Pengikut

Isnin, 20 September 2010

Pusara Pahlawan Negara

Saya dan 'squad-mate', Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB (B), telah berkomunikasi bermula dengan coretan ini...

18 September 2010 8:47:47...

Just a proposal. Would you like to take the challenge: Make a study of all the PGBs & SPs graves throughout Malaysia - especially on their state and suggest to the government to set up a Heroes Memorial such as Arlington and move all the graves to this National Memorial. I can assist you if you want.

Respons saya pada 19 September 2010 06:55...

Thank you for your proposal. Much as I like to accept your challenge, family commitments are the main constraints. As I stated in my 'coretan', I strongly feel that all those killed in 'real' actions should be buried in the 'National Heroes Memorial'. What I mean by 'real' is that those killed by the enemies and booby traps. As far as I'm concerned, those aircrew killed in aircraft crashes (not due to enemy's fire) were/are not heroes. Each recipient of the 5 Gallantry Awards is guaranteed a plot there, ie, if NOK permits.

Respons Rizal selanjutnya pada 19 September 2010 8:08:18...

I feel someone must take up the cause earnestly - rebury all the PGB and SP dead in a National Heroes War Memorial, ideally located in either KL, Terendak or PD. This could be a tourist attraction as well with its mini museum located within.

I do not know whether I have the strength and stamina to see and carry it out. It will take a couple of years of instant "fight". Let's play it by the ear and circumstances. Definitely we must have a team. No one man can do it.

Saya ambil petikan e-mel Mejar Ishak...

'...beberapa minggu yg lalui saya ada termenonton satu LIVE oleh BBC worldnews....
Kerajaan Perancis telah menjumpai sebuah kubor besar di sebuah daerah. Apabila di siasat didapati kubor itu tertanam beratus ratus tentera British, australia, NZ dan France. Mereka terkorban dan ditanam disitu semasa perang Dunia Pertama. (WW1)

Kerajaan kelima lima negara ini bersetuju membuat sebuah Pusara Pahlawan di daerah tersebut. Pada hari itu semasa saya termenonton LIVE  dapat menyaksikan pembukaan rasmi pusara tersebut. Ada satu ceremony, simbolik....mayat di gali dari kubor besar dibawa dengan kereta kuda dan masukan dalam kubor baru dan di saksikan oleh waris waris tentera yg terkorban. Kebanyakan nya cucu tentera tu.......they came thousand miles away from home.  Mat Salleh bab respect depa punya pahlawan memang kagum.' 

Berita mutakhir...saya menerima berita ini melalui facebook... 





Robert Rizal Abdullah
Robert Rizal Abdullah20 September 2010 at 07:23
Subject: Heroes Memorial for PGB & SP (and whatever else)
I am thinking of picking this up from where you have left. I have been contacting buddy PGB & SP holders on this. Since we have an association (PGB & SP holders), I feel we are the right people who should take up and chase the matter seriously.

An initial meeting is in the offing in KL soon to thrash the matter.
Squad...Terima kasih kerana sedia memulakan projek ini, Syukur Alhamdulillah. Maka bermulalah 'Fasa ke2'...Over to you, Squad. Saya cadangkan persatuan anda turut juga menjejaki pusara penerima JPP, PTU & KPK. Untuk makluman anda, pusara wira-wira TUDM:
  • PGB - 1 ~ Kapt (U) Choo Yeok Boo (Sg Petani)
  • PTU - 3 ~ Lt Jen (U) Mohd Taib (Rantau Panjang), Lt (U) Chung Min Teck (Klian Intan) dan Sjn Leong Yee Heang (Penang)
  • KPK - 2 ~ Kapt (U) Wan Munsiff (Kangar) dan Kapt (U) Mustapha Kamal (Taiping)
Bayangkan.... Lt M Abdul Hamid Bin Ismail, L/Kpl Abdullah Bin Majid (Sapper), L/Kpl Suandi Bin Saim (ART), Sjn Leong Leong Yee Heang (AQM), Lt (U) Wan Munsiff, Kapt Hardev Singh, Rjr Dumbon ak Chek, Kpl Mohamed Adzahar Bin Mokhtar(Peninjau) dan ramai lagi, dengan izin waris mereka, semuanya disemadikan di Pusara Pahlawan Negara!! Saya akan e-melkan coretan ini ke KEMENTAH tetapi...FAHAM-FAHAM SAJALAH!! Atau sesiapa yang 'buddy-buddy' dengan PM/TPM? Hanya dengan campur tangan mereka ditambah dengan  'laporan' Persatuan SP & PGB, 'probability' impian ini menjadi kenyataan boleh 99.9% termakbul, InsyaAllah.

Pembaca...Pada 18 Sep, saya telah menghantar e-mel kepada Penerbit "Galeri Nasional"RTM 1 mencadangkan agar RTM membuat liputan terhadap isu ini. Beliau berjanji akan membacanya pada hari ini (Isnin, 20 Sep). Sama ada dipersetujui atau sebaliknya...Wallahualam!

Terkini...19 September Jam 2315. Terima panggilan telefon bagi memaklumkan bahawa pusara arwah Lt M Abdul Hamid SP telah dibersih setelah diarahkan oleh PTD. 6 RAMD juga turut mencadangkan kepada Jatawankuasa madrasah agar ditukar nama kepada Madrasah Abdul Hamid...Terpulanglah kepada mereka. Syukur Alhamdulillah.

Saya difahamkan arahan ini diberi setelah PTD terbaca surat dalam 'Forum' Utusan Malaysia...bukannya terbaca e-mel yang saya hantar. Sekarang terbukti e-mel yang kurang sedap diketahui oleh Bos tidak akan membolos 'gate-keepers'. Mana mungkin Bos ada masa untuk membaca e-mel...maklumlah, mereka sibuk memikirkan keselamatan negara daripada melayan perkara remeh-temeh ini!! Pelajaran dari episod ini...Untuk mendapat respons, lebih baik menghubungi media massa. Kalau nak hantar e-mel, dapatkan alamat e-mel peribadi mereka. 

Ahad, 19 September 2010

Tergamam

Saya 'copy & paste' petikan e-mel berikut dari Lt Ishak Isa. 

July 1976.
Ops Hentam Sedar
Area of Ops (AO): KULIM, Kedah.
Ini adalah operasi pertama di Semenanjung buat 14MTA setelah berpindah dari Sandakan, Sabah ke Pulau Pinang.
Commanding Officer - Lt Kol Zainal  Abidin Md Dan (RAMD): IO - Kapt Harmain (RAMD): Ops  Officer - Kapt Ismail ( TA).
Tac HQ: Karangan Camp.

I was with A coy . OC Kapt Zaini ( RAMD). Initial AO (Area of Operations) was Sg. Pasir- Jalan Mahang - Sedim.

A month later, my platoon was given a new mission to be deployed into Tawar Estate (not far from Baling) to conduct RKK ( Ronda Kumpulan Kecil). I lead one  RKK and my sargeant one RKK.

Enter Tawar estate at about 1400hr. Move into respective AO and landed near a small stream not far away from one kongsi. That was about 1730hr.  Took up position; each of us take one rubber tree in an all-round defence . While I was  sending our SITREP for that day, I heard L/Kpl Tuin... " Tuan Musuh".  I look at him and he pointed at the direction of the musuh. I move forward to get a clearer look but was not sure about it. 

The musuh 1st recce scout stop, look at me . Both of us berpandangan, and both take cover behind the rubber tree. Gave my signal to Kpl Tuin and we leap frog to the musuh. Cross the river and leap frog for about 300 meters and nothing happened . The musuh was gone.... last light and nothing can be seen...no shooting...no kill... no report. 

This group of musuh, was ambushed by our RKPT two weeks later. The ambush took place in the kongsi. Actually the RKPT was there for almost three month waiting for this musuh. I came to know about it when I overheard in the weekly intel briefing while operating in Gubir.

Lessons learned from this incident.

1. It is very difficult to operate in rubber estate bcos we cannot differentiate musuh and rubber tappers. Even the musuh didn't expect we were there as we were not far away from the kongsi.

2. Detail intelligent report was not given to us and friendly forces operating in the AO was not mentioned at all. 

Mejar Ishak...Terima kasih.

Sabtu, 18 September 2010

'Gate-Keepers'

Pembaca...Tak tahulah saya bagaimana nak meyakinkan pihak tertinggi di KEMENTAH agar mereka lebih prihatin terhadap pahlawan mereka sendiri! Sepertimana yang saya 'copy & paste' dalam komen di sini, saya sungguh kecewa dengan respons dari staf PTD. Saya pasti itu bukannya pendirian TDM atau PTD. Tidak mungkin seorang PTD boleh memberi jawapan sebegitu rupa, walaupun melalui stafnya. Secara jujur, saya yakin PTD tidak pun membaca e-mel yang diterima oleh anggota Pejabat PTD. 'Gate-keepers' akan menyarinkan kemasukan e-mel/surat menyurat. Apatah lagi e-mel yang dianggap tidak 'sedap' didengar oleh seorang pang5. 

Cuba secara berhemah tidak dipedulikan, malah tindakan saya pula dipertikaikan...mengapa beliau terlalu defensive, Wallahualam! Jawabnya guna kemudahan media massa. Tak sangka pula Utusan Malaysia sedia menyiarkan e-mel saya berikut...Syukur Alhamdulillah.

Forum Utusan Malaysia 17 September 2010

Saya telah menghantar e-mel lagi ke PTD (baca~terhenti di gate-keeper) mengingatkan beliau agar berhati-hati apabila berurusan dengan orang awam. Jawapan dari pejabat beliau akan mencerminkan kewibawaan TDM amnya, PTD khususnya. Jangan salahkan rakyat sekiranya mempunyai persepsi negatif terhadap Perkhidmatan tersebut. Lebih baik diam sahaja kerana itu (tiada tindakan) memang sudah dijangka dari kebanyakan agensi kerajaan....BIASALAH.

Saya telah menghantar e-mel berikut kepada MAIK (Majlis Agama Islam Kedah) tentang cadangan pertukaran nama madrasah tersebut (petikan)..."Bersama ini saya 'forward' e-mel saya kepada Pegawai Daerah Padang Terap berkaitan dengan cadangan saya agar Madrasah Alkhairiah di Felda Bukit Tembaga di tukarkan kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID' mengambil sempena seorang pahlawan negara yang disemadikan dikawasan perkuburan bangunan tersebut.

Secara ikhlas saya menyatakan yang saya kurang arif bagaimana mahu memajukan cadangan ini. Itu sebabnya saya telah menghantar e-mel tersebut kepada Pegawai Daerah dengan harapan beliau bersedia menyalurkan kepada pihak berwajib. Kecewa sekali tiada sebarang respons...tak apalah!"

Pak Menteri, PAT, PTD, PTL & PTU...Ingatlah," PUJIAN MENGKHAYALKAN (walhal banyak yang tak kena), KRITIKAN MEMBINA (tiada siapa yang sempurna)." Tiba masanya nanti, anda juga bukannya lagi 'relevant' dan akan hidup dalam alam kenyataan...Fikir-fikirkanlah!!!

Jumaat, 17 September 2010

Ops Gubir 11...'Casevac' Pertama




Pagi 21 April 1976....Beberapa buah pesawat 'Tebuan' dan F5E berlepas dari TUDM Butterworth untuk sortie pengeboman terakhir terhadap lokasi kem pengganas komunis yang telah dikenal pasti. Tugas ini telah bermula pada 17 April lagi. Di waktu yang sama, 5 buah pesawat Nuri (satu sebagai 'decoy') dan 2 Alouette Gunship siap sedia di Kem Gubir untuk menerbangkan anggota 'X' Skuadron, RGK. Selesai sahaja 'aerial bombing', dengan disaksikan oleh GOC, Mej Jen Dato' Mahmood dan Panglima 6 Bde, Brig Jen Arulgrapasam, pada jam lebih kurang 1000, kesemua helikopter tersebut berlepas dari padang bola kem menuju ke destinasi sini.

Salah sebuah Nuri membawa satu seksyen yang diketuai oleh 15145 Sjn Ahmad@Jantan Bin Abdullah. Antara anak buah beliau termasuk...
  • 15444 Kpl Yaakob Badu
  • 15500 Kpl Saidon
  • 20522 L/Kpl Mat Sepin Ismail
  • 23130 Tpr Ahmad
  • 24338 Tpr Abd Rashid Mohd (Semboyan)
  • 25044 Tpr Sanawi
  • 25XXX Tpr Bahari
  • 26XXX Tpr Abdullah (Jurutera)
  • 26XXX Tpr Zakaria 
Mengikut perancangan, Ahmad akan diturunkan di sasaran "Bravo" (lakaran heli #1). Semua Nuri tidak boleh mendarat kerana laporan menyatakan kawasan kem pengganas komunis ini terdapat banyak jerangkap samar. Semua trup diturunkan melalui kaedah 'winching' atau abseling. Bermula dengan Ahmad, kesemua anggota beliau selamat mencecah bumi tanpa sebarang kemalangan. Di waktu yang sama, menurut Mat Sepin '...kedengaran tembakan daripada musuh (senjata ringan) dan M203 dalam 5-10 das. Ketua Seksyen menunjukkan arah ke tempat yang lebih selamat'.

Ahmad mengingatkan anggota beliau agar berhati-hati. Mereka bergerak ke hadapan dalam bentuk 'anak panah'; Ahmad berkedudukan di #4. Kira-kira jam 1030-1100, terdengar satu letupan yang kuat dan debu-debu berterbangan. Ahmad telah terpijak jerangkap samar! Menurut beliau '...apabila saya terpandang ke bawah, saya lihat kasut but koyak dan tapak kaki kanan pecah macam ayam kena gelek'. Mat Sepin pula menjerit '...Sjn Ahmad dah kena...Sjn Ahmad dah kena!' Mangsa pertama jerangkap samar.

Tanpa berlengah, 'medic' dan anggota lain memberi rawatan kecemasan. Setelah membuka kasutnya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah membalut kaki Ahmad dengan 'field dressing'. Ahmad memberitahu bahawa balutan hampir sebesar sebiji bola sepak bagi mengelak darah terus mengalir. Beliau terpaksa menahan kesakitan kerana mereka tidak dibekalkan dengan morfin. Ahmad Rashid menghubungi Markas Taktikal di Gubir tentang kejadian ini dan meminta Nuri mengambil casevac. 

Walau pun dalam kesakitan, Ahmad@Jantan mengarahkan Mat Sepin, Ahmad dan Bahari untuk membuat rondaan di kawasan 'permatang' yang dipercayai kedudukan musuh. Jarak permatang adalah lebih kurang 250-300 meter dari lokasi mereka. Apabila tiba, Mat Sepin mendapati '...Hanya dapati kesan berjalan musuh dalam kumpulan kecil (5-10 orang)'. Setelah mengesahkan musuh sudah berundur, mereka bertiga kembali ke lokasi. Anggota seksyen terpaksa mengusung Ahmad ke lokasi berhampiran - lebih kurang 50-100 meter. Ini kerana lokasi awal tidak sesuai untuk Nuri mengambil Ahmad secara kaedah winching; bentuk muka bumi memudahkan musuh menembak pesawat.

Pada jam lebih kurang 1330-1400, kedengaranlah bunyi 'the old but faithful defenceless iron bird came to the rescue'. Ketika membuat 'approach to hover', Mat Sepin menceritakan '...kedengaran tembakan senjata ringan musuh (5-10 tembakan) dari permatang bersebelahan. Tiada apa berlaku terhadap pesawat nuri dan selamat membawa keluar SJN. Ahmad.' Walaupun menyedari Nuri beliau menjadi 'shooting duck' semasa membuat winching, namun kapten pesawat tidak mengendahkan bahaya yang dihadapi demi untuk mengeluarkan Sjn Ahmad@Jantan. Beliau selamat diterbangkan ke Hospital Alor Setar.

Mangsa jerangkap samar di kem pengganas komunis...
  • Sjn Ahmad@Jantan Bin Abdullah (21.4.76) - 'X' Skn
  • Tpr Hussin Bin Mahbeb (21.4.76) - 'X' Skn (di sini)
  • Tpr Yaacob Bin Hassan (21.4.76) - 'X' Skn
  • Lt Basri Bin Omar (25.4.76) - 3 Skn Jurutera
  • Arwah L/Kpl Abdullah Bin Majid (25.4.76) - 3 Skn Jurutera
Lt Kol Aziz Rashid, PW2 Roslan, PW2 Mat Sepin & S/Sjn Ahmad@Jantan...Terima kasih.

Khamis, 16 September 2010

Mangsa Jerangkap Samar

Saya terima e-mel dari seorang pembaca yang menyertakan keratan akhbar NST bertarikh 27 Mei 1978. Beliau bertanyakan sama ada...'Adakah berita ini ada kaitannya dengan coretan tuan bertajuk 'Gubir...Friday, 20 August, 1010?' Apa yang beliau maksudkan ialah kisah ini.

Saya pasti laporan akhbar ini tiada kaitan dengan pengalaman Lt Ishak tersebut. Ini kerana saya mengambil bodevac dan casevac pada 26 Mei 1978 manakala 11 anggota yang terkena jerangkap samar berlaku beberapa hari sebelum 27 Mei. Namun demikian, saya yakin yang saya terlibat mengambil casevacs yang dilaporkan kerana pada 17 hingga 24 Mei '78 saya dan krew - Lt M (U) Md Som dan Sjn Charles - membuat detasmen di Kroh untuk Ops Selamat Sawadee. Ketika detasmen, kami terbang setiap hari kecuali pada 18 Mei. Jumlah jam penerbangan sepanjang detasmen ialah 26 jam.

Pada 23 Mei sahaja saya telah terbang 7:20 jam...melebihi 20 minit jam penerbangan harian. Semua penerbangan ini melibatkan troop/freight/casevacs/comm. Begitulah tugas krew Nuri  ketika itu...tidak kira masa dan sentiasa diburu dan menjadi sasaran pengganas komunis.

Ada 'footsloggers' yang mengetahui cerita terbabit dan sedia berkongsi pengalaman itu?

Rabu, 15 September 2010

Satu Hari Di Hari Raya

2 Syawal 1431H = Hari Raya ke2 = 11 September 1010...Pandulah BEB 6789 balik kampung...Taiping. Mengapa BEB dan bukannya PFY 6789? Ha...Nak ikut komen pembaca dalam coretan di sini. Depa kata kena lanyak sikit kereta 'continental' ni, lagi pula 4 tayar dan 4 'spark plugs' baru saja ditukar. Belum mencecah 83000 km walaupun November ini genap umurnya 8 tahun.

Jam 0825....sungguh selesa memandu kerana Lebuh Raya ke selatan lengang dari kesibukan trafik. Saya menysur keluar di Taiping Utara untuk perjalanan seterusnya. Guna jalan Persekutuan ke Taiping; ambil 'short-cut' ke tanah perkuburan Tekah (berhampiran dengan 'grass strip) melalui Aulong dari Simpang Halt; selamat sampai pada jam 1021.

Pusara arwah bapa dan 'pah' (ibu kepada mak) di tapak lama (gambar kiri); arwah 'Ami' (adik), dan Ayah Cu (adik mak) di tapak baru (gambar kanan). Di tapak baru tidak dibenarkan  sebarang binaan; batu nesan pun disediakan oleh pihak pengurusan. Kaya, miskin,  ternama atau tidak...semuanya SAMA!

Dalam perjalanan ke Taman Seri Kota (kebiasaannya berpenghuni pada Hari Raya sahaja), sempat mengambil                                                                                                                                                           mengambil gambar Stesen  Keretapi.  Semenjak tinggal di Taiping pada 1964, inilah rupa stesen tersebut yang masih mengekalkan ciri-ciri 'keasliannya'. Pembaharuan hanya kepada bumbung...separuh diganti dengan zink baru dan separuh lagi hanya dicat sahaja. Bermulanya perkhidmatan keretapi di Malaya dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang). Dari pemerhatian saya, stesen baru akan dibina sementelah siapnya nanti 'double tracks'.

Tiba di rumah, adik-adik dan keluarga, Intan (2 anak), Wahi (6) dan Cik Su (6) sudah selamat tiba. Hanya kak (Ani) tidak dapat bersama kerana sehari sebelum Hari Raya, anak beliau, Suzana, melahirkan anak ke 8 di Subang Jaya!!  Menurut kak, beliau ada 19 cucu sekarang=saya 'tok wan' kepada 19 cucu. Eh...Eh...Eh.

Sepupu saya, Kak Wan, menjemput kami semua pergi ke rumah beliau di sebelah masjid Kpg Jambu untuk makan tengah hari. Sebelum itu, saya singgah di rumah 'Mek' (adik) di Taman Seri Hijau (3-4 km). Gambar dari kiri: Saya, 'Mek' & Wahinuddin. Makan lagi...
                                                  
                                                                                                                 Selepas makan dan solat zohor di masjid, saya terus pacu kereta untuk melawat 'squad-mate', Lt Kol Robert Rizal PGB, yang     tinggal berhampiran dengan Taman Tasek Taiping. Tiba...tiba...BEB buat hal ketika berhenti di lampu isyarat seperti yang berlaku disini. Start....jalan sikit...berhenti. Start...jalan sikit...berhenti! Orang pun hon hingga memekak. Mereka ini sengapa tak mahu faham...siapalah nak berhenti di tengah jalan! Dipendekkan cerita, batal pemergian ke rumah rakan dan selamat balik ke rumah.

Pada jam 1741, Mek membawa saya ke klinik untuk bertemu dengan pakar di Kampung Boyan. Apa lagi, siap dengan komputer, sipakar ni pun mendiagnosis semput...'fuel pumps' rosak. Ini saya percaya kerana saya rasa pun petrol tidak mengalir ke enjin...bukannya kerana spark plugs. Masalahnya, hari Sabtu dan keesokan hari Ahad, kedai spare parts di Butterworth tutup. Jika ditempah sekarang, hanya Isnin akan sampai dan siap pada jam 1600-1700. Apabila ditanya sama ada OK ke sekiranya saya memandu balik ke Jitra esok, beliau kata '...tak boleh jamin ma...rosak di highway lagi susah'. Jawabnya, saya suruh dia order pumps tersebut dan akan ambil kereta pada Selasa pagi nanti, InsyaAllah.

Malam tu, anak-anak Mek buat B-B-Q di rumah beliau. Tiba di sana, Aidi, Fara & Iman (anak-anak kak) dah sampai. Aidi dengan 4 anak; Fara - 5 & Iman - seorang.



Fara & keluarga meneruskan perjalanan ke Gurun pada jam 2230. Sepupu semuanya pula bergelempang tidur di rumah Mek. Mak-bapa & tok wan pula tidur di Taman Seri Kota. Memang betul...Kanak-kanaklah yang paling gembira menyambut Hari Raya!

12 September...Selepas sarapan, saya dihantar ke stesen bas Kamunting untuk balik ke Jitra. Terpaksa balik awal untuk memenuhi jemputan Abang Tad, member 'The Quartet', ke majlis...

  
               
14 September, jam 0700, berlepas dari stesen bas Sahab Perdana, Alor Setar, ke Butterworth untuk perjalanan ke Taiping. Terpaksa menunggu jam 0945 di Butterworth. Jawabnya...pekena nasi lemak di 'medan selera'. Puasa baru habis, berat badan dah menigkat. Setiba di Kemunting, Mek membawa saya ke Kpg Boyan dan saya pun membuat 'derma' kepada pakar...melayang RM1475. Apa nak dikatakan! Pakar tersebut memberitahu saya yang beliau menghadapi masalah ketika memandu ke kliniknya selepas menghantar saya dan Mek pada petang 11 September. 
Sebelum balik ke Jitra, saya sempat pergi ke Taiping War Cemetary  untuk mengambil gambar dan seterusnya melawat 'squad-mate', Lt Kol Robert Rizal di rumahnya. Maklumlah masih dalam raya mood, isteri beliau menjamu laksa...makan lagi. Rizal memberitahu berita mutakhir tentang lokasi pengsemadian anggota Sarawak Rangers ialah di kawasan Muzium Sarawak. Beliau turut menghadiahkan buku tulisannya - "My Adventure".  

Sebelum berangkat pulang ke Jitra, singgah sekejap di Taman Seri Kota untuk berjumpa dengan mak. Beliau akan balik ke KL keesokan hari bersama Zura dan Apit (anak Mek). Kenangan satu hari di hari raya...

Selasa, 14 September 2010

Cuba...Jangan Tak Cuba

13 September 2010...Saya telah menge-mel coretan ini kepada PTD dan juga 
Pegawai Daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Respons? He...He...He.

E-mel kepada PTD...  

Fw: Sungguh Sedih!!
From:
nor ibrahim sulaiman 
To:
PTD 
Cc:
xPAT TS Rahman ; Nawi Desa ; Dato' Zahid Hamidi ; KP Veteran ; Tan Sri Azizan ; Lt Kol (B) Basri RAJD 

Assalamualaikum,

Sungguh sedih melihat pusara seorang wira negara...Adakah ini penghargaan TDM amnya, RAMD khusus, terhadap arwah Lt M Abdul Hamid SP? Mujurlah ada pasukan 305 RAW!!

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

E-mel kepada Pegawai Daerah Padang Terap...


Pusara Lt M Abdul Hamid Bin Ismail SP
From:
nor ibrahim sulaiman 
To:
DO Pdg Terap 
Cc:
Lt Kol (B) Basri RAJD ; xPAT TS Rahman ; PTD ; Nawi Desa ; Tan Sri Azizan ; Dato' Zahid Hamidi 

Assalamualaikum,

Berhubung perkara di atas, bersama ini di 'copy & paste' coretan saya di http://xnuripilot.blogspot.com untuk perhatian dan kemungkinan tindakan tuan selanjutnya. Saya mencadangkan agar pihak jawatan kuasa Madrasah berkenaan menukar nama bangunan tersebut kepada 'MADRASAH ABDUL HAMID'. Mereka sepatutnya berbangga mempunyai seorang anak watan yang terkorban demi untuk mempertahankan agama dan negara.

Diharap saranan ini mendapat respons yang positif dari tuan. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Selagi tak cuba...tak tahu. Manalah tahu terbuka hati mereka yang berada di tampuk kuasa untuk membuat sesuatu, InsyaAllah.