Pengikut

Rabu, 30 Mei 2012

Keputusan Di Tangan Mereka

Masih tak habis pasal cerita 'Tugu' yang dicoretkan di sini. Fikir punya fikir, baik tulis pada PAT sendiri, mana le tahu terbuka hatinya apabila membaca rentetan para veteran. Jadi, melayanglah emel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman
To: Tan Sri PAT
Cc: PTD ; KP Veteran ; PTU ; Dato' Zahid Hamidi
Sent: Monday, 28 May 2012 12:32 PM
Subject: TUGU PERINGATAN

Assalamualaikum Tan Sri,

1. Saya terpanggil untuk menghantar emel ini apabila membaca usul-usul yang dibangkitkan semasa Persidangan Perwakilan Tahunan PBTM 2011. Salah satu usul yang disuarakan oleh PBTM Negeri Melaka ialah 'MEWUJUD TEMPAT BERSEJARAH SEBAGAI MEMORIAL' (ceraian usul berkenaan dikepilkan bersama). Pada pemahaman saya, para veteran tersebut mahukan pengorbanan mereka di suatu ketika dulu diberi penghargaan. Saya percaya, mungkin apa yang dikehendaki hanyalah terpahatnya nama wira-wira yang terkorban dan juga unit-unit yang terlibat dalam operasi-operasi yang dilancarkan di sesuatu kawasan, seperti Gubir dan Pangkalan Hulu. Saya sendiri akan berbangga sekiranya terpahat unit-unit TUDM, seperti MARUD, No 1 Skn, No 3 Skn, No 6 Skn, No 7 Skn, No 9 Skn, No 10 Skn dan No 12 Skn terpapar di tugu di Gubir. 

2. Saya ada mengutarakan cadangan ini kepada Panglima 2 Div ketika terserempak dengan beliau pada 27 Mei 2012 di majlis perkahwinan di Kulim (klik di sini: http://xnuripilot.blogspot.com/2012/05/peluang-mendatang.html)

3. Untuk makluman, usaha sedang dibuat agar Surau Alkhairiah di Bukit Tembaga, yang dipaparkan dalam coretan di sini - http://xnuripilot.blogspot.com/2010/09/terabai.html - dinamakan Surau Lt M Abdul Hamid SP. Saya bersyukur kepada Ilahi sekiranya penjenamaan ini menjadi kenyataan, insyaAllah. Keadaan pusara pahlawan tersebut sekarang ini adalah seperti di coretan ini - http://xnuripilot.blogspot.com/2010/09/berubah-wajah.html.

4. Akhir kata, saya mengharapkan agar cadangan para veteran dapat dilaksanakan oleh pihak Tan Sri dengan kadar segera. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)  

Ceraian yang dimaksudkan...
USUL-USUL TAHUN 2011: USUL YANG DITERIMA TANPA BAHAS
Alang kepalang dah tulis pada Pang5 No1 ATM, saya turut masukkan usaha untuk penjenamaan semula Surau Alkhairiah kepada Surau Lt M Abdul Hamid di Bukit Tembaga. Mana le tahu, mungkin ATM sudi membantu jika ia menjadi kenyataan, wallahualam.

Tak tahulah saya sama ada cadangan itu akan menjadi kenyataan. Apa pun, saya telah berusaha, Allah menentukannya.

Tiada ulasan: