New Sunday Times 31/03/2013 (klik di sini)
Ikhlas saya katakan, sebenonya bukan saya yang menghubungi NST untuk menulis tentang 'kehebatan' mejar pencen ni (macam dah tak ada orang lain yang lebih hebat...Masuk bakul angkat sendiri le. He...He...He). Wartawan terbabit, Cik Shahimah, telah menghubungi saya bertanya sama ada saya sudi ditemubual untuk rencana beliau. Jawapannya sudah pasti le ....No Problem. Bukannya kena satu sen pun dan lagi pula saya nak mencari platform untuk buku kedua saya. Jadi, pada 02/11/2012, beliau telah bertandang ke rumah saya dari KL. (Sekarang berstatus 'Puan' bermula awal 2013. Beliau mengundang saya sekeluarga ke majlis perkahwinannya di Bangi tapi saya tak dapat hadir).
Pertama sekali, inilah masa yang sesuai untuk menyemarakkan semangat patriotisme sementelah negara menghadapi ancaman pengganas Kiram. Kisah-kisah para veteran yang menentang pengganas komunis di era insurgensi, perlu dikitar semula. Mana le tahu, mungkin dapat menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara Malaysia kita yang satu ini. Sama le macam lagu patriotik nyanyian arwah Jamaludin Alias. Sungguh teruja mendengar anak muda turut menyanyikannya. Apalah salahnya kisah-kisah pengalaman para wira diulang semula. Mungkin sekarang ramai rakyat yang nak tahu kisah wira-wira yang tak didendang itu, wallahualam.
Kedua, saya memerlukan 'avenue' untuk melariskan buku ke2 saya - "Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain". Dah lengoh mulut saya mengatakan, bukan mudah nak jual buku oleh penerbit persendirian tanpa 'nama', gelaran dan 'the right connections'. Bayangkan, buku dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis....bukan main glemer ke. Jualan? Hanya 2 naskah saja...Kesian saya. Mujur le kos ulang-alik ke Kangar tak le begitu tinggi. Pelancaran buku pertama oleh Pak Menteri di KEMENTAH, Kuala Lumpur, pada 02/08/2011, laku hanya 21 naskah saja. Tu pun beri diskaun RM10. Tak cukup nak menampung kos petrol, tol dan hotel....Memang tak berbaloi!
Saya dah menghubungi beberapa perpustakaan negeri-negeri. Sehingga kini, kecuali Perlis dan Sabah yang telah membelinya, respons lain-lain negeri, Perpustakaan ATM tak terkecuali,.....Masih tiada peruntukan! Namun demikian, saya bersyukur kepada-Nya kerana Melaka, melalui Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), telah membeli sejumlah besar. Memang melegakan.
Apa pun, buat masa ini, keadaan tidak begitu mendesak, syukur alhamdulillah. Kalau ada rezeki, habis le buku itu nanti, insyaAllah. Janji saya perlu merancang, berusaha dan berdoa....Allah menentukannya.
YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam & Puan Shahimah....Terima kasih.