Followers

Wednesday, December 15, 2010

Intellectual Property

ANDAINYA filem"Alfa Charlie: Diari Seorang Pilot" hasil ciplak dari draf "Keringat, Darah & Tangisan (tajuk sebelum itu "coretan xnuripilot")...

Para Pembaca...Terima kasih di atas sokongan anda terhadap coretan ini

Blogger azwazis said...

Salam Tuan,

Saya ada terbaca gak article ni dlm paper few days ago. Bila baca je tajuk, saya cam dapat agak perhaps the story will be based on your writings...

Keep on sharing sir!!

You're an insipiration to some of us!!

Rgds
December 14, 2010 9:49 AM

Blogger yastro said...

Akhirnyaa.....
Saya juga percaya semua ni diilhamkan oleh blog tuan...Lagi satu,
Kalau kat Mesia ni rasanya bab2 "lembu punya susu,sapi dapat nama" tu dah biasa sangat....susah nk ubah dahhhh.
December 14, 2010 10:22 AM

Blogger Katon Tin Ton said...

tuan,
kita follow saluran undang2 ciptaan manusia insyaallah lembu boleh dapatkan royalti dari SAPI
December 14, 2010 10:24 AM

Blogger mangchikla said...

Ceh baru nak cakap Katon dah cakap dulu :D
December 14, 2010 10:47 AM

Blogger Katon Tin Ton said...

budget sampai 4 juta, tapi ciplak karya org chaiiitt
December 14, 2010 10:52 AM

Blogger Abah said...

Salam tuan,

Kalau betul apa yang diperkatakan itu, ini sudah dikira mencuri bahan cerita@cetakrompak hasil orang lain dan mendapat keuntungan dari nya. Sekiranya jalan cerita yang difilemkan itu berdasar apa yang diambilnya dari sumber ini, saya kira perkara ini boleh dibawa kekamar perundangan untuk diadili agar trend ini tidak menjadi ikutan dimasa-masa hadapan.
December 14, 2010 12:19 PM

Blogger Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Saya mencadangkan agar Tuan SEGERA mendaftarkan manuscript tersebut sebagai harta intelek. Kalau mereka guna juga tanpa kebenaran, kasik saman berjuta-juta lemon.

Cerita menciplak karya org lain ni memang tak asing lagi di dalam dunia filem kerana penggiat industri berkenaan semuanya brain-drain. Yg tak kering adalah mengenai cerita cinta ajer, tu pun gagau idea filem dari luar jugak.

So, jangan buang masa Tuan. SEGERAKAN pendaftaran harta intelek tu. Worst case senario, take court injunction to stop all those parties yg dok senang hasil kepayahan org lain.

Jgn bagi depa anggap yg kita ni sekalipun dah tamat service boleh dilayan mcm bangsat hanya kerana mereka ada kabel ngan org tertentu.
December 14, 2010 12:31 PM

Anonymous X-PALAPES said...

bagus kl betul depa nak bt filem.sekurangnya dapat juga dedahkan perjuangan perwira kita. Lagi bagus kl sedikit hasil keuntungan filem tersebut dapat didermakan kepada perwira kita yang terlibat sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal.
December 14, 2010 1:17 PM

Anonymous Major (Rtd) D.Swami said...

If you find that it had been plagiarized from your book, sue him for everything he has got.
December 14, 2010 1:56 PM
Blogger Faisal said...
Mejar, it's true that you're not the only Nuri pilot. But, you're the only one (that we know of) who writes his own experiences during the 2nd Insurgency for the public to read in the blogosphere. Dalam dunia hiburan sekarang ni dah banyak drama2 yg diciplak dari luar negeri. Malangnya, ramai yg mengaku hasil ciplak tu karya mereka sendiri. Entahlah...
December 15, 2010 1:17 AM

Blogger Kamal Sanusi said...

Salam Tuan...

I would agree with all commentators namely Major D.Swami, Faisal and Abah.

You should take necessary action in giving the said party a lesson not to f**k around with you and generally the ex-servicemen.

If you can fight for those JPP, PTU & KPK recipients, there is no reason for you to fight for your own solely right on the manuscript.

I guess the title of this posting should read as follows:

Lembu Punya Susu... Babi Dapat Nama.

Don't treat the ex-servicemen like a shit

Sorry Tuan, emotional skit pagi ni. I used to make one penjawat awam in Langkawi being transferred sbb tukar muka depan ajer proposal saya then kasik pada kroninya. Plan awal nak bawa kes jenayah tapi tak sampai hati sebab memikirkan anak-anaknya. I know what it mean bila ada org plagiat ciptaan kita nie...
December 15, 2010 9:17 AM

Anonymous Anonymous said...

salam tuan,

sbg pegawai staf perundangan dan guaman TLDM, sy cadangkan tuan berhubung dgn Biro Bantuan Guaman (BBG) ataupun Bar Council dan dapatkan nasihat drp mereka mcm mana nak daftarkan manuskrip tuan tu sbg harta intelek ataupun intelectual property. Selepas pendaftaran harta intelek dibuat, pihak2 yg berkenaan tak bleh sesuka hati menceduk atau menggunakan manuskrip tuan tu..they have to get the approval from u because u are the only one that have the copyrights. Klu penerbit tu buat gak citer psl pilot nuri dgn menceduk idea dr manuskrip tuan tanpa kebenaran maka tuan bleh saman dia.

Mmg menjadi hasrat sy utk tengok producer filem di malaysia menerbitkan kisah wira2 yg tidak didendang...tetapi proses dan prosedur tu kena betul..bknnya sesuka hati ceduk dan ciplak idea org lain tanpa kebenaran.

Lt Khaidir
December 15, 2010 11:13 AM
4 Dis jam 7:05 AM...Saya telah 'copy & paste' coretan tersebut dan melayanglah ianya kepada PAT & PTU. Apa yang tersirat ialah adakah organisasi tersebut  sanggup bersekongkol dengan seorang 'penciplak' bagi menaikkan imej agensi tersebut? Penulis pula mantan warga TUDM sendiri? Tanpa kerjasama TUDM, filem itu tidak dapat dilaksanakan. Terkejut juga dibuatnya apabila menerima e-mel dari Markas Tentera Udara (MTU) agar saya menalifon pegawai tertentu. Pegawai tersebut bertanyakan siapakah 'mejar' yang dimaksudkan oleh pengarah terbabit dalam pembikinan filem tersebut? Menurut beliau (pegawai), PTU tidak tahu menahu perkara ini. Hai...Macam mana ini boleh berlaku? Mungkinkah pengarah itu 'bypass' PTU dan terus berjumpa PAT? Itu sebabnya dia kata dia boleh dapat apa-apa maklumat dari PAT...Sungguh high powered!

14 Dis jam 2:44 PM...Sekali lagi saya telah menghantar e-mel pada pengalamat yang sama '...Saya berharap TUDM dapat mengesahkan punca bahan cerita daripada pengarah berkenaan ketika beliau berhubung dengan TUDM bagi melaksanakan penggambaran itu kelak. Janganlah filem yang menonjolkan TUDM hasil dari penerbit/pengarah yang menciplak karya xnuripilot...hormatilah 'Intellectual Property'.

Diari...buku yg mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian (Kamus Dewan edisi ke4).

Bersama ini saya turunkan "Pendahuluan" dan "Kandungan" yang terdapat dalam draf "Keringat, Darah & Tangisan" sebagai 'preview' (klik untuk membaca)...



Ini pula "Kandungan"nya...

  

Objektif saya menurunkan "Pendahuluan" dan "Kandungan" agar mereka yang terbabit meneliti 'diari' ini sama ada ianya ada persamaan dengan tulisan 'mejar' berkenaan. Buku ini menceritakan kisah saya semasa alam persekolahan sehingga bersara. Saya turut memberitahu pengarah berkenaan bahawa buku tersebut dalam proses penerbitan tidak lama lagi, InsyaAllah. Apabila diterbitkan nanti, ianya secara automatik akan menjadi ''Hak cipta terpelihara". Sebarang penyalinan dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran penerbit boleh diambil tindakan undang-undang. Jawapannya melalui sms '...do what u think is right...krn ia tiada khaitan dgn filem ini'. Mungkinkah satu 'kebetulan' sahaja? Wallahualam!

OKlah mungkin tiada kaitan dengan buku saya. Siapakah 'mejar' terbabit...teringin juga nak berjumpa dengan beliau supaya dapat kongsi pengalaman.

Nota: Saya ada temu janji dengan Penerbit IPTA di Kuala Lumpur pada Isnin, 20 Disember 2010, untuk membincangkan penerbitan buku tersebut, InsyaAllah.

12 comments:

Katon Tin Ton said...

salam tuan
ntah2 pengarah tu mmg copy dari blog ni. Dia tak ctc sesapa pun dlm TUDM. Saja jer buat citer nak cover line

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Kalaulah semua org filem di Malaysia ni menghormati harta intelek, nescaya mereka terpaksa menceburi bidang lain kerana ketiadaan idea.

Lambat laun kita pasti akan mengetahui siapakah si "mejar" tersebut kerana pengarah mesti kena perkenalkan semasa press conference.

Saya rasa dia ni pun main poliTAIK jugak. Saja dia buat gempaq ajer dgn harapan akan ada org yg kasi fund buat filem tu. RM4juta??? Jual semua aset dia pun tak tentu dapat fund sebanyak tu.

Tapi bila dia dah lepaskan "bom" pada kita, maka seharusnya kita jugak lepaskan "bom" padanya.

The truth will prevail tapi dasar muka tak malu org filem ni sukar nak dikata apa dah.

Tuan tak nak nyatakan no hp dan e-mail pengarah tu utk tatapan kami ker?

xpara87 said...

Dunia tanpa sempadan, rembat , cilok, bodek dan seangkatan dgn nya sudah menjadi asam garam kehidupan dewasa ini.
Tuan Nor,
jangan biarkan mereka mencuri hasil kerja tuan dan penyumbangan cerita pengalaman mereka.
lawan jangan tak lawan.

Faisal said...

Mejar, do the right thing. In the words of the great Bob Marley, "Get up, stand up: stand up for your rights! / Get up, stand up: don't give up the fight!". Apa pun, bertindak atas maklumat yg tepat.

Anonymous said...

Maj! maaf ya saya rasa mej yang di maksudkan tu mungkin ada berkaitan dengan penerbitan juga hehehehe dan dia kamcing dengan PAT la tu.
Memang lah PTU tu tak tahu apa. You pun tahu siapa PTU tu... hehehehe

Abah said...

Salam tuan,

Percepatkan pengeluaran buku tersebut, agar dapat diiktiraf sebagai hakcipta dan harta intelek. Semoga karya-karya tuan dibawah ruanglingkup Akta Hak cipta 1987.

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Setuju ngan Abah... Tapi kalo buleh jgn tunggu penerbitan buku tu saja, Tuan boleh terus daftar manuscript tu di bawah ruang lingkup Akta Hak Cipta 1987 agar ianya tidak cepat dilingkup oleh pengarah dan penerbit filem tu.

Dia ingat besaq sangat ka kalau ada kabel ngan PAT. Nak buat filem tentera tapi yg jadi balaci tanpa imbuhan geng tentera LLP tu la jugakkkk.....

Abah said...

Salam Tuan,

Untuk permudahkan tuan disini saya unjurkan panduan mengenai 'Perlindungan Harta Intelek' Sila pergi ke
http://www.mida.gov.my/en_v2/index.php?page=IP-protection

Terima kasih

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara-saudara semua,

Terima kasih dan saya sungguh terharu dengan sokongan anda semua. Sebagaimana yang saudara Faisal katakan '..bertindak atas maklumat yg tepat'. Sehingga kini, sinopsis cerita itu pun tiada. Saya telah hantar sms kepada PAT & PTU menyatakan saya sedia berjumpa dengan staf PTU untuk mempastikan punca bahan cerita itu. Saya yakin MTU mesti diberi sinopsis kerana filem tersebut melibatkan TUDM. Buat masa ini, masih sepi-sesepinya.

Anonymous said...

salam

Anonymous said...

Assasamulaikum,
Izinkan saya memberi sedikit pandangan setelah membaca semua coretan dalam blog ini.
Setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan apa yang dirasakan tetapi jangan sekali-kali lupa...adakah apa yang dirasakan itu benar-benar sebagaimana yang dirasakan tanpa mendapat bukti kebenarannya atau bertindak hanya berdasarkan andaian dan akibatnya.......
Kepada penyokong2 adakah saudara2 pasti bahawa sokongan yang diberikan adalah tepat dan jangan jadi penyokong membawa rebah......kalau dulu2 sebutan "TAUKE BABI","LEMBU AIR","BABI TONYOK" atau "SONDOL" adalah sebutan2 biasa yang menyeronokan tetapi di dunia awam sebutan tersebut bolih di dakwa kerana memalukan jika ia nya tidak benar.

Saudara,
- Adakah pesawat Nuri milik individu
- Adakah peristiwa2 semasa menjalankan operasi milik individu
- Adakah cheklist Nuri milik individu
- Adakah pesawat Nuri terkena tembakan milik individu
- Adakah Diari Seorang Pilot milik individu
- Adakah penceritaan seorang Pilot yang tidak dapat bersama isterinya semasa isterinya menghembus nafas terakhir dan membujang sehingga keakhir hayatnya.......adalah riwayat hidup penulis blog ini!!
Jika ada individu yang ingin mempertingkatkan imej TUDM dan ingin menonjolkan keperwiraan Pilot Nuri adakah perlu mendapat kebenaran penulis blog ini atau mendapat kebenaran dari semua Pilot2 Nuri.
Saya amat merasakan bahawa:
FILEM ALPHA CHARLIE INI DIBUAT SEBAGAI SATU PENGHARGAAN PERNERBIT KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KHASNYA TUDM.
- MENGISAHKAN KEPERWIRAAN PILOT NURI INI MERUPAKAN PENGHORMATAN DAN PENGHARGAAN PENERBIT TERHADAP TEMAN2 PERNERBIT SEMASA DALAM PERKHIDMATANNYA
- PENERBIT TIDAK PERLU MEMBACA BLOG ATAU MENDAPAT KHIDMAT PEMILIK BLOG UNTUK MENDAPATKAN PENCERITAAN KEPERWIRAAN SEORANG PILOT NURI KERANA PERNERBIT SENDIRI BERADA DIKALANGAN PILOT2 NURI WALAUPUN PENERBIT BUKAN SEORANG PILOT NURI.

ADAKAH PENCERITAAN ALPHA CHARLIE INI DI TUDUH SEBAGAI HASIL CIPLAK DARI BLOG XNURIPILOT WALHAL PENULIS BLOG DAN PENYOKONG2 TIDAK PERNAH MELIHAT SKRIP/SINOPSIS ALPHA CHARLIE.
ALPHA CHARLIE BUKAN SATU FILEM DOKOMENTARI TETAPI ADALAH SATU FILEM CEREKA.
BAGAIMANA JIKA PENULIS SKRIP DAN PERNERBIT YANG TELAH BERBELANJA RATUSAN RIBU RINGGIT DAN MELIBATKAN JUTAAN RINGGIT UNTUK MENJAYAKAN KESELURUHAN PENERBITAN MEMBAWA PERKARA INI KE MUKA PENGADILAN ATAS..............

CAKAP SIANG PANDANG2 CAKAP MALAM DENGAR2

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalakumussalam Saudara Anonymous,

Saya tidak mengatakan filem tersebut adalah diciplak daripada blog saya. Apa yang saya katakan "ANDAINYA". Saya berasa teruja bila ada penerbit yang mahu membuat filem menceritakan pilot Nuri. ANDAINYA memang benar filem tersebut berlandaskan kepada coretan saya, apalah salahnya menghubungi saya sebelum itu. Adakah acknowledgement begitu berat untuk diluahkan?

Sekiranya tiada kena mengena dengan coretan saya, by all means go ahead.