Pengikut

Jumaat, 3 September 2010

Rosak Lagi

24 Ogos 2010...Giliran kereta isteri, BEB 6789, pula  meragam betul-betul di simpang 4 Ampang Jajar, Mergong (di sini). (PFY 6789 saya di sini). Kereta tersebut telah dihantar ke bengkel di Langgar. Kepakaran bengkel ini ialah Mercedes Benz kerana kebanyakan mekaniknya adalah mekanik yang pernah berkhidmat dengan Chrysler Daimler.

Menurut bosnya, kemungkinan besar 'fuel pump' BEB rosak kerana model ini kerap menghadapi masalah tersebut. Harganya? Lebih RM1K sahaja! Apa nak dikatakan...jika perlu, ganti sajalah. Keesokan hari, beliau memberitahu masalahnya ialah satu plug tak boleh pakai. Beliau telah menukarkan kesemua 4 plugs. Persoalannya...Mengapa 1 plug 'out' kereta tersadai? Saya memang tidak arif tentang enjin kereta. Apabila difikir sejenak, sungguh aneh...sistem Nuri yang lebih canggih dibandingkan dengan sebuah kereta - baik mekanikal atau pun elektrikal- semua difahami. Gegaran pada pedals pun sudah dapat meneka yang 'invertor' masih berfungsi yang sepatutnya secara automatik 'cut-off' apabila kedua-dua 'generator' 'on'.

Bagaimana 'doktor' mendiagnosisnya? Mudah saja...'connect' computer kepada kereta, tersenarailah kemungkinan penyebab masalah. Tabik era teknologi moden ini. Nasib baik hanya melayang RM360, termasuk RM120 untuk perkhidmatan 'kembalik'.

31 Ogos 2010...Orang sibuk dengan melaung 'MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA', saya pula berpeluh 'jack' BEB untuk menukar tayar. Tayar depan sebelah kanan punctured...nasib baik tersedar di rumah! Kedai tayar semua tutup, jadi  terpaksa tunggu keesokan hari. Saya menukarkan dengan tayar 'spare' - tak pernah pakai semenjak kereta dibeli hampir 8 tahun dulu. Mungkin getahnya pun dah 'mati'. Selepas bermain golf pada 1 September, pergi  ke kedai Ah Meng. Dia pun geng tarik troli setiap pagi. Towkay beritahu baik tukar kesemua 4 tayar kerana 2 dah makan sebelah - hampir botak. 'Itulah u tak buat alignment'...kata beliau. Jawabnya...Tukar semua 4 tayar dengan 'Michelin XM1'. Melayang RM1040!

Hairan ye...Pakai Honda Quintet selama hampir 10 tahun yang dibeli di Labuan....tiada masalah. Volvo 940 juga...tiada masalah. Saya menyelenggara kedua-dua MB mengikut 'servicing schedule'...tak pernah miss punya. Mungkin kurang kena lasak kut...kedua-duanya belum mencecah 90,000 km. Kedua-dua kereta ini kebiasaannya hanya berlegar-legar di Jitra dan Alor Setar sahaja.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tuan, kalau under utilised, mechanical parts dan rubber bushing lebih mudah rosak.

mangchikla berkata...

Kater tuh pon ade perasan nak raya kot :D

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Saya hingga sekarang masih menggunakan Volvo 940 yang tiada membawa sebarang masalah (Alhamdullillah) dan mengelakkan tuannya dari menghadapi saat-saat yg memeritkan. Mungkin kerana saya pun menjaganya maka dia pun menjaga saya kembali.

Sebenarnya Tuan, kereta continental ni kena lanyak selalu tak macam kereta Malaysia atau Jepun. Itu nasihat dari sahabat selepas dia membuat repair works ke atas Cherokee saya. Begitu juga dengan Jaguar XJ6 yg disimpan di Langkawi. Buta saja kena bayor dekat2 RM36K kerana rosak akibat tak jalan.

Jadinya, jangan sayang pada kereta tu (yg continental la). Lanyak cukup2 dan dia akan menjadi lagi smooth.

Insya-Allah...

Ir. Hanafi Ali berkata...

Kalau 1 plug out, biasanya kereta akan tersengguk-sengguk atau kurang power. Biasanya.

Kalau tayar makan sebelah, boleh nampak sebenarnya. Kalau teruk sangat, barulah tukar. Kalau tak teruk, buat alignment betul-betul, biar dia makan tengah atau sebelah yang satu lagi pula.

Mejar harus bertukar selera. Kereta Jepun lebih jimat minyak dan juga selesa. (CRV/Accord/Civic). Mungkin untuk warga emas (atau perak seperti Mejar, :)), mungkin elok guna CRV sebab kerusinya tinggi, tidak kekok keluar dan masuk. CRV second-hand keluaran awal 2000 atau lewat 90an agak murah dan berkualiti.

FMZam berkata...

Salam tuan2,

Sambil2 berkira nak lebur duit untuk kereta tuan2 tu, jangan pulak lupa bayar fitrah dan jugak hulurkan derma kepada Sabri Che Hassan, mudah2an Allah akan berkati kemurahan hati tuan2. Bukan apa saya cuma mengingatkan saja sebab kalau bukan kita dari blog ini yang memberi ikhsan kepada orang yang memerlukan, siapa lagi yang akan ikut teladan kita. Salam.

keril.samad berkata...

salam. saya pembaca baru blog tuan. tetarik dengan tulisan Tuan di Utusan harini. berbesar hati jika dapat terus berkongsi, membaca cerita dari sebilangan kecil wira-wira terdahulu negara. :)

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara kkkerilLah,

Terima kasih kerana sudi membaca kisah wira-wira terdahulu.

mangchikla berkata...

Kisah juruterbang Nuri di era komunis

Tanpa Nama berkata...

Tuan Mejar,

Saya sangkakan kereta Merc. ni tak macam sedemikian rumit masalahnya.
Mungkin masalah hanya ini berlaku kepada sesuatu model tertentu yang dikeluarkan pada tahun 1997 - 2005. Selain daripada itu kita belum pernah dengar banyak keluhan daripada para pemiliknya.....

Selalunya kita dengar kereta2 buatan negara2 Eropah seperti Opel, Fiat, Citroen, Peugeot dan Volvo yang banyak buat masalah.
Itupasal kereta buatan Jepun spt. Honda, Toyota dan Nissan menerajui jualan kereta dunia, kerana tidak banyak memberikan pelbagai masalah.

Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Saudara Nota Fikir,

Kalau anda pergi ke bengkal ini, 'doktor2' tak menang tangan merawat MB...bukan hanya schedule servicing sahaja. Ialah, components pun ada 'life'.

Tanpa Nama berkata...

salam. saya ingin bertanya di alor setar (kalau xda di jitra) bengkel MB mana yang bagus dan boleh dipercayai?.. tq