Pengikut

Isnin, 14 Oktober 2019

Islam & PKM: Suatu Penilaian

Dah lama tak menulis artikel kepada majalah Perajurit. Jadi tulis artikel pendek bertajuk di atas:

ISLAM DAN PARTI KOMUNIS MALAYA: SUATU PENILAIAN
Mejar Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman TUDM (B)

"...bak bumi dengan langit", Musa Ahmad, bekas Pengerusi PKM

Petikan di atas adalah penjelasan Allahyarham Musa bin Ahmad, bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) mengenai perbezaan di antara ideologi komunisme dan Islam.  Penjelasan beliau sebagai seorang Melayu-Islam dan salah seorang pemimpin tertinggi organisasi tersebut dipinta sementelah ideologi komunis pada asasnya tidak percaya kepada sebarang agama selari dengan pandangan Karl Marx, penulis ‘Das Kapital’. Karl Marx menganggap agama sebagai candu rakyat kerana ia memaparkan rintihan dan protes mereka yang tertindas.  Kebenaran ideologi ini diakui oleh Ah Chen, seorang gerila PKM dan penjaga 'Piyamit Tunnel' di Betong, Thailand dan dia sendiri mengaku tidak menganut sebarang agama.

Tidak dinafikan PKM menentang penjajah Jepun dan British, tetapi objektif mereka tidak pernah berganjak untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) sebuah negara komunis yang tidak percaya kepada agama. Ini terbukti apabila penentangan bersenjata mereka berterusan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik walaupun PTM mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Tentangan mereka memaparkan dengan jelasnya bahawa mereka menentang Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai agama negara ini.




Nak baca selanjutnya, pi le beli majalah tersebut...He..He..He.

Rabu, 9 Oktober 2019

Sungguh Sedih!

Hari ini, 9 Oktober 2019, adalah hari terakhir Utusan Malaysia dan Kosmo dapat dibaca oleh para pembacanya.

Keluaran terakhir Utusan Malaysia

Untuk pengesahan, sila klik di SINI.

Sungguh sedih mengenangkan platform yang menyuarakan semangat orang Melayu memperjuangkan kemerdekaan berakhir pada hari ini. Saya mampu mendoakan agar ia akan bangkit semula, wallahualam.

Sabtu, 21 September 2019

Winching

Dah ada masa terluang & mood pun OK, jadi nak sambung le cerita masalah winching dalam hutan dara Semenanjung. Saya tak ada pengalaman buat penerbangan operasi menentang petualang negara di Sarawak kerana tidak pernah terlibat di sana. Jadi pasal cerita2 operasi memberi perkhidmatan mobiliti udara semasa era komunis hanya membabitkan adventures di Semenanjung saje. 



Insiden yang saya lalui sepertimana yang diceritakan di SINI, turut dialami oleh kru lain. Tapi sebelum itu, bio le saya turunkan petikan Lt. Kol. Spencer F. Chapman dalam buku klasiknya - The Jungle Is Neutral -yang pertama kali diterbitkan pada 1949 (tahun saya dilahirkan...he...he...he) mengenai hutan belantara di Malaya:

"...a myriad tree-trunk rose straight upwards with no apparent decrease in thickness - that was the extraordinary thing- for a hundred or  hundred and fifty feet before they burgeoned into a solid canopy of  green which almost entire shut out the sky." (hlm. 24) Dalam keadaan begini le kami the hunted tercari-cari lokasi pemburu-pemburu petualang negara!

OK le semua dah tahu kepadatan hutan dara Malaya. Sekarang saya coretkan pengalaman rakan-rakan seperjuangan saya yang di petik dari tesis saya...He...He...He. 

Ketebalan hutan juga menyukarkan kru Nuri  menaikkan Strecer Saleh dengan muatannya sekali.  Masalah ini turut dihadapi oleh Kapt. (U) Ahmad Repi bin Bunyamin (Kol. (B)), Lt. (U) Rosli bin Mohd Yusof  (Brig. Jen. Dato' (B)) dan Sjn. Gregory Charles (PW 1 (B), kini menetap di Melbourne, Australia) yang mengendalikan Nuri FM1718. Pada lewat petang 26 Julai 1977, mereka diberi tugasan medevac dari Kroh ke kawasan operasi. Tugasan ini melibatkan membawa keluar lapan orang anggota PK dari dua lokasi berasingan; masing-masing empat anggota di setiap lokasi. Anggota-anggota tersebut mengidap demam malaria.

Mereka tiba di lokasi pertama yang mempunyai belon sebagai tanda pengenalan. Sebelum membuat sua (approach) untuk terapung (hovering), kapten pesawat telah menghubungi PK untuk menembak Pistol Very bagi memastikan lokasi tersebut. Selepas mendapat kepastian dan Nuri berada di dalam keadaan terapung,  Charles menurunkan Strecer Saleh dan NATO Strop supaya dua orang pesakit boleh dinaikkan serentak. Kaedah ini mempercepatkan proses menaikkan pesakit dan Nuri tidak perlu terapung untuk tempoh yang lama. 

Menurut Charles, semasa dalam proses menaikkan dua orang pesakit tersebut di ketinggian lebih kurang 20 kaki, strecer dan NATO Strop tersangkut di celah dahan pokok yang besar. Beliau berusaha untuk melepaskan kabel tersebut tetapi gagal.

Situasi ini telah mencemaskan kru dan juga kedua-dua pesakit. Setelah beberapa kali mencuba, Charles mencadangkan kepada kapten pesawat supaya memotong kabel hoist untuk menyelamatkan pesawat. Cadangan ini tidak dipersetujui oleh kapten pesawat kerana kedua-dua pesakit akan tercedera atau maut. Sebaliknya, Ahmad Repi  mengarahkan beliau untuk terus mencuba. Walau bagaimanapun, kedua-dua pesakit berjaya menuruni pokok walaupun mereka sedang sakit. Ketiadaan pesakit dalam strecer dan strop memudah ia dinaikkan.

Ahmad Repi seterusnya membuat keputusan untuk terbang ke lokasi kedua meninggalkan empat pesakit yang masih berada di lokasi tersebut buat sementara waktu. Tindakan ini juga bertujuan untuk menyejukkan suhu dan tekanan main gear box yang meningkat akibat terapung dalam tempoh yang agak lama. Mereka tidak menghadapi masalah mengambil keempat-empat pesakit di lokasi kedua melalui kaedah winching juga. Selepas itu, Ahmad Repi kembali ke lokasi pertama dan mereka berjaya menaikkan keempat-empat pesakit tanpa sebarang halangan. Nuri mendarat di Kroh hampir waktu malam bersama semua pesakit di mana mereka mendapat rawatan sewajarnya.

Menurut Brig. Jen.Dato' Rosli Yusof TUDM (B), Mat Repi berpeluh jantan waktu itu. Mana taknya, dah le  terpaksa high hover yang menggunakan 'high torque' mereka berhadapan dengan turbulence! 'Copilot minta handover controls pun dia tak bagi. Capt's pride! He...He.'

Nak tahu kesan turbulence? Ini yang dialami oleh  SAC Dato' Datuk Dr. Leong Chee Woh PGB yang dicatatkan dalam karyanya -  Scorpio On The Dragon’s Demise: The Second Malayan–Communist Insurgency–Emergency, (terbitan 2015, hlm. 240-241). Pilot berhadapan dengan turbulence ketika menaikkan beliau dan sorang rakannya semasa Op Indera Khas di dawasan operasi Bentong, Pahang.  

Selain kemungkinan strecer tersangkut di celah dahan pokok, kehadiran angin kencang juga boleh memudaratkan anggota yang sedang dinaikkan atau diturunkan melalui kaedah winching. Tiupan angin telah membuatkan mereka diayun ke arah rumpun pokok rotan yang dipenuhi duri. Walaupun mereka selamat dinaikkan, terdapat lebih kurang 200 duri di rusuknya. Beliau diberi rawatan di Markas Taktikal, Betong.  

Ada lagi kisah-kisah membabitkan winching. Jika diizinkanNya, boleh le coretkan nanti, in syaa Allah.

Ahad, 15 September 2019

Nostalgik!

Semalam, 14 September 2019 ambil gambar ini dari pelukisnya di Hotel TH, Kepala Batas, Kedah....

Lukisan oleh Zahid, Adhura Art Gallery, Alor Setar

Memang betul cakap orang, bila usia dah senja ni, ingatan berkisar kepada kisah2 lama dan cakap pun asyik kisah yang orang sekarang dah jemu dan tak minat pun nak dengar. Dengar lagu pun hanya Radio Klasik saje...He...He...He. 

Tak percaya? Tengok le lukisan di atas. Sanggup bayar kepada seorang pelukis untuk melukis gambar yang dialami 31 tahun dahulu, iaitu pada 1 Ogos 1978

Kisah ini saya masukkan dalam buku 'talking-reading' Coretan Xnuripilot terbitan pada 2011. Versi gomen boleh dibaca, klik di SINI. Tak apa lah...anggaplah siaran ulangan bagi mengingati kisah insiden 'winching' yang saya tak akan lupa sehingga sanggup mengabadikannya dalam bentuk lukisan. After all, kan ke orang gomen kata 'a picture is worth a thousand words'...He...He...He.

Al-kisah...

Ketika Op Selamat Sawadee, trup sentiasa ‘memburu’ pengganas komunis. Justeru, mereka tiada masa untuk membina LP bagi memudahkan Nuri mendarat sekiranya terdapat mereka yang  tercedera. Casevac/medevac akan diselamatkan melalui kaedah winching dengan menggunakan ‘Strecer Salleh’.

Sudah pasti kaedah winching ini sangat berbahaya kepada Nuri. Sebuah Nuri yang begitu besar sedang hovering membuatnya satu sasaran yang ‘mustahil’ tidak mengena...’a real sitting duck’. Tidak memerlukan seorang  ‘sharp-shooter’ untuk menembaknya. Mungkin dapat dibayangkan apa yang kami terpaksa harungi di suatu ketika dulu! 

Di suatu petang ketika membuat detasmen di Kroh, saya telah ditugaskan untuk mengambil satu medevac di lokasi dalam hutan belantara dan di hantar ke Hospital Pulau Pinang. Kru saya ialah Lt. M. Adzli dan Sjn. Patrick Lee (Kuatermaster Udara [KU]), pesawat FM1720. Dengan seorang anggota Air Rescue Team (ART) dari pasukan komando, saya telah terbang ke lokasi tersebut. Bagi memudahkan mencari lokasi tersebut, saya berkomunikasi dengan trup menggunakan frekuensi radio yang telah dimaklumkan sebelum berlepas. Apabila di jangka sudah berada di lokasi tersebut, saya telah menghubungi mereka untuk memastikan sama ada mereka dapat melihat Nuri. Ini kerana kami tidak dapat mengesan kedudukan mereka kerana dilindung oleh kepadatan pokok-pokok yang berketinggian lebih dari 150 kaki. Saya terpaksa ‘taxi’ di atas kanopi hutan dara agar dapat mengesan trup. Selang beberapa minit kemudian, trup memberi tahu saya bahawa mereka berada di bawah Nuri. Masalahnya, kami masih tidak nampak mereka.

Saya mengarahkan mereka untuk menembak pistol ‘varey light’...tetapi suar ini tidak menembusi ketebalan hutan. Seterusnya, saya telah mengarahkan supaya mereka membuat asap dengan harapan asap tersebut akan menembusi kanopi pokok-pokok. Tindakan ini juga tidak berhasil. Walaubagaimana pun, akhirnya KU memberitahu yang beliau ternampak trup di bumi dan saya hover Nuri supaya KU menurunkan anggota ART dengan Strecer Salleh. Sebaik saja mencecah bumi, casevac telah dimuatkan dalam Strecer Salleh untuk dinaikkan. Tiba-tiba, KU memberitahu saya bahawa strecer tersangkut di celah dahan pokok. Ini menempah satu masalah besar!

Saya mengarahkan beliau supaya terus mencuba melepaskan strecer dari dahan. Berpeluh saya dibuatnya kerana “T’s & P’s” (Temperatures & Pressures) hampir mencecah paras had maksima kerana saya menggunakan ‘torque’ (kuasa) yang tinggi ketika taxiing dan hovering. Untuk menurunkan T’s & P’s ini, saya perlu membuat penerbangan di mana torque dapat dikurangkan.

Masalah ini ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak memuaskan. gak mencemaskan apabila angin mula bertiup dengan kencangnya dan hujan lebat pasti akan tiba. Dalam keadaan begini, saya boleh mengambil opsyen yang paling mudah iaitu menekan satu suis di collective lever atau memberi arah kepada KU. Tindakan ini akan memotong kabel hoist. Jika tindakan ini diambil, Strecer Salleh  berserta dengan casevac akan jatuh dari celah dahan yang  tinggi dan kemungkinan besar beliau akan terkorban. Dengan lain-lain perkataan,  saya telah ‘membunuh’ seorang warga tentera! Sekiranya ini berlaku, ianya akan menghantui saya sepanjang hanyat walaupun saya tiada pilihan lain. Memang berpeluh jantan dibuatnya. Tak malu saya akui memang tension dibuah!

Syukur Alhamdulillah, KU akhirnya berjaya melepaskan strecer dari dahan dan seterusnya menaikkan casevac ke dalam Nuri. Masa tidak lagi mengizinkan saya untuk menaikkan anggota ART pada petang itu dan beliau terpaksa ditinggalkan. Beliau diambil keesokan hari di lokasi lain. Casevac selamat diterbangkan ke Hospital Pulau Pinang. Misi dilaksanakan dengan jayanya.

Bila saya muatkan lukisan tersebut dalam FB, Lt. Kol. Zainal Yan, xPegawai RAMD beri responsnya berikut:

"Assalamualaikum Nor. Sometime in 1974, somewhere during the Op Setia VII area in Sg Siput area, a Nuri picked me up from my nearby LP to guide the pilot to winched up one Pbt Sabri who was shot in the right arm during a contact with a group of CTs. While being winched up using under the arm pit strap [NATO Strop], his neck got caught up with the branches! His first comment to me when safely pulled into the cabin was that the wound inflicted by the branches was more painful than the pain created by the bullet wound which by then had made his right arm swelled to twice its original size. BTW, I miss the old days adventure. Take care."

Kesian Pbt. Sabri. Kalau dapat hubungainya, nak juga dapatkan cerita dia.

Mind you, bukan saya sorang saje yang mengalami masalah ini. Nanti le...jika diizinkanNya, akan diceritakan pengalaman Kol. Ahmad Repi dan krunya, Brig. Jen. Rosli Yusof dan PW Charles nanti, in syaa Allah.

Jika ada rezeki, saya nak abadikan 2 insiden lagi dimana pesawat ditembak dengan M79 grenade launcher dan insiden dimana KU, Sjn. Mohsain dan seorang soldadu cedera kena  tembakan pengganas komunis. Pokoknya dah pasti le terpulang kepada ongkos, wallahualam. 

Sapa2 yang berminat nak abadikan pengalaman mereka, mungkin boleh hubungi pelukis terbabit. Saya tak ambil komisyen le, sekadar mempromosikan beliau...He...He...He, wallahualam.



Isnin, 9 September 2019

Hari Kebangsaan Ke-62?

Sumber: Sinar Harian 2 September 2019. Rujuk di SINI

31 Ogos 2019 rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke-62. Pertukaran dari Hari Kemerdekaan kepada Hari Kebangsaan berkuatkuasa pada 2015. Perubahaan ini diumumkan oleh mantan PM, Dato' Sri Najib Razak di Kuching pada 10 Ogos 2015. Beliau mengumumkan: 

"Buat pertama kalinya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak akan menyebut ulang tahun kali ke berapa sebaliknya hanya dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015.

Hal ini bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat tanpa mengira dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak kerana 31 Ogos 1957 lebih menumpukan kepada tarikh kemerdekaan Malaya manakala 16 September 1963 lebih dirasa oleh Sabah dan Sarawak." Lihat di SINI.

Saya sebenarnya tercari-cari apakah perbezaan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia? Hari Malaysia jawapannya agak mudah kerana ia termaktub dalam Artikel II Perjanjian Persekutuan Malaysia (di bawah). Justeru, rakyat menikmati hari cuti pada setiap 16 September untuk meraikan sempena hari penubuhan Malaysia. Mudahkan jawapannya?

Perjanjian Persekutuan Malaysia yang ditandatangani pada 28 Ogos 1963. Sumber: Arkib PBB (SINI)

Oh ya...Mungkin ada yang bertanya apakah itu Persekutuan? Untuk memudahkan cerita, ambil takrif Dr. Wikipedia berikut:

"Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu kerajaan pusat ("persekutuan"). Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang hanya menyebelahi satu pihak." Rujuk di SINI.

OK...Hari Malaysia saya percaya semua sudah maklum. Persoalannya:
  • Mengapa Hari Kebangsaan diraikan pada 31 Ogos setiap tahun? 
  • Apakah signifikannya 31 Ogos yang dinobatkan sebagai Hari Kebangsaan? 
  • Bukankah tarikh tersebut merupakan tarikh keramat apabila Tunku Abdul Rahman melaungkan 'MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA' di Stadium Merdeka apabila Persekutuan Tanah Melayu/Federation of Malaya mencapai kemerdekaan dari British? 
  • Bukankah North Borneo (Sabah) dan Sarawak ketika itu masih di bawah British?
Lihat pula apa yang dimaksudkan Hari Kebangsaan. Secara ringkasnya, menurut Wictionary "Hari Kebangsaan ialah satu tarikh yang ditetap untuk meraikan lahirnya sebuah negara berdaulat. Kedaulatan itu boleh juga disimbolkan pada tarikh negara mencapai kemerdekaan, menjadi republik..." Rujuk di SINI.

Ambil Hari Kebangsaan jiran kita, Singapura. Negara tersebut meraikan Hari Kebangsaan setiap 9 Ogos bersandar "The very first had been on 9 August 1965 when Singapore separated from the Federation of Malaysia to go its own way. On this day, it was simultaneously announced in Singapore and Kuala Lumpur that henceforth, Singapore would be a "sovereign, democratic and independent nation." Rujuk SINI
The Straits Time, 10 Ogos 1965

Singapura tidak menjadikan tarikh keanggotaannya dalam Malaysia pada 16 September 1963 sebagai Hari Kebangsaan/Kemerdekaan sebaliknya tarikh dikeluarkan dari Malaysia. 

Persoalan sekarang ialah: Bila Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan? Adakah pada 16 September 1963 apabila mereka menyertai Persekutuan Malaysia?

Jadi tidak hairanlah jika terdapat suara-suara dari Sabah dan Sarawak yang mempertikaikan Hari Kebangsaan yang sebelum ini Hari Kemerdekaan diraikan pada setiap 31 Ogos. Ardino Diris, Presiden Sabah People's Education Improvement Organisation (PIPA), menyatakan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 berlandaskan Sabah diberi berkerajaan sendiri (self government) oleh British yang diumumkan oleh North Borneo Legislative Council pada 8 Ogos 1963. Rujuk di SINI.

Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak pula pada 22 Julai 2018 mengumumkan  bahawa Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963, iaitu apabila kabinet Sarawak ditubuhkan. Menurut beliau, tarikh tersebut merupakan “It was a historic moment as we could finally take care of our state and people" apabila Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama. Rujuk di SINI. Namun demikian, lain pula pandangan Prof Michael Leigh. Beliau menyatakan tarikh tersebut hanya menyaksikan penubuhan kabinet Sarawak diikuti berkerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963 sehingga 16 September 1963 (The Borneo Post Online, July 22, 1963 Not The Day Sarawak Gained Independence - Prof Leigh, 9 November 2015).

Memahami sekelumit maklumat ini, saya lebih terbuka apabila topik Hari Kebangsaan pada setiap 31 Ogos dipertikaikan oleh Sabah dan Sarawak seperti di SINI. Pada saya, hanya gomen yang memegang kunci jawapannya, wallahualam.

Apa pun, saya percaya ramai pekerja yang gembira kerana Hari Kebangasaan setiap 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September merupakan hari cuti am. Tapi mungkin tidak begitu mengembirakan para majikan kerana kos produksi meningkat kerana kena bayar upah berganda. Bagi saya pula, tiada sebarang perbezaan kerana tak tahu pun bila cuti umum selain cuti hari minggu kerana sepanjang 365 hari sentiasa bercuti. Malahan marah juga kerana Darulaman Golf & Country Club tidak membenarkan ahli menarik troli setiap cuti umum dan hujung minggu...He...He...He.

Sekadar mengaktifkan minda....wallahualam.

Khamis, 29 Ogos 2019

Di manakah Kesetian Mereka?

Syukur alhamdulillah, akhirnya Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang saya melanggan, menyiarkan surat saya berikut:


Khamis, 22 Ogos 2019

PKM: Komunisme Dan Islam

Pertama sekali, biarlah sejujurnya saya akui bahawa saya bukannya seorang pakar dalam bidang komunisme. Saya hanya mencoretkan apa yang saya baca dari buku dan akhbar sahaja. Tidak terlupa pandangan Dr. Google, he...he...he. Kalau nak tahu lebih mendalam, harap-harap para pakar di luar sana sudi kongsi bersama ilmu mereka. Ilmu tanpa dikongsi dan dipendam sahaja tidak membawa sebarang erti...lagi pula kan menyebar ilmu itu adalah satu ibadah, betul tak?

Satu soalan yang paling asas yang perlu ditanya oleh mereka yang kurang jelas mengenai teori komunisme ialah: Apakah teori komunisme terhadap agama? Jawapan yang paling asas ialah KOMUNIS TIDAK PERCAYA KEPADA SEBARANG AGAMA. Noktah.  Karl Marx menyamakan  "agama adalah candu rakyat". Itu dari bacaan. Saya sendiri mendengar akuan kebenaran teori tersebut dari Ah Chen, seorang gerila PKM dan penjaga 'Piyamit Tunnel' di Betong, semasa saya menemubualnya pada 24 April 2016. Jawapannya kepada soalan yang diajukan kepada dia mengenai anutan agamanya ialah 'komunis mana ada agama' (di SINI). (Jangan lupa PKM tidak pernah dibubarkan).

Berpaksikan kepada teori dan pengakuan gerila tersebut, adakah orang Melayu-Islam yang menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) mengamal ajaran agama Islam sepanjang tempoh mereka bersama PKM menentang kerajaan hingga 2 Disember 1989? Tarikh keramat yang menyaksikan mereka meletak senjata dengan termeterainya Perjanjian Damai yang ditandatangani di Hotel Lee Gardens, Hat Yai, Thailand. 

Memetik coretan saya di SINI, tidak dinafikan mereka menentang penjajah tetapi objektif mereka tidak berganjak walau seinci pun untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia sebuah negara komunis yang tidak percaya kepada agama; Perlembagaan Negara dengan jelasnya menyatakan bahawa ISLAM adalah AGAMA negara ini.  Ini terbukti apabila penentangan bersenjata mereka berterusan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik walaupun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Saya tiada jawapannya. Setakat pembacaan saya yang begitu terbatas, isu ini tidak banyak diperkatakan. Justeru, saya hanya mencoretkan bersandarkan kepada apa yang saya baca. 

Jawapan kepada isu ini sedikit sebanyak dicerahkan oleh Allahyarham Musa Ahmad, mantan Pengerusi PKM semasa ditemubual oleh Chamil Wariya (Dato'), wartawan Utusan Malaysia pada Julai 1984. Apabila diajukan perbezaan Islam dan komunisme, Musa Ahmad tanpa ragu-ragu memberitahu bahawa tiada persamaan antara keduanya; perbezaannya "...bak bumi dengan langit" (Chamil Wariya, Mingguan Malaysia, Kembali Ke Jalan Allah, Rencana Khas, 15 Julai 1984, hlm. 5).

Allhahyarham Musa Ahmad. Sumber: puteralapismahang.blogspot.com

Menyentuh akidah pula, beliau semasa menjadi ahli PKM dan bergiat aktif sebagai gerila, menjelaskan "...Sekarang saya dapat menunaikan sembahyang fardu bila tiba waktunya. Tidak seperti di Peking atau dalam hutan dulu. Saya bukan sahaja tidak menunaikan amal ibadat yang disuruh oleh Allah, tetapi saya menjadi penghalang kepada anak-anak buah saya yang ingin berbuat demikian. Sebagai pemimpin tertinggi dalam PKM saya dimestikan menunjukkan contoh yang harus diikuti oleh orang bawahan saya." (Chamil Wariya, ibid.).

Selain penjelasan tersebut, menurut Allahyarham Dato' Mocktar Mahmud Baginda beliau difahamkan bahawa "...perkahwinan anggota rejimen (Rejimen ke-10) itu tidak berlandaskan hukum Islam. Sekadar mengaku sumpah setia di hadapan ketua mereka sahaja." (Myzara. (2015). Di Sebalik Rundingan Damai Hat Yai. Shah Alam:Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., hlm. 174). Beliau dimaklumkan bahawa kakaknya, Siti Norkiah telah berkahwin dengan Abu Samah Kassim, seorang pemimpin Rejimen ke-10 semasa bertemu dengan kakaknya itu di pergunungan Weang, Thailand pada 1981. Hasil pertemuan ini dan lawatan selanjutnya merintis kepada termeterainya Perjanjian Damai pada Disember 1989 (di SINISINI & SINI). 

Namun demikian, tulisan Rashid Maidin yang menyentuh kaedah perkahwinan menyanggah Dato' Mocktar. Menurut Rashid, dia tidak balik ke Rejimen ke-10 sebaik sahaja Pertemuan Baling 28-29 Disember 1955 berakhir, sebaliknya tinggal buat sementara waktu di penempatan Chin Peng di kawasan selatan Betong yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand. Ketika berada di situ, dia telah berkenan dengan seorang gerila dari kaum Cina. Menurutnya, setelah dipersetujui oleh pihak atasan serta tiada tentangan dari mana-mana pihak, "...maka saya pun menikah dengan dia secara syarak, dan nama Islamnya ialah Selamah binti Abdullah." (Rashid Maidin. (2005). Memoir Rashid Maidin. Petaling Jaya: SIRD, hlm. 77). 

Namun tulisan SAC Aloysius Chin dalam bukunya, The Communist Party of Malaya: The Inside Story (Aloysius Chin. (1995). The Communist Party of Malaya: The Inside Story. Kuala Lumpur: Vinpress, hlm. 171) mengukuhkan pengakuan Musa Ahmad. Menurut Aloysius Chin, mantan Timbalan Pengarah, Cawangan Khas (Operasi), PKM mengeksploitasi Islam untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Dakwaannya bersandarkan kepada pengakuan seorang musuh yang menyerah diri (surrendered enemy personnel (SEP)) yang menyatakan: 

"During our short stay in X area in Kelantan, in an attempt to woo masses support, communist combatants assisted the kampung folks in solving their problems and even prayed together with them in the mosque. As a result, we received ample food supplies from the masses. MNLA personnel in the 10th Regiment pretended to identify themselves with the masses and constantly propagated to the masses that the Communist Party respected their customs and religion...MNLA personnel also prayed together with the masses in the mosques. I had done it on several occasions. The true colours of the communists would invariably be exposed after the masses had been recruited into it. To those who were very religious-minded the communist would try to neutralize their faith by insisting into their minds the revolutionary spirit of communism. Hence they were not able nor allowed to pray in the jungle. To those recruits who resisted consuming the meat of certain animals e.g. monkey and  pig, the communist would explain to them that due to the shortage of foodstuffs and for their  health, they would have to eat such meat. If they were unhealthy they would not be ale to participate in the revolution. The case of comrade XXX, a very religious-minded recruit, was a glaring example. After much persuasion by a leading comrade XXX, coupled with the pressure of the environment, he eventually followed the crowd..." (Aloysius Chin, ibid., hlm. 171-172). 

Saya cuba menterjemahkan petikan tersebut seperti berikut:

"Semasa berada di kawasan X di Kelantan untuk tempoh yang singkat, dalam usaha mendapat sokongan penduduk, gerila komunis telah membantu orang kampung untuk mengatasi masalah mereka, malah turut bersolat dengan mereka di masjid-masjid. Ekoran itu, kami mendapat bekalan makanan dari mereka. Anggota MNLA dari Rejimen ke-10 pura-pura bermesra dengan penduduk dan sentiasa menyakinkan mereka bahawa Parti Komunis menghormati adat budaya dan agama mereka...Anggota MNLA turut bersolat dengan penduduk kampung di masjid-masjid. Saya telah melakukannya beberapa kali. Belang komunis hanya terserlah apabila mereka menyertai gerakan komunis. Kepada mereka yang warak, komunis akan berusaha supaya mereka meninggalkan  ajaran Islam dengan menyerapkan dalam pemikiran mereka ideologi komunisme. Justeru mereka tidak boleh atau dibenarkan bersolat dalam hutan. Kepada rekrut-rekrut yang enggan makan daging binatang tertentu, seperti monyet dan bagi, komunis akan menjelaskan kepada mereka bahawa mereka perlu memakan daging itu kerana kekurangan makanan dan juga demi kesihatan mereka. Jika mereka sakit, mereka tidak dapat menyertai revolusi parti. Kes komrad XXX, seorang rekrut yang warak sebagai satu contoh yang menonjol. Selepas beberapa kali percubaan oleh seorang pemimpin komrak XXX untuk meyakinkannya serta tekanan keadaan sekeliling, dia akhirnya tunduk kepada tekanan itu." 

Faktor agama ini menjadi igauan kepada Chin Peng kerana PKM gagal menarik majoriti orang Melayu menyertai gerilanya dalam perjuangannya menentang British dan kerajaaan Malaysia. Sebelum dia dan para gerilanya berundur ke selatan Thailand, isu ini telah dibincang dalam mesyuarat tertinggi PKM pada April 1952. Dalam analisisnya, Lee Aun Tong@Lau Lee yang mengetuai Biro Propaganda Pusat merumuskan:

"Kita berjuang menentang Islam dan sikap anti agama kita telah memarahkan orang-orang Melayu. Kita tidak akan mempengaruhi petani-petani Melayu untuk menyertai kita kerana sikap kita itu. Belum timba masanya untuk kita menyemai benih ideologi kita kepada orang-orang Melayu. Kita mesti cuba mempengaruhi orang-orang Melayu dengan cara yang lembut." (ANM. Majlis Pengkisahan Sejaranh Rundingan Baling 28-29 Disember 1955 sempena sambutan Kemerdekaan 2004 tanpa catatan lokasi dan tarikh. Skrip asal oleh Tan Sri Dato' Hj. Shafie Abdullah, Setiausaha Peribadi YTM Tunku Abdul Rahman; dan Miller, Harry. (1972). Jungle War in Malaya. London: Arthur Barker Ltd., hlm. 119).   

Menyedari kepincangan ini, Chin Peng telah mengadakan satu mesyuarat tertinggi di markasnya di selatan Betong pada 22 Disember 1955 sebelum pertemuan dia dengan Tunku dan David Marshall di Baling pada 28-29 Disember 1955.  Bagi mengelabui orang Melayu dan kaum India,  mesyuarat bersetuju untuk melantik lain-lain kaum menganggotai badan tertinggi PKM. Objektifnya adalah untuk memaparkan kepada rakyat Persekutuan Tanah Melayu bahawa PKM juga adalah sebuah parti pelbagai kaum sama seperti Parti Perikatan yang diterajui oleh Tunku. 

Keputusan ini dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada 26 Disember 1955. Buat pertama kalinya menyaksikan seorang Melayu, Musa Ahmad, dilantik sebagai Pengerusi PKM yang ketika itu dalam perjalanan ke Peking. (Wahba. (1994). Baling Membuka Jalan Damai. Kajang: Masa Enterprise, hlm. 164; dan Aloysius Chin, ibid., hlm.59). Sementara itu, R. B. Balan yang ketika itu berada dalam tahanan pihak berkuasa, dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi mewakili kaum India pula. (Aloysius Chin, ibid., hlm. 46). Musa Ahmad menjelaskan bahawa walaupun beliau sebagai Pengerusi parti, namun "...Setiausaha Agung mempunyai kuasa lebih. Dalam hal ini, Chin Peng mempunyai kuasa menyeluruh." (Wahba, ibid.,169).

Saya perlu tekankan di sini bahawa saya hanya mempersoalkan akidah gerila Melayu tegar sehingga Perjanjian Damai 2 Disember 1989. Selepas itu, lain cerita. Menurut Kamariah Rashid, anak tunggal Rashid Maidin dengan Selamah Abdullah, bapanya merupakan seorang yang warak di hujung hayatnya namun tidak sama sekali menyesal menjadi seorang gerila komunis dalam usaha menentang Jepun, British, ATM dan Angkatan Tentera Thai, di SINI

Bagaimana pula dasar Negeri China mengenai agama? Sebagai jawapan ringkasnya sila baca di SINI.

Saya ada rumusan saya sendiri. Terpulanglah kepada para pembaca membuat penilaian dan rumusan, wallahualam.

Para pembaca. Sekira anda ada maklumat membabitkan topik ini, marilah kongsi bersama. Terima kasih.

Khamis, 15 Ogos 2019

'Makan dan Tidur' Sahaja???

Saya begitu  terkesan dan kecewa dengan kenyataan Koon Y.Y. yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat, terutama mantan anggota ATM walaupun dia sudah meminta maaf. Di luar dugaan saya, terdapat seorang rakyat yang begitu kaya-raya sanggup mendakwa bahawa anggota ATM di negara tercinta ini hanya 'makan dan tidur' sahaja!!

Tidakkah wujud dalam pemikirannya bahawa kekayaan yang dikecapinya adalah hasil keringat dan darah yang mengalir dari jasad anggota Pasukan Keselamatan, amnya, ATM khususnya demi mempertahankan kedaulatan negara ini?

Adakah dia berfikiran bahawa kemewahannya tetap dimiliki walaupun negara dalam keadaan hura-hara akibat ancaman pengganas komunis di suatu ketika dulu?

Dia sebagai seorang veteran yang pernah menempoh kehidupan dalam era penjajahan Jepun, British dan darurat, sudah pasti sedia maklum keganasan pengganas komunis (PGK). Tidak mungkin dia 'mudah lupa'  objektif utama Parti Komunis Malaya (PKM) semenjak ditubuhkan pada 1930 yang mahu menjadikan negara ini sebuah negara komunis.

Ya, tidak dinafikan mereka menentang penjajah tetapi objektif mereka tidak berganjak walau seinci pun! Ini terbukti apabila penentangan bersenjata mereka berterusan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik walaupun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Adakah kami, para pengundi termasuk dia, yang mengundi semasa PRU dianggap sebagai penjajah? Kegiatan mereka hanya berhenti apabila mereka meletak senjata setelah termeterainya Perjanjian Perdamaian yang ditandatangani di Hotel Lee Gardens, Hat Yai pada 2 Disember 1989.

Terlupakah dia peranan ATM sepanjang era insurgensi tersebut?

Terlupakah dia kecederaan dan kematian yang menimpa para anggota ATM supaya membolehkan dia melombong kekayaan negara?

Tahukah dia bagaimana perasaan ibu-bapa kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa?

Tahukah dia bagaimana perasaan anggota ATM cacat anggota badan sepanjang hayat akibat menghalang cita-cita PGK?

Itu era insurgensi. Bagaimana pula pasca insurgensi?

Adakah dia masih ingat pencerobohan kumpulan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Lahat Datu, Sabah pada 12 Februari 2013 menuntut Sabah?

Tahukah dia siapa yang berkorban menentang pencerobohan tersebut sekiranya bukan anggota Pasukan Keselamatan?

Tahukah dia bahawa perairan negara yang begitu luas sentiasa diawasi oleh ATM - tidak kira siang dan malam?

Tahukah dia sekumpulan kecil anggota ATM merupakan penghuni tetap di Pulau Perak di Selat Melaka?  Atau di Pulau Layang-Layang dan beberapa buah stesen di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan? Atau di Lebanon?

Pulau Perak

Stesen UNIFORM TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier

Stesen MIKE TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier

Stesen SIERRA TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier

Stesen PAPA TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier

Pulau Layang-Layang

Ya, dalam kenyataan maafnya, dia sedia maklum pengorbanan ATM dan menghargai peranan mereka. Persoalannya, adakah kenyataan yang sebegitu hina dan mengguris kalbu sebagai penghargaan dia terhadap pengorbanan kami terutama ketika negara berada di ambang menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 ini? 

Pada saya, tidak semudah itu...TIADA MAAF BAGI KAMU, wallahualam.

Sebagai seorang lama dan mungkin memahami peribahasa Melayu, saya harap dia menghayati peribahasa 'TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA'.


Sabtu, 10 Ogos 2019

Esei Oleh Lt. Kol. Dr. Syed Othman Syed Omar (B) - Bhg. 2

Bersambung dari SINI...

            Dalam budaya orang Melayu pemimpin seringkali diperingatkan agar tidak menjadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul atau petikan kata-kata yang lebih popular masa kini jangan cakap tak serupa bikin. Sebagai contoh, pemimpin mengarahkan pengikut supaya bekerja keras tetapi mereka sendiri tidak begitu bekerja asyik dengan permainan golf dan memperuntukkan masa lebih banyak untuk golf berbanding masa untuk berbincang mengenai kemajuan organisasi tentulah tidak wajar. Lebih buruk lagi kadang-kala acara pertandingan golf dilakukan atas agenda mesyuarat dan tugasan rasmi yang lain bagi membolehkan mereka yang terlibat meninggalkan tugas serta tempat kerja sekaligus layak membuat pelbagai tuntutan. Keadaan tersebut tidak hanya suatu pembaziran juga merupakan suatu penyelewengan dan bercanggah dengan etika kerja. Persoalannya apakah salah para pemimpin bermain golf? Jawapannya, tidak, sekiranya bermain di luar waktu bertugas. Salah, sekiranya bermain pada  waktu bekerja kecuali telah diberi pelepasan untuk berlatih dan bermain dalam pertandingan di peringkat kebangsaan atau mewakili negara. Apa yang perlu diingat kita dibayar gaji untuk bekerja bukan untuk bermain. Tidak beretikalah kita sekiranya masa bekerja kita bermain. Bagi orang Islam tentulah haram hukumannya gaji yang kita ambil sekiranya tanpa sebab yang dibenarkan kita tidak bekerja. Sumber yang halal merupakan elemen terpenting dalam pembinaan sahsiah makhluk yang bergelar manusia kerana tanpanya manusia hanya berwajah manusia tetapi perwatakan makhluk lain dan kita tahu bahawa setiap yang tumbuh dari sumber yang hama tempatnya adalah di neraka.[i]

            Kini masyarakat sibuk memperkatakan mengenai masalah remaja. Remaja hari ini adalah anak-anak para pemimpin dan pengikut masa kini dan merupakan pemimpin dan pengikut masa depan.  Pelbagai pihak menyalahkan antara satu dengan lain. Pihak keluarga pula menyalahkan penguatkuasa manakala pihak penguatkuasa pula menyalahkan keluarga, sekolah, serta media berhubung masalah yang ada. Semua pihak termasuk golongan remaja sendiri bertanggungjawab di atas masalah keruntuhan moral remaja massa kini dan sepatutnya tiada pihak yang cuba menuding jari kepada pihak lain. Golongan remaja merupakan pengikut dalam sebuah organisasi yang dikenali sebagai keluarga dan dipimpin oleh seorang pemimpin bergelar bapa atau ibu.

            Selaku penganut Islam ibu bapa perlu peka dengan sumber rezeki yang digunakan dalam proses membesarkan anak-anak mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud, kesemua kanak-kanak dilahirkan bersih, terpulanglah kepada ibu bapa mereka sama ada mahu menyahudi, memajusi atau menasranikannya.[ii] Hati anak-anak yang tubuhnya dibesarkan dengan sumber haram sukar diresapi oleh taufik dan hidayat Alah SWT. Sumber yang haram tidak tertakluk kepada sumber yang dicuri, dirompak, diperolehi secara menipu, rasuah dan melalui sumber dari kegiatan yang telah ditetapkan haram oleh syarak sahaja. Mengambil gaji tetapi tidak bekerja juga haram hukumnya. Dengan sebab itu, walaupun di rumah anak-anak diajar berbuat baik, di sekolah kebangsaan dan sekolah agama mereka belajar perkara yang murni manakala melalui media mereka didedahkan dengan amalan hidup yang betul namun amalan hidup yang songsang juga menjadi pilihan mereka. Jadi sebagai pemimpin keluarga cuba kita tanyakan diri kita sendiri apakah sumber yang telah kita gunakan dalam membesarkan anak-anak selama ini halal?ati anak-anak yang tubuhnya dibesarkan dengan sumber haram suakar diresapi oleh taufik dan hiayat Allah SWT. (hlm. 258-260).




[i]               Hadis Riwayat Bukhari.
[ii]              Hadis Riwayat Imam Bukhari.

Bersambung...In syaa Allah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Ahad, 28 Julai 2019

Esei Oleh Lt. Kol. Dr. Syed Othman Syed Omar (B) - Bhg. 1

Semalam, 27 Julai 2019, baru habis baca buku berikut yang dihadiahkan oleh penulis pada Jun 2015...
Diterbitkan pada 2014

Buat masa ini mood untuk menulis agak menurun, jadi tak le boleh buat ulasan terhadap buku tersebut. Namun, rumusan interimnya boleh le saya katakan Dr. Syed mempraktikkan apa yang diistilahkan mat saleh sebagai  'no holds barred'...dicurahkan perasaannya tanpa berselindung liki-liku kehidupannya dari kecil sehingga bersara dari TDM. Pada saya, menarik...sungguh menarik, wallahualam.

Untuk coretan kali ini dan berikutnya nanti, saya akan menurunkan esei beliau. Esei tersebut adalah sebagai mematuhi arahan Jabatanarah Infantri supaya semua pegawai Jabatanarah tersebut menulis esei untuk pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh Markas TD (hlm. 256).

Bagi memenuhi arahan tersebut, Syed telah menyerahkan esei berikut pada 30 Ogos 1999 (hlm. 257-265)...

PEMIMPIN DAN PEMERINTAH YANG BERKESAN
Oleh: Mejar Syed Othman Syed Omar

Menurut Kamus Dewan, pemimpin bermaksud orang yang memimpin manakala pemerintah dalam konteks tentera pula bermaksud pegawai yang mengetuai pasukan dan memberikan perintah. Umumnya di negara kita pemimpin lahir melalui tiga proses: pemilihan di peringkat kerajaan, pelantikan bagi peringkat pentadbiran dan secara semula jadi dalam konteks keluarga. Pemimpin dalam kerajaan yang memerintah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Para pentadbir dan ketua di pelbagai peringkat dalam birokrasi dilantik ke jawatan masing-masing oleh pihak yang diberi kuasa untuk melakukannya. Bapa dan suami secara semula jadi menjadi pemimpin dalam sesebuah keluarga.
            Dalam organisasi Tentera Darat Malaysia (TDM) secara umumnya terdapat tidak kurang dari sembilan peringkat pemimpin dan kesemuanya lahir melalui proses perlantikan. Ketua seksyen pemimpin di peringkat seksyen dilantik oleh ketua platun. Ketua platun/terup pemimpin di peringkat platun/terup dilantik oleh ketua kompeni/skuadron. Ketua kompeni/skuadron pemimpin di peringkat kompeni/skuadron dilantik oleh pegawai memerintah batalion/rejimen. Pegawai memerintah pemimpin di peringkat batalion/rejimen dilantik oleh pengarah kor. Panglima briged pemimpin di peringkat briged, panglima divisyen pemimpin di peringkat divisyen, Panglima Kor Tentera Darat, pemimpin di peringkat Markas Medan Tentera Darat dan mereka dilantik oleh Panglima Tentera Darat (PTD). PTD, Panglima Tentera Laut (PTL) dan Panglima Tentera Udara (PTU) pula merupakan pemimpin bagi perkhidmatan tentera darat, laut dan tentera udara manakala Panglima Angkatan Tentera (PAT) merupakan pemimpin bagi keseluruhan organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
            Pemimpin yang dilantik di pelbagai peringkat mempunyai bidang kuasa tertentu selaras dengan senarai tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Dengan sebab itu pemimpin perlulah bersedia membawa perkara-perkara di luar bidang kuasanya ke peringkat lebih tinggi untuk diselesaikan. Permasalahan dan rancangan kebiasaannya lebih mudah diselesaikan dan dilaksanakan dari atas berbanding dari bawah. Berdasarkan keadaan tersebut setiap individu perlu berani dan sedia bertanggungjawab dalam mengemukakan permasalahan dan rancangan kepada tidak hanya kepada atasan mereka sahaja malah sekiranya perlu bersedia membawa hingga kepengetahuan pemimpin tertinggi.
            Pemimpin atasan perlu mengelakkan diri diari mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan para pemimpin bawahannya kecuali mereka didapati gagal atau menyeleweng dalam tugasnya. Kuasa dan hak pemimpin di setiap peringkat perlu dihormati. Ini bagi menentukan para pemimpin di semua peringkat dihormati oleh anggota bawahan mereka. Selain itu pemimpin juga perlu meneruskan  dasar dan rancangan yang telah dibuat  oleh pemimpin terdahulu yang mana tentunya telah dibuat  secara kolektif sehingga selesai sebelum mengemukakan dasar serta rancangan baru. Ini bagi menentukan wujudnya kesinambungan dalam dasar dan perancangan sekaligus menjadikan kakitangan benar-benar komited terhadap tugas dan pemimpin semasa.
            Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang disegani, dihormati dan disukai. Disukai sahaja belum cukup baik kerana manusia kebiasaannya akan menyukai seseorang selagi ia tidak menentang amalannya sekalugus memenuhi citarasanya. Para pengedar atau penagih dadah misalnya tidak akan menyukai pemimpin yang mahu menguatkuasakan undang-undang dadah. Para pengamal rasuah sudah tentu tidak sukakan pemimpin yang anti rasuah. Begitu juga halnya dengan anggota bawahan yang kaki ponteng atau mereka yang suka berlakon pastinya tidak senang dengan pemimpin yang kuat bekerja dan sering pula menegur amalan negatif mereka. Jadi apakah seorang pemimpin dapat diterima sebagai pemimpin yang baik hanya kerana beliau disenangi oleh semua orang? Rasanya tentulah tidak. Namun begitu memang ada pemimpin yang disukai oleh semua pihak kerana pendirian mereka yang serba longgar walaupun mereka sebenarnya bukan dalam golongan pemimpin yang baik.

Bersambung....In syaa Allah.

Jumaat, 12 Julai 2019

Kenyataan Rasmi PKM

Gomen dah keluar kenyataan rasmi mengenai Pertemuan Baling di SINI. PKM pula keluar kenyataan rasmi depa seperti berikut:


KENYATAAN RASMI PKM

Chin Peng tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kegagalan Pertemuan Baling sebaik sahaja peristiwa itu berakhir. Mereka menunggu  pengumuman Tunku hasil pemergian rombongannya ke London untuk membincangkan pemberian kemerdekaan. Setelah Tunku mengumumkan secara rasminya bahawa PTM akan diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, PKM mengeluarkan kenyataan berikut:


SURAT  KENYATAAN  PKM  BERKENAAN  DENGAN  KEADAAN SEKARANG

PKM telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana telah menjelaskan tujuan parti kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan di Malaya serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.

Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksana kemerdekaan tanah air. 

Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Darurat, memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak munasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.

Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidak pun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaitu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.

PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan  3 kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segala penyerahannya kepada Malaya dahulu.

Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita. PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itu semestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan munasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.

Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan munasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.
Saudara-saudara di seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan, meleburkan niat jahat British “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama berusaha.

            Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis Malaya
5 Mac 1956.[1] 

            Chin Peng sepatutnya tidak gundah terhadap kegagalan Pertemuan Baling dan perlu mengakui bahawa dia tersilap perkiraan terhadap peribadi Tunku. Dia tidak sama sekali menyangka bahawa lawannya seorang nasionalis yang begitu tegas dan tidak mudah berkompromi terutama melibatkan kebajikan rakyat dan agama Islam. Dia sepatutnya tidak mendakwa Tunku mengkhianatinya kerana semenjak awal lagi Tunku telah menegaskan tujuan utama pertemuan adalah untuk menjelaskan syarat-syarat amnesti. Malahan China juga agak kehairanan apabila Tunku bersetuju untuk bertemu dengan ketua pengganas. Menurut pegawai International Liaison Department yang bertanggungjawab menjaga keperluan PKM di China, walaupun mereka kecewa dengan kegagalan pertemuan tersebut, mereka anggap agak janggal apabila Tunku yang dipihak menang, sedia memenuhi permohonan PKM, pihak yang kalah, untuk bertemu walaupun hanya untuk menjelaskan syarat-syarat amnesti; seharusnya beliau tidak melayan permohonan Chin Peng. Dia sebenar tidak berada dalam kedudukan untuk menuntut sesuatu dari kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Mereka samakan peluang tersebut apabila Chiang Kai Shek enggan berunding dengan Mao Zedong ketika Parti Komunis China di tahap lemah.[2]









[1]               Kini & Silam, Surat Kenyataan PKM Berkenaan Dengan Keadaan Sekarang, 5 November 2009. Lihat https://www.scribd.com/document/22587689/Surat-Kenyataan-PKM-Berkenaan-Dengan-Keadaan-Sekarang (diakses pada 30 Oktober 2018 ); dan Yanqin He, Kee Cheok Cheong & Ran Li, op. cit., hlm. 14.
[2]               Aloysius Chin, op. cit., hlm. 48.