Pengikut

Khamis, 24 Jun 2010

Tertembak 2

Kepada pembaca yang terlepas pandang membaca laporan Utusan Malaysia bertarikh 23 Jun 2010 yang ada kaitan dengan coretan saya kelmarin bertajuk "Tertembak 1"...

                   

Saya perhatikan, sekarang ini TUDM lebih responsif apabila tersiarnya laporan 'negatif' terhadap mereka. Pihak pengurusan akan cuba 'membaiki' keadaan dengan kadar segera. Baguslah tu...sekiranya lengah memberi penjelasan, jangan marah jika rakyat membuat berbagai andaian termasuk menembak 'payau' dari dalam pesawat...silap-silap kena sponson  kan susah nak explain pada ground crew nanti...he...he...he.

Nasihat saya, fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu yang 'haram' kerana 'mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia...?'. Lambat laun akan tersebar juga. Setakat dapat 'E' cat dan 'immediate' posting tak apa lagi...kalau nyawa melayang? Bagaimana conscience anda...tak rasa bersalah ke? Serius sikit...Sekiranya apa yang dikatakan memang berlaku, saya sungguh sedih dan kecewa sekali! 

Satu komen terhadap kenyataan Pegawai Perhubungan Awam TUDM...Apa maksud anda '...ketika kejadian terdapat antara tiga hingga lima anggota TUDM berada dalam pesawat itu'? Ini menggambar kapten pesawat tidak pasti berapa POB (Persons On Board)....Mustahil!! Kalau tak pasti, bagaimana beliau (kapten) memberitahu 'Tower'?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maj!
Itulah keadaan nya. POB pun tak pasti sebab ada rusa kot dalam pesawat.
Macam lah cerita tu tak akan keluar. Tak habis habis cari rusa... nak jamu siapa? PAT ke PTU ke atau pun seluroh anggota.
Hai entah la... nasib baik tak tertembak orang lain... daging rusa sedap kot!!!!! hehehehhee buat latihan... mesti ramai penumpang sampai PR TUDM tak pasti jumlah POB.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Saya teringat kisah Nuri terhempas di kawasan bukit dekat2 dengan Genting dlm setahun dua ni di mana wartawan dilarang dari mendekati pesawat malang tersebut dengan alasan keselamatan.

Mengikut cerita yang saya dapat dari spy leman mengatakan terdapat motosikal di dalam pesawat tersebut. Again, tiada siapa yg dapat mengesahkan berita tersebut.

Jadinya, tidak mustahil kalau terdapat statement "... terdapat ANTARA 3 hingga 5 anggota TUDM..." kerana besar kemungkinan ada POB so-called "haram" dalam pesawat berkenaan dan pastinya menimbulkan pelbagai persoalan.

Saya cukup berminat dengan cerita Air Crash Investigation di mana penyiasatnya begitu telus tapi di Malaysia ni, I just reserve my comment.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Saya sudah terlalu lama terkeluar dari circle helicopter sehingga tak tahu apa yang berlaku. Pagi tadi seorang rakan seperjuangan menceritakan xskn saya favourite pastime ialah memburu 'payau' dari Nuri sehingga terkena 'sponson'. Betul atau tidak...wallahualam. Mungkin ada kebenaran apabila terbaca komen anda. Itu sebabnya saya tambah sikit cerita tersebut.

Saudara Sanusi,

Bawa kapcai tak jadi masalah. Saya sendiri sentiasa membawa kapcai Honda 70 apabila membuat detasmen di Butterworth, KL, dll. Tanpa kapcai, pergerakan terhad.

Saya pernah jumpa arwah uncle anda, Kol Zali. Kalau tak silap, arwah bertugas di Supply Depot, TUDM KL di suatu ketika dulu.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Betul dah Kol Zali tu...

Tanpa Nama berkata...

Ya lah Maj! cari payau tu ok lah tapi anih ya... apasal nak di hebohkan tembak menembak tersebut. Mungkin yang jadi masalah nya perkara tersebut berlaku disebabkan mereka ni tak buat latihan menembak kot!!! Entah lah tetapi selalu nya akibat kurang latihan maka perkara yang mesti di buat mengikut SOP tak di amalkan... cincai je sebab bos pun cincai maka yang lain pun cincai....
Tak habis habis TUDM ni...Alahai... apalah petaka yang menimpa TUDM. Sabar aje lah siapa yang masih dalam perkhidmatan tu... elok lah skn yang terlibat tu buat sembahyang, tahlil dan berdoa moga moga di beri perlindungan.Amin...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Amin...

M.H.HAMZAH berkata...

en. kamal sanusi...cerita ada motorsikal dalam heli tu betul...sb sayapernah lihat gambar 2 yg di tangkap secara curi2 oleh anggota penyelamat dari Jab. Pertahanan Awam...yang turut terlibat mencari heli itu...