Pengikut

Rabu, 26 Ogos 2009

Pergi Tanpa Penghormatan

Masihkah kau ingat....(Kopratasa)

• Kapt (U) Choo YB - 7 Skn
• Kapt (U) Mustapa Kamal - 7 Skn
• Lt (U) Chang MT - 10 Skn
• Lt (U) Wan Munsiff - 10 Skn
• Sjn Leong (AQM) - 10 Skn
• Mej Haris Rejab - RAMD
• Kapt Sulaiman - RAMD
• Lt Ibrahim - RAMD
• Sjn Kamis - RAMD
• L/KPL Kamarulzaman - RGK*
• L/KPL Suandi - RGK*


Pada 27 Apr 1976, pengganas komunis (PK) telah menembak jatuh sebuah helikopter NURI TUDM di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah. Kesemua anggota tentera telah terkorban. Pada saya, lima anggota TUDM terbabit adalah wira TUDM; hanya mereka sahaja yang sebenar-benarnya terkorban ‘KIA – Killed In Action’. Ramai anggota TUDM terkorban kerana ‘nahas/kemalangan’ pesawat terbang, bukan KIA.

Di mana hendak mendapatkan maklumat ini? Tak lain tak bukan........”Tentera Darat 1933 – 2008”, BUKANNYA “RMAF - 50 Glorious Years Of Safeguarding The Nation” – buku yang ditulis sempena 50 tahun penubuhan TUDM! Terkejut? Ini adalah kenyataan. Saya difahamkan tiada sebaris ayat pun tercatat tentang pengorbanan mereka di dalam buku itu.........sungguh mengecewakan!!!! Tentera Darat, terima kasih kerana anda telah merekod peristiwa hitam tersebut. Tanpa catatan anda, berkuburlah kisah ini.

Jika 'terlupa' mencatatkan di dalam buku, apakah pula pengiktirafan TUDM kepada wira-wira yang terkorban ini? Adakah nama mereka diabadikan, sekurang-kurangnya di Pengkalan terakhir mereka bertugas? Sebagai contoh, adakah Jalan Kapt Mustapa Kamal, Jalan Choo YB atau Mes Sjn Leong? Diperhatikan terdapat nama jalan-jalan di Pengkalan tertentu mengabadikan mereka yang terkorban dalam kemalangan pesawat!

Kerajaan Malaysia telah menganugerah PGB untuk Kapt (U) Choo YB – warga TUDM kedua menerima pingat ini dan PTU kepada Lt Chung MT. Maaf, saya tidak pasti sama ada tiga yang lain menerima sebarang anugerah.

PTU?........Bukan Panglima Tentera Udara, tetapi Pingat Tentera Udara. Saya pasti ramai warga TUDM sendiri tidak mengetahui kewujudan pingat ini. Untuk makluman, Kerajaan telah mewujudkan 5 pingat keberanian, iaitu, Seri Pahlawan (SP), Pingat Gagah Berani (PGB), Jasa Perkasa Persekutuan (JPP), Pingat Tentera Udara (PTU), dan Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).

Warga TUDM seharusnya berbangga kerana Kerajaan telah memberi satu penghormatan kepada mereka dengan mewartakan PTU semenjak 1968 lagi. Tiada PTD atau PTL – yang ada hanyalah Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Laut! Perbetulkan saya....saya percaya sehingga kini penerima pingat ini mungkin tidak melebihi 30 orang. Dan saya adalah salah seorang daripada mereka dan berbangga dengan penganugerahan ini.

Secara jujur, adakah TUDM bangga dengan penghormatan ini? Siapakah penerimanya? Di mana nama mereka di catatkan? Masih hidup lagi ke? Sudah pasti, tiada satu baris pun didalam buku TUDM tersebut. Berbeza dengan TDM. Penerima-penerima SP dan PGB dibukukan.

Saya telah berjaya ‘menghidupkan’ semula cadangan KEMENTAH agar Kerajaan turut memberi elaun kepada penerima JPP, PTU dan KPK. Sepertimana kebanyakan anda sedia maklum, mulai Julai 2009, penerima-penerima SP menerima RM2,000 dan PGB RM1,500 sebulan. Cadangan tersebut telah dimajukan ke JPM tetapi sedih sekali......TIDAK BERJAYA! Lihat e-mel dari KSU kepada saya di bawah:

RE: Pingat Tentera Udara (PTU)
Dato' Hj Abu Bakar bin Abdullah
ViewThursday, August 20, 2009 12:31:38 PM
To:nor ibrahim sulaiman ;
Cc:Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan ; Zureen bin Zubir

Assalamualaikum tuan,

Dengan hormatnya ingin saya memaklumkan bahawa cadangan untuk mewujudkan elaun kenangan dan bayaran bagi penerima posthumous untuk Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P), Pingat Tentera Udara (P.T.U) dan Kepujian Perutusan Persekutuan (K.P.K) tidak dapat dipertimbangkan. Ini adalah kerana nilai pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap penerima Darjah Kebesaran atau Bintang/Pingat Persekutuan mempunyai nilai prestij dan martabatnya yang tersendiri.

Sekian, untuk makluman tuan.

Terima kasih.

ABU BAKAR HAJI ABDULLAH
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan


Apa yang hendak dikatakan - menyumbang pingat perak Olympic layak mendapat RM3,000 sebulan sehingga akhir hayat. Berkorban demi untuk mempertahankan kedaulantan negara (kecuali SP dan PGB) mendapat...........! Yang manakah kerajaan memberi pengiktirafan - NYAWA ATAU NAMA?

Saya berbangga sebagai seorang pesara TUDM. Status pesara melayakkan saya menegur sekiranya pada pandangan saya terdapat sebarang kepincangan dalam perlakuan TUDM.

TUDM, di mana silapnya? Mungkin DTU akan terus melobi.....! Fikir-fikirkanlah.

Nota: * - 18 Sep 2009. Pembetulan fakta olih 'Abah', anggota X Sqn, RGK. Beliau berada di kem PK dan terdengar tembakan PK terhadap pesawat nuri tersebut. Abah, terima kasih.

3 ulasan:

alor star airman berkata...

biasalah tuan bila nak guna tenaga kita habis diperahnya . bila dah tak diperlukan akan di buang begitu saja . macam tebu . saya rasa tuan lebih arif mengenai hal ini . maaf luar tajuk sikit. apa pendapat tuan ptu akan dilantik pat 1 sept ni?

Amir Moque berkata...

Until now Nuri pilots are something like 'di anak tirikan' by the higher level. Mostly medals are awarded to well known VIP pilot where they are most vulnerable to higher authorities.....They at hi-level seat didn't realize the hard work of nuri crews supporting the army until now...i really glad to bring any Panglima or Menteri to show them our real life operational task at forward location especially at Gubir and Banding areas. But, until now the VIP not interested or might be afraid of flying the nuri....I'm really want to show them how scary and risky most of the LPs at that area we are operating. i'm really sad the higher achelon take it lightly easy the nuri operations.
What is in their mind the 'fighter world' like the F-18 and the new Sukhoi is leading the country defense.The Fighters and VIPs sqn is well pempered and get everything they want. But for the Nuri we are treated like the 3rd class pilot......

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Alor Star Airman,

Saya berbangga PTU dilantik menjawat jawatan PAT. PAT tidak seharusnya menjadi hak mutlak TDM.