Pengikut

Rabu, 31 Oktober 2012

Dah Sah

Laporan Utusan Malaysia berikut mengesahkan bahawa PLKN hanya mengundang para penerima SP & PGB sahaja sebagai pengkisah dalam siri 'Jejak Pahlawan' mereka....

Sepertimana yang saya coretkan di sini, pegawai berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa para pengkisah terbabit dijemput dalam 'pilot projek' di 5 kem PLKN sahaja. Selepas itu, jemputan akan dipanjangkan kepada lain2 wira yang tak didendang dan juga tokoh2 sukan. Pada pemahaman saya, laporan tersebut dengan sekali gus menyangkalkan kenyataan beliau itu, wallahualam.

Perlu diingati, sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan mereka kerana itu adalah hak mutlak mereka. Apa pun, saya tetap bersyukur kerana saranan saya semenjak 2009 akhirnya terlaksana juga walaupun terbatas!!
T     A     M     A     T  

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Isnin, 29 Oktober 2012

'Hidup Dengan Jantung Tiruan'

Ahad  21/10/12, saya telah membaca artikel 'KESIHATAN' dalam Mingguan Malaysia. Topiknya ialah 'Hidup dengan jantung tiruan'. Sudah tentu ia menarik perhatian saya kerana anak penakan saya, Edi, adalah pesakit terkini yang mengguna alat tersebut; coretannya di sini. Menurut Prof Dato' Dr Mohamed Ezani, sehingga kini terdapat 8 orang yang menunggu jantung 'ori' dan buat sementara waktu, mereka terpaksa bergantung kepada alat berkenaan untuk terus hidup.

Berikut disiarkan petikan artikel berkenaan.



Para Pembaca...Mungkin ada yang berpendapat apalah si mejar pencen ini tak habis2 menyebuk menasihati orang. Jaga diri sendiri cukuplah. Memang betul tu tapi bukankah Islam mengajar kita untuk kongsi pengetahuan jika ia boleh membawa kebaikan kepada hamba-hambaNya? Ahli keluarga saya sendiri mengalaminya. Jadi saya mahu kongsi apa yang saya tahu. Mana le tahu, mungkin dapat dimanfaat oleh para pembaca, wallahualam.

Jangan lupa, sakit bermakna wang simpanan mengalir macam 'Niagara Falls', terutama mereka yang bukan kakitangan gomen. Macam saya kata, kos jantung tiruan itu saja RM500k! Anak buah gomen PERCUMA/FOC. Pergi hospital swasta, guna kertas tissue pun kena bayar. Itu belum lagi lawatan pakar yang 'terlalu prihatin' terhadap kesihatan pesakitnya. Asyik2 datang menjengok untuk bertanya khabar dan kita pun senyum lebar diatas keprihatinannya. Bila tengok bil nanti....Tepuk dahi! Mana tidaknya, setiap kali dia jengok ada 'appearance fees'.

Terpulanglah untuk difikirkan tatkala perut padat dengan daging kambing dan lembu sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. Tak nak periksa ke tahap kolesterol dan BP? Masa ini tabib2 tersenyum lebar kerana musim durian  runtuh. Lawak2 juga le....Tapi jangan abaikan kesihatan. He...He...He.

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Khamis, 25 Oktober 2012

'Ditching'

Saya terima u-tube ini daripada saudara Mangchikla yang bertanyakan sama ada saya pernah buat 'water landing' seperti yang dilakukan oleh Prince William dengan helikopter 'Sea King' (sepupu Nuri).


Jujur saya katakan, sepanjang berkhidmat dalam TUDM, saya TIDAK PERNAH membuat pendaratan dalam air. Memang ada prosidur 'ditching' dan kerap diajukan soalan ini ketika 'cat', tapi tak pernah mempraktikkannya. Semasa menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, saya telah mengesyorkan kepada Panglima Wilayah Udara 2 agar saya dibenarkan membuat latihan ini. Alasan saya ialah kami terlibat dalam operasi terumbu dan terpaksa terbang sejauh ~170 batu nautika ke Stesyen Lima. Keberangkalian membuat ditching memang ada. Mana boleh samakan praktikal dengan teori; macam le belajar 'hovering' melalui kaedah membaca buku saja. Kecewa sekali, saranan saya ini tidak diluluskan dengan alasan peralatan elektronik dalam 'electronic compartment' akan rosak kerana kemungkinan compartment tersebut dibanjiri air.

Di era saya juga, kami tidak diberi latihan apa yang perlu dilakukan ketika pesawat mendarat kecemasan di dalam air. Taklimat kepada penumpang pula hanyalah mereka MESTI memakai 'life jacket'. Persedian untuk misi seperti ini ialah menentukan dinghy sudah diselenggara dan jacket pula mencukupi bagi semua pax. Sekarang ini, difahamkan semua anak kapal perlu mengikuti latihan simulasi ditching setahun sekali. Di Semenanjung Malaysia ada 2 syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.


Apa pun, syukur alhamdulillah, setakat yang saya tahu, tiada Nuri yang terpaksa membuat ditching dalam laut disebabkan 'engine/s failure' sepanjang burung besi mula mencecah di bumi Malaysia pada 1968.

Selasa, 23 Oktober 2012

It Makes Me Smile

This caricature  illustrates perfectly the chopper pilots during insurgency era. He...He...He.

To the sender of this, a big THANK YOU

Ahad, 21 Oktober 2012

Masih Ada Sinar Harapan?

Salah satu 'projek' yang masih bermain dalam minda saya ialah kegagalan saya meyakinkan Pak2 Pang5  agar cadangan para veteran yang mahu tugu dibina bagi memperingati rakan-rakan seperjuangan yang terkorban dalam operasi-operasi tertentu, seperti 'Ops Gubir'. Ambil emel yang dihantar seperti yang dicoretkan di sini.....sepi seribu bahasa!!!

Apa nak dikatakan. Yalah...Mereka (Pak2 Jeneral) terpaksa memerah otak memikiokan bagaimana nak menjaga keselamatan negara. Si mejar pencen ni, yang banyak masa terluang, asyik-asyik menyibuk pasal nak cuba menghidupkan semula isu yang dianggap remeh-temeh oleh mereka. Jadi, sebagai usaha terakhir, melayanglah emel berikut kepada Pegawai Daerah Sik (DO), Kedah Darulaman...

Subject: TUGU PERINGATAN GUBIR
From: nibsny <nibsny@yahoo.com
To: ismailsaid@mdsik.gov.my
CC: cdf@mod.gov.my,pejptd@yahoo.com.my,basripgb@yahoo.com,ishak_55@hotmail.com,rafocsecretariat@yahoo.com,genzul@yahoo.com

Assalamualaikum Dato',

Perbualan kita pada tengah hari 7/10/2012 berkaitan perkara di atas adalah rujuk. Sepertimana yang saya katakan, GUBIR memang sudah pasti tidak dapat dilupai oleh kami para veteran. Tidak salah saya katakan bahawa ia adalah satu kawasan yang 'paling panas' di era insurgensi di suatu ketika dulu. Ramai warga tentera yang terkorban dan cacat anggota badan dek angkara kedurjanaan pengganas komunis. 

Sepertimana yang Dato' sedia maklum, kemuncak 'kejayaan' mereka ialah apabila mereka berjaya menembak jatuh sebuah helikopter Nuri pada 26/4/1976. Kesemua 11 warga tentera terkorban!!!

Pada 2011, para veteran ada mengesyorkan kepada pihak berwajib agar membina 'tugu' di kawasan-kawasan yang dianggap bersejarah bagi kami. Tentu sekali Gubir teratas dalam senarai.

Jika diizinkan membuat cadangan, paling asas yang terfikir ialah menyenaraikan wira-wira yang terkorban dan unit-unit Pasukan Keselamatan yang terlibat dalam kawasan operasi Gubir sehingga 2/12/1989. Tarikh keramat itu telah menoktahkan satu perjuangan. Lokasinya pula dicadangkan di pusat bandar Gubir dimana rakyat dapat menghayati pengorbanan wira-wira yang tidak didendang. Mungkin dengan wujudnya binaan ini, ia akan menjadi satu tarikan kepada pelancong, terutama daripada peminat sejarah, wallahualam.

Sementelah menyentuh subjek sejarah, saya dan rakan-rakan seperjuangan sedia kongsi bersama pengalaman kami jika pihak Dato' menganjur majlis pengkisahan, insyaAllah. Objektif kami hanyalah agar ia dapat menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

Akhir kata, harap cadangan insan kerdil mendapat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Mengapa RAFOC? Jangan lupa, ahli2 organisasi itu termasuk ramai xPAT & Pak2 Jeneral. Kalau mereka 'sound2' sikit kat Pang5-Pang5 di KEMENTAH, MUNGKIN impian para veteran akan menjadi kenyataan, insyaAllah. Saya pasti PAT/Pang5 masih ada elemen hormat kepada mereka (xJeneral) tu kut!

Tut...Tut...Saya terima emel berikut daripada RAFOC. Syukur alhamdulillah...Mungkin ada sinar harapan!

From: Rafoc Secretariat
Subject: Fw: TUGU PERINGATAN GUBIR

To All Committee Members,

Pse see the email forwarded by Mej Nor Ibrahim bin Sulaiman, TUDM, (Bersara).

For your information and our discussion at our next Committee meeting.

Salam,
DATO' NAWAWI MAT DESA
Lt Kol (Bersara)
Honorary Secretary

Semasa menghubungi DO, saya turut mencadangkan agar upacara perasmian tugu itu nanti dilaksanakan oleh seorang VVIP tertentu, jika projek tersebut menjadi kenyataan. VVIP berkenaan memang aktif dalam bidang ketenteraan dan kini menjawat pangkat 1 bintang dalam RAW....Baru ada oooomph. 

Mungkin tugu seperti ini boleh menjadi mercu tanda pekan Gubir. Dan saya sudah pasti berbangga apabila, antara lain, terpahat No 3 & No 10 Skuadron di 'tembuk' itu.

 Indian Army Memorial di Singapura

18/10....Saya hantar sms kepada DO bertanyakan perkembangan terkini. Respons beliau.... 'W'slm..sy d K.T'ganu..24hb br msk pej. InsyaAllah kt bincang semula'. Saya sungguh teruja......Mungkin ada sinar harapan!

Kalau ditanya siapa yang harus dijemput menjadi ahli jawatankuasa projek, saya akan mengesyorkan pihak Muzium TDM selain 6 Bde. Andainya disebabkan sesuatu diluar kuasa DO tak boleh membina tugu tersebut di pekan Gubir, mungkin TDM boleh membinanya di luar kem Gubir. ATM mempunyai kepakaran dan sumber untuk melaksanakannya dengan kos yang minima.

Tak kisahlah di mana atau siapa yang akan membinanya, harapan saya hanyalah agar pihak terbabit mengundang saya ke majlis perasmian itu nanti. Itu sahaja. Kalau tak...Kesian saya!!!
Saya tabik spring kepada Lt Kol Dr Syed Othman (B) yang telah membina sebuah tugu di perkarangan rumahnya di Lasah, Sungai Siput, dengan menyenaraikan mereka yang terkorban ketika era darurat - 1949 hingga 1989 - di kawasan Sungai Siput, Perak. Coretan berkaitan beliau di sini.

Kepada Pembuat Keputusan....Adakah permintaan para veteran ini satu perkara yang begitu membeban negara/negeri atau remeh-temeh? Mereka hanya meminta agar penglibatan  mereka dalam proses pembinaan negara dihargai. Bukannya mereka mahukan nama mereka terpahat pada tugu tersebut, hanya mungkin menyenaraikan rakan2 seperjuangan yang gugur demi mempertahankan ibu pertiwi tercinta ini...Itu sahaja. Anda mampu menreliasasikan impian wira-wira yang tak didendang sekiranya anda berpandangan pengorbanan mereka wajar  diberi pengiktirafan dan penghargaan. Semuanya di tangan anda. Fikir-fikirkanlah. 

Untuk makluman, saya juga telah menghantar emel berkaitan topik ini kepada DO Grik mencadangkan pembinaan tugu di Kroh (Pangkalan Hulu).

Tuan2 DO,  PAT, PTD & RAFOC....Didahului dengan ucapan TERIMA KASIH.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Khamis, 18 Oktober 2012

Jadikannya Tanggungjawab Kita Bersama

11/10/2012, jam ~1700, saya tertonton separuh jalan Berita Wilayah di TV1 tentang seorang veteran, Pbt Zamri Bin Hassan, yang terlantar dek masalah kesihatan. Hanya pada 14/10, setelah menghubungi Angkasapuri,  saya berjaya menghubungi jiran beliau, Pbt Shaarani, bagi mendapatkan butir si pesakit. Saya telah menghubungi Shaarani di Kpg Memali untuk mendapatkan butir-butir veteran berkenaan.

Dengan adanya sedikit sebanyak maklumat tentang pesakit, melayanglah emel berikut kepada KP JHEV...

From: nor ibrahim sulaiman 
To: KP Veteran 
Sent: Sunday, October 14, 2012 9:10 PM
Subject: 1050170 PBT ZAMRI BIN HASSAN

Assalamualaikum Dato',

Semasa menonton Berita Wilayah pada 11/10/2012, jam 1800, telah tersiar kisah veteran perkara tajuk. Beliau sekarang ini terlantar disebabkan lumpuh di sebelah kiri badan. Sebentar tadi, saya telah menghubungi jirannya untuk mendapat butir anggota berkenaan:

1. Unit terakhir: 19 RAMD, Kem Lapangan Terbang, Sg Petani.
2. ROD: 1994.
3. Tempuh berkhidmat: 13 tahun.
4. Alamat: Kpg Memali              
    Mukim Siong              
    Baling, Kedah Darulaman

Untuk mendapat butir selanjutnya, sila hubungi jiran beliau, Pbt Shaarani (B), juga x19 RAMD, di 019-4627433.

Kerjasama Dato' memberi apa jua bantuan bagi meringankan bebanan anggota tersebut sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Melalui pengalaman, saya yakin Pak Jeneral ini akan mengambil tindakan sewajarnya kerana beliau prihatin terhadap kebajikan para veteran. Ini terbukti apabila saya terima emel berikut daripada beliau...

Salam Tuan. Tkasih di atas maklumat tsb. Semalam saya telah mengarahkan Pgh Jhev Kedah utk susuli kes berkenaan.

17/10....Saya telah menghubungi Pbt Shaarani bertanyakan sama ada wakil JHEV datang menziarah sipesakit. Alhamdulillah, jawapannya...'YA'. Sebagai penghargaan, saya telah menghubungi KP JHEV untuk mengucapkan TERIMA KASIH.

18/10...Saya telah menghubungi CO 19 RAMD Mekanize di Kem Lapangan Terbang, memaklumkan bahawa xanggota rejimen beliau sedang menghadapi masalah kesihatan. Manalah tahu, mungkin beliau atau warga rejimen dapat melapangkan masa untuk 'jengok-jengok' pesakit. Saya pasti si pesakit akan sungguh terharu sekiranya menerima kunjungan daripada xrejimen beliau...Satu penghormatan.

Sesiapa yang nak bersedekah, nombor akaun Maybank ialah 152040373168 diatas nama MOHD KHAIRUL ANUAR (anak). Kalau ada lebih-lebih tu, huloq-huloq le!

Para Veteran...Saya difahamkan Pbt Zamri terpaksa meluahkan masalahnya melalui media massa kerana jahil tentang kewujudan JHEV. Adalah tidak adil menyalahkan JHEV semata-mata kerana tidak menyedari masalah veteran berkenaan. Manalah hanya 2 orang pegawai dan seorang pemandu agensi tersebut boleh berkejar ke sana, berkejar ke sini, yang merangkumi 3 buah negeri - Pulau Pinang, Kedah dan Perlis - dengan ~50k veteran! Sepatutnya kita sendiri perlu menghubungi mereka. Atau pun, bila mengetahui ada veteran yang menghadapi masalah, maklumkan kepada JHEV.

KP JHEV....Terima kasih diatas keprihatinan Dato'. 

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Selasa, 16 Oktober 2012

Puan Xxxxxxxx...Anda Boleh

Saya terima emel berikut daripada seorang surirumah. Saya percaya beliau telah membaca coretan di sini yang mendorongnya menghubungi saya. Masalah dengan HCV ialah tiada sebarang tanda di peringkat awal. Pesakit tidak tahu yang beliau dijangkiti HCV. Tanpa rawatan awal, ia akan melarat kepada barah hati. Di peringkat awal, ia boleh dikesan melalui pemeriksaan darah. 

Sent: Fri, Oct 12, 2012 12:21:28 PM 
saya tidak pandai dan tidak mempunyai blog..sebab itu saya menghantar email kepada tuan..untuk pengetahuan tuan saya telah disyaki menghidapi HVC pada 27/7/11..saya mendapat panggilan daripada hospital melaka meminta saya hadir ke jabatan pathologi..

doktor memberitahu saya bahawa terdpt antibody HVC dlm darah tetapi weak reactive..

saya sangat takut..saya menangis sy terkilan kerana usia saya terlalu muda hanya 25tahun..belum mempunyai ank..saya kasihankan suami saya..

tetapi doctor menyatakan yang masih belum dapat dipastikan lagi samada saya benar positif atau pun tidah dan mengambil darah saya lagi untuk dihantr ke kuala lumpur

pada 4/10/11 saya telah dipanggil utk kali kedua dan doktor tetap
mngatakan bahawa keputusan masih belum pasti dan mengambil darah saya sekali lagi..nurse yg bertugas mengatakan keputusan darah akn dtg dlm masa3 bulan..tetapi selepas 3bln tidak ada sebarang apoinment yg ditetapkan..sehinggalah hari ini saya mendapat surt meminta saya dtg pada 19/10/12..

saya ingin bertnya mengenai rawatn yg dijalani oelh isteri tuan dan bagaimanakeadaannya sekarang?adakah kessan dr rawatn itu kekal?

saya sangt takut..sy tidak sanggup utk terima ini semua memndgkan doktor yg bertugas mengatakan tiada peluang utk sembuh bagi pesakit HVC

Respons saya hanyalah '....Anda mesti redha atas ujianNya. Dan bersyukur kerana dikesan peringkat awal. Peluang utk sembuh adalah lebih cerah bila dikesan awal dgn syarat patuhi segala arahan dr. Dan juga anda masa muda. InsyaAllah.
Isteri saya sendiri akan menghubungi anda. Terima kasih'.

 Ini emel isteri saya kepada beliau....

'Salam Xxxxxxxx,
Saya tahu perasaan anda. Saya pun menangis apabila saya dapat tahu yang saya positif HCV dan pada masa itu umur saya 55 tahun, lebih dua kali ganda umur anda sekarang. Tetapi tak kira usia, perasaan adalah sama. Saya pun kesiankan suami saya dan emak saya. Saya pun tiada anak.

Sebelum appointment saya dengan doktor, saya dah baca segalanya tentang hep C dari internet. Semuanya sungguh menakutkan tetapi setelah berjumpa dengan gastroenterologist (doktor pakar), dan diterangkan dengan jelas olehnya, persepsi saya berubah. Saya bersemangat untuk menjalani rawatan walaupun diberitahu yang rawatan tidak dapat menjamin saya akan pulih.

Setelah berkali-kali darah saya diambil untuk menentukan genotaip, viral load dan berbagai lagi, barulah doktor dapat menentukan rawatan yang spesifik untuk saya. Saya bernasib baik kerana genotaip saya memerlukan 24 minggu rawatan. Ada genotaip yang memerlukan 48 minggu rawatan.

Sebelum rawatan dimulakan, saya terpaksa menjalani biopsy, satu prosedur ringkas untuk mendapat maklumat tentang tahap kesihatan hati (liver) saya. Sakit sikit saja.

Rawatan adalah suntikan Interferon setiap minggu dan pengambilan ubat ribavarin sebanyak 4 biji sehari untuk saya. Jumlah ubat bergantung pada berat badan. Berat saya kurang dari 50kg, jadi perlu ambil 4 biji sahaja. Kalau lebih berat, maka ubat pun lebih.

Saya agak lemah kerana telah berumur, jadi kesan rawatan agak teruk. Pening, hilang selera makan, rambut gugur tetapi saya tidak pernah ponteng ambil ubat dan suntikan. Setiap minggu pergi hospital untuk ambil darah dan berjumpa doktor.

Pada peringkat awal rawatan, memang agak teruk tetapi apabila badan dah biasa dengan ribavarin dan Interferon, keadaan bertambah baik.

Setelah selesai tempoh rawatan, doktor memberitahu saya "Keadaan anda sekarang seperti orang normal yang lain". Saya sungguh bersyukur. Walau bagaimana pun, saya masih dipantau rapi sehingga sekarang, setelah 5 tahun tamat rawatan.

Nasihat saya pada anda:
1 Ikut segala nasihat doktor
2 Jangan ambil ubat-ubat yang tidak diprescribe oleh doktor
3 Jangan dengar kisah-kisah dongeng dari orang-orang yang cuba memandai jadi doktor
4 Dapat sokongan daripada suami. Suami mesti kesian anda pada masa ni bukan anda kesian dia.
5 Berdoa.

InsyaAllah, anda akan sembuh.'

Saya memahami perasaan beliau. Saya bersyukur dengan kenyataan yang diluahkan setelah membaca' komen saya dan pengalaman isteri saya. Beliau menyatakan '...Motivasi dr mejar buat sayabrase ringan..suami juga bagi sokongam tapi sy rasa lgi baik dpt motivasi drpada org yg pernah mengalami...'   dan '...sy amat bertemia kasih kerana puan sudi membalas email saya..sb saya tidak ada tempat utk mengadu..feedback dr puan buat saya rasa tenang sedikit..' 

Para Pembaca....Pi lah kerap buat pemeriksaan kesihatan. Banyak penyakit yang tidak menunjukkan tanda-tanda di peringkat awal. Sebagai contoh, mana ada tanda seseorang mengidap 'kencing manis' di peringkat awal. Anda kenalah kesiani diri anda sendiri. Fikir-fikirkanlah!

Puan Xxxxxxxx....Sekiranya anda disahkan dijangkiti HCV, nasihat saya patuhilah arahan doktor dan sentiasa berdoa kepada Allah, insyaAllah, anda akan sembuh. Anda boleh!  

NB: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Ahad, 14 Oktober 2012

Macam Biskut

Sekejap tak ada...Sekejap ada. Macam iklan biskut 'Oreo' saja kecuali perkataan dikalihkan. Eh...Eh...Eh!!   Apa yang saya membebelkan ini ada kaitan dengan coretan di sini. Pihak berwajib mendakwa bahawa S/Sjn Mazri TIDAK membuat tuntutan berkenaan. Justeru,  kes ditutup. Saya bukan mudah mengalah begitu sahaja. Sebagai usaha terakhir, saya pun hantaq emel kepada Pak Menteri agar 'tengok-tengok' le rentetan orang kecik-kecik ni. Tut...Tut...Saya terima emel berikut....
From: maz17md ;
To: nor ibrahim sulaiman ;
Subject: Re: TUNTUTAN TERBENGKALAI
Sent: Wed, Oct 10, 2012 1:19:10 AM 


Assalamualaikum  Tuan....maklumat terkini yang diterima dari Peg Gaji (Kapt Hafiz) dan anggota Gaji unit terakhir saya (kpl Nazira)  menyatakan kedua-dua tuntutan itu telah iaitu klim posting dan elaun gangguan akan dibayar secepat mungkin....saya tidak mahu ceritakan kepada Tuan kenapa dan mengapa setelah perkara ini dibangkitkan dan dipanjangkan kepengetahuan pihak tertinggi ATM maka setiap orang bertungkus lumus bertindak....saya rasa Tuan pun faham...

BERANI KERANA BENAR....saya tidak takut untuk menyuarakan hal ini kerana saya berpegang kepada prinsip tersebut....Walaupun dikatakan saya tidak pernah berurusan dan membuat tuntutan terhadap dua klim ini akhirnya terbukti dengan adanya satu salinan dokumen serah terima diantara Kerani  Gaji unit lama saya dan seseorang di Mindef....

Alhamdulillah...akhirnya dengan bantuan Tuan dapat juga perkara ini diselesaikan....ribuan terima kasih tidak terhingga saya zahirkan kepada Tuan...saya hanya lah insan kecil...TAAT SETIA saya tidak berbelah bagi...walau pun kadang kala ada ribut dan taufan KESETIAAN  saya usah lah diragui....walaupun tidak lagi menyarung pakaian tempur tetapi jika dipanggil tetap saya akan datang walaupun bertongkat...

Jasa Tuan dalam memanjangkan hal ini amat besar ertinya kepada saya...tidak dapat saya balas dengan wang ringit mahu pun harta....insyaallah...satu hari nanti saya berharap benar dapat bertemu dengan Tuan...hanya kepada Allah swt saya pohon semoga Tuan dan keluarga sentiasa diberkati....

Bagi menghargai kepekaan Pak Menteri, saya pun hantaq le emel berikut cc kepada bintang-bintang di bahu...

Assalamualaikum YB Dato', 

Syukur alhamdulillah, dengan keprihatinan Dato', kemungkinan besar 1081036 S/Sjn Mazri bin Ahmad@Marzuki akan menerima tuntutan di atas dalam masa terdekat, insyaAllah. Saya sungguh menghargai tindakan positif Dato' terhadap rentetan xwarga tentera tersebut.  Mungkin saya bermimpi di siang hari mengharapkan penjawat awam, tidak terkecuali anggota ATM, mencontohi kepekaan Dato' terhadap rentetan para xveteran tanpa mengira pangkat dan darjat. 

Akhir kata, TERIMA KASIH.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Saya tidak menafikan cara saya ini sudah pasti tidak disenangi oleh mereka yang terbabit. Tak apa le...Itu hak mereka. Sesiapa yang nak membuat aduan, saya cadangkan hantaq emel kepada No 1 Bos sesuatu organisasi, seperti Pengarah terbabit cc kepada KP, KSN, KSU. Perkara melibatkan tentera, terus kepada Pang5 Perkhidmatan berkenaan, cc kepada PAT. Tapi mesti ingat, tentukan ada fakta. Jangan sombreno saja. Dan paparkan nama. Alangkan saya yang terpampang nama pada setiap surat/emel pun di'delete'kan, apakan pula penghantar 'Anonymous'! Dengan cara ini, sekurang-kurangnya ramai yang mengetahui masalah yang diajukan. Keberangkalian tindakan diambil itu mungkin kurang daripada 50% , wallahualam.

Saya hairan juga bila memikiokan terdapat segelintir penjawat awam yang berlagak macam mereka akan berkhidmat dengan gomen sepanjang hayat. Mereka lupa ke yang mereka juga akan bersara apabila tiba masanya nanti? Hanya segelintir kecil saja yang 'so indispensable  pada gomen; kontrak disambung, dilantik sebagai duta ke, Presiden ke, CEO ke, Pengurus Besar ke, dan entah apa jua jawatan bila pencen nanti. Lupakah mereka yang kehidupan ini seperti roda yang sentiasa berputar? Ada masanya di atas dan ada masa di bawah. Tidak terfikirkah kemungkinan mereka juga akan melalui apa yang menghantui anggota terbabit?

Jujur saya katakan, saya ingat Pak PAT bolayan emel mejar pencen ni. Engkohnya tidak kerana beliaulah yang telah menimbulkan masalah anggota berkenaan semasa mempengerusikan mesyuarat dengan stafnya setelah membaca emel saya. Untuk itu...Terima Kasih Tan Sri. Saya harap penjawat awam akan mempraktikkan usaha murni Pak KSN yang nak 'mengrakyatkan perkhidmatan awam' (entah apa maknanya). Apalah salahnya melaksanakan tugas dengan penuh amanah demi untuk mendapat keberkatanNya!

S/Sjn Mazri....AMIN. 

KRITIK MEMBINA, PUJIAN MENGKHAYALKAN

Khamis, 11 Oktober 2012

Serang Hendap Di Ulu Kinta - Sungguh Ironis Sekali

Sambungan daripada coretan di sini.

Sebelum tiba di persimpangan dimana trup berpecah kepada 2 kumpulan, Lt Zainal mendapati kesan pergerakan musuh masih baru. Justeru,beliau telah mengarahkan anak buahnya menanam sebahagian rangsum. Ini bagi memudahkan pergerakan mereka mengejar PK.   Kebiasaannya, purata berat 'haversack' anggota komando ialah lebih kurang 30 kg. Beban ini terpulang kepada tempuh sesuatu operasi. Mengambil keluhan seorang mantan komando, seorang operator radio, ketika mendaki bukit, boleh dikatakan dagu hampir mencecah kepala lutut. Dan apabila berehat pula, kebiasaannya mereka tidak sanggup untuk duduk kerana menghadapi masalah untuk berdiri nanti. Jadi, terpaksalah mencari pohon/batang pokok untuk menyandang haversack sambil berdiri! Itu belum mengambil kira set radio yang terpaksa dipikulnya. Dengan pengurangan bebanan dan waktu malam makin menjelang, mereka 'lari anak' menjejaki musuh.

Anjing baka Labrador, Ben, yang bersama dalam kumpulan Lt Zainal, tiba-tiba berhenti dan duduk. Ini bererti Ben telah menghidu kehadiran musuh. Memang tepat sekali beberapa saat kemudian....bang...bang...bang. Mereka dihujani oleh peluru daripada musuh yang berada di atas bukit. Tindakan Ben telah menyelamatkan anggota kumpulan tersebut kerana tidak ramai yang berada dalam zon pembunuhan (killing zone) semasa diserang hendap. Musuh tidak melepaskan peluang untuk menembak anjing pengesan kerana haiwan seperti Ben merupakan sasaran yang mesti dihapuskan. Kewujudan anjing pengesan sangat berbahaya kepada mereka kerana haiwan tersebut dikurniakanNya dengan pancaindera yang boleh mengesan kehadiran musuh. (Gambar hiasan).

Ketika mendapatkan perlindungan di belakang ketulan batu, Lt Zainal telah tercedera di lututnya. Namun demikian, beliau menceritakan 'tembakan musuh telah reda sedikit, dengan dibantu oleh tembakan perlindungan (covering fire) daripada Kpl Zaki, saya terus merangkak ke kedudukan Pbt Amin dan terus mengheret sambil memapah beliau ke tempat selamat. Ketika itu, Tpr Mohd Ali, yang berada di posisi No. 7 semasa roadaan, bergegas ke posisi saya untuk memberi bantuan (rajah 3).

Kpl Zaki memberi tembakan perlindungan

Selepas itu, saya bersama Kpl Zaki telah melakukan 'Frontal Assault' sambil menembak ke arah kedudukan musuh di atas bukit tersebut. Pada masa yang sama, Tpr Mohd Ali telah melakukan 'Flanking Attack' dari arah kiri musuh (rajah 4). 

'Frontal & Flanking' assault

Setelah kehabisan peluru, saya mengisi lagi dengan kelopak kedua dan terus mara sambil melepaskan tembakan ke arah musuh. Apabila saya dan Kpl Zaki sampai ke lokasi musuh di atas bukit kecil, Tpr Ali muncul pada masa sama. Kami dapati TIGA (3) orang PK terbunuh dan yang lain telah melarikan diri meninggalkan 20 beg galas (haversack) berisi pakaian dan makanan serta 2 pucuk senjata bersama sejumlah peluru.'

Di waktu yang sama, mendengar sahaja tembak-menembak itu, kumpulan Lt M Anuwa bergegas ke puncak bukit. Dalam proses memberi bantuan ini, Tpr Abu Kassim telah tercedera di siku akibat ditembak oleh musuh. 

Walaupun pertempuran masih belum reda, Lt Zainal telah memohon bantuan helikopter untuk mengambil 'casevacs'; Pbt Amin yang tercedera di lutut dan banyak kehilangan darah serta Tpr Abu Kassim. Bantuan si burung besi, Nuri, sangat diperlukan bagi menyelamatkan kedua-dua casevac tersebut sementelah hari makin gelap. Sebuah Nuri yang dikendalikan oleh Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman PGB PTU (bersara Brig Jen Dato'), Lt M (U) Raja Badrulzaman bin Raja Husain (ko-pilot) (bersara Mejar) dan arwah Sjn Abd Rahman (Kuatermater Udara) (bersara PW1) telah berlepas dari Kem Tambun ke lokasi pertempuran. Disebabkan waktu sudah hampir malam, Kapt (U) Rahim mengarahkan anggota komando untuk membakar sesuatu bagi mewujudkan asap dan juga menembak pistol 'Verey Light'. Berpandukan asap dan cahaya tembakan pistol berkenaan, kapten pesawat berjaya mengesan lokasi pertempuran. 2 orang casevac dan bangkai Ben telah dinaikkan ke dalam pesawat melalui kaedah winching. Ketika dalam proses winching, pengganas komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak Nuri tetapi tidak membawa sebarang kecelakaan. Hanya keesokan hari, sebuah Nuri telah terbang ke lokasi terbabit untuk membawa 3 mayat musuh dan juga barang-barang peninggalan pengganas komunis.

Bangkai Ben telah dibawa balik ke Pulada dan disemadikan di kubur khusus untuk haiwan yang banyak berjasa kepada negara di era insurgensi. 

Lt Zainal dan trupnya meneruskan pemburuan mereka selama lebih kurang seminggu sebelum dikeluarkan dengan Nuri balik ke Ipoh. Keberanian Lt Zainal berhadapan dengan situasi yang begitu getir diperakui oleh Tpr Mohd Ali bin Ahmad...'beliau (Lt Zainal) turut dan bertindak sebagai ketua trup yang berani dan tangkas sehingga kami berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis'. Sjn Chandan pula memberi komen terhadap kepimpinan Lt Zainal kepada Pegawai Latih beliau di Pulada....'Tuan Zainal Commando, memang berani betul'. 

Pada Mej Zainal pula,  'Kejayaan ini merupakan salah satu fakta sejarah kepada Kor Gerakhas dalam menumpaskan musuh demi pengorbanan kepada tanahair tercinta. Pertempuran ini menjadi kenangan kepada saya sepanjang hayat'.

Arwah Kpl Zaki bin Nordin (bersara Sjn) dan Tpr Mohd Ali bin Ahmad (bersara PW1) telah dianugerah PGB. Lt Zainal Abidin bin Husin (bersara Mej), Ketua No 9 Trup 1 RGK....Hanya KPK. Sungguh ironis sekali!!! Dimana silapnya atau apakah rasionalnya? Hanya pencalon sahaja yang boleh menjawabnya. Wallahualam.

Mejar Zainal Abidin (B)...Terima kasih.

NB:

1. Rujuk: PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia, Penerima S.P. dan P.G.B. JILID 2, bertajuk '9 Terup Z Skn. RGKM dalam Op Gonzales di Hutan Simpan Kinta',  halaman 26-33, oleh Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar. 

2. Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Isnin, 8 Oktober 2012

Serang Hendap Di Ulu Kinta

6/10/2012, Saya terima satu dokumen setebal 35 halaman melalui Pos Xpres. Ia mengenai Mejar Zainal Abidin bin Husin (B), xkomando. Saya mengenali beliau sejak MTD lagi. Beliau adalah dari pengambilan 13 Tauliah Jangka Pendek. Tatkala itu saya adalah 'senior cadet'. 

Mejar Zainal menceritakan versi kisah beliau yang terlibat dalam 'Ops Gonzales' pada April 1974 di kawasan Hutan Simpan Kinta, Perak. Menurut Mejar Zainal, ketika itu berpangkat Leftenan, beliau adalah Ketua No 9 Trup, 'Z' Skuadron, RGK. Trup tersebut telah diaturgerak ke Kem Tambun, Ipoh, dari Kem Sungai Udang dan diletakkan sebagai pasukan simpanan di bawah Panglima 2 Division.

Pada 18 April 1974, platun 9 dari 3 Renjer telah bertembung dengan segerombolan pengganas komunis (PK). Panglima Division membuat keputusan menghantar trup komando berkenaan untuk misi menjejaki dan memusnahkan musuh. Dengan 30 orang anggotanya bersama seekor anjing pengesan - 'Ben' - yang dikendalikan oleh Sarjan Chandan a/k Gaing dari Cawangan Anjing Perang, PULADA, mereka telah diterbangkan ke kawasan operasi dengan 2 buah pesawat Nuri pada jam 1600. Antara anak buah Lt Zainal ialah Lt M Anuwa bin Mohamad Daud, Kpl Zaki bin Nordin, Tpr Mohd Ali bin Ahmad, Tpr Hassanuddin, Tpr Ali dan Pbt Amin (Scout keturunan Orang Asli). Oleh kerana ketiadaan LP, mereka diturunkan melalui kaedah abseling.

Bertapak sahaja di bumi, mereka bergerak pantas dengan didahului oleh Ben dan pengendalinya. Ketika dalam pergerakan ini, mereka dimaklumkan PK telah bertempur pula dengan satu pasukan ronda dari 5 RAMD. Mengetahui insiden tersebut, para komando telah bergegas ke lokasi pertempuran. Namun demikian, pemburuan terpaksa dihentikan kerana waktu sudah malam.

Keesokan pagi, 19 April, No 9 Trup tiba di lokasi platun No 5 RAMD. Setelah mendapat maklumat daripada platun dan makan tengah hari, Lt Zainal meneruskan misi menjejaki PK. Beliau telah mengubah format pergerakan disebabkan pergerakan PK kini mudah dikesan. Pbt Amin ditugaskan merintis jalan, diikuti oleh Tpr Hassanuddin. Menurut Tpr Mohd Ali, terdapat beberapa jerangkap samar dipasang oleh PK. Nanum demikian, mereka tidak ditimpa sebarang kecelakaan angkara jerangkap samar.

Dalam rondaan melalui trek yang dibuat oleh PK, mereka tiba di 2 persimpangan; 1 lorong menuju ke kanan ke atas permatang, manakala 1 lorong ke kiri mengikuti lereng bukit. Lt Zainal telah membuat keputusan untuk memecahkan trup kepada 2 kumpulan. Beliau mengetuai kumpulan ke kiri dan Lt M Anuwa pula ditugaskan menjejaki musuh mengikuti permatang.

Format pergerakan Lt Zainal adalah seperti di rajah 1 berikut:

Kedudukan posisi anggota

 Pada jam lebih kurang 1500, semasa menyeberangi sebatang anak sungai untuk mendaki bukit, petikan Lt  Zainal  '...tiba-tiba kumpulan kami telah diserang hendap dengan dihujani peluru tembakan musuh yang berada di atas bukit kecil di sebelah kanan kami. Tindakan serta merta adalah untuk mencari benteng perlindungan daripada tembakan musuh. Saya berada dalam posisi meniarap dan berlindung di sebalik ketulan-ketulan batu. Tiba-tiba Sjn Chandan menjerit ke arah saya memberitahu yang anjing pengesan, Ben, telah terbunuh akibat tembakan musuh'. Jeritan Sjn Chandan, "Tuan, Ben dah mati kena tembak..." sambil berpaling ke arah kedudukan saya. Ianya telah menyebabkan pihak musuh mengarahkan tembakan bertubi-tubi ke arah posisi saya setelah mengetahui saya adalah ketua kumpulan. Pada masa yang sama, saya mendapati Pbt Amin telah tercedera terkena tembakan musuh (rajah 2).  Menurut Sjn Chandan, walaupun cedera parah, Ben sempat merangkak kepada 'bapanya' dan menghulurkan kakinya dan.....mati!!!

Kedudukan posisi anggota semasa diserang hendap
Bersambung....

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Bab 1

Saya dalam proses menerbitkan buku ke2, insyaAllah. Bab 1 yang bermain dalam fikiran saya ialah transformasi awal 'Swallow Reef' kepada Pulau Layang Layang (PLL). Dan saya nak jadikan gambar berikut di kulit hadapan buku itu nanti....Ia sungguh memberi kesan kepada saya!

'Aku di sebuah pulau'

Masalahnya ialah gambar tersebut terlalu pudar. Justeru, kalau ada mana-mana pakar photoshop yang sudi membantu 'touch-up' gambar itu, saya sangat2 menghargainya. Emelkan kepada saya.

Dewasa ini, saya sedang menunggu 'nota' daripada seorang pegawai Jurutera yang terlibat dalam operasi  transformasi berkenaan. Bila akan diterima....wallahualam. Percayalah, bukan mudah untuk meyakinkan pegawai berkenaan untuk menceritakan pengalaman beliau. Mujurlah ada Lt Kol Basri  (B) yang sedia melobi si pengkisah sehingga akhirnya dia mengalah, petikan emel '... I am proposing to write about the Sappers' involvement from the day I was asked to do a feasibility study of building something on TLL to the day I left TLL after completing my scope of work on the EEZ. The write up will be in note form grouping various aspects of the whole operation - the technical side, the human side, the tragic  side and the funny side. Yes, there were some funnies! It may take some time as I really have to search my memories since I want it to be as accurate as possible.'

Saya menfokuskan hanya kepada PLL sahaja. Saya tidak berhasrat untuk menyentuh apa yang berlaku sebelum penempatan anggota Paskal seperti yang diceritakan oleh Kept Johari TLDM (B) di sini.

Sesiapa yang sudi menyumbang bahan cerita untuk dikongsi bersama, sila emelkan kepada saya - nibsny@yahoo.com. Hanya TERIMA KASIH yang mampu saya ucapkan.

Rabu, 3 Oktober 2012

BPV

Saya ini dah jadi 'BPV (Biro Pengaduan Veteran)'...Eh..Eh...Eh. Mana tidaknya bila saya terima emel berikut daripada seorang yang saya tidak kenali. Tak apalah, orang minta tolong. Jadi tolonglah kerana Allah. Ini masa beliau...

To: nibsny@yahoo.com
Sent: Saturday, 22 September 2012 3:07 PM
Subject: bantuan Tuan memanjangkan masalah yang saya hadapi ini kepada pihak2 berkenaan di JHEV dan JRP

as salam Tuan...saya adalah seorang peminat Tuan yang seringkali tidak melepas peluang membaca coretan Tuan setiap kali ada posting tuan yang terbaru...sebenarnya sudah lama saya mahu meminta bantuan tuan dalam mengatasi masaalah yang saya hadapi...untuk pengetahuan Tuan saya sebenar nya baru sahaja bersara pada 12 Feb 2012...setiap sen titik peluh saya telah pon dibayar...malangnya sehingga sekarang saya masih lagi menunggu 2 tuntutan pembayaran yang saya buat sebelum saya bersara yang saya sendiri tidak tahu dimana kedudukannya...unit asal saya adalah Bn ke 17 RAMD PARA...kemudian saya bertukar ke Rej 504 AW kem Bukit Ketri Perlis sebagai jurulatih dan bertukar pula atas dasar kenaikan pangkat ke Rej 516 AW Tawau Sabah....semasa di unit akhir ini lah iaitu di rej 516 Aw Tawau, Sabah saya telah membuat tuntutan perpindahan dari Sabah ke alamat terkini di Kedah....dan juga satu lagi tuntutan iaitu Elaun Gangguan/Pemulihan Sabah/Sarawak....segala dokumen berkaitan telah dimajukan ke MINDEF (Ugat) untuk membuat tuntutan ini....malangnya sehingga kini hanyalah harapan palsu semata mata...bila di tanya kepada  Ugat jawapan yang diberikan tiada rekod....ditanya kepada Unit akhir jawapan yang diberikan telah pun dimajukan dan disah kan penerimaan dokumen tersebut oleh salah seorang kakitangan ugat bernama AKMAL (maaf pkt saya tidak tahu)...saya juga telah cuba berhubung melalui laman portal MINDEF...tapi itulah ...siapa lah saya ini....suara saya hanyalah suara seorang bekas TENTERA sahaja...disini saya berikan kepada tuan butir butir peribadi saya semoga Tuan dapat memanjangkan perkara ini kepada mana mana pihak yang berkenaan...

1081039 Ssjn Mazri bin Ahmad@Marzuki
unit akhir:Rej 516 AW
kem Kukusan Tawau
Sabah

jasa baik Tuan amat saya hargai jika sekiranya tuan sudi memanjangkankan perkara ini...semoga Allah swt berkati tuan dan kurnia kan kesihatan yang baik diatas pertolongan tuan ini...  
Saya telah panjangkan emel tersebut kepada Pengarah UGAT, salinan kepada PAT dengan catatan....'Harap pihak anda dapat membantu pengadu berkenaan. Mungkin ada yang berpandangan berapa sangatlah jumlah yang dituntut tapi, percayalah,  apa jua rezeki halal dapat membantu menampung kehidupan yang kosnya kian meningkat. Kesianilah beliau.:( sad'.

Sebentar tadi, 3/10 jam 1312, saya terima emel berikut daripada S/Sjn Mazri...

'As salam Tuan...Ribuan terimakasih diatas keprihatinan Tuan dalam menangani masalah saya ini...maaf lah dalam beberapa hari ni sibuk hinggakan tiada masa langsung nak melihat email...juga dalam masa yang sama saya juga telah dihubungi oleh beberapa pihak bertanya kan kedudukan sebenar masalah saya ini...seperti biasa apabila sudah terantuk baru nak terngadah...ada yang marah2 kenapa melompat kepada Big Bos .....sebelum2 ini apabila saya bertanya ,pertanyaan saya langsung tidak di layan...di pas kan dari seorang kepada seorang yang lain...bukan sekali...bahkan dalam tempoh 3 bulan terakhir ini rasanya hampir RM 120 topup saya semata2 nak bertanya....maklumat terakhir saya terima menyatakan hasil semakan diantara Jab. Arah UGAT dan Unit terakhir Rej 516 AW,saya langsung tiada membuat kedua2 tuntutan tersebut....untuk makluman Tuan,kedua2 tuntutan ini saya buat bersama2 rakan saya yang sama2 tamat perkhidmatan di TAWAU Sabah....bila saya tunjukkan kepada rakan pesara saya dia pun menggelengkan kepala....kenapa????apabila seseorang sudah nampak bersalah maka jalan yang mudah adalah cari lah seseorang untuk dijadikan KAMBING HITAM....saya lah KAMBING HITAM itu...saya bertanya bukan untuk diri saya sahaja...bahkan untuk rakan saya juga...beliau juga sama dengan saya...masih lagi tidak menerima apa2 dari kedua2 tuntutan yang kami buat...tidak mengapalah...saya pun dah malas sudah nak berurusan dengan Jab Arah UGAT mahupun dengan Unit lama...setiap panggilan dibuat adalah RM...lebih baik saya menabung duit tersebut dalam akaun anak....sekurang2nya saya nampak juga duit tersebut daripada saya buang masa menunggu jawapan yang ntah apa2 yang akan saya terima...sekali lagi ribuan terima kasih kepada Tuan...hanya allah swt jua yang dapat membalas jasa Tuan ini...12/9/28'.

Tindakan saya hanyalah memanjangkan emel di atas kepada pihak berwajib dengan penuh kehampaan...

Assalamualaikum Tan Sri/Dato'/Tuan,

Kecewa sekali!!!:( sad.

Saya pasti ada pihak tertentu yang kurang senang dengan cara saya ini. No problem with me. Macam saya katakan dulu lagi, 'kenaikan pangkat' saya tidak ditentukan oleh 'bar-bar'/bintang-bintang' di bahu lagi. Saya hanya mengharapkan keredaan-Nya, wallahualam.

Saya sungguh 'kagum' (he...he...he) dengan segelintir penjawat awam yang masih mengamal sikap kurang berhemah/mesra pelanggan apabila berurusan dengan orang awam. Para veteran juga orang awam. Kan mereka tak menyedari sekarang ini rakyat boleh mengguna pelbagai kaedah bagi menyampaikan sebarang aduan. Adakah munasabah masih '...ada yang marah2 kenapa melompat kepada Big Bos ....'Eh...Eh...Eh. Mereka lupa ke yang satu hari nanti mereka juga akan mengucap sayaonara - tak kira pangkat & darjat? Dan mungkin akan menghadapi masalah sepertimana S/Sjn Mazri. Tak tahu apa nak dikatakan...dah jadi resam dunia!!

S/Sjn Mazri....Itu sajalah yang termampu saya bantu anda.

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.