Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Pejuang Kemerdekaan?

Semasa saya pergi ke UKM pada 4 Oktober 2010, saya teringat bahawa UKM pernah menerbit buku 'Memoir Shamsiah Fakeh' dan 'Memoir Ibrahim Chik'. Saya pasti nama-nama mereka berdua ini bukan asing kepada pembaca era saya. Mereka adalah anggota Parti Komunis Malaysia (PKM). Teringin juga untuk mengetahui tulisan mereka. Justeru, saya telah membeli melalui 'mail order' dari Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya buku-buku berikut...
 
RM 30                      RM30

 
RM70                            RM18
Nota: Memoir Shamsiah Fakih & Memoir Ibrahim Chik tidak lagi diterbitkan oleh UKM tetapi sekarang diterbitkan oleh SIRD yang juga turut menerbitkan Memoir RASHID MAIDIN; alias CHING PENG oleh Media Masters, Singapura.

Saya sudah membaca 3 buku dan sekarang ini sedang membaca buku Chin Peng. Saya tidak berhasrat untuk membuat ulasan terhadap apa yang dibaca. Memadailah saya ambil petikan  arwah Shamsiah Fakeh '...Aku tidak pernah menyesal lawan British, tidak menyesal masuk hutan dan masuk Komunis'. 

Pandangan saya tentang 'pengorbanan' mereka masih tidak berganjak sepertimana yang saya luahkan dalam coretan pertama di sini. Harapan saya '....How I wish those Emergency veterans out there, MAF and Police, are willing to pen down their experiences in order to balance the one-sided stories for the benefits of the younger Malaysians...from our perspective!!' 

Kerajaan telah berjaya mengekang penjaluran komunisme melalui konsep 'KESBAN (Keselamatan & Pembangunan)'. Konsep ini diiktiraf oleh negara asing, termasuk Amerika Syarikat (AS). Lihat apa kata Jen David Petraeus, Panglima Tentera AS di Afghanistan sekarang ini...

dan Mej Jen Michael Jeffery, Governor General Australia...


Kadang-kadang terfikir juga mengapa saya tidak buat satu kajian secara ilmiah dalam isu ini. Kalau ada mereka yang sedia menyalurkan maklumat, mungkin secara serius boleh cuba memohon kepada IPTA untuk membuat pengajian PhD berpaksikan kejayaan Malaysia yang sekarang diaplikasikan oleh 'Polis Dunia'. Atau, sesiapa di luar sana sedia melaksanakan pengajian yang berteraskan kepada Patriotisme?  Ini pun satu fadhu kifayah.

Rabu, 29 Disember 2010

Hanya Tinggal Kenangan

Saya menerima e-mel ini, petikan '.... Saya minta izin untuk menggunakan beberapa photo dari blog tuan untuk dimuatkan kedalam music video youtube yang saya buat, A Tribute To The Forgotten Heroes & The Nuri. Video ini saya juga saya tujukan kepada tuan dan rakan-rakan 'Nuri' tuan yang lain.' 

Respons saya '....Terima kasih. Saya berasa terharu kerana sudi membuat u-tube 'A Tribute To The Forgotten Heroes & The Nuri'. Tiada halangan dan dengan berbesar hati .....di persilakan.'



Apa yang saya boleh katakan hanyalah ...TERIMA KASIH.

Isnin, 27 Disember 2010

Tenggelamnya KD Sri Perak

Rakyat Malaysia jarang dikejutkan dengan insiden yang melibatkan kapal-kapal TLDM. Seingat saya, hanya ada 3 insiden yang memusnah rekod 'accident-free' TLDM sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Paling terbaharu ialah kebakaran kapal bantuan logistik, KD Sri Inderapura, pada 9 Oktober 2009 di TLDM Lumut. Kapal tersebut terpaksa dilucutkan tauliahnya kerana korasakannya 'beyond repair'. Ikan-ikan yang paling seronok kerana dapat 'playground' baru...He...He...He.

Terbakarnya KD Sri Inderapura di Lumut (Ihsan kucenkuni)

Dua lagi insiden melibatkan LST KD Raja Jarom yang berlanggar dengan sebuah kapal tanker, Shoyu Maru,  di Selat Melaka dan telah mengorbankan seorang anak kapal pada 20 Disember 1982.
Kerosakan pada KD Raja Jarom (Ihsan utuhpaloi)

dan tenggelamnya KD Sri Perak (bunyi macam novel "Tenggelamnya Kapal Van De Vick" untuk subjek sastera di era saya) di Laut China Selatan pada 8 Januari 1984... 

KD Sri Perak sehari sebelum insiden (Ihsan lamandihati 25/3/2009) 

Apa yang saya tahu tentang cerita tenggelamnya KD Sri Perak hanya melalui laporan akhbar seperti The Star...
Petikan akhbar The Star

Justeru, apabila seorang pembaca, Pak Mail, menawarkan saya untuk menjadikan coretan beliau tentang insiden KD Sri Perak sebagai bahan cerita untuk buku kedua saya, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang ini. Beliau adalah salah seorang anak kapal tersebut yang terselamat dan cerita ini adalah kisah pengalaman beliau sendiri ketika kejadian berlaku...first-hand exprience. Sehingga kini, inilah satu-satunya sumbangan dari anggota TLDM. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui cerita sebenar ini, sila klik di sini, sini, sini dan sini. 

Saya harap ada dikalangan pembaca yang sudi kongsi bersama tentang insiden KD Raja Jarom dan KD Sri Indrapura.

Saudara Pak Mail...Terima kasih.

Sabtu, 25 Disember 2010

Sungguh Memalukan

22 Dis, jam 1800...Saya telah pergi ke rumah jiran untuk menghadiri majlis pernikahan adik jiran tersebut apabila seorang 'golf-buddy' menalifon saya. Beliau ingin mendapat pandangan pakar IT ini. Menurutnya, PC beliau telah rosak dan ketika menalifon saya, beliau berada di kedai komputer. Soalan pertama...Saya 'pakai' laptop ke? Jawapan...Tidak, note book. Apa jenama yang bagus? Jawapan saya...yang nipis dan bateri tahan lama. Keesokan harinya beliau memberitahu bahawa beliau telah membeli net book. Inilah dalamnya pengetahuan IT  dua orang veteran!

Sementelah cakap pasal komputer, ini ada satu cerita yang sungguh memalukan saya. Pada awal November, lepas solat zuhur, saya telah 'on' internet tapi yang terpancar dalam skrin ialah "Unable to connect to the internet". Memang pernah berlaku sebelum ini dan melalui pengalaman, saya hanya perlu tutup suis selama 15 saat dan buka semula. Saya pun ikutlah prosidur ini tapi masih tak dapat melayari internet. Kebiasaan memang OK punya.

Oh ya, kebiasaannya, saya mengadap skrin komputer hanya selepas zuhur sehingga waktu asar sahaja. Masa inilah untuk mencoret apa yang terfikir dalam otak. Waktu malam untuk menonton tv atau membaca buku. Sebelum ke surau untuk solat subuh, pos coretan tersebut. Itulah rutin saya.

Hai...Ini masalah besar. Jawabnya telefon '100' untuk mendapat bantuan TM. Operator telah memberi arahan bagaimana nak 'memulihkan' servis ini. Tapi masih tak berjaya. Akhirnya beliau memberitahu yang beliau akan melaporkan kerosakan dan memberi # laporan. Menurutnya lagi, kemungkinan keesokan hari juruteknik akan datang untuk membaiki kerosakan.

Keesokan hari...Ding dong lah bunyi loceng dalam rumah yang ditekan oleh juruteknik. Apa masalah encik? Tak boleh 'access' internet. Saya pun membawa mereka ke 'study room'. Masuk saja, salah seorang tu masukkan...

Eh..Eh...Eh...Engkohnya saya tak 'plug in' line telefon kepada soketnya....mati hidup balik pun memang tak dapat access internet! Apa lagi alasan yang nak diberikan selain '...maklum sajalah veteran macam saya ni dah banyak lupa!'.

Khamis, 23 Disember 2010

Sudah Bersedia?

Masih tak habis kisah ini. Hayatilah pandangan Tun Dr Mahathir...

Klik untuk membaca

Pada jam 2200, 15 Dis, saya telah menonton Astro saluran 701- CSI Miami.  Secara ringkasnya, beberapa buah kedai emas telah kena rompak. Yang memeningkan heronya, Lt Horatio Caine, ialah perompak-perompak tersebut membuang batu berlian; mereka hanya mengambil emasnya sahaja. Jawabnya, hero pun bertanya kepada seorang banduan, pakar perompak emas, mengapa emas? Jawab sipenyangak ialah kerana emas adalah satu komoditi yang nilainya sentiasa naik. Nilai US$, RM, Yen, Euro, dll, akan turun tetapi emas sebaliknya.

21 Dis...Akhirnya berita yang saya nantikan setiap Disember diumumkan....Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang maha Pemurah. Bagi memudahkan pengiraan, saya puratakan agihan pendapatan kepada 8% sahaja (biarlah konservatif sikit). Sekiranya anda ada RM100K pada 1 Jan sehingga 31 Dis 2010, pada 2 Jan 2011, pulangan pelaburan ialah RM8K=~RM700 sebulan...tax-free income!! Mungkin bagi sesetengah pihak, apalah sangat RM700, tetapi jumlah ini sungguh bermakna bagi majoriti rakyat.

Berbagai 'instruments' pelaburan telah diwujudkan untuk mereka yang mempunyai pandangan jauh. Saya hanya mampu 'menunjukkan' jalan demi untuk kehidupan di waktu maghrib nanti (tak boleh dielakkan). Semuanya terpulang kepada anda...tepuk dada tanya selera. Kita hanya mampu berusaha...Allah yang menentukannya. Fikir-fikirkanlah!!

Selasa, 21 Disember 2010

30Km/J Atau 70Km/J?

Ada kaitan dengan cerita ini. Sekiranya anda dari Kepala Batas menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), anda sudah pasti terpandang notis had laju ini.

Dari Kepala Batas ke Terminal LTSAH

Sekiranya dari LTSAH ke Alor Setar pula, notis ini terpacak sebelum susur keluar ke jalan raya...

Dari LTSAH ke Alor Setar

Apakah intrepretasi anda tentang had laju ke bangunan terminal LTSAH dari Kepala Batas...30kkm/j dan dari Alor Setar...70km/j? Hanya terdapat 2 notis ini sahaja sepanjang jalan lebih kurang 1 km.  Jangan ketawa...setiap orang berhak menterjemahkan apa yang beliau fikirkan betul. Mungkin yang berkata 30km/j berlandaskan kepada kesibukan  LTSAH mengendali begitu banyak penerbangan berjadual...6 penerbangan dalam sehari dan semalam - MAS (2), Air Asia (2) & Fire Fly (2). He...He...He. Sekiranya, 30km/j dari Kepala Batas, saya ingin syorkan kepada Pak Dato' untuk memasang 'jerat' kerana 99.9% kelajuan kenderaan yang menggunakan jalan ini melebihi had laju yang digezetkan...gerenti mengena punya! Ataukah kemungkinan jalan ini hanya untuk  'steamroller' agaknya?

Ha...Ini satu lagi notis yang sungguh mengelirukan. Notis yang terpacak selepas rumah tol Hutan Kampung ke arah Bukit Kayu Hitam...

Notis 90km/j dan MULA

'90' menunjuk ke arah sawah padi apabila melepasi notis

Mungkin PBT dan PLUS kurang senang sekiranya mereka membaca coretan ini kerana memperlekehkan kewibawaan mereka. Tapi, mengapa mewujudkan keadaan dimana pengguna akan mempertikaikan tindak-tanduk mereka? Fikir-fikirkanlah.

Ahad, 19 Disember 2010

Andainya...

Mana boleh duduk diam! Selain menghantar e-mel yang petikannya dipaparkan di sini, saya e-mel pula kepada Dato'-Dato' Politikus...

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Dato' Zahid Hamidi ; Mininter of Def ; YB Dato Rais yatim ; KP FINAS 
Cc: Tan Sri Azizan ; PTU ; PTU ; Maj Kamarul RMAF RMAF ; Kol Jamal Kesek ; KSU KEMENTAH ; Lt Kol Shuhaimi MA ; sidek ksn 
Sent: Friday, 17 December 2010 9:20:57
Subject: "Intellectual Property"


Assalamualaikum Tan Sri/Datuk/Tuan,

Rujuk petikan coretan berikut dalam blog saya http://xnuripilot.blogspot.com (ini). Saya tidak pasti sama ada jalan cerita filem yang akan dibuat berdasarkan kepada blog/draf manuskrip saya. Saya telah mengolah coretan dalam blog untuk dibukukan dan ketika ini draf manuskrip tersebut berada di sebuah IPTA untuk dinilai dan seterusnya diterbitkan. Saya telah menyarankan kepada pengarah terbabit agar membaca blog saya yang ber'label'kan "Unforgettable Flying Experiences" dan "Tragedi Gubir" bagi mempastikan sama ada filem yang dirancangkan - Alfa Charlie: Diari Seorang Pilot - bersamaan dengan apa yang saya tulis. Kecewa sekali, respons beliau '...saya rasa tak perlu membacanya krn ia tiada berkhaitan dgn filem ini. harap maalum'.  Bagaimana beliau mengetahui tiada persamaan sekiranya tidak membaca blog saya?

Setahu saya, tiada seorang pun mantan pilot Nuri yang mencoretkan pengalaman sepertimana yang saya lakukan. Saya tiada 'access' kepada sinopsis cerita tersebut untuk dijadikan bandingan. Saya telah menghantar sms kepada PAT dan PTU yang saya sedia berjumpa dengan staf mereka untuk membaca sinopsis apabila MTU menerimanya nanti. Saya yakin MTU mesti diberi sinopsis/skrip terlebih dahulu kerana cerita ini melibatkan TUDM.

Secara jujur saya katakan, ANDAINYA cerita ini berlandaskan kepada tulisan saya (walaupun diolahkan), saya sangat teruja dan bersyukur kepada Allah kerana akhirnya pengorbangan kami, TUDM amnya, krew Nuri khususnya, diberi pengiktirafan. Apa yang saya kesal ialah saya tidak pernah dihubungi terlebih dahulu. Sekiranya terbukti ianya diciplak, sanggupkah sebuah agensi kerajaan meneruskan penggambaran nanti walaupun sudah mengetahui asal usul filem berkenaan? Di manakah 'conscience' pembuat keputusan? Tidakkah agensi terbabit menghormati 'Intellectual Property' sepertimana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan? 

ANDAINYA  CERITA DARIPADA TULISAN SAYA....Isu ini tidak akan timbul sekiranya pengarah menghubungi dan berunding dengan saya. Malah saya tidak keberatan berkerjasama sekiranya beliau memerlukan bantuan saya bagi menjayakan pembikinan filem tersebut. Atau, mungkinkah ini semuanya secara kebetulan sahaja? Wallahualam.

Harap mendapat tindakan sewajarnya. Fikir-fikirkanlah dan terima kasih. 

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

...dan turut menalifon FINAS, bahagian Perlesenan, untuk bertanyakan sama ada mereka sudah menerima skrip/sinopsis filem berkenaan. Menurut seorang pegawai FINAS, sehingga kini beliau belum menerima sebarang dokumen berkaitan pertanyaan saya. Prosidur agensi kerajaan tersebut menghendaki  penerbit/pengarah memajukan dokumen-dokumen, seperti skrip/sinopsis, sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggambaran bermula. Sekiranya tiada sebarang masalah atau pertikaian, barulah lesen diberi bagi memula penggambaran. Saya telah 'forward'kan e-mel di atas kepada beliau 'untuk makluman dan perhatian'nya. Jadi, buat masa ini...Tunggu dan lihat  sajalah.