Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

"Alamo" Malaysia

Saya tertarik dengan komen 'Arunzab' di sini. Jadi, buatlah sedikit homework tentang kisah Bukit Kepong. Apabila membaca coretan ini, jawabnya saya pun menghantar e-mel kepada 'Forum' Utusan Malaysia pada 3 Februari 2011. Ingatkan dah tak disiarkan setelah menunggu... terus menunggu. Tiba-tiba pada 10 Februari tersiarlah surat tersebut....Syukur Alhamdulillah. 


Saya terima e-mel Puan Sulasteri daripada Arkib Negara yang menyatakan kebetulan ANM akan menyiarkan insiden Bukit Kepong dalam program 'Hari Ini Dalam Sejarah' pada 23 Februari nanti. Petikan e-mel beliau '...Harap tuan sudi menontonnya di TV 1, RTM, waktu siaran seperti biasa selepas Berita Perdana jam 9.00mlm dan Berita akhir. Sementara pula di Radio RTM, Klasik Nasional selepas berita jam 7.00pg, 11.00 pg dan 5.00ptg'.

Saya juga turut menerima e-mel daripada cucu arwah Sjn Jamil yang bertanyakan laman sesawang berkaitan cerita 'tok' beliau.

Harapan saya agar pihak berwajib memikirkan apa yang wajar dilakukan bagi mengiktiraf kategori 'wira'  yang sanggup berkorbankan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara walaupun bukan mengharumkannya....Wallahualam!
  
Dato' Zaini Hassan...Terima kasih.
Nota: Internet di kawasan perumahan saya mengalami kerosakan cable semenjak malam 9 Feb. Baru saja dipulihkan.

Selasa, 8 Februari 2011

Jawapan JHEV

Saya telah e-melkan coretan ini  kepada pihak berwajib di KEMENTAH, termasuk Ketua Pengarah JHEV. Walau pun hari cuti am, KP telah meluangkan masa untuk melayan kerenah mejar pencen ini dengan menghantar e-mel berikut (tanpa sebarang edit)...

From: Zul Mazlan
To: "nibsny@yahoo.com"
Sent: Sunday, 6 February 2011 17:27:59
Subject: Re: Khairat Kematian

Ybhg Tuan,terima kasih kerana memaklumkan kpd saya tentang aduan berkaitan bayaran khairat kematian tsb. Kedudukan sebenarnya adalah bayaran khairat kematian yg kini di namakan Bayaran pengurusan kematian kadarnya adalah RM3k dan memang berkuatkuasa 10 okt 2010. Bagi veteran yg berpencen bayaran tsb tidak ada masaalah kerana kerajaan juga telah selaraskan kadar yg sama bagi pesara kakitangan awam melalui pengumuman bajet 2011. Bagi veteran Atm yg tidak berpencen Kadar bayaran pengurusan kematian adalah juga RM3k, Jab hal ehwal veteran masih belum menerima arahan dan prosidur yg harus di ikuti olehkerana sebelum ini khairat kematian di bayar oleh Yayasan Veteran ATM yg menggunakan dana nya sendiri. Namun begitu, bagi veteran Atm yg tidak berpencen, Yayasan Veteran akan membayar rm500 dahulu sementara menunggu arahan rasmi dari Perbendaharaan. Waris2 veteran yg tidak berpencen yg telah dibayar rm500 telah di beritahu bahawa rm1500 selebihnya akan di bayar kpd mereka sebaik shj prosidur dan arahan sewajarnya kami terima dari Perbdndaharaan. Kami harap mereka yg terlibat bersabar sehingga arahan kerajaan berkaitan di tertibkan. Selain itu Jhev juga tlh mencadangkan kpd kerajaan agar bayaran pengurusan kematian ini jugak di panjangkan kpd isteri/suami veferan yg meninggal dgn kadar rm1500. Perkara ini juga sedang kami tunggu kelulusan pihak perbendaharaan.
Oleh demikian,Ybhg Tuan tidak salah menyatakan bahawa waris veteran Sjn Pak Abdul bahawa khairat kematian adalah rm3k. jika arwah tidak berpencen maka warisnya akan di bayar rm500 dahulu dan baki rm1500 akan dibayar kemudian.
Saya harap Tuan maklum dgn penjelasan di atas. sekali lagi,terima kasih Tuan di atas kemusykilan yg di ketengahkan itu.
salam, KP Jhev

Dato'...Terima kasih di atas penjelasan di atas. Jangan dipersalahkan kami yang meluahkan perasaan melalui massa media disebabkan pihak berwajib tidak memaklumkan perkara sebenarnya. Harap penjelasan ini dimasukkan dalam 'Buletin Veteran' nanti. 

Ahad, 6 Februari 2011

Khairat Kematian...Masih RM500?

Saya ada bertanyakan tentang bayaran 'ex gratia' seperti yang diumumkan oleh YAB PM di sini. Sehingga sekarang, tiada sebarang maklum balas pun. No problem. Satu lagi pengumuman beliau ialah tentang kenaikan kadar khairat kematian yang dinaikkan dengan serta merta daripada RM500 ke RM3000. Malah saya telah memberitahu waris arwah Sjn Pak Abdul, di sini, untuk menuntut peruntukan tersebut daripada pihak VETERAN. Tak tahulah saya sama ada mereka telah membuat tuntutan.

Tut...Tut...Saya terbaca surat daripada seorang pembaca di ruangan 'Forum' Utusan Malaysia pada 5 Februari. Betul ke apa yang dituliskan oleh 'VETERAN HILANG UPAYA' ini? Adakah waris yang kematian mantan anggota tentera selepas 10 Oktober 2010 masih menerima RM500...bukannya RM3K seperti yang diumumkan? Kalau memang benar apa yang dikatakanya, aisay man...malu saya dibuatnya! Dengan penuh yakin, saya telah beritahu waris arwah Pak Abdul bahawa mereka layak mendapat RM3K. Tapi, ialah, manalah saya nak tahu ini akan berlaku.

Selagi tiada sebarang kepastian, rasanya tak elok menuduh secara melulu. Give the government the benefit of the doubt. Sekiranya betul tidak menerima RM3K walaupun permohonan telah dibuat mengikut prosidur yang dikehendaki....Sungguh mengecewakan!

Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman/maklumat tentang perkara ini? Marilah kongsi bersama.

Jumaat, 4 Februari 2011

Walking The Gang Plank

How lucky these buccaneers of the Horn Of Africa (Somalia) are! Imagine...given an FOC cruise to Malaysia after managing to climb aboard MT Bunga Laurel. Not only that, they're given food and lodging plus clothing free throughout their visit here with the compliment of  generous Malaysians.  

Somalis Pirates...Welcome to Malaysia and hope you enjoy your stay in your rental-free abode for a yet to be determined duration! 

Faces of 'all expenses-paid' tourists

You know, come to think about it, captain of ships  should be given the option to adopt the techniques used by yesteryear's high sea pirates when they want to execute their enemies....Walking the gang plank! To be more 'humanly', give them a lorry's inner rubber tubes to enable them to float back to their country . And be damned by the outcry of those so-called 'Human Rights' movements for this supposedly 'barbaric actions'. These movements/individuals care so much for the 'welfare' of these villains without giving a thought for the victims. Remember...a crew of one of MISC's ships hijacked way back in 2009 was killed when these villains hijacked the tanker and held the rest of the crew as hostages until ransom was paid. 
Now, we the taxpayers, have to bear the cost of these pirates during their stay in this country. Isn't it ironic...they hijacked our ships and then we have to pay for their expenses. More on this topic here.

Rabu, 2 Februari 2011

Bayaran Ex Gratia

Veteran...Sesiapa boleh memberitahu maklumat terkini tentang pembayaran 'ex gratia' yang diumumkan oleh YAB PM ketika perjumpaan beliau dengan ahli-ahli PBTM pada 10 Oktober 2010 di Stadium Bukit Jalil? Kalau tak silap saya, 2 perkara telah diumumkan, iaitu pembayaran Khairat Kematian dinaikkan kepada RM3K dan pembayaran ex gratia. Berapakah kadar bayaran ex gratia tersebut? Adakah bayaran ini termasuk mereka yang tercedera sebelum Oktober 1994? 

Saya bertanyakan soalan ini selepas menerima e-mel berikut daripada Lt Kol Idris Hassan (B). Ini adalah surat beliau kepada NST pada 13 Jul 2010.  

Ex-servicemen: Pay ex gratia to veterans of Emergency

NST
2010/07/13
THE Skim Bayaran Pampasan Bencana Kerja ex-gratia payment was introduced by the Treasury on Oct 20, 1994, to pay compensation to all civilian government employees injured or maimed as a result of action by undesirable elements (akibat anasir-anasir jahat) when on official duty.
The Treasury later reviewed and approved payment of ex-gratia to all soldiers, including veterans who had been killed or disabled in the line of duty. This was subject to verification of the records of the serviceman or veteran.

However, the irony and unfairness of this scheme is that it only covers servicemen killed and maimed in the line of duty on or after Oct 20, 1994.

This is in fact long after the last of the hostilities had effectively ceased on Dec 2, 1989 with the signing of the peace treaty by the government with the Communist Party of Malaya. 
Why should those injured during peace time service, and who had not fired a shot in combat, be given priority over hundreds of servicemen who died or were maimed? Some of them were blown up by booby traps during the Emergency but have been left out. What was the basis for this cut-off date?

Most of these old veterans consist of "other ranks" and "junior officers" who, by the nature of their job, fought at the frontlines. Most are now in the twilight of their lives while others have passed on.

I urge the authorities, in line with the "People First" concept, to urgently consider all veterans who have suffered disabilities in the line of duty for this ex-gratia payment.

There was a proposal by the Malaysian Armed Forces Veterans Affairs Department for the disabled ex-servicemen's allowance of RM100 to RM200 to be increased to RM500. The proposal has not yielded any result.

The call for youths of all races to join the armed forces would be better served when issues affecting the lives of soldiers, especially those injured in the line of duty, are promptly addressed.

LT-COL (R) MOHD IDRIS HASSAN
Kuala Lumpur

Di era saya, kalau tak silap, ex gratia payment yang saya ketahui ialah bayaran 36 bulan gaji kepada mereka yang terkorban dalam nahas pesawat terbang. Tak tahulah saya sama ada dasar ini masih berkuatkuasa atau sudah dimansuhkan.

Bercakap pasal pahlawan-pahlawan negara, saya ada bertanya member golf saya seorang xpegawai polis, mengapa wira-wira Bk Kepong tidak dianugerahkan Darjah Perkasa? Pada saya, negara mesti menghargai pengorbanan mereka dan OIC Stesyen Polis dianugerah SP. Tak tahulah saya kalau mereka sudah dianugerah dengan pingat-pingat berkenaan. Kalau ya, Syukur Alhamdulillah. Kalau tidak....Mengapa tidak?

Oh ya, secara kebetulan ada satu coretan yang ada kaitan dengan topik ini di sini.

Lt Kol Idris Hassan...Thank you.

Nota: Tak tahulah saya mengapa perenggan pertama dan ke2 di atas dalam huruf besar pada hal saya menaip dengan huruf kecil. Cuba sana cuba sini masih tidak berhasil. Kan ni pun nak minta tolong saudara Katon Tin-Ton kut untuk mengatasinya.

Isnin, 31 Januari 2011

Never Ending Scams

Readers...BEWARE...If  you receive this e-mail or something similar to this, don't even bother to read it, just DELETE IT. That's what I normally do after my embarrassing experience here. I thought this scam is no longer in existence but I was wrong. I'm sure you've read in the newspapers how bank customers are cheated by these scams, ie, obediently furnish the information required. In the end, their money in the bank vanish into thin air.
Account Violated
From:
"service@maybank2u.com.my" 
Add to Contacts
To:nibsny@yahoo.com

Dear Maybank Customer,
In the last fews weeks, our Online Banking Security team has observed multiple logon attempts on your internet banking account from different blacklisted IP's.
For your safety we have decided to suspend your access. You will need to verify your identity. You will need to verify yourself by completing this process. You will also need your cellphone to complete the tac process, failure to do so may lead to you account been violated
Click Here to continue

Security Management

Remember this...No banks will ask their customers to furnish their personal details through e-mail. By the way, I'm not a Maybank customer!

Sabtu, 29 Januari 2011

Senja Tetap Tiba

Coretan ini ditujukan khusus kepada pembaca yang inginkan kesejahteraan apabila tiba masanya mereka tidak lagi relevan kepada organisasi yang mereka telah bertungkus lumus berkhidmat dengan penuh ketaatan dan kesetian. Namun bila tiba masanya, terpaksa menghadapi alam kenyataan ketika usia sudah menjangkau waktu senja...kemungkinan besar ...Out of sight out of mind! Kepada mereka yang mempraktikkan gaya hidup 'Tiada Esok Bagi Ku'...Jangan buang masa membaca coretan ini.

Apa lagi yang saya maksudkan kalau tak pasal Pengurusan Kewangan. Ini saya ambil tawaran salah sebuah sebuah bank yang menawarkan kemudahan pinjaman kepada mereka yang berminat...

Nota: Pelaburan pokok ASB maksima ketika ini ialah 200,000 unit=RM200K.
Andaian:
  • Kadar dividen/bonus ASB 8% sepanjang tempuh 25 tahun.
  • Tiada perubahan kepada KPA sepanjang tempuh 25 tahun. 
Contoh: Pinjam RM100K untuk 25 tahun... 
                              RM100K x 25 thn x 8%/thn = RM684,850                      
Jumlah Bayaran:      RM579 x 12 bln x 25 thn = RM173,700
                                       Untung                        = RM511,150

Bayangkan sekiranya anda melabur RM200K. Di akhir 25 tahun anda mempunyaiRM1,369,700.00...Wow!

Ini yang dilakukan oleh seorang member golf saya untuk anak-anak beliau. Beliau tidaklah meminjam bank. Apa yang beliau lakukan ialah melabur RM100K untuk setiap seorang anak-anaknya dan beliau menyimpan buku tersebut. Menurut beliau, anak-anaknya terus melabur setiap bulan supaya mencecah had maksima simpanan pokok RM200K.

Anda cuba lihat B. yang membezakan menabung dengan duit sendiri dengan menabung melalui pinjaman...Sungguh jauh bezanya. 

Ada kawan mengatakan, nilai wang akan menurun dalam masa 25 tahun. Memang betul dan saya tidak sama sekali mempertikaikan. Tapi, jangan lupa, kalau anda ada RM1 juta, ianya tetap RM1 juta. Kalau dividen/bonus masih 8%, pulangannya ialah RM80K=RM6666/bulan. Tetap RM6666...Kata le apa pun. Jumlah ini melebihi pencen yang kebanyakan pesara kerajaan terima setiap bulan walaupun 25 tahun akan datang...Ini satu kenyataan!

Peluang telah digambarkan. Apa yang akan terjadi di masa hadapan hanya Allah yang mengetahui. Tapi kita dikehendaki merancang. Melaburlah mengikut kemampuan. Anda mesti ingat, bila tibanya waktu mengucap sayonara, senang-susah yang anda akan alami...tanggung sendirilah. Jangan persalahkan orang lain. Fikir-fikirkanlah.