Pengikut

Selasa, 14 Disember 2010

Lembu Punya Susu...Sapi Dapat Nama

Apabila membaca komen saudara Katon Tin Ton bertanyakan satu artikel dalam Berita Minggu, 12 Dis tentang '...pembikinan filem pasal pilot TUDM. Ada kena-mengena dgn tuan ke?' dalam coretan di sini, saya pun mencari dan berjaya mendapatkan artikel tersebut....


Menurut laporan tersebut, seorang pengarah filem, Yusof Kelana, akan membuat sebuah filem bertajuk "Alfa Charlie: Diari Seorang Pilot" yang menelan belanja RM4 juta. Pelancaran akan diadakan pada 15 Januari manakala kerja penggambaran dijadualkan bermula 25 Februari 2011. Petikan artikel '...mahu menonjolkan wira negara dalam TUDM supaya perjuangan golongan ini dapat dihayati oleh rakyat negara seperti mana pasukan tentera darat mahupun laut' dan '...filem ini cuba mengangkat kisah hero yang tidak didendang berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi tetapi bukan 100% kisah biografi tetapi diolah berdasarkan pengalaman seorang juruterbang TUDM dan kisah dalam pasukan TUDM sendiri'. Hai...bunyi semacam saja....sound so familiar! Sebagai  seorang yang 'resourceful', saya telah berjaya mendapatkan # talifon Yusof dan telah menghubungi beliau pada 13 Dis.

Soalan pertama...Adakah cerita ini tentang pilot pesawat Nuri? Jawapannya...Ya. Bagaimana pula beliau mendapatkan bahan cerita?  Dari seorang mejar. Siapa? Beliau enggan memberitahu. Saya memberitahu beliau bahawa saya banyak mencoretkan tentang pengalaman saya sebagai seorang pilot Nuri. Beliau seterusnya memberitahu bahawa bukan saya seorang saja pilot Nuri dan beliau boleh mendapat maklumat daripada PAT. Memang benar katanya yang saya bukan 'the only nuri pilot' dan beliau boleh  menghubungi PAT untuk mendapatkan maklumat walaupun saya percaya PAT mungkin tidak begitu arif tentang apa yang kami alami.

Saya ada memberi salinan manuskrip kepada seorang staf syarikat penerbitan buku untuk dinilai pencitakannya 3 bulan lepas (selain sebuah IPTA). Tetapi sehingga sekarang saya tidak dapat menghubungi beliau; panggilan saya tidak pernah dijawab. Saya tidak pasti sama ada filem tersebut berasaskan kepada blog ini atau manuskrip tersebut.  Sekiranya betul filem ini berlandaskan kepada blog/skrip berkenaan, saya sangat terharu dan teruja kerana akhirnya ada juga orang berminat untuk memfilemkan pengalaman wira-wira yang tidak didendangkan di suatu ketika dulu. Tapi...terus terang saya katakan, perasaan terkilan juga ada kerana saya tidak diberitahu langsung...no acknowledgement whatsoever...At least have the courtesy to inform me.  Lembu punya susu...Sapi dapat nama! Wallahualam.

Isnin, 13 Disember 2010

RTBK - Ration Tempur Beras Kampit

Saya terima coretan berikut dari seorang AQM pesawat Nuri ketika pesawat  membuat 'resup' di Kem Gubir (tanpa edit)...

Di sini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang boleh dikatakan sebagai manis dan agak melucukan. Ianya terjadi sewaktu melakukan tugas Re-sup  Ops Kota (Gubir) untuk troop yang bertugas di sempadan negara. Kami tiba di Kem Gubir seawal jam 0800H. Setelah selamat mendarat di Kem Gubir, Aircraft Capt  mengarahkan untuk Shut Down memandangkan cuaca tidak mengizinkan.

Saya mengambil kesempatan itu untuk membuat walk in brief kepada dua group yang amat penting tugas mereka semasa task re-sup tersebut.  Group yang saya maksudkan adalah Loading Team dan RefuelingTeam. Tujuan saya bukannya apa, hanya nak memastikan mereka masih ingat akan prosedur-prosedur yang betul bagi melancarkan lagi task pada hari tersebut.

Pertama sekali saya melakukan short refresh brief pada Refueling Team. Seperti biasa, mereka memang sudah sedia maklum akan tugas dan prosedur untuk mengisi minyak pesawat. Jadi, saya beralih pula ke tempat dimana barang-barang (rangsum) yang akan di bawa masuk diletakkan kerana Loading Team sudah sedia menunggu saya disana.

Seperti biasa, taklimat ringkas saya bermula dengan kawasan-kawasan bahaya pesawat diikuti dengan kawad naik turun pesawat. Setakat itu, semua sedia maklum dan tiada sebarang masalah berlaku. Seperti biasa juga, saya memanggil dan mengarahkan seorang troop untuk menunjukkan demonstrasi cara-cara menyusun kotak-kotak rangsum di dalam kabin. Seperti yang dijangkakan, beliau menyusun dengan betul dan pantas sekali. Saya memberikan pujian pada anggota tersebut lalu dia membalas, " Kawe wat reahsel susun kotak sampa kul 2 pagi tu incah (incharge)" (Dalam Loghat Kelantan). Ketawa besar saya mendengar jawapan anggota tersebut. Oleh kerana melihat Confident Level yang tinggi pada anggota tersebut, dengan secara tidak sengaja saya telah ajukan satu soalan pada anggota tersebut dalam loghat Kelantan. " Ghu...di kotak ration tu ada tulis RTBK, gapo dio RTBK tu? "

Lalu dengan confidentnya dia menjawab " RTBK incah, Ration Tempur Beras Kampit". Mendengar jawapan daripada anggota tersebut, apa lagi sampai sakit perut kami ketawa. Yang seronoknya, beliau tetap mempertahankan jawapan nya itu.......siap tunjuk pada saya sekampit beras yang di ambil dari dalam kotak tersebut.

Jadi, dikesempatan ini, saya ingin membetulkan jawapan anggota tersebut. RTBK bermaksud, Rangsum Tempur Basah / Kering.

Apa sekali pun, saya amat berterima kasih kepada mereka di atas segala tugas yang mereka laksanakan tanpa sebarang rungutan atau bantahan. Tanpa mereka, operasi pada hari itu mungkin tidak dapat di laksanakan.

Xxx Xxxxxxx...Terima kasih.

Sabtu, 11 Disember 2010

Di mana Keadilan Buat Saya?

Saya terharu apabila menerima e-mel berikut (tanpa edit). Mana tidaknya, Lt Ismail Mamat meminta bantuan saya untuk mengenengahkan masalah yang dihadapinya. Apalah mejar pencen ini boleh lakukan!


From: balkish mahadir 
To: nibsny@yahoo.com; nibsny@yahoo.com
Sent: Friday, 10 December 2010 14:11:50
Subject: Di mana Keadilan Buat Saya?

Assalamualaikum,

Tuan Mejar(B) Nor  Ibrahim Bin Sulaiman
Saya Ismail Bin Mamat ingin segala apa yang telah berlaku terhadap diri saya.Saya merupakan bekas Pegawai Tentera berpangkat Leftenan dan telah berhenti pilihan 12 tahun dahulu.Saya ingin meluahkan segala apa yang telah berlaku terhadap diri saya.Pada tahun 1997 saya telah berpindah ke sabah dan ditugaskan  di Kem Lok Kawi.Setelah berberapa bulan bertugas di Lok Kawi,pada suatu hari saya mengawasi anak buah saya dalam latihan menembak,malang tidak berbau,tiba-tiba sahaja sarung peluru telah terpelanting ke belakang dan mengena sebelah kiri mata .Selepas kejadian itu,Driver tentera telah membawa saya ke Hospital Queen Elizabeth,Kota Kinabalu.Saya di masukkan ke dalam Wad selama 2 minggu.Selepas saya dibenarkan keluar dari hospital,surat discaj dari hospital mengatakan mata saya akan pulih sediakala,segala pampasan,apa jua insuran kelompok jugak tidak saya dapat walau sesen pun.Ini sangat-sangat mengecewakan saya.Pada tahun 1998 saya membuat keputusan untuk berhenti memandangkan mata saya masih tidak pulih.Komitmen untuk berkerja sudah berkurangan memandangkan tidak ada pembelaan dari mana-mana pihak yang mengambil berat.Saya pulang ke semenanjung dengan tangan kosong walaupun keringat bakti telah dicurahkan dengan ikhlas kepada negara.

Tuan,

 Dari tahun 1997 hingga sekarang ,mata saya semakin teruk(anak mata  membesar) dan  saya akan menjalani pembedahan pada 26.1 .2011.Sepanjang saya berhenti,saya ada berusaha naik turun pejabat MINDEF  untuk menyelesaikan masalah ini tetapi tidak membuahkan hasil.Saya rasa buntu,dan tidak tahu mana arah untuk mengadu nasib.

Tuan,

Dengan jasa baik dan perihatin tuan,saya memohon nasihat dan maklum balas dari dari tuan kerana setelah berjumpa Dr pakar di hospital lain,Dr di sana simpati dgn keadaan mata saya yang semakin teruk.

Tuan,


Saya memohon agar tuan meletakan kisah saya sebagai peringatan kepada tentera-tentera yang lain supaya tidak terjadi seperti saya ini sehingga sekarang tiada pembelaan dari mana-mana pihak.
Saya amat berharap nasihat dari pihak tuan untuk saya memperjuangkan nasib saya.

Yang benar
Ismail Bin Mamat
Tentera yang Malang

#Email ini merupakan email anak saudara memandangkan saya tidak mempunyai email sendiri.


Tak apalah...Bantulah dengan apa yang termampu! Masalahnya, beliau tidak memberi butir-butir peribadi, terutama sekali # Tentera/KP dan juga di mana beliau tinggal sekarang. Saya tidak boleh membuat sebarang komen tentang pampasa insuran kelompok kerana saya tidak arif tentang klausanya. (Saya tidak mempunyai sebarang insuran ketika berkhidmat dulu). Walaubagaimana pun, saya 'forward'kan juga e-mel beliau ke KP JHEV, 'Cc' kepada orang-orang kuat KEMENTAH....'test for height'.

From: nor ibrahim sulaiman 
To: KP Veteran 
Cc: Tan Sri Azizan ; PTD ; Dato' Zahid Hamidi ; Pej T/Menteri ; balkish_mahadir@yahoo.com
Sent: Fri, December 10, 2010 5:00:21 PM
Subject: Fw: Di mana Keadilan Buat Saya?


Assalamualaikum Dato',


Adakah berkemungkinan Dato' boleh membantu mantan Lt Ismail Bin Mamat (B) yang sedang menghadapi masalah mendapatkan insuran kelompok disebabkan kecederaan yang dialaminya? Sekiranya beliau tidak layak menerimanya, harap beliau diberi alasan mengapa beliau tidak layak. Di mana lagi mantan warga tentera boleh mengadu kalau bukannya JHEV?    

Keprihatinan Dato' terhadap kebajikan mantan warga tentera yang kerap disiarkan dalam akhbar-akhbar dan Buletin Veteran sangat dihargai. Justeru, saya berharap JHEV dapat membantunya tanpa perlu beliau meluahkan apa yang terbuku di kalbu kepada keseluruh negara. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Tanpa diduga, KP telah memberi respons berikut dengan begitu pantas... 

From: Zul Mazlan 
To: nor ibrahim sulaiman 
Sent: Friday, 10 December 2010 17:40:30
Subject: Re: Di mana Keadilan Buat Saya?

YBhg Tuan, tkasih diatas makluman tentang aduan Lt Ismail Mamat itu. Oleh kerana kurang maklumat tertentu saya tidak dpt memberi sebarang pandangan mengenai masaalah yg di hadapi oleh veteran tsb. Email Tuan dan beliau juga tidak menyatakan di mana beliau tinggal sekarang. Saya cadangkan Veteran tersebut datang ke Ibu pejabat Jhev di KL atau mana2 pej jhev negeri berhampiran beliau dgn membawa dokumen2 yg menyokong masaalah perubatan beliau termasuk polisi insuran berkaitan, buku rekod perknhidmatan dan lain2 dokumen yg agak berkaitan. Saya di Jhev sentiasa bersedia utk membela veteran yg memerlukan bantuan. Walaupun kami tidak mungkin mampu mengatasi semua permaslahan veteran sekurang kurangnya kita dpt mengenalpasti isu yg harus di tangani dan pihak2 yg mungkin dpt membantu.

Saya setuju dengan pandangan KP JHEV. Justeru, melayanglah e-mel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Zul Mazlan 
Cc: balkish_mahadir@yahoo.com
Sent: Friday, 10 December 2010 18:58:49
Subject: Re: Di mana Keadilan Buat Saya?
Assalamualaikum Datuk,

Terima kasih di atas respons Datuk.

Cc UPLt Ismail Mamat,

Saya harap anda dapat memberi butir-butir sepertimana yang dinyatakan oleh KP JHEV untuk tindakan agensi sewajarnya.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya harap Lt Ismail Mamat akan menghubungi Veteran dan memaklumkan kepada saya. 

KP JHEV...Terima kasih.

Jumaat, 10 Disember 2010

Saman...Diskaun 50%

6 Disember 2010...Selepas menarik 9-lubang, saya memberitahu ahli 'kitchen cabinet' yang saya tidak dapat bersama mereka untuk membincangkan masalah negara di warung D'Kembung. Ini kerana, sebagai seorang dermawan/philantropist, saya berhajat sangat untuk 'menderma' kepada kerajaan  Malaysia, melalui balai polis Jitra. Mungkin dengan adanya derma ini, kerajaan ada bajet untuk memberi elaun kepada penerima Anugerah Perkasa yang saya perjuangkan dah melebihi 1 tahun! He...He....He (Klik untuk membaca).

Setelah menyemak, kedua-dua kereta, PFY 6789 & BEB 6789, masing-masing hanya mempunyai satu saman ekor sahaja kerana melebihi had laju; saman yang dikenakan ialah RM300 setiap satu. PFY - kelajuan  dikesan 85km sejam di kawasan had laju 70km sejam pada 30 mei 2007: BEB - kelajuan 81km sejam di kawasan had laju 70km sejam pada 3 Dis 2007. BEB ditambah saman salah parkir pada 6 Ogos 2003 - denda RM30 (tiada diskaun). Saya tidak mahu lepaskan peluang ketika PDRM menawar potongan 50% kepada kesalahan trafik. Jumlah denda setelah diskaun - RM330. Apa nak dikatakan...padan muka sendiri kerana tidak mematuhi undang-undang jalan raya!

Kedua-dua kereta kena saman ekor berhampiran dengan rumah Tun Dr Mahathir, iaitu Jalan Kepala Batas. Kebiasaannya, Pak Dato' menahan jerat di kawasan sebelum simpang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dari arah Alor Setar. Had laju di jalan tersebut hanya 70km sejam.

Sebenarnya saya tiada masalah untuk membaharui cukai jalan bagi kedua-dua kereta kerana masih tidak dalam senarai hitam JPJ. Malah, BEB hanya bulan Nov lepas diperbaharui cukai jalan. Dua orang geng golf saya telah menderma kepada kerajaan, jadi rasanya saya juga patut membantu. Seorang tu kena lebih kurang RM1400 dan seorang lagi RM600 (setelah potongan 50%).

Cakap pasal saman ekor. Pada September 2003, saya terima 'BORANG Polis 171 - P.U. (A) 103/2203)' (notis saman ekor). Menurut notis tersebut, saya telah memandu 119km sejam di kawasan had laju 80 km sejam di MRR2 Pandan Perdana pada 18 Februari 2003, jam 1134.  Hai, bila masa saya pergi ke KL pada tarikh yang tercatat dalam saman? Pada pagi hari berkenaan, saya bermain golf dengan geng dan tengah harinya pula, saya telah pergi ke Putra Medical Centre untuk mengambil ibu mertua setelah di'discharged'. Ini tak boleh jadi.

Saya telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Ampang Jaya, memaklumkan yang saya tidak berada di lokasi yang tercatat dalam saman pada tarikh tersebut. Anggota yang mengambil panggilan menghendaki saya membayar RM10 untuk mendapatkan gambar sebagai bahan bukti. Sudah pasti saya tidak bersetuju dengan cadangan beliau.

Tindakan saya seterusnya ialah menghantar surat (kanan) melalui faks pada 6 Sep '03, dilampir bersama resit kad kredit ketika membayar PMC, kepada IPPD tersebut dan salinan kepada Biro Pengaduan Awam (kanan).  Dalam masa lebih kurang dua minggu, saya terima surat daripada IPPD bertarikh 15 Sep '03 yang menyatakan terdapat kesilapan tentang pendaftaran kereta;  nombor sebenar kereta yang membuat kesalahan ialah WDH 6788, bukannya WDH 6789 (# kereta saya)...Selamat RM300!
Surat IPPD Ampang Jaya

Pemandangan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak....


Pembaca...Sekiranya anda terima saman trafik yang anda pasti tidak melakukannya dan tidak berhasrat untuk 'menderma', jangan duduk diam...gunakan berbagai saluran yang ada untuk membuktikan kebenaran anda.

Khamis, 9 Disember 2010

Arahan Tanpa Penguatkuasaan

Saya menunggu dan terus menunggu respons kepada e-mel saya ini sama seperti menunggu buah jering tak jatuh. Selepas 3 hari, saya pun menghantar e-mel berikut  kepada KSN...

From: nor ibrahim sulaiman
To: sidek ksn
Cc: Dato' Zahid hamidi; Minister of Def; Dato Abu Bakar JPA; KSU KEMENTAH; Tan Sri Azizan; Datuk Azizah Abod; Datuk Siti Azizah Abod; PTD; PTU; KP Veteran; Dato' Basaruddin JPA; Datuk Wan Hamidah; Zureen bin Zubir
Sent: Wednesday, 8 December 2010 5:52:32
Subject: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK
Assalamualaikum,


Pertama sekali, "SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432 H. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEHIDUPAN INI".

Maaf saya katakan bahawa pada tanggapan saya, arahan Tan Sri hanya tinggal arahan saja, dalam bahasa kasar...'dibolayan' oleh agensi/penjawat awam tertentu (bukan semua). Persepsi ini berlandaskan bahawa sehingga kini, iaitu selepas 3 hari berkerja, saya tidak mendapat sebarang respons terhadap e-mel berikut.(ini). 

Adakah ini disebabkan perkhidmatan Tan Sri tidak lama lagi akan tamat, justeru anda tidak lagi relevan? Kurang pasti pula saya tapi kemungkinannya tidak dapat disangkal. Jangan salahkan rakyat yang mempunyai persepsi yang kurang 'memberangsangkan' terhadap perkhidmatan awam tertentu sepertimana yang diluahkan oleh seorang pembaca coretan saya bertajuk "Cakap Tak Serupa Bikin" di http://xnuripilot.blogspot.com...'sudah bosan dengan kerenah pentadbiran...cakap tak serupa bikin.'

Sekian untuk 'makluman dan perhatian' Tan Sri (apa maknanya...Wallahualam!). Terima kasih.

Pelik tapi Benar...Apakah agaknya yang dimimpikan oleh Penjawat Awam berkenaan kerana tup-tup...

From: Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim
To: nor ibrahim sulaiman
Cc: zainol@pajpm.gov.my
Sent: Wednesday, 8 december 2010 9:07:15
Subject: RE: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan,

Terima kasih kerana mengutuskan emel tersebut dan saya mengambil perhatian ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan dalam emel tuan.

2.    Untuk makluman tuan, permohonan yang dikemukakan tersebut telahpun diteliti dan diperhalusi dari segenap aspek, malah  keputusan Kerajaan juga dibuat dengan mengambilkira pandangan daripada beberapa Kementerian dan Jabatan yang berkaitan.

Terima kasih jua.

Datuk Wan Hamidah Wan Ibrahim
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa,
Jabatan Perdana Menteri.

8 Disember 2010

Respons SB tidak menjawab soalan saya...tak apalah. Kalau anda bertanya pandangan saya apa yang perlu dilakukan untuk membuat aduan tentang agensi kerajaan. Jawapannya ialah tulis saja pada surat khabar. Sekiranya akhbar menyiarkannya, kemungkinan besar ada kesannya. Hantar e-mel kepada agensi terbabit,..buang masa kerana depa bolayan saja. Mereka sedia maklum bukannya rakyat yang menentukan KPI mereka...Peduli apa. Yang perlu dijaga ialah 'bos' di atas.  

Rabu, 8 Disember 2010

Pak Abdul...Dalam Kenangan


1 Muharam 1432H=7 Disember 2010...Abdul Bin Said, 80 tahun, lebih dikenali sebagai Pak Abdul, "The Grand Old Man"  Surau Darulaman,  telah pergi menyahut panggilan Ilahi buat selama-lamanya...Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ.

Pada pagi hari itu, saya telah berjalan kaki ke DGCC (1km dari rumah) untuk membaca surat khabar. (Hari cuti awam dan cuti hujung minggu tidak boleh tarik troli manakala KKDR pula golf course masih tutup disebabkan banjir tempoh hari). Jam lebih kurang 1100, saya menumpang kereta Prof Dr Hamzah untuk balik ke rumah (rumah beliau berhampiran). Sebelum tiba di rumah, beliau terima panggilan talifon daripada isterinya memaklumkan bahawa beliau (isteri) berada di Bahagian Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kerana Pak Abdul sedang nazak.  Saya seterusnya membawa  isteri bersama pergi ke HSB untuk melawat beliau. Saya dibenar masuk untuk melihat beliau tetapi beliau dalam keadaan tidak sedar. Menurut staf hospital, keadaan beliau masih tidak stabil. 

Menurut isteri Pak Abdul, yang berada di hospital, pada malam Isnin beliau menghadapi  sesak nafas dan kawan baik beliau telah menghantarnya  ke Hospital Jitra. Oleh kerana keadaannya  serius, beliau seterusnya dihantar ke HSB. Saya telah menghungi beberapa kawan tentang keadaan Pak Abdul. Dari hospital, saya membawa isteri pergi ke KKDR untuk makan tengah hari. Sedang menjamu selera, lebih kurang jam 1300, saya menerima panggilan talifon memberitahu bahawa Pak Abdul sudah kembali ke Rahmatullah!! Melurulah saya ke HSB dan diberitahu jenazah telah dibawa ke Rumah Mayat...Seterusnya, pergilah saya ke Rumah Mayat.

Jenazah dibawa balik ke rumah beliau di Darul Heights untuk urusan jenazah. Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian Surau Darulaman Heights menguruskannya. Perkhidmatan memandi, mengapan dan kenderaan oleh Masjid Al'Ala, Jitra. Pada jam 1730, jenazah dibawa ke surau untuk disembahyangkan sebelum di kebumikan di tanah pekuburan berhampiran dengan Taman Aman.

Pak Abdul...Seorang bekas anggota Tentera British sebelum berkhidmat dalam pasukan JLJ (Jurutera Lektrik & Mekanikal). Tipikal seorang mantan tentera, beliau mengingati semua nombor rumah Darulaman Heights, bukan nama penghuninya! Arwah adalah salah seorang pelopor Surau Darulaman. Tidak salah saya katakan arwah adalah 'nadi' surau terbabit. Beliaulah Tok Siak, Bilal dan kadang kala Imam. Kalau tandas kotor, pembesar suara tidak berfungsi, dan apa jua masalah di surau...beliau pasti akan mengambil tindakan dengan seberapa segera. Setiap subuh, lebih kurang jam 0530, bergemalah cd bacaan ayat-ayat suci melalui pembesar suara surau. Dan juga sebelum waktu magrib dan isyak.

Pak Abdul...Sungguh sayang kepada isteri tercinta. Hanya mereka berdua tinggal di sebuah banglo manakala anak-anak mereka menetap di Kuala Lumpur. Di suatu ketika dulu, selepas kuliah subuh, diadakan jamuan teh dan nasi lemak yang beliau sendiri pergi ke pekan Tanah Merah membelinya (wang kutipan surau). Arwah tidak bersarapan dengan kami, sebaliknya membawa 2-3 bungkus untuk makan bersama isteri (itu pun kalau berlebihan). Pada bulan Ramadan pula, beliau akan membeli kuih muih untuk berbuka puasa untuk dihantar ke surau untuk mereka yang berhajat berbuka di sana. Lepas itu, beliau akan balik ke rumah untuk berbuka dengan isterinya. 

Sejak 2-3 tahun kebelangan ini, arwah tidak begitu aktif di surau. Bila ditanya, beliau memberitahu beliau menghadapi masalah untuk duduk lama kerana badannya 'kurang berisi'...Terlalu kurus. Kali terakhir saya berjumpa beliau adalah pada  3 Dis 2010  ketika solat Jumaat di surau kami. Kebiasaannya, beliau duduk di anjung surau manakala saya masuk ke dalam. Sebelum masuk, saya akan menegur dan bersalam dengan arwah. Tapi pada hari berkenaan, beliau duduk dalam surau di belakang saya. Saya hanya menoleh dan mengangkat tangan saja...Itulah kali terakhir saya terpandang arwah masa hayatnya masih ada. 

Mana boleh saya melupai arwah. Benih dua pokok 'nona' yang begitu subur yang saya tanam di luar rumah adalah pemberian beliau. 


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Al-Fatihah.

Selasa, 7 Disember 2010

Maal Hijrah 1432H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kad ini adalah ciptaan saya sendiri, boleh tahan juga bagi seorang yang 'not computer savvy'. Ada yang tersirat yang cuba disampaikan!!