Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Pejuang Kemerdekaan?

Semasa saya pergi ke UKM pada 4 Oktober 2010, saya teringat bahawa UKM pernah menerbit buku 'Memoir Shamsiah Fakeh' dan 'Memoir Ibrahim Chik'. Saya pasti nama-nama mereka berdua ini bukan asing kepada pembaca era saya. Mereka adalah anggota Parti Komunis Malaysia (PKM). Teringin juga untuk mengetahui tulisan mereka. Justeru, saya telah membeli melalui 'mail order' dari Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya buku-buku berikut...
 
RM 30                      RM30

 
RM70                            RM18
Nota: Memoir Shamsiah Fakih & Memoir Ibrahim Chik tidak lagi diterbitkan oleh UKM tetapi sekarang diterbitkan oleh SIRD yang juga turut menerbitkan Memoir RASHID MAIDIN; alias CHING PENG oleh Media Masters, Singapura.

Saya sudah membaca 3 buku dan sekarang ini sedang membaca buku Chin Peng. Saya tidak berhasrat untuk membuat ulasan terhadap apa yang dibaca. Memadailah saya ambil petikan  arwah Shamsiah Fakeh '...Aku tidak pernah menyesal lawan British, tidak menyesal masuk hutan dan masuk Komunis'. 

Pandangan saya tentang 'pengorbanan' mereka masih tidak berganjak sepertimana yang saya luahkan dalam coretan pertama di sini. Harapan saya '....How I wish those Emergency veterans out there, MAF and Police, are willing to pen down their experiences in order to balance the one-sided stories for the benefits of the younger Malaysians...from our perspective!!' 

Kerajaan telah berjaya mengekang penjaluran komunisme melalui konsep 'KESBAN (Keselamatan & Pembangunan)'. Konsep ini diiktiraf oleh negara asing, termasuk Amerika Syarikat (AS). Lihat apa kata Jen David Petraeus, Panglima Tentera AS di Afghanistan sekarang ini...

dan Mej Jen Michael Jeffery, Governor General Australia...


Kadang-kadang terfikir juga mengapa saya tidak buat satu kajian secara ilmiah dalam isu ini. Kalau ada mereka yang sedia menyalurkan maklumat, mungkin secara serius boleh cuba memohon kepada IPTA untuk membuat pengajian PhD berpaksikan kejayaan Malaysia yang sekarang diaplikasikan oleh 'Polis Dunia'. Atau, sesiapa di luar sana sedia melaksanakan pengajian yang berteraskan kepada Patriotisme?  Ini pun satu fadhu kifayah.

Rabu, 29 Disember 2010

Hanya Tinggal Kenangan

Saya menerima e-mel ini, petikan '.... Saya minta izin untuk menggunakan beberapa photo dari blog tuan untuk dimuatkan kedalam music video youtube yang saya buat, A Tribute To The Forgotten Heroes & The Nuri. Video ini saya juga saya tujukan kepada tuan dan rakan-rakan 'Nuri' tuan yang lain.' 

Respons saya '....Terima kasih. Saya berasa terharu kerana sudi membuat u-tube 'A Tribute To The Forgotten Heroes & The Nuri'. Tiada halangan dan dengan berbesar hati .....di persilakan.'



Apa yang saya boleh katakan hanyalah ...TERIMA KASIH.

Isnin, 27 Disember 2010

Tenggelamnya KD Sri Perak

Rakyat Malaysia jarang dikejutkan dengan insiden yang melibatkan kapal-kapal TLDM. Seingat saya, hanya ada 3 insiden yang memusnah rekod 'accident-free' TLDM sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Paling terbaharu ialah kebakaran kapal bantuan logistik, KD Sri Inderapura, pada 9 Oktober 2009 di TLDM Lumut. Kapal tersebut terpaksa dilucutkan tauliahnya kerana korasakannya 'beyond repair'. Ikan-ikan yang paling seronok kerana dapat 'playground' baru...He...He...He.

Terbakarnya KD Sri Inderapura di Lumut (Ihsan kucenkuni)

Dua lagi insiden melibatkan LST KD Raja Jarom yang berlanggar dengan sebuah kapal tanker, Shoyu Maru,  di Selat Melaka dan telah mengorbankan seorang anak kapal pada 20 Disember 1982.
Kerosakan pada KD Raja Jarom (Ihsan utuhpaloi)

dan tenggelamnya KD Sri Perak (bunyi macam novel "Tenggelamnya Kapal Van De Vick" untuk subjek sastera di era saya) di Laut China Selatan pada 8 Januari 1984... 

KD Sri Perak sehari sebelum insiden (Ihsan lamandihati 25/3/2009

Apa yang saya tahu tentang cerita tenggelamnya KD Sri Perak hanya melalui laporan akhbar seperti The Star...
Petikan akhbar The Star

Justeru, apabila seorang pembaca, Pak Mail, menawarkan saya untuk menjadikan coretan beliau tentang insiden KD Sri Perak sebagai bahan cerita untuk buku kedua saya, sudah pasti saya tidak melepaskan peluang ini. Beliau adalah salah seorang anak kapal tersebut yang terselamat dan cerita ini adalah kisah pengalaman beliau sendiri ketika kejadian berlaku...first-hand exprience. Sehingga kini, inilah satu-satunya sumbangan dari anggota TLDM. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui cerita sebenar ini, sila klik di sinisinisini dan sini

Saya harap ada dikalangan pembaca yang sudi kongsi bersama tentang insiden KD Raja Jarom dan KD Sri Indrapura.

Saudara Pak Mail...Terima kasih.

Sabtu, 25 Disember 2010

Sungguh Memalukan

22 Dis, jam 1800...Saya telah pergi ke rumah jiran untuk menghadiri majlis pernikahan adik jiran tersebut apabila seorang 'golf-buddy' menalifon saya. Beliau ingin mendapat pandangan pakar IT ini. Menurutnya, PC beliau telah rosak dan ketika menalifon saya, beliau berada di kedai komputer. Soalan pertama...Saya 'pakai' laptop ke? Jawapan...Tidak, note book. Apa jenama yang bagus? Jawapan saya...yang nipis dan bateri tahan lama. Keesokan harinya beliau memberitahu bahawa beliau telah membeli net book. Inilah dalamnya pengetahuan IT  dua orang veteran!

Sementelah cakap pasal komputer, ini ada satu cerita yang sungguh memalukan saya. Pada awal November, lepas solat zuhur, saya telah 'on' internet tapi yang terpancar dalam skrin ialah "Unable to connect to the internet". Memang pernah berlaku sebelum ini dan melalui pengalaman, saya hanya perlu tutup suis selama 15 saat dan buka semula. Saya pun ikutlah prosidur ini tapi masih tak dapat melayari internet. Kebiasaan memang OK punya.

Oh ya, kebiasaannya, saya mengadap skrin komputer hanya selepas zuhur sehingga waktu asar sahaja. Masa inilah untuk mencoret apa yang terfikir dalam otak. Waktu malam untuk menonton tv atau membaca buku. Sebelum ke surau untuk solat subuh, pos coretan tersebut. Itulah rutin saya.

Hai...Ini masalah besar. Jawabnya telefon '100' untuk mendapat bantuan TM. Operator telah memberi arahan bagaimana nak 'memulihkan' servis ini. Tapi masih tak berjaya. Akhirnya beliau memberitahu yang beliau akan melaporkan kerosakan dan memberi # laporan. Menurutnya lagi, kemungkinan keesokan hari juruteknik akan datang untuk membaiki kerosakan.

Keesokan hari...Ding dong lah bunyi loceng dalam rumah yang ditekan oleh juruteknik. Apa masalah encik? Tak boleh 'access' internet. Saya pun membawa mereka ke 'study room'. Masuk saja, salah seorang tu masukkan...

Eh..Eh...Eh...Engkohnya saya tak 'plug in' line telefon kepada soketnya....mati hidup balik pun memang tak dapat access internet! Apa lagi alasan yang nak diberikan selain '...maklum sajalah veteran macam saya ni dah banyak lupa!'.

Khamis, 23 Disember 2010

Sudah Bersedia?

Masih tak habis kisah ini. Hayatilah pandangan Tun Dr Mahathir...

Klik untuk membaca

Pada jam 2200, 15 Dis, saya telah menonton Astro saluran 701- CSI Miami.  Secara ringkasnya, beberapa buah kedai emas telah kena rompak. Yang memeningkan heronya, Lt Horatio Caine, ialah perompak-perompak tersebut membuang batu berlian; mereka hanya mengambil emasnya sahaja. Jawabnya, hero pun bertanya kepada seorang banduan, pakar perompak emas, mengapa emas? Jawab sipenyangak ialah kerana emas adalah satu komoditi yang nilainya sentiasa naik. Nilai US$, RM, Yen, Euro, dll, akan turun tetapi emas sebaliknya.

21 Dis...Akhirnya berita yang saya nantikan setiap Disember diumumkan....Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang maha Pemurah. Bagi memudahkan pengiraan, saya puratakan agihan pendapatan kepada 8% sahaja (biarlah konservatif sikit). Sekiranya anda ada RM100K pada 1 Jan sehingga 31 Dis 2010, pada 2 Jan 2011, pulangan pelaburan ialah RM8K=~RM700 sebulan...tax-free income!! Mungkin bagi sesetengah pihak, apalah sangat RM700, tetapi jumlah ini sungguh bermakna bagi majoriti rakyat.

Berbagai 'instruments' pelaburan telah diwujudkan untuk mereka yang mempunyai pandangan jauh. Saya hanya mampu 'menunjukkan' jalan demi untuk kehidupan di waktu maghrib nanti (tak boleh dielakkan). Semuanya terpulang kepada anda...tepuk dada tanya selera. Kita hanya mampu berusaha...Allah yang menentukannya. Fikir-fikirkanlah!!

Selasa, 21 Disember 2010

30Km/J Atau 70Km/J?

Ada kaitan dengan cerita ini. Sekiranya anda dari Kepala Batas menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), anda sudah pasti terpandang notis had laju ini.

Dari Kepala Batas ke Terminal LTSAH

Sekiranya dari LTSAH ke Alor Setar pula, notis ini terpacak sebelum susur keluar ke jalan raya...

Dari LTSAH ke Alor Setar

Apakah intrepretasi anda tentang had laju ke bangunan terminal LTSAH dari Kepala Batas...30kkm/j dan dari Alor Setar...70km/j? Hanya terdapat 2 notis ini sahaja sepanjang jalan lebih kurang 1 km.  Jangan ketawa...setiap orang berhak menterjemahkan apa yang beliau fikirkan betul. Mungkin yang berkata 30km/j berlandaskan kepada kesibukan  LTSAH mengendali begitu banyak penerbangan berjadual...6 penerbangan dalam sehari dan semalam - MAS (2), Air Asia (2) & Fire Fly (2). He...He...He. Sekiranya, 30km/j dari Kepala Batas, saya ingin syorkan kepada Pak Dato' untuk memasang 'jerat' kerana 99.9% kelajuan kenderaan yang menggunakan jalan ini melebihi had laju yang digezetkan...gerenti mengena punya! Ataukah kemungkinan jalan ini hanya untuk  'steamroller' agaknya?

Ha...Ini satu lagi notis yang sungguh mengelirukan. Notis yang terpacak selepas rumah tol Hutan Kampung ke arah Bukit Kayu Hitam...

Notis 90km/j dan MULA

'90' menunjuk ke arah sawah padi apabila melepasi notis

Mungkin PBT dan PLUS kurang senang sekiranya mereka membaca coretan ini kerana memperlekehkan kewibawaan mereka. Tapi, mengapa mewujudkan keadaan dimana pengguna akan mempertikaikan tindak-tanduk mereka? Fikir-fikirkanlah.

Ahad, 19 Disember 2010

Andainya...

Mana boleh duduk diam! Selain menghantar e-mel yang petikannya dipaparkan di sini, saya e-mel pula kepada Dato'-Dato' Politikus...

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Dato' Zahid Hamidi ; Mininter of Def ; YB Dato Rais yatim ; KP FINAS 
Cc: Tan Sri Azizan ; PTU ; PTU ; Maj Kamarul RMAF RMAF ; Kol Jamal Kesek ; KSU KEMENTAH ; Lt Kol Shuhaimi MA ; sidek ksn 
Sent: Friday, 17 December 2010 9:20:57
Subject: "Intellectual Property"


Assalamualaikum Tan Sri/Datuk/Tuan,

Rujuk petikan coretan berikut dalam blog saya http://xnuripilot.blogspot.com (ini). Saya tidak pasti sama ada jalan cerita filem yang akan dibuat berdasarkan kepada blog/draf manuskrip saya. Saya telah mengolah coretan dalam blog untuk dibukukan dan ketika ini draf manuskrip tersebut berada di sebuah IPTA untuk dinilai dan seterusnya diterbitkan. Saya telah menyarankan kepada pengarah terbabit agar membaca blog saya yang ber'label'kan "Unforgettable Flying Experiences" dan "Tragedi Gubir" bagi mempastikan sama ada filem yang dirancangkan - Alfa Charlie: Diari Seorang Pilot - bersamaan dengan apa yang saya tulis. Kecewa sekali, respons beliau '...saya rasa tak perlu membacanya krn ia tiada berkhaitan dgn filem ini. harap maalum'.  Bagaimana beliau mengetahui tiada persamaan sekiranya tidak membaca blog saya?

Setahu saya, tiada seorang pun mantan pilot Nuri yang mencoretkan pengalaman sepertimana yang saya lakukan. Saya tiada 'access' kepada sinopsis cerita tersebut untuk dijadikan bandingan. Saya telah menghantar sms kepada PAT dan PTU yang saya sedia berjumpa dengan staf mereka untuk membaca sinopsis apabila MTU menerimanya nanti. Saya yakin MTU mesti diberi sinopsis/skrip terlebih dahulu kerana cerita ini melibatkan TUDM.

Secara jujur saya katakan, ANDAINYA cerita ini berlandaskan kepada tulisan saya (walaupun diolahkan), saya sangat teruja dan bersyukur kepada Allah kerana akhirnya pengorbangan kami, TUDM amnya, krew Nuri khususnya, diberi pengiktirafan. Apa yang saya kesal ialah saya tidak pernah dihubungi terlebih dahulu. Sekiranya terbukti ianya diciplak, sanggupkah sebuah agensi kerajaan meneruskan penggambaran nanti walaupun sudah mengetahui asal usul filem berkenaan? Di manakah 'conscience' pembuat keputusan? Tidakkah agensi terbabit menghormati 'Intellectual Property' sepertimana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan? 

ANDAINYA  CERITA DARIPADA TULISAN SAYA....Isu ini tidak akan timbul sekiranya pengarah menghubungi dan berunding dengan saya. Malah saya tidak keberatan berkerjasama sekiranya beliau memerlukan bantuan saya bagi menjayakan pembikinan filem tersebut. Atau, mungkinkah ini semuanya secara kebetulan sahaja? Wallahualam.

Harap mendapat tindakan sewajarnya. Fikir-fikirkanlah dan terima kasih. 

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

...dan turut menalifon FINAS, bahagian Perlesenan, untuk bertanyakan sama ada mereka sudah menerima skrip/sinopsis filem berkenaan. Menurut seorang pegawai FINAS, sehingga kini beliau belum menerima sebarang dokumen berkaitan pertanyaan saya. Prosidur agensi kerajaan tersebut menghendaki  penerbit/pengarah memajukan dokumen-dokumen, seperti skrip/sinopsis, sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggambaran bermula. Sekiranya tiada sebarang masalah atau pertikaian, barulah lesen diberi bagi memula penggambaran. Saya telah 'forward'kan e-mel di atas kepada beliau 'untuk makluman dan perhatian'nya. Jadi, buat masa ini...Tunggu dan lihat  sajalah.

Sabtu, 18 Disember 2010

Usahawan...Syabas

Lanjutan kepada coretan ini, saya tabik spring kepada Puan Mazliana yang boleh dihubungi di sini. Seorang graduan Kolej Komuniti, Banting, beliau berjaya menjadi seorang usahawan dalam industri Coklat. Kaedah pemasaran dan promosinya mudah saja dan percuma...blog. Dengan ada kemahiran asas ini, perniagaan beliau terus berkembang dan produknya mendapat sambutan yang memberangsangkan.


Kepada Bakal/Usahawan...Hanya satu pesanan saja, itu pun kalau sudi membacanya. Melalui pemerhatian saya, banyak perniagaan gagal berkembang, malah ada yang tutup kedai dan usahawan diistihar muflis, kerana 'tersilap' dalam pengurusan kewangan. Paling asas yang semua usahawan mesti ingat ialah anda mesti 'mengasingkan' diri - perniagaan/bisnes sebagai satu entiti dan anda adalah seorang pelanggan kepada bisnes tersebut. Entiti tersebut adalah 'bos' dan menggajikan anda. Sekiranya anda makan satu coklat dari bakul, anda mesti membayarnya. Sekiranya anda terlupa diri, jawabnya bungkuslah bisnes dan tanggunglah kesengsaraan yang akan dihadapi.

Masalah ini boleh ditangani dengan menghadiri kursus asas perakaunan. Justeru, lapangkanlah masa untuk memahami kaedah 'simpan kira-kira'. Renung-renunglah prinsip asas perakaunan... semua 'potential loss' terus diambil kira manakala 'potential gains' hanya dicatatkan dalam buku apabila ianya terbukti. Memang konservatif tetapi anda akan bersedia untuk berhadapan dengan masalah nanti. 

Apa pun, yang paling utama sekali ialah nawaitu mestilah untuk mendapat keberkatanNya. Percayalah...apa jua bidang yang diceburi akan berjaya, InsyaAllah. (Dah jadi consultant pulak...He...He...He).

Puan Mazliana...Syabas.

Jumaat, 17 Disember 2010

Pendidikan Sepanjang Hayat

Saya menyahut seruan kerajaan agar rakyat mengambil peluang untuk menimba ilmu terutama untuk memahirkan diri dalam satu-satu bidang. Jadi, pada 15 Disember 2010, saya telah menghantar borang ke Kolej Komuniti di Bandar Darulaman untuk mengikuti Kursus Pendek berikut...
  • Aplikasi Komputer MS Word
  • Aplikasi Komputer MS Excel
  • Aplikasi Komputer MS Power Point
  • Pembangunan Laman Web
  • Adobe Photoshop
  • Baik Pulih Peralatan Elektrik 
Jangan ketawa...saya serius! Sekarang ni, kena minta tolong pada saudara Katon Tin Ton dan saudara Mangchikla. Mujurlah mereka berdua sedia melayan mejar pencen ni. Sikit-sikit melayanglah e-mel pada depa dan, Syukur Alhamdulillah, tak pernah mereka menghampakan saya. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih pada depa berdua. Sehingga sekarang, saya tak tahu pun macam mana nak buat 'arrow' pada gambar. Yang saya tahu hanya lukis garisan menggunakan 'paint'. Orang cakap aturkan gambar dalam 'picasa'...apa benda tu? Kalau pergi kedai komputer, soalan yang nak ditanya pun tak tahu. Habis-habis tanya bateri tahan berapa lama. Yang diminat hanyalah 'physical appearance' - warna hitam, nipis...'spec' tak faham. Itulah cerdiknya pengetahuan IT saya!!

Mengapa nak ambil kursus Baik Pulih Peralatan Elektrik pula? Yang saya tahu hanyalah mengganti 'plug', itu saja. Ada masalah lain, senyum memanjang 'doktor' peralatan elektrik. Yang sedih sangat...kerap kena kelentong!

Pihak kolej akan menghubungi saya sekira jumlah 'pelajar' mencukupi untuk mengadakan kursus tersebut.  Kosnya murah sahaja...RM1 sejam. Tak tahulah pula berapa jam untuk satu-satu kursus tersebut. Agaknya sayalah yang paling 'senior' - tokwan - nanti. Tak kisahlah.

Serius sikit. Ada seorang Prof dari UUM mencadangkan mengapa tidak saya mengambil pengajian PhD berpaksikan 'buku' yang akan dicetakkan nanti, InsyaAllah. Out of curiosity, saya telah menghubungi seorang rakan di Maktab Pertahanan mengenai kajian tentang komusime. Menurut beliau, kajian secara ilmiah mungkin belum dilakukan. Malaysia telah diiktiraf dunia sebagai sebuah negara yang berjaya membendung kemaraan komunisme sehingga termeterainya Perjanjian Haadyai pada 2 Disember 1989. Sesiapa yang berminat, kajian dipermudahkan kerana ramai daripada mereka yang terlibat - penjawat awam, ATM dan PDRM -masih bernafas lagi.

Tak ada ke pembaca yang berminat? Saya?...Troli perlu ditarik...He...He...He.

OKlah pasal kesarjanaan. Cakap pasal punca rezeki. Saya sangat menggalakkan remaja mengikuti kursus kemahiran, seperti menjahit, memasak, mekanik, dll. Tukang jahit saya memperolehi kemahiran daripada GIAT MARA. Sekarang ni, dia tak menang tangan. Kalau musim raya, nak tempah baju melayu kena hantar sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum. Kalau tidak, tunggu lepas raya baru siap. Upah baju kemeja tangan pendek - RM40 (Praiman - RM85, Sparksmanshop - RM100+). Ini standard Bandar Darulaman. Buat permulaan, kerja boleh buat di rumah; modal hanya gunting, mesin jahit, benang, 'tape', buku dan MINAT.

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Khamis, 16 Disember 2010

Boleh Dipertikaikan

Masih kisah saman trafik ini. Apabila difikir sejenak, kalau kena saman melebihi had laju di Jalan Kepala Batas - Alor Setar, kita boleh mempertikaikan saman tersebut. Had laju di jalan ini ialah70 km sejam. Masalahnya, sepanjang lebih kurang 8 km (sehingga lampu isyarat berhampiran dengan Pusat Kesihatan/Penjara, Alor Setar), hanya terdapat masing-masing SATU notis sahajayang terpacak ke arah Alor Setar dan ke Kepala Batas (KB). Lihat peta untuk lokasi notis"70Km/J" dan juga "jerat" yang kerap mengena mangsa-mangsanya.



Dari Kepala Batas...Notis tersebut dipacakkan berhadapan masjid melepasi 'flyover' yang melintasi landasan keretapi....

Berhadapan dengan masjid

Dari Alor Setar...Berhampiran dengan KMC...

Notis di'redup'kan oleh pokok bunga 'Semarak Api'

Pembaca...Katakanlah anda mahu pergi ke Kepala Batas dari arah Gunung Keriang, anda pacu kereta macam memandu di lebuh raya - 110 km tanpa menyedari Pak Dato' sedang membuat 'Ops Derma' sebelum sampai ke persimpangan ke lapangan terbang. 2-3 bulan lepas tu, terima surat meminta derma. Anda boleh mempertikaikan notis tersebut kerana sepanjang jalan ke KB dari persimpangan Gunung Keriang tiada sebarang notis had laju! 

"Jerat" yang kerap dipasang ke arah Alor Setar pula...Pak Dato' dengan senyum berselindung di bawah jejambat berhampiran masjid Alor Merah.

Saya masih ingat satu kisah ketika berkhidmat di TUDM Kuantan di suatu ketika dulu. Pegawai Memerintah Pangkalan telah disaman kerana memandu melebihi had laju dan mendiang enggan membayar denda yang dinyatakan dalam notis. Justeru beliau dikehendaki hadir di mahkamah Kuantan atas kesalahan trafik. Apabila ditanya mengaku salah atau tidak? Jawapannya ialah TIDAK.Alasannya? Adakah alat mengesan had laju tersebut dimenentukurkan (calibration)? Terkapai-kapailah pihak berwajib nak menjawabnya. Buang kes.

Berbalik kepada notis di Jalan Kepala Batas - Alor Setar, pihak berwajib sepatutnya menambah lagi notis sepanjang jalan tersebut kalau iapun mahu mengutip dana bagi membolehkan kerajaan memberi elaun untuk penerima JPP, PTU & KPK...He...He...He.

Rabu, 15 Disember 2010

Intellectual Property

ANDAINYA filem"Alfa Charlie: Diari Seorang Pilot" hasil ciplak dari draf "Keringat, Darah & Tangisan (tajuk sebelum itu "coretan xnuripilot")...

Para Pembaca...Terima kasih di atas sokongan anda terhadap coretan ini

Blogger azwazis said...

Salam Tuan,

Saya ada terbaca gak article ni dlm paper few days ago. Bila baca je tajuk, saya cam dapat agak perhaps the story will be based on your writings...

Keep on sharing sir!!

You're an insipiration to some of us!!

Rgds
December 14, 2010 9:49 AM

Blogger yastro said...

Akhirnyaa.....
Saya juga percaya semua ni diilhamkan oleh blog tuan...Lagi satu,
Kalau kat Mesia ni rasanya bab2 "lembu punya susu,sapi dapat nama" tu dah biasa sangat....susah nk ubah dahhhh.
December 14, 2010 10:22 AM

Blogger Katon Tin Ton said...

tuan,
kita follow saluran undang2 ciptaan manusia insyaallah lembu boleh dapatkan royalti dari SAPI
December 14, 2010 10:24 AM

Blogger mangchikla said...

Ceh baru nak cakap Katon dah cakap dulu :D
December 14, 2010 10:47 AM

Blogger Katon Tin Ton said...

budget sampai 4 juta, tapi ciplak karya org chaiiitt
December 14, 2010 10:52 AM

Blogger Abah said...

Salam tuan,

Kalau betul apa yang diperkatakan itu, ini sudah dikira mencuri bahan cerita@cetakrompak hasil orang lain dan mendapat keuntungan dari nya. Sekiranya jalan cerita yang difilemkan itu berdasar apa yang diambilnya dari sumber ini, saya kira perkara ini boleh dibawa kekamar perundangan untuk diadili agar trend ini tidak menjadi ikutan dimasa-masa hadapan.
December 14, 2010 12:19 PM

Blogger Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Saya mencadangkan agar Tuan SEGERA mendaftarkan manuscript tersebut sebagai harta intelek. Kalau mereka guna juga tanpa kebenaran, kasik saman berjuta-juta lemon.

Cerita menciplak karya org lain ni memang tak asing lagi di dalam dunia filem kerana penggiat industri berkenaan semuanya brain-drain. Yg tak kering adalah mengenai cerita cinta ajer, tu pun gagau idea filem dari luar jugak.

So, jangan buang masa Tuan. SEGERAKAN pendaftaran harta intelek tu. Worst case senario, take court injunction to stop all those parties yg dok senang hasil kepayahan org lain.

Jgn bagi depa anggap yg kita ni sekalipun dah tamat service boleh dilayan mcm bangsat hanya kerana mereka ada kabel ngan org tertentu.
December 14, 2010 12:31 PM

Anonymous X-PALAPES said...

bagus kl betul depa nak bt filem.sekurangnya dapat juga dedahkan perjuangan perwira kita. Lagi bagus kl sedikit hasil keuntungan filem tersebut dapat didermakan kepada perwira kita yang terlibat sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal.
December 14, 2010 1:17 PM

Anonymous Major (Rtd) D.Swami said...

If you find that it had been plagiarized from your book, sue him for everything he has got.
December 14, 2010 1:56 PM
Blogger Faisal said...
Mejar, it's true that you're not the only Nuri pilot. But, you're the only one (that we know of) who writes his own experiences during the 2nd Insurgency for the public to read in the blogosphere. Dalam dunia hiburan sekarang ni dah banyak drama2 yg diciplak dari luar negeri. Malangnya, ramai yg mengaku hasil ciplak tu karya mereka sendiri. Entahlah...
December 15, 2010 1:17 AM

Blogger Kamal Sanusi said...

Salam Tuan...

I would agree with all commentators namely Major D.Swami, Faisal and Abah.

You should take necessary action in giving the said party a lesson not to f**k around with you and generally the ex-servicemen.

If you can fight for those JPP, PTU & KPK recipients, there is no reason for you to fight for your own solely right on the manuscript.

I guess the title of this posting should read as follows:

Lembu Punya Susu... Babi Dapat Nama.

Don't treat the ex-servicemen like a shit

Sorry Tuan, emotional skit pagi ni. I used to make one penjawat awam in Langkawi being transferred sbb tukar muka depan ajer proposal saya then kasik pada kroninya. Plan awal nak bawa kes jenayah tapi tak sampai hati sebab memikirkan anak-anaknya. I know what it mean bila ada org plagiat ciptaan kita nie...
December 15, 2010 9:17 AM

Anonymous Anonymous said...

salam tuan,

sbg pegawai staf perundangan dan guaman TLDM, sy cadangkan tuan berhubung dgn Biro Bantuan Guaman (BBG) ataupun Bar Council dan dapatkan nasihat drp mereka mcm mana nak daftarkan manuskrip tuan tu sbg harta intelek ataupun intelectual property. Selepas pendaftaran harta intelek dibuat, pihak2 yg berkenaan tak bleh sesuka hati menceduk atau menggunakan manuskrip tuan tu..they have to get the approval from u because u are the only one that have the copyrights. Klu penerbit tu buat gak citer psl pilot nuri dgn menceduk idea dr manuskrip tuan tanpa kebenaran maka tuan bleh saman dia.

Mmg menjadi hasrat sy utk tengok producer filem di malaysia menerbitkan kisah wira2 yg tidak didendang...tetapi proses dan prosedur tu kena betul..bknnya sesuka hati ceduk dan ciplak idea org lain tanpa kebenaran.

Lt Khaidir
December 15, 2010 11:13 AM
4 Dis jam 7:05 AM...Saya telah 'copy & paste' coretan tersebut dan melayanglah ianya kepada PAT & PTU. Apa yang tersirat ialah adakah organisasi tersebut  sanggup bersekongkol dengan seorang 'penciplak' bagi menaikkan imej agensi tersebut? Penulis pula mantan warga TUDM sendiri? Tanpa kerjasama TUDM, filem itu tidak dapat dilaksanakan. Terkejut juga dibuatnya apabila menerima e-mel dari Markas Tentera Udara (MTU) agar saya menalifon pegawai tertentu. Pegawai tersebut bertanyakan siapakah 'mejar' yang dimaksudkan oleh pengarah terbabit dalam pembikinan filem tersebut? Menurut beliau (pegawai), PTU tidak tahu menahu perkara ini. Hai...Macam mana ini boleh berlaku? Mungkinkah pengarah itu 'bypass' PTU dan terus berjumpa PAT? Itu sebabnya dia kata dia boleh dapat apa-apa maklumat dari PAT...Sungguh high powered!

14 Dis jam 2:44 PM...Sekali lagi saya telah menghantar e-mel pada pengalamat yang sama '...Saya berharap TUDM dapat mengesahkan punca bahan cerita daripada pengarah berkenaan ketika beliau berhubung dengan TUDM bagi melaksanakan penggambaran itu kelak. Janganlah filem yang menonjolkan TUDM hasil dari penerbit/pengarah yang menciplak karya xnuripilot...hormatilah 'Intellectual Property'.

Diari...buku yg mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian (Kamus Dewan edisi ke4).

Bersama ini saya turunkan "Pendahuluan" dan "Kandungan" yang terdapat dalam draf "Keringat, Darah & Tangisan" sebagai 'preview' (klik untuk membaca)...



Ini pula "Kandungan"nya...

  

Objektif saya menurunkan "Pendahuluan" dan "Kandungan" agar mereka yang terbabit meneliti 'diari' ini sama ada ianya ada persamaan dengan tulisan 'mejar' berkenaan. Buku ini menceritakan kisah saya semasa alam persekolahan sehingga bersara. Saya turut memberitahu pengarah berkenaan bahawa buku tersebut dalam proses penerbitan tidak lama lagi, InsyaAllah. Apabila diterbitkan nanti, ianya secara automatik akan menjadi ''Hak cipta terpelihara". Sebarang penyalinan dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran penerbit boleh diambil tindakan undang-undang. Jawapannya melalui sms '...do what u think is right...krn ia tiada khaitan dgn filem ini'. Mungkinkah satu 'kebetulan' sahaja? Wallahualam!

OKlah mungkin tiada kaitan dengan buku saya. Siapakah 'mejar' terbabit...teringin juga nak berjumpa dengan beliau supaya dapat kongsi pengalaman.

Nota: Saya ada temu janji dengan Penerbit IPTA di Kuala Lumpur pada Isnin, 20 Disember 2010, untuk membincangkan penerbitan buku tersebut, InsyaAllah.