
Saya menyahut seruan kerajaan agar rakyat mengambil peluang untuk menimba ilmu terutama untuk memahirkan diri dalam satu-satu bidang. Jadi, pada 15 Disember 2010, saya telah menghantar borang ke Kolej Komuniti di Bandar Darulaman untuk mengikuti
Kursus Pendek berikut...
- Aplikasi Komputer MS Word
- Aplikasi Komputer MS Excel
- Aplikasi Komputer MS Power Point
- Pembangunan Laman Web
- Adobe Photoshop
- Baik Pulih Peralatan Elektrik
Jangan ketawa...saya serius! Sekarang ni, kena minta tolong pada saudara
Katon Tin Ton dan saudara
Mangchikla. Mujurlah mereka berdua sedia melayan mejar pencen ni. Sikit-sikit melayanglah e-mel pada depa dan, Syukur Alhamdulillah, tak pernah mereka menghampakan saya. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih pada depa berdua. Sehingga sekarang, saya tak tahu pun macam mana nak buat
'arrow' pada gambar. Yang saya tahu hanya lukis garisan menggunakan
'paint'. Orang cakap aturkan gambar dalam
'picasa'...apa benda tu? Kalau pergi kedai komputer, soalan yang nak ditanya pun tak tahu. Habis-habis tanya bateri tahan berapa lama. Yang diminat hanyalah
'physical appearance' - warna hitam, nipis...'spec' tak faham. Itulah cerdiknya pengetahuan IT saya!!
Mengapa nak ambil kursus Baik Pulih Peralatan Elektrik pula? Yang saya tahu hanyalah mengganti 'plug', itu saja. Ada masalah lain, senyum memanjang 'doktor' peralatan elektrik. Yang sedih sangat...kerap kena kelentong!
Pihak kolej akan menghubungi saya sekira jumlah 'pelajar' mencukupi untuk mengadakan kursus tersebut. Kosnya murah sahaja...
RM1 sejam. Tak tahulah pula berapa jam untuk satu-satu kursus tersebut. Agaknya sayalah yang paling 'senior' -
tokwan - nanti. Tak kisahlah.
Serius sikit. Ada seorang Prof dari UUM mencadangkan mengapa tidak saya mengambil pengajian
PhD berpaksikan 'buku' yang akan dicetakkan nanti, InsyaAllah.
Out of curiosity, saya telah menghubungi seorang rakan di Maktab Pertahanan mengenai kajian tentang komusime. Menurut beliau, kajian secara ilmiah
mungkin belum dilakukan. Malaysia telah diiktiraf dunia sebagai sebuah negara yang berjaya membendung kemaraan komunisme sehingga termeterainya
Perjanjian Haadyai pada 2 Disember 1989. Sesiapa yang berminat, kajian dipermudahkan kerana ramai daripada mereka yang terlibat - penjawat awam, ATM dan PDRM -masih bernafas lagi.
Tak ada ke pembaca yang berminat? Saya?...Troli perlu ditarik...He...He...He.
OKlah pasal kesarjanaan. Cakap pasal punca rezeki. Saya sangat menggalakkan remaja mengikuti kursus kemahiran, seperti menjahit, memasak, mekanik, dll. Tukang jahit saya memperolehi kemahiran daripada GIAT MARA. Sekarang ni, dia tak menang tangan. Kalau musim raya, nak tempah baju melayu kena hantar sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum. Kalau tidak, tunggu lepas raya baru siap. Upah baju kemeja tangan pendek -
RM40 (Praiman - RM85, Sparksmanshop - RM100+). Ini standard Bandar Darulaman. Buat permulaan, kerja boleh buat di rumah; modal hanya gunting, mesin jahit, benang, 'tape', buku dan
MINAT.
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN