Pengikut

Jumaat, 4 Jun 2010

Masih Tidak Mengalah

From: nor ibrahim sulaiman
To: YAB PM <najib@pmo.gov.my>
Cc: Dato' Zahid Hamidi <ro.ppm@mod.gov.my>; Mininter of Def <sekretariat_dzh@yahoo.com>; sidek ksn <sidek@pmo.gov.my>; KSU Indef <abubakar@mod.gov.my>; Dato Latt Shariman <latt.shariman@treasury.gov.my>; PAT <azizan06@hotmail.com>; Zureen bin Zubir <zureen@pmo.gov.my>; Hamzah Hussin MoD <hh.ppm@mod.gov.my>; Muhammad Ammir PPM <ammir@pmo.gov.my>; S/u Politik <shahrul.yahya@gmail.com>; Chong KL <frankklc2008@yahoo.com>; khalid Ali <khalid@apft.edu.my>; Md Som <msom_othman@yahoo.com>
Sent: Wed, June 2, 2010 7:19:00 PM
Subject: ELAUN UNTUK PENERIMA DARJAH PERKASA - JPP, PTU & KPK

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Bangunan Perdanan Putra
Putrajaya

Assalamualaikum,

Rujuk:

A. PPM(T)600-8/5/2(14) bth 26 Januari 2010
B. MP/MOD/01-19 Jld 1(33) bth 9 Februari 2010

Berhubung perkara tajuk, saya mengucapkan ribuan terima kasih ke atas keprihatinan YAB Datuk Seri terhadap rentetan saya agar kami, penerima Darjah Perkasa di atas, turut dipertimbangkan untuk diberi elaun seperti yang dinikmati oleh penerima-penerima anugerah SP dan PGB. Walaupun pada permulaannya, cadangan ini telah tidak diluluskan, pejabat Datuk Seri telah 'mencadangkan' kepada KEMENTAH untuk'perhatian dan pertimbangan' mereka, rujuk A. Seterusnya, surat tersebut telah dipanjangkan ke AKSPA, Markas Angkatan Tentera, untuk tindakan selanjutnya, rujuk B.

Saya difahamkan, surat rayuan telah pun dihantar oleh BPSM ke JPM pada 31 Mei 2010. 

Untuk makluman Datuk Seri, sehingga 2008, jumlah penerima anugerah tersebut hanyalah seramai 695 orang. Pecahan adalah seperti berikut:
a. JPP - 92
b. PTU- 31
c. KPK- 572

Terdapat beberapa penerima yang dianugerahkan darjah-darjah secara 'posthumous'; mungkin ramai juga yang sudah lama meninggal dunia. Sebahagian besar penerima KPK adalah dari kalangan LLP yang mana pencen mereka tidak mencukupi untuk membiayai saraan hidup yang kian meningkat dewasa ini. Itu pun seandainya mereka menerima pencen.   

Adalah menjadi harapan saya agar pada 31 Julai 2010, sempena Hari Pahlawan nanti, pemberian elaun ini akan diumumkan oleh YAB Datuk Seri, InsyaAllah. 

Saya berdoa agar rayuan ini mendapat tindakan positif YAB Datuk Seri. Terima kasih.

RAKYAT DIDAHULUKAN...PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Salinan:

YABhg Datin Seri Rosmah Mansor
Penaung
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Bangunan Perdana Putra
625502 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963

7 ulasan:

Arunzab berkata...

Saudra Nor,
A well written and timely reminder to those in power to consider the contributions of those who served the nation beyond the call of duty

SALAM

Tanpa Nama berkata...

Salam.......
Tuan,

saya bangga dengan segala usaha yang tuan lakukan ini. keep it up! saya hanya dapat membantu sekadar yang mampu sahaja. nampaknya kita dah mula boleh countdown dari sekarang till 31 julai nanti.......

Xxx Xxxxxxx

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Arunzab,

Thank you.

Saudara Xxx Xxxxxxx,

Terima kasih. Dah lama saya buat 'countdown'..."Berita Gembira Atau..." pada counter 'Hari Pahlawan'.

Temuk berkata...

Salam Mej. Nor Ibrahim
Semoga yang dipohon akan diperolehi menjelang Hari Pahlawan Julai nanti. Insya Allah segala usaha Mej itu akan diberkatiNya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

W'salam,

Terima kasih Cikgu. Amin.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan...dhrp niat murni tuan dpt lah kiranya di ambl prihatin oleh yg berkenaan...

YYY Y YYYYYYY...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Habis dah saya usahakan...Allah yang menentukan.