Syukur alhamdulillah, akhirnya Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang saya melanggan, menyiarkan surat saya berikut:
Pengikut
Khamis, 29 Ogos 2019
Khamis, 22 Ogos 2019
PKM: Komunisme Dan Islam
Pertama sekali, biarlah sejujurnya saya akui bahawa saya bukannya seorang pakar dalam bidang komunisme. Saya hanya mencoretkan apa yang saya baca dari buku dan akhbar sahaja. Tidak terlupa pandangan Dr. Google, he...he...he. Kalau nak tahu lebih mendalam, harap-harap para pakar di luar sana sudi kongsi bersama ilmu mereka. Ilmu tanpa dikongsi dan dipendam sahaja tidak membawa sebarang erti...lagi pula kan menyebar ilmu itu adalah satu ibadah, betul tak?
Satu soalan yang paling asas yang perlu ditanya oleh mereka yang kurang jelas mengenai teori komunisme ialah: Apakah teori komunisme terhadap agama? Jawapan yang paling asas ialah KOMUNIS TIDAK PERCAYA KEPADA SEBARANG AGAMA. Noktah. Karl Marx menyamakan "agama adalah candu rakyat". Itu dari bacaan. Saya sendiri mendengar akuan kebenaran teori tersebut dari Ah Chen, seorang gerila PKM dan penjaga 'Piyamit Tunnel' di Betong, semasa saya menemubualnya pada 24 April 2016. Jawapannya kepada soalan yang diajukan kepada dia mengenai anutan agamanya ialah 'komunis mana ada agama' (di SINI). (Jangan lupa PKM tidak pernah dibubarkan).
Memetik coretan saya di SINI, tidak dinafikan mereka menentang penjajah tetapi objektif mereka tidak berganjak walau seinci pun untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia sebuah negara komunis yang tidak percaya kepada agama; Perlembagaan Negara dengan jelasnya menyatakan bahawa ISLAM adalah AGAMA negara ini. Ini terbukti apabila penentangan bersenjata mereka berterusan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik walaupun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Satu soalan yang paling asas yang perlu ditanya oleh mereka yang kurang jelas mengenai teori komunisme ialah: Apakah teori komunisme terhadap agama? Jawapan yang paling asas ialah KOMUNIS TIDAK PERCAYA KEPADA SEBARANG AGAMA. Noktah. Karl Marx menyamakan "agama adalah candu rakyat". Itu dari bacaan. Saya sendiri mendengar akuan kebenaran teori tersebut dari Ah Chen, seorang gerila PKM dan penjaga 'Piyamit Tunnel' di Betong, semasa saya menemubualnya pada 24 April 2016. Jawapannya kepada soalan yang diajukan kepada dia mengenai anutan agamanya ialah 'komunis mana ada agama' (di SINI). (Jangan lupa PKM tidak pernah dibubarkan).
Berpaksikan kepada teori dan pengakuan gerila tersebut, adakah orang Melayu-Islam yang menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) mengamal ajaran agama Islam sepanjang tempoh mereka bersama PKM menentang kerajaan hingga 2 Disember 1989? Tarikh keramat yang menyaksikan mereka meletak senjata dengan termeterainya Perjanjian Damai yang ditandatangani di Hotel Lee Gardens, Hat Yai, Thailand.
Saya tiada jawapannya. Setakat pembacaan saya yang begitu terbatas, isu ini tidak banyak diperkatakan. Justeru, saya hanya mencoretkan bersandarkan kepada apa yang saya baca.
Jawapan kepada isu ini sedikit sebanyak dicerahkan oleh Allahyarham Musa Ahmad, mantan Pengerusi PKM semasa ditemubual oleh Chamil Wariya (Dato'), wartawan Utusan Malaysia pada Julai 1984. Apabila diajukan perbezaan Islam dan komunisme, Musa Ahmad tanpa ragu-ragu memberitahu bahawa tiada persamaan antara keduanya; perbezaannya "...bak bumi dengan langit" (Chamil Wariya, Mingguan Malaysia, Kembali Ke Jalan Allah, Rencana Khas, 15 Julai 1984, hlm. 5).
Allhahyarham Musa Ahmad. Sumber: puteralapismahang.blogspot.com
Menyentuh akidah pula, beliau semasa menjadi ahli PKM dan bergiat aktif sebagai gerila, menjelaskan "...Sekarang saya dapat menunaikan sembahyang fardu bila tiba waktunya. Tidak seperti di Peking atau dalam hutan dulu. Saya bukan sahaja tidak menunaikan amal ibadat yang disuruh oleh Allah, tetapi saya menjadi penghalang kepada anak-anak buah saya yang ingin berbuat demikian. Sebagai pemimpin tertinggi dalam PKM saya dimestikan menunjukkan contoh yang harus diikuti oleh orang bawahan saya." (Chamil Wariya, ibid.).
Selain penjelasan tersebut, menurut Allahyarham Dato' Mocktar Mahmud Baginda beliau difahamkan bahawa "...perkahwinan anggota rejimen (Rejimen ke-10) itu tidak berlandaskan hukum Islam. Sekadar mengaku sumpah setia di hadapan ketua mereka sahaja." (Myzara. (2015). Di Sebalik Rundingan Damai Hat Yai. Shah Alam:Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., hlm. 174). Beliau dimaklumkan bahawa kakaknya, Siti Norkiah telah berkahwin dengan Abu Samah Kassim, seorang pemimpin Rejimen ke-10 semasa bertemu dengan kakaknya itu di pergunungan Weang, Thailand pada 1981. Hasil pertemuan ini dan lawatan selanjutnya merintis kepada termeterainya Perjanjian Damai pada Disember 1989 (di SINI, SINI & SINI).
Namun demikian, tulisan Rashid Maidin yang menyentuh kaedah perkahwinan menyanggah Dato' Mocktar. Menurut Rashid, dia tidak balik ke Rejimen ke-10 sebaik sahaja Pertemuan Baling 28-29 Disember 1955 berakhir, sebaliknya tinggal buat sementara waktu di penempatan Chin Peng di kawasan selatan Betong yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand. Ketika berada di situ, dia telah berkenan dengan seorang gerila dari kaum Cina. Menurutnya, setelah dipersetujui oleh pihak atasan serta tiada tentangan dari mana-mana pihak, "...maka saya pun menikah dengan dia secara syarak, dan nama Islamnya ialah Selamah binti Abdullah." (Rashid Maidin. (2005). Memoir Rashid Maidin. Petaling Jaya: SIRD, hlm. 77).
Namun tulisan SAC Aloysius Chin dalam bukunya, The Communist Party of Malaya: The Inside Story (Aloysius Chin. (1995). The Communist Party of Malaya: The Inside Story. Kuala Lumpur: Vinpress, hlm. 171) mengukuhkan pengakuan Musa Ahmad. Menurut Aloysius Chin, mantan Timbalan Pengarah, Cawangan Khas (Operasi), PKM mengeksploitasi Islam untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Dakwaannya bersandarkan kepada pengakuan seorang musuh yang menyerah diri (surrendered enemy personnel (SEP)) yang menyatakan:
"During our short stay in X area in Kelantan, in an attempt to woo masses support, communist combatants assisted the kampung folks in solving their problems and even prayed together with them in the mosque. As a result, we received ample food supplies from the masses. MNLA personnel in the 10th Regiment pretended to identify themselves with the masses and constantly propagated to the masses that the Communist Party respected their customs and religion...MNLA personnel also prayed together with the masses in the mosques. I had done it on several occasions. The true colours of the communists would invariably be exposed after the masses had been recruited into it. To those who were very religious-minded the communist would try to neutralize their faith by insisting into their minds the revolutionary spirit of communism. Hence they were not able nor allowed to pray in the jungle. To those recruits who resisted consuming the meat of certain animals e.g. monkey and pig, the communist would explain to them that due to the shortage of foodstuffs and for their health, they would have to eat such meat. If they were unhealthy they would not be ale to participate in the revolution. The case of comrade XXX, a very religious-minded recruit, was a glaring example. After much persuasion by a leading comrade XXX, coupled with the pressure of the environment, he eventually followed the crowd..." (Aloysius Chin, ibid., hlm. 171-172).
Saya cuba menterjemahkan petikan tersebut seperti berikut:
"Semasa berada di kawasan X di Kelantan untuk tempoh yang singkat, dalam usaha mendapat sokongan penduduk, gerila komunis telah membantu orang kampung untuk mengatasi masalah mereka, malah turut bersolat dengan mereka di masjid-masjid. Ekoran itu, kami mendapat bekalan makanan dari mereka. Anggota MNLA dari Rejimen ke-10 pura-pura bermesra dengan penduduk dan sentiasa menyakinkan mereka bahawa Parti Komunis menghormati adat budaya dan agama mereka...Anggota MNLA turut bersolat dengan penduduk kampung di masjid-masjid. Saya telah melakukannya beberapa kali. Belang komunis hanya terserlah apabila mereka menyertai gerakan komunis. Kepada mereka yang warak, komunis akan berusaha supaya mereka meninggalkan ajaran Islam dengan menyerapkan dalam pemikiran mereka ideologi komunisme. Justeru mereka tidak boleh atau dibenarkan bersolat dalam hutan. Kepada rekrut-rekrut yang enggan makan daging binatang tertentu, seperti monyet dan bagi, komunis akan menjelaskan kepada mereka bahawa mereka perlu memakan daging itu kerana kekurangan makanan dan juga demi kesihatan mereka. Jika mereka sakit, mereka tidak dapat menyertai revolusi parti. Kes komrad XXX, seorang rekrut yang warak sebagai satu contoh yang menonjol. Selepas beberapa kali percubaan oleh seorang pemimpin komrak XXX untuk meyakinkannya serta tekanan keadaan sekeliling, dia akhirnya tunduk kepada tekanan itu."
Faktor agama ini menjadi igauan kepada Chin Peng kerana PKM gagal menarik majoriti orang Melayu menyertai gerilanya dalam perjuangannya menentang British dan kerajaaan Malaysia. Sebelum dia dan para gerilanya berundur ke selatan Thailand, isu ini telah dibincang dalam mesyuarat tertinggi PKM pada April 1952. Dalam analisisnya, Lee Aun Tong@Lau Lee yang mengetuai Biro Propaganda Pusat merumuskan:
"Kita berjuang menentang Islam dan sikap anti agama kita telah memarahkan orang-orang Melayu. Kita tidak akan mempengaruhi petani-petani Melayu untuk menyertai kita kerana sikap kita itu. Belum timba masanya untuk kita menyemai benih ideologi kita kepada orang-orang Melayu. Kita mesti cuba mempengaruhi orang-orang Melayu dengan cara yang lembut." (ANM. Majlis Pengkisahan Sejaranh Rundingan Baling 28-29 Disember 1955 sempena sambutan Kemerdekaan 2004 tanpa catatan lokasi dan tarikh. Skrip asal oleh Tan Sri Dato' Hj. Shafie Abdullah, Setiausaha Peribadi YTM Tunku Abdul Rahman; dan Miller, Harry. (1972). Jungle War in Malaya. London: Arthur Barker Ltd., hlm. 119).
Menyedari kepincangan ini, Chin Peng telah mengadakan satu mesyuarat tertinggi di markasnya di selatan Betong pada 22 Disember 1955 sebelum pertemuan dia dengan Tunku dan David Marshall di Baling pada 28-29 Disember 1955. Bagi mengelabui orang Melayu dan kaum India, mesyuarat bersetuju untuk melantik lain-lain kaum menganggotai badan tertinggi PKM. Objektifnya adalah untuk memaparkan kepada rakyat Persekutuan Tanah Melayu bahawa PKM juga adalah sebuah parti pelbagai kaum sama seperti Parti Perikatan yang diterajui oleh Tunku.
Keputusan ini dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada 26 Disember 1955. Buat pertama kalinya menyaksikan seorang Melayu, Musa Ahmad, dilantik sebagai Pengerusi PKM yang ketika itu dalam perjalanan ke Peking. (Wahba. (1994). Baling Membuka Jalan Damai. Kajang: Masa Enterprise, hlm. 164; dan Aloysius Chin, ibid., hlm.59). Sementara itu, R. B. Balan yang ketika itu berada dalam tahanan pihak berkuasa, dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi mewakili kaum India pula. (Aloysius Chin, ibid., hlm. 46). Musa Ahmad menjelaskan bahawa walaupun beliau sebagai Pengerusi parti, namun "...Setiausaha Agung mempunyai kuasa lebih. Dalam hal ini, Chin Peng mempunyai kuasa menyeluruh." (Wahba, ibid.,169).
Saya perlu tekankan di sini bahawa saya hanya mempersoalkan akidah gerila Melayu tegar sehingga Perjanjian Damai 2 Disember 1989. Selepas itu, lain cerita. Menurut Kamariah Rashid, anak tunggal Rashid Maidin dengan Selamah Abdullah, bapanya merupakan seorang yang warak di hujung hayatnya namun tidak sama sekali menyesal menjadi seorang gerila komunis dalam usaha menentang Jepun, British, ATM dan Angkatan Tentera Thai, di SINI.
Bagaimana pula dasar Negeri China mengenai agama? Sebagai jawapan ringkasnya sila baca di SINI.
Saya ada rumusan saya sendiri. Terpulanglah kepada para pembaca membuat penilaian dan rumusan, wallahualam.
Para pembaca. Sekira anda ada maklumat membabitkan topik ini, marilah kongsi bersama. Terima kasih.
Khamis, 15 Ogos 2019
'Makan dan Tidur' Sahaja???
Saya begitu terkesan dan kecewa dengan kenyataan Koon Y.Y. yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat, terutama mantan anggota ATM walaupun dia sudah meminta maaf. Di luar dugaan saya, terdapat seorang rakyat yang begitu kaya-raya sanggup mendakwa bahawa anggota ATM di negara tercinta ini hanya 'makan dan tidur' sahaja!!
Tidakkah wujud dalam pemikirannya bahawa kekayaan yang dikecapinya adalah hasil keringat dan darah yang mengalir dari jasad anggota Pasukan Keselamatan, amnya, ATM khususnya demi mempertahankan kedaulatan negara ini?
Adakah dia berfikiran bahawa kemewahannya tetap dimiliki walaupun negara dalam keadaan hura-hara akibat ancaman pengganas komunis di suatu ketika dulu?
Dia sebagai seorang veteran yang pernah menempoh kehidupan dalam era penjajahan Jepun, British dan darurat, sudah pasti sedia maklum keganasan pengganas komunis (PGK). Tidak mungkin dia 'mudah lupa' objektif utama Parti Komunis Malaya (PKM) semenjak ditubuhkan pada 1930 yang mahu menjadikan negara ini sebuah negara komunis.
Ya, tidak dinafikan mereka menentang penjajah tetapi objektif mereka tidak berganjak walau seinci pun! Ini terbukti apabila penentangan bersenjata mereka berterusan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik walaupun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Adakah kami, para pengundi termasuk dia, yang mengundi semasa PRU dianggap sebagai penjajah? Kegiatan mereka hanya berhenti apabila mereka meletak senjata setelah termeterainya Perjanjian Perdamaian yang ditandatangani di Hotel Lee Gardens, Hat Yai pada 2 Disember 1989.
Terlupakah dia peranan ATM sepanjang era insurgensi tersebut?
Terlupakah dia kecederaan dan kematian yang menimpa para anggota ATM supaya membolehkan dia melombong kekayaan negara?
Tahukah dia bagaimana perasaan ibu-bapa kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa?
Tahukah dia bagaimana perasaan anggota ATM cacat anggota badan sepanjang hayat akibat menghalang cita-cita PGK?
Itu era insurgensi. Bagaimana pula pasca insurgensi?
Adakah dia masih ingat pencerobohan kumpulan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Lahat Datu, Sabah pada 12 Februari 2013 menuntut Sabah?
Tahukah dia siapa yang berkorban menentang pencerobohan tersebut sekiranya bukan anggota Pasukan Keselamatan?
Tahukah dia bahawa perairan negara yang begitu luas sentiasa diawasi oleh ATM - tidak kira siang dan malam?
Tahukah dia sekumpulan kecil anggota ATM merupakan penghuni tetap di Pulau Perak di Selat Melaka? Atau di Pulau Layang-Layang dan beberapa buah stesen di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan? Atau di Lebanon?
Pada saya, tidak semudah itu...TIADA MAAF BAGI KAMU, wallahualam.
Sebagai seorang lama dan mungkin memahami peribahasa Melayu, saya harap dia menghayati peribahasa 'TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA'.

Pulau Perak
Stesen UNIFORM TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier
Stesen MIKE TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier
Stesen SIERRA TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier
Stesen PAPA TLDM. Sumber: TLDM - Guardian of the Frontier
Pulau Layang-Layang
Ya, dalam kenyataan maafnya, dia sedia maklum pengorbanan ATM dan menghargai peranan mereka. Persoalannya, adakah kenyataan yang sebegitu hina dan mengguris kalbu sebagai penghargaan dia terhadap pengorbanan kami terutama ketika negara berada di ambang menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 ini?
Pada saya, tidak semudah itu...TIADA MAAF BAGI KAMU, wallahualam.
Sebagai seorang lama dan mungkin memahami peribahasa Melayu, saya harap dia menghayati peribahasa 'TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA'.
Sabtu, 10 Ogos 2019
Esei Oleh Lt. Kol. Dr. Syed Othman Syed Omar (B) - Bhg. 2
Bersambung dari SINI...
Bersambung...In syaa Allah.
Dalam budaya orang Melayu pemimpin
seringkali diperingatkan agar tidak menjadi seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul atau petikan kata-kata yang lebih popular masa kini jangan cakap
tak serupa bikin. Sebagai contoh, pemimpin mengarahkan pengikut supaya bekerja
keras tetapi mereka sendiri tidak begitu bekerja asyik dengan permainan golf
dan memperuntukkan masa lebih banyak untuk golf berbanding masa untuk
berbincang mengenai kemajuan organisasi tentulah tidak wajar. Lebih buruk lagi
kadang-kala acara pertandingan golf dilakukan atas agenda mesyuarat dan tugasan
rasmi yang lain bagi membolehkan mereka yang terlibat meninggalkan tugas serta
tempat kerja sekaligus layak membuat pelbagai tuntutan. Keadaan tersebut tidak
hanya suatu pembaziran juga merupakan suatu penyelewengan dan bercanggah dengan
etika kerja. Persoalannya apakah salah para pemimpin bermain golf? Jawapannya,
tidak, sekiranya bermain di luar waktu bertugas. Salah, sekiranya bermain
pada waktu bekerja kecuali telah diberi
pelepasan untuk berlatih dan bermain dalam pertandingan di peringkat kebangsaan
atau mewakili negara. Apa yang perlu diingat kita dibayar gaji untuk bekerja
bukan untuk bermain. Tidak beretikalah kita sekiranya masa bekerja kita
bermain. Bagi orang Islam tentulah haram hukumannya gaji yang kita ambil
sekiranya tanpa sebab yang dibenarkan kita tidak bekerja. Sumber yang halal
merupakan elemen terpenting dalam pembinaan sahsiah makhluk yang bergelar
manusia kerana tanpanya manusia hanya berwajah manusia tetapi perwatakan
makhluk lain dan kita tahu bahawa setiap yang tumbuh dari sumber yang hama
tempatnya adalah di neraka.[i]
Kini masyarakat sibuk memperkatakan
mengenai masalah remaja. Remaja hari ini adalah anak-anak para pemimpin dan
pengikut masa kini dan merupakan pemimpin dan pengikut masa depan. Pelbagai pihak menyalahkan antara satu dengan
lain. Pihak keluarga pula menyalahkan penguatkuasa manakala pihak penguatkuasa
pula menyalahkan keluarga, sekolah, serta media berhubung masalah yang ada.
Semua pihak termasuk golongan remaja sendiri bertanggungjawab di atas masalah
keruntuhan moral remaja massa kini dan sepatutnya tiada pihak yang cuba
menuding jari kepada pihak lain. Golongan remaja merupakan pengikut dalam sebuah
organisasi yang dikenali sebagai keluarga dan dipimpin oleh seorang pemimpin
bergelar bapa atau ibu.
Selaku penganut Islam ibu bapa perlu
peka dengan sumber rezeki yang digunakan dalam proses membesarkan anak-anak
mereka. Sabda Rasulullah yang bermaksud, kesemua kanak-kanak dilahirkan bersih,
terpulanglah kepada ibu bapa mereka sama ada mahu menyahudi, memajusi atau
menasranikannya.[ii]
Hati anak-anak yang tubuhnya dibesarkan dengan sumber haram sukar diresapi oleh
taufik dan hidayat Alah SWT. Sumber yang haram tidak tertakluk kepada sumber
yang dicuri, dirompak, diperolehi secara menipu, rasuah dan melalui sumber dari
kegiatan yang telah ditetapkan haram oleh syarak sahaja. Mengambil gaji tetapi
tidak bekerja juga haram hukumnya. Dengan sebab itu, walaupun di rumah
anak-anak diajar berbuat baik, di sekolah kebangsaan dan sekolah agama mereka
belajar perkara yang murni manakala melalui media mereka didedahkan dengan
amalan hidup yang betul namun amalan hidup yang songsang juga menjadi pilihan
mereka. Jadi sebagai pemimpin keluarga cuba kita tanyakan diri kita sendiri
apakah sumber yang telah kita gunakan dalam membesarkan anak-anak selama ini
halal?ati anak-anak yang tubuhnya dibesarkan dengan sumber haram suakar
diresapi oleh taufik dan hiayat Allah SWT. (hlm. 258-260).
Bersambung...In syaa Allah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Ahad, 28 Julai 2019
Esei Oleh Lt. Kol. Dr. Syed Othman Syed Omar (B) - Bhg. 1
Semalam, 27 Julai 2019, baru habis baca buku berikut yang dihadiahkan oleh penulis pada Jun 2015...
Diterbitkan pada 2014
Buat masa ini mood untuk menulis agak menurun, jadi tak le boleh buat ulasan terhadap buku tersebut. Namun, rumusan interimnya boleh le saya katakan Dr. Syed mempraktikkan apa yang diistilahkan mat saleh sebagai 'no holds barred'...dicurahkan perasaannya tanpa berselindung liki-liku kehidupannya dari kecil sehingga bersara dari TDM. Pada saya, menarik...sungguh menarik, wallahualam.
Untuk coretan kali ini dan berikutnya nanti, saya akan menurunkan esei beliau. Esei tersebut adalah sebagai mematuhi arahan Jabatanarah Infantri supaya semua pegawai Jabatanarah tersebut menulis esei untuk pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh Markas TD (hlm. 256).
Bagi memenuhi arahan tersebut, Syed telah menyerahkan esei berikut pada 30 Ogos 1999 (hlm. 257-265)...
PEMIMPIN DAN PEMERINTAH YANG BERKESAN
Oleh:
Mejar Syed Othman Syed Omar
Menurut Kamus
Dewan, pemimpin bermaksud orang yang memimpin manakala pemerintah dalam konteks
tentera pula bermaksud pegawai yang mengetuai pasukan dan memberikan perintah. Umumnya
di negara kita pemimpin lahir melalui tiga proses: pemilihan di peringkat
kerajaan, pelantikan bagi peringkat pentadbiran dan secara semula jadi dalam
konteks keluarga. Pemimpin dalam kerajaan yang memerintah dipilih oleh rakyat
melalui pilihanraya. Para pentadbir dan ketua di pelbagai peringkat dalam birokrasi
dilantik ke jawatan masing-masing oleh pihak yang diberi kuasa untuk melakukannya.
Bapa dan suami secara semula jadi menjadi pemimpin dalam sesebuah keluarga.
Dalam organisasi Tentera Darat Malaysia
(TDM) secara umumnya terdapat tidak kurang dari sembilan peringkat pemimpin dan
kesemuanya lahir melalui proses perlantikan. Ketua seksyen pemimpin di peringkat
seksyen dilantik oleh ketua platun. Ketua platun/terup pemimpin di peringkat
platun/terup dilantik oleh ketua kompeni/skuadron. Ketua kompeni/skuadron pemimpin
di peringkat kompeni/skuadron dilantik oleh pegawai memerintah batalion/rejimen.
Pegawai memerintah pemimpin di peringkat batalion/rejimen dilantik oleh pengarah
kor. Panglima briged pemimpin di peringkat briged, panglima divisyen pemimpin
di peringkat divisyen, Panglima Kor Tentera Darat, pemimpin di peringkat Markas
Medan Tentera Darat dan mereka dilantik oleh Panglima Tentera Darat (PTD). PTD,
Panglima Tentera Laut (PTL) dan Panglima Tentera Udara (PTU) pula merupakan
pemimpin bagi perkhidmatan tentera darat, laut dan tentera udara manakala
Panglima Angkatan Tentera (PAT) merupakan pemimpin bagi keseluruhan organisasi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pemimpin yang dilantik di pelbagai
peringkat mempunyai bidang kuasa tertentu selaras dengan senarai tugas yang dipertanggungjawabkan
ke atasnya. Dengan sebab itu pemimpin perlulah bersedia membawa perkara-perkara
di luar bidang kuasanya ke peringkat lebih tinggi untuk diselesaikan. Permasalahan
dan rancangan kebiasaannya lebih mudah diselesaikan dan dilaksanakan dari atas
berbanding dari bawah. Berdasarkan keadaan tersebut setiap individu perlu
berani dan sedia bertanggungjawab dalam mengemukakan permasalahan dan rancangan
kepada tidak hanya kepada atasan mereka sahaja malah sekiranya perlu bersedia
membawa hingga kepengetahuan pemimpin tertinggi.
Pemimpin atasan perlu mengelakkan
diri diari mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan para pemimpin
bawahannya kecuali mereka didapati gagal atau menyeleweng dalam tugasnya. Kuasa
dan hak pemimpin di setiap peringkat perlu dihormati. Ini bagi menentukan para
pemimpin di semua peringkat dihormati oleh anggota bawahan mereka. Selain itu pemimpin
juga perlu meneruskan dasar dan rancangan
yang telah dibuat oleh pemimpin
terdahulu yang mana tentunya telah dibuat
secara kolektif sehingga selesai sebelum mengemukakan dasar serta
rancangan baru. Ini bagi menentukan wujudnya kesinambungan dalam dasar dan perancangan
sekaligus menjadikan kakitangan benar-benar komited terhadap tugas dan pemimpin
semasa.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin
yang disegani, dihormati dan disukai. Disukai sahaja belum cukup baik kerana manusia
kebiasaannya akan menyukai seseorang selagi ia tidak menentang amalannya
sekalugus memenuhi citarasanya. Para pengedar atau penagih dadah misalnya tidak
akan menyukai pemimpin yang mahu menguatkuasakan undang-undang dadah. Para
pengamal rasuah sudah tentu tidak sukakan pemimpin yang anti rasuah. Begitu
juga halnya dengan anggota bawahan yang kaki ponteng atau mereka yang suka
berlakon pastinya tidak senang dengan pemimpin yang kuat bekerja dan sering
pula menegur amalan negatif mereka. Jadi apakah seorang pemimpin dapat diterima
sebagai pemimpin yang baik hanya kerana beliau disenangi oleh semua orang?
Rasanya tentulah tidak. Namun begitu memang ada pemimpin yang disukai oleh semua
pihak kerana pendirian mereka yang serba longgar walaupun mereka sebenarnya
bukan dalam golongan pemimpin yang baik.
Bersambung....In syaa Allah.
Jumaat, 12 Julai 2019
Kenyataan Rasmi PKM
Gomen dah keluar kenyataan rasmi mengenai Pertemuan Baling di SINI. PKM pula keluar kenyataan rasmi depa seperti berikut:
Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksana kemerdekaan tanah air.
Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Darurat, memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak munasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.
Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidak pun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaitu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.
PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan 3 kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segala penyerahannya kepada Malaya dahulu.
Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita. PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itu semestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan munasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.
Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan munasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.
KENYATAAN RASMI PKM
Chin Peng tidak mengeluarkan kenyataan rasmi
mengenai kegagalan Pertemuan Baling sebaik sahaja peristiwa itu berakhir.
Mereka menunggu pengumuman Tunku hasil
pemergian rombongannya ke London untuk membincangkan pemberian kemerdekaan.
Setelah Tunku mengumumkan secara rasminya bahawa PTM akan diberi kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, PKM mengeluarkan kenyataan berikut:
SURAT
KENYATAAN PKM BERKENAAN DENGAN KEADAAN SEKARANG
PKM
telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana
telah menjelaskan tujuan parti
kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan di Malaya
serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.
Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksana kemerdekaan tanah air.
Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Darurat, memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak munasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.
Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidak pun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaitu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.
PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan 3 kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segala penyerahannya kepada Malaya dahulu.
Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita. PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itu semestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan munasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.
Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan munasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.
Saudara-saudara di
seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan,
meleburkan niat jahat British “menggunakan orang-orang Malaya melawan
orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk kemerdekaan,
demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita
pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama berusaha.
Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis Malaya
5
Mac 1956.[1]
Chin
Peng sepatutnya tidak gundah terhadap kegagalan Pertemuan Baling dan perlu mengakui
bahawa dia tersilap perkiraan terhadap peribadi Tunku. Dia tidak sama sekali
menyangka bahawa lawannya seorang nasionalis yang begitu tegas dan tidak mudah
berkompromi terutama melibatkan kebajikan rakyat dan agama Islam. Dia
sepatutnya tidak mendakwa Tunku mengkhianatinya kerana semenjak awal lagi Tunku
telah menegaskan tujuan utama pertemuan adalah untuk menjelaskan syarat-syarat
amnesti. Malahan China juga agak kehairanan apabila Tunku bersetuju untuk
bertemu dengan ketua pengganas. Menurut pegawai International Liaison Department yang bertanggungjawab menjaga
keperluan PKM di China, walaupun mereka kecewa dengan kegagalan pertemuan
tersebut, mereka anggap agak janggal apabila Tunku yang dipihak menang, sedia
memenuhi permohonan PKM, pihak yang kalah, untuk bertemu walaupun hanya untuk
menjelaskan syarat-syarat amnesti; seharusnya beliau tidak melayan permohonan
Chin Peng. Dia sebenar tidak berada dalam kedudukan untuk menuntut sesuatu dari
kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Mereka samakan peluang tersebut apabila
Chiang Kai Shek enggan berunding dengan Mao Zedong ketika Parti Komunis China
di tahap lemah.[2]
[1] Kini & Silam, Surat Kenyataan PKM Berkenaan Dengan Keadaan
Sekarang, 5 November 2009. Lihat https://www.scribd.com/document/22587689/Surat-Kenyataan-PKM-Berkenaan-Dengan-Keadaan-Sekarang
(diakses pada 30 Oktober 2018 ); dan Yanqin He, Kee Cheok Cheong & Ran Li, op. cit., hlm. 14.
Khamis, 4 Julai 2019
Pembatalan Tawaran Amnesti
Bersambung dari petikan dari Liku-Liku Pertemuan Baling SINI. Pertemuan di antara Tunku dengan Chin Peng berakhir pada 29 Disember 1955 tanpa sebarang persetujuan. Dengan itu, Tunku mengumumkan penamatan tawaran amnesti kepada PKM.
30 Disember 1955 ...
30 Disember 1955 ...
Kuala
Lumpur. Tunku berbincang dengan MacGillivray dan Bourne
di King's House. Mereka bersetuju untuk membatalkan amnesti dan
syarat-syaratnya pada 8 Februari 1956. Sebenarnya tawaran ini boleh dianggap
telah gagal kerana semenjak diisytiharkan sehingga penghujung Disember 1955,
hanya 65 orang gerila yang menyahut seruan Tunku.[1] Dengan
persetujuan itu, Tunku mengumumkan melalui Radio Malaya keputusan Pertemuan
Baling berikut:
Pertemuan di antara Chin Peng dan
Ketua Menteri Singapura [David Marshall], Dato’ Sir Cheng-Lock Tan dan saya
telah berakhir. Keputusannya bagi segolongan pihak mungkin tidak memuaskan
tetapi saya dan rakan-rakan tidak mengharapkan keputusan selain apa yang telah
dicapai. Pertemuan tersebut bermula pada 28hb Disember 1955 di Baling dan
berakhir pada tengah hari 29hb Disember 1955. Chin Peng dengan jelasnya telah
menyatakan kepada saya dan rakan-rakan saya bahawa dia tidak akan menyerah diri
kecuali kami bersedia:
(i)
untuk mengiktiraf parti komunis,
(ii)
tidak melakukan siasatan ke atas
mereka, dan
(iii)
tidak menahan mereka untuk disiasat.
Mengenai
No. (i), iaitu pengiktirafan parti komunis, saya menjelaskan kepada dia bahawa
saya tidak dapat mengiktiraf parti komunis kerana aktiviti-aktiviti mereka
tidak selari dengan kehidupan rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Semenjak lapan
tahun lalu, mereka telah berusaha supaya rakyat menyokong mereka dengan
melakukan keganasan dan pembunuhan. Jika kita mengiktiraf parti komunis, rakyat
Persekutuan Tanah Melayu yang pernah mengalami keganasan aktiviti-aktiviti
sudah pasti tidak menyokongnya.
Tujuan
melakukan siasatan, saya menjelaskan kepada mereka, adalah untuk menentukan
kesetiaan mereka. Saya telah menjelaskan kepada mereka bahawa sebelum mereka
dibenarkan kembali ke pangkuan masyarakat, pertama sekali mereka perlu
bersumpah untuk setia kepada negeri ini dan menghentikan aktiviti-aktiviti
komunis mereka. Mereka membantah untuk disiasat dan mereka menuntut untuk
mengetahui apakah ujian-ujian bagi mengukur kesetiaan kepada Persekutuan Tanah
Melayu yang diperlukan daripada mereka. Saya menjelaskan kepada mereka bahawa
ujian-ujian tersebut mudah sahaja. Ia adalah ujian kesetiaan kepada Raja-Raja
dan kerajaan negeri sedia ada dan meninggalkan semua aktiviti-aktiviti komunis.
Dalam melaksanakan siasatan ini, adalah perlu mereka di tempat di suatu lokasi
tertentu. Mereka menyatakan bahawa menempatkan mereka di mana sahaja membawa
erti mereka ditahan dan mereka enggan ditahan. Mereka lebih suka menjalani
kehidupan mereka sekarang ini, bebas untuk ke mana sahaja seperti di dalam
hutan. Saya juga menjelaskan bahawa penahanan itu diperlukan untuk tempoh
siasatan dilakukan bagi menentukan kesetiaan mereka kepada negeri ini. Mereka
masih enggan menerimanya.
Kemudian
Encik Marshall dan saya bertanya tujuan mereka melakukan tindakan keganasan
yang sia-sia ini dan jawapannya ialah mereka melakukannya untuk menanam
ideologi komunis. Pada mulanya, mereka cuba menonjolkan bahawa mereka berjuang
untuk membebaskan Persekutuan Tanah Melayu daripada kolonialisme, tetapi saya
memberitahu mereka bahawa ini tidak perlu sementelah Tuan Yang Terutama [Pesuruhjaya
Tinggi] telah memberi jaminan dalam Dewan Undangan [Persekutuan] bahawa
kemerdekaan dijanjikan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan kami akan
mendapatkannya sebaik sahaja beberapa perkara dan butir-butir diteliti
membabitkan pemindahan kuasa. Lagi pula, Perhimpunan Agong UMNO serta disokong
oleh Majlis Nasional Perikatan telah bersetuju bahawa, jika boleh,
pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diumumkan pada 31hb Ogos
1957. Justeru, adalah agak jelas, hujah mereka bahawa mereka berjuang untuk
menamatkan kolonialisme tidak berasas sama sekali.
Saya
akan pergi ke England untuk meneliti butir-butir untuk berkerajaan sendiri dan
kemerdekaan. Misi saya mendapat sokongan Raja-Raja dan semua organisasi dalam
negeri ini. Saya telah memberitahu Chin Peng dan rakan-rakannya bahawa
kehadiran saya [di Baling] bukannya untuk menghakim mereka tetapi untuk
bercakap dengan mereka dalam bahasa mudah dan jelas. Ketua Menteri Singapura,
Encik David Marshall, dan Dato’ Sir Cheng-Lock Tan juga bersependapat bahawa
komunis mesti menghentikan perjuangan yang sia-sia ini dan menyerah diri kepada
kami: mereka boleh mempercayai kami untuk melakukan apa yang terbaik untuk
mereka.
Sesi
ketiga dan terakhir pertemuan pada keesokan hari, 29hb Disember, 1955, Chin
Peng membuat satu pengisytiharan yang begitu penting dengan menyatakan bahawa
Parti Komunis Malaya akan meletak senjata dan menghentikan peperangan sebaik
sahaja kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dilantik [oleh rakyat] mendapat
kuasa ke atas keselamatan dalam negeri ini. Dia seterusnya menyatakan bahawa
Angkatan Bersenjata Komunis yang digelar Tentera Kebebasan Nasional (National
Liberation Army) tidak perlu lagi kewujudannya atau meneruskan perjuangan
bersenjata mereka. Saya bertanya sama ada Parti Komunis Malaya bersetuju
menyerah diri tanpa syarat. Jawapannya adalah negatif yang menurut mereka
adalah tidak bermaruah untuk menyerah diri. Encik Marshall kemudian membawa
kepada perhatian mereka bahawa terdapat 7,000,000 orang rakyat di Persekutuan
Tanah Melayu manakala komunis hanya ada 3,000 orang sahaja. Chin Peng
seharusnya memikirkan kebajikan 7,000,000 orang rakyat dan mengorbankan
maruahnya walaupun agak memalukan, seperti yang tersirat dalam syarat-syarat
menyerah diri. Di waktu itulah Chin Peng mengatakan bahawa dia tiada mandat
untuk menerimanya. Malah dia seterusnya mengatakan bahawa mereka akan terus
berjuang sehingga ke titisan darah terakhir daripada berhadapan dengan
keaiban menyerah diri. Saya mengatakan
jika itulah pendirian mereka, maka tiada apa lagi yang boleh saya lakukan untuk
mereka.
Kami
sampai ke peringkat di mana sama ada Parti Komunis Malaya atau parti saya
mengaku kalah. Tetapi, sekiranya saya yang mengaku kalah, bererti saya
mengkhianati rakyat Persekutuan Tanah Melayu kepada komunis. Kedua-dua ideologi
[demokratik dan komunis] kita sangat jauh perbezaannya. Ideologi komunis adalah
ideologi keganasan dan kebencian sementara [ideologi] kita membawa kepada
keamanan dan muhibah. [Ideologi] Mereka adalah merupakan satu pergerakan asing
dari luar negeri dan disokong hanya oleh sekumpulan kecil dari dalam negeri.
Sebaliknya, kami [Parti Perikatan] adalah satu pergerakan nasionalis
Persekutuan Tanah Melayu yang disokong oleh rakyat negeri ini. Dengan ini,
adalah jelas bahawa ideologi mereka dan kita tidak boleh wujud berseiring
kerana apa yang berlaku di China, Korea dan Vietnam adalah petunjuk apa yang
akan berlaku di sini. Saya memberitahu Chin Peng bahawa China adalah negerinya
sendiri tetapi warga nasionalis China [Parti Nasionalis juga dikenali sebagai Kuomintang]
telah diusir keluar oleh komunis. Korea dibahagi dua, satu untuk komunis dan
satu lagi untuk Korea Selatan. Sama juga apa yang berlaku di Vietnam tetapi
Persekutuan Tanah Melayu terlalu kecil untuk bahagikan kepada puak-puak
bermusuhan dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu enggan membenarkan mereka dalam
keadaan begitu. Orang Cina, Melayu, Tamil dan lain-lain masing-masing turut
menyumbang ke atas pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu. Negara baharu
ini mesti tidak dimusnahkan oleh komunis. Isunya begitu jelas, iaitu sama ada
Parti Komunis Malaya mengaku kalah atau saya mengaku kalah. Saya tidak akan
mengaku kalah, justeru Parti Komunis Malaya yang mesti mengaku kalah.
Oleh
kerana Parti Komunis Malaya enggan menerima syarat-syarat amnesti saya, sebagai
Ketua Menteri kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dilantik, dengan
dipersetujui oleh Pesuruhjaya Tinggi dan Jeneral Bourne, dengan ini
mengisytiharkan bahawa amnesti yang diisytiharkan pada 9hb September, 1955 dan
juga sebarang syarat-syarat menyerah diri yang dikuatkuasakan sebelum
pengisytiharan amnesti, ditarik balik berkuat kuasa pada 8hb Februari, 1956.
Saya
tidak berhasrat untuk bertemu dengan pemimpin komunis lagi kecuali komunis
memberi petunjuk lebih awal bahawa mereka berhasrat untuk menemui saya dengan
alasan bahawa mereka mahu menyerah diri sepenuhnya. Saya kesal dan terpaksa
mengambil tindakan ini. Kerajaan saya dan parti saya yakin bahawa tiada
pendekatan separuh jalan akan berjaya bagi menamatkan perjuangan ini yang telah
berlarutan selama lapan tahun. Rakyat sudah jemu dan muak dengan darurat dan
pemimpin komunis yang telah menolak tawaran kami untuk menamatkan perjuangan komunis
ini. Mereka [komunis] mengatakan bahawa ideologi keamanan dan keharmonian kami
tidak boleh wujud seiring dengan ideologi keganasan dan kebencian mereka.
Peperangan mesti diperhebat sehingga
kita atau mereka mengaku kalah. Dengan penuh kepastian, bahawa bukan
saya yang akan mengaku kalah dan mengkhianati rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Oleh yang demikian, Parti Komunis Malayalah mesti mengaku kalah.
Saya
begitu yakin bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu akan memberi sokongan dan
kerjasama mereka sepenuhnya kepada tindakan yang telah saya ambil.
MERDEKA![2]
Berikutan pengumuman Tunku, Bourne pula
mengeluarkan kenyataan berikut:
It is now clear to the
whole world that there is no truth in the Malayan Communist Party claim
that they are fighting for the independence of Malaya. Chin Peng insists that
he is fighting for the Communist ideology, will not give it up and will not
surrender.
He thus admits that he
is fighting against the elected Government of Malaya and I feel sure that the
people of Malaya under the leadership of Tengku Abdul Rahman will fight back
and help the security forces to finish off the remaining Communist terrorists
quickly. It can be done.[3]
Pengumuman membatal tawaran amnesti menyaksikan
trup dari 28 Commonwealth Infantry
Brigade yang berpangkalan di Butterworth, diatur gerak ke Kulim. Trup ini
terdiri daripada pasukan Australia.
Menurut Brig. P. N. M. Moore, Komander Briged, setibanya di Kulim, trup
akan memulakan latihan secepat mungkin dan akan diatur gerak ke kawasan operasi
di Hutan Simpan Bongsu, satu kawasan panas.[4]
[1] Khoo
Kay Kim & Adnan Hj. Awang. (1984). Darurat
1948-1960. (Penyunting). Kuala Lumpur:
Universiti Malaya, hlm. 217.
[2] Tunku
Abdul Rahman Putra. (1984). Malaysia: The
Road To Independence. Petaling Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.,
hlm. 81-86. Buku ini mengandungi ucapan-ucapan terpilih Tunku Abdul Rahman
Putra. Terjemahan oleh pengkaji.
[3] The
Straits Times, Feb. 8-then WAR to THE END,
31 Dis 1955, hlm. 1.
[4] The Straits Times, Aussies Move Closer to Jungle, 2 January
1956, hlm. 4.
Langgan:
Catatan (Atom)