak jati kroh, terharu melihat gambar, bukan senang penduduk2 kroh melihat gambar sebegini. Izinkan saya mengambil beberapa data dan gambar dari blog tuan, untuk di paparkan di budakroh.blogspot dan www.facebook.com/pages/budakrohblogspotcom/127573830625611?v=wall. Apa pendapat tuan?

Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerana melawat blog saya. Tiada masalah & silakan.

madperak said...

Terima kasih kepada tuan
Saya harap akan ada paparan dari blog tuan tentang kroh(pengkalan hulu),untuk generasi baru kroh melihat pengorbanan insan untuk insan lain hidup senang. Masa 'curfew'saya masih kecil lagi. Saya akan cuba paparkan, sebaik mungkin, di fanpage dan group budak kroh (9++ ahli) di facebook. Terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

salam

Sya baru dpt tahu ada jalan baru mcm l/raya dari k.ketil ke grik.Baru-baru ni saya cuba jalan tu dari sg petani ke grik.Jalan ni tidak melalui pekan baling, kroh,kelian intan. Jalannya melalui gunung -gunung dan pemandangan amat cantik.jadi sekarang ada 3 jalan utk ke grik dari SP iaitu jln lama melalui klian intan, jalan lapang nenering tembus ke kg lalang, dan satu lg jalan baru tu. Inilah nikmat kemerdekaan jika tanpa ada komunis macam2 pembnagunan bleh dibuat.Apapun tq to ATM.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Memang pemandangan jalan baru ini sangat cantik. Masalahnya, kalau kereta rosak, terutama di waktu malam, masalah besar.

Andak Rasul said...

assalamualaikum Tuan, apa kabar... saya x army, yang berkhimat didalam 15 RAMD, terima kasih diatas ingatan Tuan, serta kenangan semasa saya membuat operasi disana dahulu... izin saya share gambar gambar tersebut...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam Saudara Andak Rasul,

Terima kasih kerana membaca blog ini & dipersilakan. Sudikah anda kongsi bersama pengalaman anda di suatu ketika dulu? Sila e-melkan kepada saya supaya boleh diposkan dalam blog ini.

zulfatah said...

salam tuan,

to all of u sirs...u guys r all truly 1 MALAYSIA.no fancy n pompoms...u guys just did it.Hope that we,younger generations can emulate ur noble undertakings.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Zulfatah,

Thank you.

farhan yusoff said...

salam tuan...

first time tgk gambar2 di lapangan terbang tersebut...xsangka ada ops yang besar berlaku di sini...

nice picture and nice story...

di padang ini la sy dan kawan di'denda' ketika menjadi ahli kadet bersatu malaysia suatu ketika dahulu...waktu tu kem 303AW seolah2 menjadi sekolah menengah kedua...

terima kasih tuan atas story seperti ini...generasi muda macam sy(27 tahun kira muda la kan) perlu lebih didedahkan dengan peristiwa2 seperti ini...

salute to our hero...

sy xbernasib baik utk berkhidmat dlm ATM walaupun 2 minggu berada di 8RRD utk tujuan temuduga ATMA...

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan,
Saya merupakan pengkaji bebas khusus dalam bidang persenjataan personel.
Saya ingin bertanya mengenai senjata personel pada gambar keempat. Berdasarkan gambar tersebut,PANGUD menggunakan raifal karbin CAR-15 (versi awal raifal karbin M4). Cuma yang menjadi misteri adalah raifal yang di gunakan oleh Kolonel (U) Fauzi.Apa yang boleh dirumuskan, raifal yang di gunakan beliau adalah Baretta AR-70 (?) atau Armalite AR-18 (?) yang di ubahsuai (field-expedient) dengan 'forward grip'. Di samping itu, Saya percaya bahawa pistol yang di gunakan adalah Browning Hi-Power 9mm. Di harapkan Tuan dapat menbantu saya mengesahakan kajian saya ini. Di sampin itu juga Saya berharap agar tuan dapat menulis artikel mengenai senjata personel yang di gunakan oleh juruterbang dan crew Nuri ketika Tuan berkhidmat.

Anonymous said...

Post ini telah dimasukan dalam Firearm blog pasal gambar senapang tu. Blog tu kata senapang itu adalah Armalite AR-18K

noor ramli said...

assalam... saya mej ramli perlu bantuan utk dibukukan op chaya bena.....emel lienor6597@gmail.com