Mejar Zainal menceritakan versi kisah beliau yang terlibat dalam 'Ops Gonzales' pada April 1974 di kawasan Hutan Simpan Kinta, Perak. Menurut Mejar Zainal, ketika itu berpangkat Leftenan, beliau adalah Ketua No 9 Trup, 'Z' Skuadron, RGK. Trup tersebut telah diaturgerak ke Kem Tambun, Ipoh, dari Kem Sungai Udang dan diletakkan sebagai pasukan simpanan di bawah Panglima 2 Division.
Pada 18 April 1974, platun 9 dari 3 Renjer telah bertembung dengan segerombolan pengganas komunis (PK). Panglima Division membuat keputusan menghantar trup komando berkenaan untuk misi menjejaki dan memusnahkan musuh. Dengan 30 orang anggotanya bersama seekor anjing pengesan - 'Ben' - yang dikendalikan oleh Sarjan Chandan a/k Gaing dari Cawangan Anjing Perang, PULADA, mereka telah diterbangkan ke kawasan operasi dengan 2 buah pesawat Nuri pada jam 1600. Antara anak buah Lt Zainal ialah Lt M Anuwa bin Mohamad Daud, Kpl Zaki bin Nordin, Tpr Mohd Ali bin Ahmad, Tpr Hassanuddin, Tpr Ali dan Pbt Amin (Scout keturunan Orang Asli). Oleh kerana ketiadaan LP, mereka diturunkan melalui kaedah abseling.
Bertapak sahaja di bumi, mereka bergerak pantas dengan didahului oleh Ben dan pengendalinya. Ketika dalam pergerakan ini, mereka dimaklumkan PK telah bertempur pula dengan satu pasukan ronda dari 5 RAMD. Mengetahui insiden tersebut, para komando telah bergegas ke lokasi pertempuran. Namun demikian, pemburuan terpaksa dihentikan kerana waktu sudah malam.
Keesokan pagi, 19 April, No 9 Trup tiba di lokasi platun No 5 RAMD. Setelah mendapat maklumat daripada platun dan makan tengah hari, Lt Zainal meneruskan misi menjejaki PK. Beliau telah mengubah format pergerakan disebabkan pergerakan PK kini mudah dikesan. Pbt Amin ditugaskan merintis jalan, diikuti oleh Tpr Hassanuddin. Menurut Tpr Mohd Ali, terdapat beberapa jerangkap samar dipasang oleh PK. Nanum demikian, mereka tidak ditimpa sebarang kecelakaan angkara jerangkap samar.
Dalam rondaan melalui trek yang dibuat oleh PK, mereka tiba di 2 persimpangan; 1 lorong menuju ke kanan ke atas permatang, manakala 1 lorong ke kiri mengikuti lereng bukit. Lt Zainal telah membuat keputusan untuk memecahkan trup kepada 2 kumpulan. Beliau mengetuai kumpulan ke kiri dan Lt M Anuwa pula ditugaskan menjejaki musuh mengikuti permatang.
Format pergerakan Lt Zainal adalah seperti di rajah 1 berikut:
Kedudukan posisi anggota
Kedudukan posisi anggota semasa diserang hendap
Bersambung....
PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.
19 ulasan:
terima kasih Tuan untuk artikel yang amat menarik ini. tidak sabar menunggu sambungannya.
Saya pernah membaca kisah Ben dri keratan akhbar tahun pertempuran berkenaan dlm simpanan seorang rakan yg merupakan pegawai TD (dri buku skrap milik bapanya yg merupakan pesara RRD) dan skot saya di ATMA (sekarang UPNM)... Tuan, air mata saya menitis laju sesudah habis membaca kisah berkenaan di mana Ben menghulurkan kaki hadapannya seolah ingin bersalam buat kali terakhir dgn Sjn Chandan. Sangat menyentuh perasaan.
LT KDR HUZAIR TLDM
terima kasih tuan atas post terbaru ini,sangat menarik selain BEN, seekor lagi anjing perang bernama MAX telah terkorban ditembak bandit di pahang pada 7 Julai 1979. Terima kasih sekali lagi tuan,tak sabar menunggu sambungan kisah ini
Tuan,
Seperti mana yang saya nyatakan fakta dan kesahihan sesebuah "Kisah Benar", dan apa yang diceritakan oleh pelaku atau 'commander on the ground' boleh dianggap sahih dan ketulenan cerita itu. Memandangkan cerita tersebut telah banyak dibuat pengkisahan dan dibukukan. Keberangkali percanggahan fakta dan senario cerita tersebut akan berlaku, akibat dari beberapa faktor. 1. Cerita diatas cerita. 2. Keghairahan si penulis (bukan pelaku) menokoknambah untuk lebih mensensasi keatas cerita tersebut.
Pada saya cerita yang diceritakan diatas adalah kebenaran dan ketulenan cerita tersebut kalau tidak pun 100% peratus tepat sekalipun, tetapi kadar ketepatan cerita itu adalah tinggi berbanding kepada 2 faktor yang saya nyatakan diatas.
Walau pun saya tidak terlibat dengan operasi dan 'Kisah benar' tersebut, tetapi cerita yang telah ketahui itu ada kebersamaannya. Waallahuwaalam.
Tak sabar menanti kisah seterusnya.
Sedih pun ada kisah ben tu.
terima kaish tuan atas artikel ini...
tuan, minta izin copy paste letak di blog sy
Saudara Semua,
Terima kasih. Saya sungguh sedih mendengar cerita Ben. Begitu setianya seekor haiwan kepada tuannya. Semenjak semalam saya cuba menghubungi PULADA untuk mendapatkan gambar dan cerita Labrador itu. Malangnya, talian telefon ke situ masih rosak.
Saya berhasrat untuk mencoretkan Ben & Max dan lain-lain anjing pengesan yang terkorban untuk blog ini. Mungkin dalam buku, insyaAllah. Haiwan2 tersebut telah memainkan peranan penting dalam operasi menentang pengganas komunis. Mengapa tidak didokumentasi peranan mereka. After all, mereka juga hamba Allah.
Sesiapa yang ada cerita/gambar Ben & Max, harap sudi emelkan pada saya untuk dikongsi bersama. Terima kasih.
Saudara Naim Qlate,
Dipersilakan. Terima kasih.
Anonymous di atas adalah saya. Jari besar nak respons melalui handphone...tertekan le identity yang salah...He...He...He.
Ok terima kasih tuan, dah letak siap ada link ke blog tuan sekali.
Jika ada gambar tu, saya copy paste juga yer. :)
Salam tuan, nk tanya formasi anjing memang duduk di tengah bukan di depan sebagai pengesan?
salam tuan ,sudah sampai masa dan ketika nya semua kisah2 silam para veteran kita diketengahkan buat tatapan generasi muda masa kini agar mereka tidak terlupa dgn jasa dan pergorbanan perajurit2 terdahulu.
Saudara Imran Nang,
Pada awal rondaan, memang Ben dan pengendalinya berjalan di hadapan sekali. Format pergerakan ditukar kerana pergerakan musuh mudah dikesan. Saya difahamkan anjing menjadi sasaran PK bagi mengelak haiwan tersebut mengesan mereka.
Saudara SENAPANG PATAH,
Sebenarnya butir-butir cerita itu terdapat dalam buku 'PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia Penerima S.P. dan P.G.B JILID 2' oleh Lt Kol Dr Syed Othman. Mej Zainal kecewa kerana ada pihak tertentu yang menidakkan peranan beliau.
Dokumen 35 halaman itu kebanyakan surat-menyurat beliau kepada pihak berwajib meluahkan perasaan yang terpendam semenjak kejadian tersebut.
sekurang2 nya jika diterbit dan dijual buku PAHLAWAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PENERIMA SP DAN PGB pun bagus untuk rujukan masa hadapan,apa yg saya perhatikan amat susah dan payah utk mencari buku2 yg mengisahkan tentang ATM atau PDRM yg terjual di kedai2 buku.
di Malaysia amat berbeza sekali cara kita mengiktiraf para pejuang kita,sekadar ambil contoh dgn negara USA yg mana mereka mengabdikan nama2 perajurit mereka yg terkorban ketika berkhidmat utk negara di kapal2 mereka,kem2 mereka dan sebagainya
salam Tuan,
sungguh menarik cerita kali ini..saya adalah peminat ketenteraan..dan minat untuk menyertai ATM, tetpi tidak layak atas faktor2 kesihatan..saya ingin tahu maksud2 group dlm ketenteraan seperti 5RAMD,9 Skuadron dan lain2 lagi..harap tuan boleh perjelaskan dan jika boleh buat satu entri tentang perkara ini. sekian terima kasih.
Salam Tuan,
Terima kasih artikel yang menarik. Suatu masa dahulu saya ada bertanyakan pada tuan...ada x kisah tentera kita dengan anjing berperang.
Terima kasih...akhirnya ada gak cerita begini yang menambahkan lagi pengetahuan.
Saudara Anonymous (10/10 10:52 AM),
Terima kasih. Secara ringkasnya:
5 RAMD = 5 Rejimen Askar Melayu Diraja.
'Skuadron' diguna oleh pasukan komando, jurutera dan amor = 'Kompeni' untuk RAMD, Renjer, dll.
'Trup' untuk komando, jurutera = platon dalam RAMD, Renjer.
Menarik semua cerita ini, walaupun saya pernah berkhidmat selama 22 tahun dan dah berpencen namun tidak pernah berperang ...
Pernah berkhidmat di 21 GGk sekitar tahun 1992 hingga 1995 Sungai Udang Melaka dan 2 RAMD 1995 kemudian TUDM Butteworth sampai pencen...
Pernah juga terlibat ngan operasi hutan di Gubir, Ahneng dan Blom.
Hebat kisah yang di paparkan disini...semoga menjadi ikhtibar kepada seluruh rakyat Malaysia bahawasanya peperangan membawa kemusnahan dan penderitaan...peliharalah negara Malaysia sebaik mungkin...
Salam Muhibbah dari Ex Medic...
Respect!!!
Saya sedang menulis cerita ini. Saya perlukan beberapa maklumat dari Tuan Ibrahim atau sesiapa yang tau cerita ini. Please Hubungi saya Jasmi 0199836125
Catat Ulasan