Pengikut

Rabu, 3 Oktober 2012

BPV

Saya ini dah jadi 'BPV (Biro Pengaduan Veteran)'...Eh..Eh...Eh. Mana tidaknya bila saya terima emel berikut daripada seorang yang saya tidak kenali. Tak apalah, orang minta tolong. Jadi tolonglah kerana Allah. Ini masa beliau...

To: nibsny@yahoo.com
Sent: Saturday, 22 September 2012 3:07 PM
Subject: bantuan Tuan memanjangkan masalah yang saya hadapi ini kepada pihak2 berkenaan di JHEV dan JRP

as salam Tuan...saya adalah seorang peminat Tuan yang seringkali tidak melepas peluang membaca coretan Tuan setiap kali ada posting tuan yang terbaru...sebenarnya sudah lama saya mahu meminta bantuan tuan dalam mengatasi masaalah yang saya hadapi...untuk pengetahuan Tuan saya sebenar nya baru sahaja bersara pada 12 Feb 2012...setiap sen titik peluh saya telah pon dibayar...malangnya sehingga sekarang saya masih lagi menunggu 2 tuntutan pembayaran yang saya buat sebelum saya bersara yang saya sendiri tidak tahu dimana kedudukannya...unit asal saya adalah Bn ke 17 RAMD PARA...kemudian saya bertukar ke Rej 504 AW kem Bukit Ketri Perlis sebagai jurulatih dan bertukar pula atas dasar kenaikan pangkat ke Rej 516 AW Tawau Sabah....semasa di unit akhir ini lah iaitu di rej 516 Aw Tawau, Sabah saya telah membuat tuntutan perpindahan dari Sabah ke alamat terkini di Kedah....dan juga satu lagi tuntutan iaitu Elaun Gangguan/Pemulihan Sabah/Sarawak....segala dokumen berkaitan telah dimajukan ke MINDEF (Ugat) untuk membuat tuntutan ini....malangnya sehingga kini hanyalah harapan palsu semata mata...bila di tanya kepada  Ugat jawapan yang diberikan tiada rekod....ditanya kepada Unit akhir jawapan yang diberikan telah pun dimajukan dan disah kan penerimaan dokumen tersebut oleh salah seorang kakitangan ugat bernama AKMAL (maaf pkt saya tidak tahu)...saya juga telah cuba berhubung melalui laman portal MINDEF...tapi itulah ...siapa lah saya ini....suara saya hanyalah suara seorang bekas TENTERA sahaja...disini saya berikan kepada tuan butir butir peribadi saya semoga Tuan dapat memanjangkan perkara ini kepada mana mana pihak yang berkenaan...

1081039 Ssjn Mazri bin Ahmad@Marzuki
unit akhir:Rej 516 AW
kem Kukusan Tawau
Sabah

jasa baik Tuan amat saya hargai jika sekiranya tuan sudi memanjangkankan perkara ini...semoga Allah swt berkati tuan dan kurnia kan kesihatan yang baik diatas pertolongan tuan ini...  
Saya telah panjangkan emel tersebut kepada Pengarah UGAT, salinan kepada PAT dengan catatan....'Harap pihak anda dapat membantu pengadu berkenaan. Mungkin ada yang berpandangan berapa sangatlah jumlah yang dituntut tapi, percayalah,  apa jua rezeki halal dapat membantu menampung kehidupan yang kosnya kian meningkat. Kesianilah beliau.:( sad'.

Sebentar tadi, 3/10 jam 1312, saya terima emel berikut daripada S/Sjn Mazri...

'As salam Tuan...Ribuan terimakasih diatas keprihatinan Tuan dalam menangani masalah saya ini...maaf lah dalam beberapa hari ni sibuk hinggakan tiada masa langsung nak melihat email...juga dalam masa yang sama saya juga telah dihubungi oleh beberapa pihak bertanya kan kedudukan sebenar masalah saya ini...seperti biasa apabila sudah terantuk baru nak terngadah...ada yang marah2 kenapa melompat kepada Big Bos .....sebelum2 ini apabila saya bertanya ,pertanyaan saya langsung tidak di layan...di pas kan dari seorang kepada seorang yang lain...bukan sekali...bahkan dalam tempoh 3 bulan terakhir ini rasanya hampir RM 120 topup saya semata2 nak bertanya....maklumat terakhir saya terima menyatakan hasil semakan diantara Jab. Arah UGAT dan Unit terakhir Rej 516 AW,saya langsung tiada membuat kedua2 tuntutan tersebut....untuk makluman Tuan,kedua2 tuntutan ini saya buat bersama2 rakan saya yang sama2 tamat perkhidmatan di TAWAU Sabah....bila saya tunjukkan kepada rakan pesara saya dia pun menggelengkan kepala....kenapa????apabila seseorang sudah nampak bersalah maka jalan yang mudah adalah cari lah seseorang untuk dijadikan KAMBING HITAM....saya lah KAMBING HITAM itu...saya bertanya bukan untuk diri saya sahaja...bahkan untuk rakan saya juga...beliau juga sama dengan saya...masih lagi tidak menerima apa2 dari kedua2 tuntutan yang kami buat...tidak mengapalah...saya pun dah malas sudah nak berurusan dengan Jab Arah UGAT mahupun dengan Unit lama...setiap panggilan dibuat adalah RM...lebih baik saya menabung duit tersebut dalam akaun anak....sekurang2nya saya nampak juga duit tersebut daripada saya buang masa menunggu jawapan yang ntah apa2 yang akan saya terima...sekali lagi ribuan terima kasih kepada Tuan...hanya allah swt jua yang dapat membalas jasa Tuan ini...12/9/28'.

Tindakan saya hanyalah memanjangkan emel di atas kepada pihak berwajib dengan penuh kehampaan...

Assalamualaikum Tan Sri/Dato'/Tuan,

Kecewa sekali!!!:( sad.

Saya pasti ada pihak tertentu yang kurang senang dengan cara saya ini. No problem with me. Macam saya katakan dulu lagi, 'kenaikan pangkat' saya tidak ditentukan oleh 'bar-bar'/bintang-bintang' di bahu lagi. Saya hanya mengharapkan keredaan-Nya, wallahualam.

Saya sungguh 'kagum' (he...he...he) dengan segelintir penjawat awam yang masih mengamal sikap kurang berhemah/mesra pelanggan apabila berurusan dengan orang awam. Para veteran juga orang awam. Kan mereka tak menyedari sekarang ini rakyat boleh mengguna pelbagai kaedah bagi menyampaikan sebarang aduan. Adakah munasabah masih '...ada yang marah2 kenapa melompat kepada Big Bos ....'Eh...Eh...Eh. Mereka lupa ke yang satu hari nanti mereka juga akan mengucap sayaonara - tak kira pangkat & darjat? Dan mungkin akan menghadapi masalah sepertimana S/Sjn Mazri. Tak tahu apa nak dikatakan...dah jadi resam dunia!!

S/Sjn Mazri....Itu sajalah yang termampu saya bantu anda.

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

1 ulasan:

mazri berkata...

as salam Tuan....Terima kasih sekali lagi saya zahirkan kepada Tuan....segala pertolongan Tuan dalam menketengah kan isu ini amat2 saya hargai...tiada dapat saya balas dengan wang ringgit...hanya doa saya pohon kepada Allah swt....

Tidak mengapalah Tuan...saya pun sudah tawar hati nak ambil tahu berkenaan perkara ini....selama 22 tahun (12 feb 1990-11 feb 2012) perkataan TAAT SETIA sentiasa berada dalam ingatan dan hati...tidak sedikit pun terdetik diakal mahu bertanya...tidak sedikit pun mulut ini mahu bersuara...

rasanya baru ini pertama kali saya nampak kebenaran kata2 senior saya...selama ini saya berterusan menyangka baik terhadap pengurusan ATM...tapi bila hal sebegini terjadi hati ini tertanya2...dimana kesilapan tersebut...

untuk makluman Tuan saya tinggal di Taman Wira Mas Kepala Batas...tidak jauh dari taman tuan...