Followers

Thursday, December 2, 2010

Apa Alasannya?

Sedang duduk beristirihat, terfikir yang saya tidak menerima sebarang jawapan rasmi daripada  Bahagian Istiadat, JPM, terhadap rayuan ke2 KEMENTAH berkaitan topik perjuangan saya. Bagi rayuan pertama, mantan KSU (sekarang KP JPA) secara rasminya menghantar e-mel kepada saya yang menyatakan, secara ringkasnya '....Anugerah berkenaan tidak berprestij' (beliau hanya memanjangkan jawapan daripada JPM. Ketika itu saya tidak berurusan dengan JPM). 

Saya telah menghantar e-mel kepada bos Bahagian berkenaan bertanyakan kedudukan rayuan ke2 tetapi sehingga kini tiada sebarang respons. Apa yang saya ketahui adalah melalui sumber tak rasmi. Justeru, melayanglah e-mel berikut....  

Subject: Re: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim 
Cc: Dato' Zahid Hamidi 
; Mininter of Def ; sidek ksn ; Dato Abu Bakar JPA ; KSU KEMENTAH ; Tan Sri Azizan ; Datuk Azizah Abod ; Datuk Siti Azizah Abod ; PTD ; PTU ; KP Veteran ; Dato' Basaruddin JPA 
Sent: Wednesday, 1 December 2010 17:11:57


Assalamualaikum Datuk,

E-mel di bawah dari Datuk berkaitan dengan perkara tajuk adalah yang pertama dan terakhir. Secara rasminya, saya tidak mengetahui apakah keputusan Bahagian Istiadat terhadap rayuan pihak KEMENTAH. Saya berada di dalam kegelapan dan hanya mengetahui keputusan "...tidak wajar untuk dipertimbangkan" melalui saluran tidak rasmi sahaja. 

Saya difaham alasan Datuk tidak meluluskan permohonan KEMENTAH pada awal 2009 berasaskan 'bagi mengelakkan penerima SP & PGB berasa kecil hati'. Mana kala respons Datuk kepada kedua-dua rayuan pula adalah frasa standard di atas. Persoalannya, sekiranya Datuk tidak keberatan untuk memaklumkan kepada saya ...Apakah yang menyebabkan rayuan tersebut tidak wajar dipertimbangkan?  Adakah kerana ketiga-tiga Anugerah Perkasa berkenaan tidak berprestij? 

Walaupun saya seorang rakyat kerdil dan tidak bergelar, saya rasa saya juga berhak untuk mengetahui rasional di belakang keputusan Datuk. Bayangkan sekiranya Datuk dalam kedudukan saya...adakah Datuk boleh menerima jawapan sebegitu?  Kalau jawapannya 'ya', saya tabik spring kepada Datuk. Saya sangat mengharapkan respons daripada Datuk selaras dengan arahan KSN untuk Penjawat Awam memaklumkan pengirim surat dalam masa 3 hari bekerja. Tetapi, janganlah saya diperkotak-katikkan dengan respons standard ini '....bahawa perkara ini dalam tindakan Bahagian Istiadat'. Apa yang dimaksudkan dengan frasa tersebut...Wallahualam!!


Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1432H...Berhijrahlah!!

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

From: Wan Hamidah bt. Wan Ibrahim 
To: nor ibrahim sulaiman 
Cc: basar@jpa.gov.my; abubakar@jpa.gov.my
Sent: Tuesday, 13 July 2010 7:53:06
Subject: RE: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mejar Nor Ibrahim,

Terima kasih di atas maklumbalas. Saya kurang pasti apa yang berlaku pada email saya seperti yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, dalam email tersebut saya menyatakan bahawa perkara ini dalan tindakan Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.

Sekian, terima kasih jua.

Wan Hamidah
13.07.2010

Sesiapa ada maklumat untuk saya menghubungi Persatuan Bekas Anggota Polis? Saya ingin mencadangkan agar persatuan itu turut melobi elaun tersebut kerana ramai anggota PDRM menerima anugerah JPP & KPK. Kan penjawat awam tersebut terlalu 'kering hati' kepada rayuan 2 Kementerian - KEMENTAH & KDN kut!!


Respons kepada e-mel saya? Soalan cepu emas. Berakhir dalam gambar kanan adalah kemungkinan besar. Itulah persepsi saya terhadap agensi-agensi kerajaan tertentu (bukan semua ya).

No comments: