Followers

Friday, December 21, 2012

Dan Juga Di Bandar



Mungkin ramai yang beranggapan pengganas komunis hanya ‘menanam ubi’ dalam hutan belantara bagi melengahkan para permburu yang sentias mengejar mereka dalam operasi memusnakan mereka. Sebenarnya pengganas komunis  turut memasang jerat di bandar-bandar, seperti di Pulau Pinang. Ini diceritakan oleh mantan pegawai Jurutera, Kapt Sulaiman Bin Mohd Salleh (B) (bersara Lt Kol), seorang mangsa jerangkap samar.

Pada 1971, beliau bertugas di No 24 Skn (Askar Wataniah) berpangkalan di Pulau Pinang. Salah satu tugas tambahan yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan ini ialah memusnahkan jerangkap samar yang dipasang/ditanam persekitaran bendera Parti Komunis Malaya (PKM) yang kerap berkibar di Pulau Mutiara.

Pada 01 Mei 1972, ketika memberi ceramah dalam satu seminar sempena 'Hari Pegawai' di Pulau Pinang, Kapt Sulaiman telah menerima panggilan telefon daripada Supritenden Zaman Khan (bersara Tan Sri), Ketua Polis Daerah George Town. Menurutnya, penduduk tempatan telah maloparkan kepada pihak polis terdapat bendera PKM berkibar di atas bukit di Balik Pulau dan Tanjung Bungah. Justeru, beliau memohon bantuan Kapt Sulaiman  untuk memusnahkan jerangkap samar yang kebiasaannya ditanam di kawasan bendera.

Selesai saja ceramah, beliau bersama 5 orang anggota timnya, telah pergi ke Balik Pulau. Kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar berjaya dilaksanakan pada jam 0030, 02 Mei. Pada awal pagi pula, mereka meneruskan tugas di Tanjung Bungah dan mula mendaki bukit pada jam 0815 dan tiba dilokasi terbabit pada jam 1145[2]; bendera dipasang di atas sebatang pokok. Bagi beliau, ini adalah insiden kali ke55 pasukannya terlibat dengan misi memusnah jerangkap samar yang dipasang di persekitaran bendera PKM!

Sebelum menurunkannya, proses mengesan jerangkap dilakukan dengan 'Pengesan Jerangkap Samar A4' (teknologi Perang Dunia Ke2). Peralatan tersebut tidak mengesan sebarang komponen jerangkap samar. Masalah alatan ini ialah ia hanya boleh mengesan jerangkap samar yang ditanam sedalam 6 inci sahaja. Namun demikian, melalui pengalaman, beliau yakin terdapat jerangkap samar di kawasan itu. Justeru, bagi mempastikannya, Kapt Sulaiman akan membuat tinjauan di kawasan tersebut. Pada jam lebih kurang 1315, ketika meletakkan tangannya pada sebatang pokok berdekatan dengan pokok berkenaan sebelum memulakan langkah pertama, beliau telah hilang imbangan dan tiba-tiba '....Boom' diikuti '...Boom...Boom...Boom'. Tiga jerangkap samar meletup serentak dan melambungkannya 8 kaki ke udara. Beliau telah terpijak jerangkap samar yang ditanam di bawah pokok tersebut!

'Dah mati ke aku?' ingat beliau apabila jatuh ke bumi. Anggapan ini kerana keseluruhan kawasan di penuhi dengan debu putih bagaikan awam. Kesakitan yang teramat sangat di kaki kanannya menyedarkan Kapt Sulaiman bahawa beliau masih hidup. Beliau telah meminta anggotanya untuk membuka butnya kerana tidak sanggup menahan kesakitan. Tanpa but, dalam beberapa saat sahaja, kakinya membengkak. Tumit kaki kanannya hancur sama sekali. Anggota-anggota beliau mengimprovisasi satu strecer untuk membawa beliau keluar dari lokasi itu. Dalam perjalanan menurun bukit, beliau telah pengsan. Apabila tersedar, beliau sudah berada di Hospital Besar Pulau Pinang.

Doktor memaklumkan kakinya perlu dipotong tetapi beliau tidak bersetuju. Kapt Sulaiman terpaksa menjalani sebanyak 21 pembedahan untuk membetulkan tulang kaki kanannya dalam tempuh 5 tahun dan terbaring di hospital selama tiga tahun setengah.

Lt Kol Sulaiman (B)....Terima kasih. 

PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

No comments: