Sambungan daripada coretan ini...
Pada bulan Disember 1973, saya menerima berita yang tak menyenangkan saya bahawa permohonan pertukaran saya ke Kor Risik Angkatan Tentera telah ditolak. Saya berasa amat kecewa oleh kerana saya telah menaikkan nama Angkatan Tentera Cawangan Khas (MISB) atau pun Kor Risik amnya namun permohonan saya ditolak begitu sahaja. Dengan latar belakang saya yang begitu luas dalam bidang perisikan, namun ianya agak rugi bagi Angkatan Tentera Malaysia tidak menerima saya sebagai salah saorang anggotanya. Saya telah ditawarkan untuk memasuki Polis DiRaja Malaysia cawangan Special Branch tetapi saya menolakanya oleh sebab saya amat mencintai Angkatan Tentera Malaysia. Saya menerima satu arahan baru yang mana saya akan dikembalikan ke pasukan baru saya, Rejimen Kedua Peninjau, mulai 1 January 1974. Saya dibenarkan balik bercuti selama 14 hari sebelum melapurkan diri ke pasukan.
Saya melapurkan diri ke Pegawai Pemerintah Rejimen 2 Peninjau Diraja, Lt Colonel Mohamed Jusuh (Brigadier General Mohamad Jusuh). Alangkah terperanjat dan malangnya saya ditempatkan A Skuadron 2 Peninjau, Sibu, Bahagian Ketiga Sarawak sekali lagi sebagai Penolong Ketua Skuadron. Sepanjang perkhidmatan saya didalam Angkatan Tentera Malaysia ini, boleh dikatakan ¾ nya saya ditugaskan di bumi Sarawak. Ada setengah kawan-kawan saya pernah berkata bahawa saya haruslah memohon kerayaatan Sarawak. Semasa itu, Ketua Skuadron ialah Major Andrew Ong Eng Ching. Saya bersama A Skuaderon di Sibu tidaklah begitu lama. Saya berada di Sibu selama 6 bulan sahaja. Selepas itu, A Skuadron kembali ke Semenanjung menaiki kapal 'Kota Raja' dari Sibu ke Pelabuhan Kelang dan terus ke Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Semasa di Rejimen 2 Peninjau DiRaja, saya sempat membuat operasi di Batu Melintang, Tanah Merah, Kelantan, Raub, Bentong, Karak dan juga Operasi Banjir di sekitar Daerah Pekan, Pahang. Semasa di Rejimen 2 Peninjau Diraja, saya telah dihantar berkursus di 10 Rejimen Latih Jurutera di Kluang Johor untuk Kursus Jerangkap Samar dan Periok Api pada 27 April 1975 hingga 10 Mei 1975. Kemudian saya dikehendaki menghadiri khusus di Pusat Latihan Darat pada 26 Mei 1975 sehingga 22 July 1975 untuk Muslihat Pegawai Rendah.
Selepas itu, saya dihantar untuk menghadiri khusus Pegawai Tugas Turus Tadbir di Latehan Tentera Darat, (LATEDA) Port Dickson, Negeri Sembilan dari 11 Mac 1977 hingga 15 Jun 1977. Saya telah dicalunkan untuk menghadiri kursus di Royal Australian Armoured Corp daripada 13 November 1978 sehingga 8 Disember 1978.
Pada January 1979, saya telah ditukarkan ke Bahagian Naziran, Angkatan Tentera Malayia, Kementrian Pertahanan. Semasa di sini, saya telah dihantar berkursus di Pusat Latihan Darat (PULADA) pada 21 Julai 1980 sehingga 13 September 1980 untuk menghadiri kursus All Arms Tactic Course. Pada Disember 1980, saya telah diarahkan untuk menghadiri kursus di Armed Forces of Philippines, Command and General Staff College, Makati, Metro Manila, Philipines selama 1 tahun mulai Disember 1980 hingga Disember 1981. Di Manila, saya sempat menghadiri kursus pentadbiran di Asian Institute of Management dengan kelulusan Masters in Business Management (MBA). Sekembalinya saya dari Manila, Philippines, saya telah ditukarkan sebagai Pegawai Turus Dua, Departmen Tentera Darat, Bahagian Alat, Kementerian Pertahanan.
Pada 22 Disember 1983, saya meletakan surat perberhentian sebagai anggota tentera di atas nasihat Pegawai Perubatan oleh kerana trauma saya alami semasa pertempuran masih lagi bermain di dalam diri saya. Saya diberhentikan berpencen oleh kerana sebab-sebab kesihatan (on medical ground). Sementelah itu juga, saya berasa kecewa yang saya tidak diterima untuk memasuki Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia. Kalau saya masih berada dalam Angkatan Tentera Malaysia ketika itu, saya tak mungkin dinaikan pangkat yang lebih tinggi oleh kerana Kor Peninjau DiRaja semasa itu amat 'saturated'.
Saya tidaklah menyesal meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia oleh kerana Angkatan Tentera Malaysia telah mengajar saya selama 18 tahun untuk menjadi apa yang ada pada diri saya sekarang ini. Angkatan Tentera Malaysia telah mengajar saya serba sedikit supaya menjadi seorang yang berprinsip tinggi, bertanggungjawab dan bersedia menerima risiko dari semua tindakan yang saya lakukan. Saya juga tidak keberatan menentang penyelewengan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh sesiapa pun secara terbuka demi untuk menegakkan kebenaran serta prinsip hidup saya.
TERIMA KASIH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Saya telah menyaran kepada 'skot' saya ini agar beliau menyakinkan Kapt Hamid SP supaya menulis ceritanya. Memang benar kisah tersebut boleh dibaca dalam buku tulisan Lt Kol Dr Syed Othman (B) tetapi lebih bermakna sekiranya tuan empunya badan menceritakannya. Sekiranya beliau (Kapt Hamid) bersedia menyambut saranan ini, lengkaplah kisah Mejar Dato' Salehuddin.
Mej Dato' Salehuddin....Terima kasih.
8 ulasan:
Salam Dato dan Tuan!
Tk ats paparan dan coretan yg terperinci ini...Syukur Alhamdullilah Dato mampu memaparkan utk di dokumenkan sbagai satu BAHAN Sejarah ATM yang mungkin akan di gunakan sbagai Rujukan...Syukur juga kerana Dato masih Sihat Wal afiat...biasalah tu- lazimnya Orang tak kenal mana mutiara mana kaca...apa pun doa agar apa yg Dato curahkan di BERKATI dan Di REDHAI Allah...menjadi satu amal jariah,Insyaallah!
Dato' and Sir,
I have read about you in the SP and PGB Books. A salute for you from and old soldier who wont die but just fade away. I have also read about Kapt Hamid Awang SP and also a salute to him.
Anyhow Dato' and Sir, we were all soldiers before and we know there are many things we have to do without having anything in return but we have agreed that Duty , Honor and Country come first. I became an army officer because I wanted to as to me , we are the group of selected people the country will turn to in time of danger. I have no regret even though I was an engineering graduate from American University before joining the service. I could have become a Petronas or TNB engineer during that time and by now should just be waiting to receive my EPF amounting to million of RM. But it was not the case as I have decided to serve this country. I just want my kids to have the same feeling as I had about the service and would let them serve if they wish to do so. What happened during the service which was not in my favor is due my own walk of life. Let us tell the story of a soldier who fought for his country because he had choose to do so and he survived to tell the story of becoming a hero. We may generate a better soldier in the future to come for this country.
CAPT (RTD)
REME Corps
ARMY
salam tuan, mintak izin copy & paste dlm blok saya siri SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN
Saudara Basri & Anonymous,
Terima kasih. Harap ramai lagi bersedia menceritakan pengalaman mereka untuk diabadikan.
Saudara Katon Tin Ton,
Pada saya tak menjadi masalah. Namun demikian, saya syorkan anda menghubungi Mej Dato' Salehuddin untuk kebenaran beliau. Atau pun 'link' saja.
Salam Dato, Mej Nor dan sahabat seperjuangan. Satelah membaca coretan Dato, rupa rupanya kita pernah bersama semasa saya membuat tugasan sebagai Convoy Comdr dari 2O Angkut untuk membawa convoy kepulangan 2 Recce dari Port Klang ke Kuantan. Sebenarnya ada cerita diantara Mej Andrew Ong seorang yang tinggi lampai yang saya ingat pada malam 6 May 1974 itu. Juga seorang Capt dari 2 Recce yang mahukan lampu suluh kepunyaan tuan punya kedai minyak Shell diPort Klang dengan alasan yang dia dah banyak ambil minyak dari Shell tersebut untuk semua kenderaan 2 Recce.
Setibanya diMentakap, kita telah dimaklumkan dengan kemangkatan almarhum Sultan Pahang dan selepas selesai tugas dengan 2 Recce tersebut, kenderaan kenderaan dari 20 Angkut ditugaskan pula untuk hal kebumian jenazah baginda diPekan. Cerita ini telah saya abadikan didalam tajuk 'angin laut china selatan' didalam buku saya. Lt xxxxx
Salam Dato' dan Tuan,
Arwah ayah saya adalah salah seorang anggota 2 Recce di Kem Bt 10, Kuantan hingga tahun 1983 sebelum berpindah ke Kem Sunggala, PD hingga beliau bersara pada 1989 - beliau anggota Troop Nafiri.
Saya kini berkhidmat di salah sebuah perpustakaan awam negeri memang telah lama mencari dan sedang berusaha untuk merekodkan semula kisah-kisah sebegini sebagai koleksi perpustakaan.
Dengan ini saya memohon kebenaran untuk mencetak dan meyimpan serta mempamerkan catatan 'SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN Bhg 1-7'. Saya juga tahu ada berberapa kejadian yang melibatkan pasukan Recce ( kini Armor ) yang tidak begitu didedahkan dan sekiranya YB Dato' dan Tuan Mejar tahu mengenainya, di harap dapat berikan saya nombor untuk dihubungi.
Sekian, terima kasih.
ROZAIMI ( PACKK )
Saudara ROZAIMI,
Terima kasih dan saya menghargai hasrat anda untuk mengabadikan kisah Dato' Salehuddin. Sila hubungi saya di 019-4744849 atau nibny@yahoo.com. Dalam buku, saya telah mencatatkan warga Peninjau yang terkorban.
Jauh bezanya KRD di era Tuan berkhidmat dgn KRD yg ada sekarang. Hari ini keanggotaan dan kemasukan ke KRD terbuka luas dari 'entry level' bermula di PUSASDA/UPNM/KTD dan juga dri kor/rej lain asalkan mereka yg terlibat terbukti mampu berkhidmat sebagai operator perisikan...sayangnya satu lagi tenaga operatif KRD iaitu JCLO telah 2 tahun dimansuh jawatannya oleh JPA.
Catat Ulasan