Pengikut

Jumaat, 18 Disember 2015

Hero Terpendam

Pada 12/2/06 saya telah beli buku terbitan 2004 oleh Utusan Publications semasa program Jom Heboh di Taman Tasek, Darulaman. Ya lah, harga buku RM12  saja lepas diskaun. Memang hebat bebeno Cawangan Khas (CK) sehingga termeterainya Perjanjian Damai yang ditandatangani oleh gomen Malaysia dengan PKM...Sungguh hebat.

Tapi, terfikir juga bagaimana semua ini boleh berlaku. Pemahaman saya tentang tulisan buku ini ialah kedua-dua pihak lebih banyak berbincang mengenai terma2 perjanjian. Ground works semua dah dibuat. Depa berbincang di hotel2 di Phuket, Hat Yai, dan Pulau Pinang. Persoalan yang bermain dalam kepala saya, bagaimana semua ini bermula? Mungkin saya silap le, tapi rasanya agak sukar anggota PK boleh menembusi kem PGK dan mengajak depa berbincang. Pasti ada orang yang memainkan peranan dan beliau ni diterima oleh kedua-dua pihak. Jika ya, siapakah hamba Allah ini?

Sorang member pula telah menghantar satu petikan dari sebuah buku yang mencatatkan "...Pada tahun 1985, Abu Samah bertemu dengan adik iparnya Haji Mokhtar bin Mahmud Baginda selaku Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Najib Tun Razak. Haji Mokhtar mengusulkan lebih baik buka jalan bagi menamatkan perang dengan mengusahakan satu perundingan ala Baling. Beliau ada jalan sekiranya pihak kita mahu meneroka jalan ini". 

Siapa Haji Mocktar bin Mahmud Baginda yang dimaksudkan ini? Tut...Tut, semasa pergi ke Popular Book Store di Tesco Jitra pada 24/11/15, ternampak buku ini....

Engkohnya, Dato' Mocktar ini adalah adik satu bapa kepada Siti Norkiah, isteri kepada Abu Samah Kasim, dan Zainab, isteri kepada Abdullah C.D. Para veteran era saya sudah pasti Abu Samah dan Abdullah C.D bukannya nama yang begitu asing, betul tak? Mocktar dibela oleh Siti Norkiah selepas 10 hari beliau dilahirkan sehingga Siti Norkiah masuk ke hutan ketika beliau berumur 10 tahun.Mokhtar terpaksa mendaki gunung untuk pi ke kem PGK di Weang. Ada satu ketika beliau terpaksa diusung dengan strecer oleh PGK untuk pi ke sana. Beliau terpaksa melakukan banyak trip sebelum ini. Abdullah C.D telah melantik beliau sebagai orang perantara. Setelah dipersetujui, perundangan diperingkat bawah diadakan di Hat Yai, diikuti di Pulau Pinang. 

Pagi tadi, tengah nak memikiokan apa yang nak dituliskan tentang buku ini, tut...tut...terbaca ulasan di Utusan Malaysia hari ini....
Baca le ulasan ini
Setelah membaca buku terbaru itu, saya heran mengapa Mocktar tidak dimaklum dan dijemput ke majlis di Hat Yai pada 2/12/89. Buku Zainuddin Maidin tidak langsung menyebut peranan yang dimainkan oleh hamba Allah ini. Mengapa ye? Mocktar hanya  mengetahui tentang perjanjian tersebut melalui akhbar saja. Saya dapat merasai perasaan beliau ketika itu...Sayang seribu kali sayang!!!!!

3 ulasan:

basri bin omar berkata...

Tk Tuan...itulah Kehidupan.. Org LUPA.. Lumrah Alam.. Wallahu aklam

Tanpa Nama berkata...

mike hanya tahu baca buku tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya..hhhh

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anon,

Terima kasih kerana melayari blog teman. Teman akui yang apa yang teman coretkan berlandaskan apa yang teman baca kerana teman tidak 'privy' mengenai rundingan tersebut. Tanpa orang yang terlibat menceritakan, manalah para peminat sejarah tanah air nak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Jika mike mengetahui cerita dibelakang tabir, mengapa tidak kongsi pengalaman tersebut dengan kami semua. Ceritakan saja yang mana mike fikirkan tidak 'classified', wallalhualam.