Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

Kandungan Buku

Bila saya pi kedai nak beli buku, sudah pasti saya nak selak buku tu sebelum membelinya walaupun dah dilekatkan dengan tape...Dulu-dulu le, sekarang tak lagi. He...He...He. Tapi bila pesan buku melalui alam maya, mana nak tahu apa kandungannya....entah-entah kelentong yang lebih. Saya tak nak pembeli buku saya terkilan apabila membeli buku yang saya hebohkan satu dunia. Justeru, bagi mengelak sebarang kekesalan nanti, bio le saya secara jujur memaklumkan apa yang terdapat dalam buku itu - "Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain".

Kandungan

Sekapur Sireh

Kata Alu-Aluan

Dari awal lagi saya dah katakan buku ini adalah kompilasi coretan yang terdapat dalam blog saya. Ini bermakna selain 1 nukilan pendek saya, saya membukukan kisah-kisah para veteran. Saya telah meminta kebenaran daripada tuan empunya cerita. Nak tahu ceritanya, klik saja di'link' berikut, itu saja. 
  • Pendahuluan: Di sini.
  • Bab 1: Di sini. 85 gambar. Termasuk komen-komen oleh Lt Kol Basri Omar (7/7/2010), Anonymous (7/7/2010), Trooper_knife (7/7/2010 & 15/4/2011), Kamal Sanusi (8/7/2010 & 28/3/2011), mangchikla (9/7/2010), FMZam (9/7/2010), Jibeng (11/7/2010), azlee (13/7/2010 & 1/10/2012), Anonymous (28/7/2010), abu muza (28/7/2010), Marniyati Mohd. Nor (20/10/2010), ~me myself~ (26/12/2010), Aiey Aziz (17/5/2012), nur_emyinda12 (25/8/2012 x 2, 10/9/2012, 27/9/2012, emel 1/10/2012), SENAPANG PATAH (27/9/2012), CharliePondok (27/9/2012), Arunzab (28/9/2012), bob villa (28/9/2012), Anonymous (28/9/2012), emel Siva Velu (27/9/2012), 2 x emel Johari Ahmad, Arunzab (30/9/2012 & 4/10/2012)), muhd akmal (1/10/2012), Anonymous (1/10/2012),  Sham@Kumai@KG@Jack (4/10/2012) dan F (4/10/2012). 
  • Bab 2: Di sini.
  • Bab 3: Di sini. Diedit sikit. 
  • Bab 4: Di sini.
  • Bab 5: Di sini. Termasuk komen oleh Lt Kol Robert Rizal & FMZam.
  • Bab 6: Di sini.
  • Bab 7: Di sini.
  • Bab 8: Di sini.
Sekarang terpulanglah kepada para pembaca blog yang saya hormati sama ada nak beli atau sebaliknya. Mungkin minggu depan kesemua 1500 naskah yang dicetak akan siap, insyaAllah.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,
Memang dah lama buku yang kedua ni.So macam mana nak dapatkan,dan berapa harga senaskah...Saya memang nak tempah satu..

Tanpa Nama berkata...

mcm mn nk beli tuan....?

Nazri berkata...

Assalammualaikum..boleh tak saya nak booking satu.....

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

BRAVO.

Akhirnya - sebuah lagi khazanah berharga negara - buku kedua Tuan berjaya direalisasikan; dengan izin Allah SWT - berkat usaha gigih Tuan yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu.

TAHNIAH Tuan!


p/s InsyaAllah i will email you my orders ya Tuan. Btw, so nice of you to republished my comments in this greatPausedc book.

jejakmerdeka berkata...

Tahniah, penulis di samping mengharapkan pihak pengedar mempromosi buku yang dihasilkan boleh juga bertindak sebagai "penjual" melalui aktiviti Bicara Karya atau bergabung dengan program yang saya usahakan iaitu Jelajah Buku Aspirasi Pembaca bertemakan Pembaca dan penulis bagaikan Aur Dengan Tebing

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

BRAVO.

Akhirnya - sehuah lagi khazanah negara - buku kedua Tuan ; dengan izin Allah SWT dan berkat usaha gigih Tuan yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu.

TAHNIAH Tuan !

p/s InsyaAllah, i will email my orders via your email Tuan. Btw, gracias Tuan, so nice of u to republished my comments regarding your blog entries of TLL. Very much appreciate it.

Cipher berkata...

Tuan, skrg ni susah nak jumpa orang jujur. Terlalu sedikit bilangan mereka. Tuan adalah termasuk yg sedikit tu. Tak ramai penulis buku yg sanggup inform pembeli secara agak detail ttg isi kandungan & coretan di dalam buku tersebut.

Mrkumai @ Jack berkata...

Salam tuan,
saya dah emailkan tadi untuk sebuah.

Harap dapat email saya yang dhantar ke nibsny@yahoo.com .

Mrkumai @ Jack berkata...

Salan Tuan,

saya dah emailkan ke nibsny@yahoo.com untuk sebuah.. harap dapat balasan email kelak ..

Tanpa Nama berkata...

Salam, Tuan..
menarik buku ni.. tp, mcm mana saya nk beli buku ni?

Tanpa Nama berkata...

Tuan, mcm mana sayya nk beli buku ni?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara/Saudari,

Terima kasih diatas sokongan anda semua. sms saya di 019-4744849.

2-3 hari ini agak sibuk sikit berulang ke Kangar kerana buku akan dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada 19/3 di Perpustakaan Awam Perlis, Kangar. Ini kali ke2 agensi tersebut mempelawa saya. Kali pertama penghujung Feb tapi masa tu buku masih tak siap. Kali ni depa menganjur majlis Program Keunggulan Naskah Lama dan mereka mengambil kesempatan untuk melancarkan buku saya.