Pengikut

Isnin, 12 September 2016

Perintis Kedamaian

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Pada Selasa, 6/9/16, jam 1227, saya terima panggilan semasa memandu dari Tesco Alor Setar balik ke Jitra daripada seorang yang saya tidak kenali. Beliau mengenalkan dirinya Mokhtar Mahmud Baginda. Malah beliau terpaksa mengulangi 2 kali namanya. Mujur le otak ni masih OK lagi...baru le teringat siapa pemanggil tersebut, iaitu Dato Mocktar Mahmud Baginda, adik ipar kepada Abu Samah, orang kuat 10 Rejimen, PKM. Memang saya terkejut kerana saya tidak mengenalinya dan hanya mengetahui tentang beliau melalui buku di SINI. Sudah pasti saya bertanya apa yang mendorong beliau menghubungi mejar veteran ini.

Jawapan beliau ialah kerana posting saya di SINI menyentuh perasaan beliauSaya tidak melepaskan peluang untuk bertanya pengalamannya semasa berada di kem komunis di Weng, terutama mengenai akidah anggota 10 Rejimen. Memadailah saya katakan memang interesting dan mengesahkan apa yang saya fahami sebelum ini. 

Sepertimana yang saya katakan dalam posting pertama mengenai perkara ini, beliau menyuarakan kekecewaannya kerana sumbangan beliau sebagai "Perintis Kedamaian" tidak dikenang oleh negara. Menurutnya, pihak tertentu mengetahui peranan yang dimainkannya kerana dokumen2 terbabit telah diserahkan kepada salah seorang daripada mereka. Mengapa terjadinya keadaan begini? Wallahualam. 

Saya tertarik dengan kenyataan beliau. Rumusannya lebih kurang begini le ...hero2 Pasukan Keselamatan berjaya membunuh PGK. Ada di kalangan mereka menerima Anugerah Perkasa yang membawa imbuhan kewangan. Sebaliknya, peranan yang dimainkan beliau berjaya menamatkan ancaman komunis terhadap negara tercinta ini selama 21 tahun. Ekoran sumbangan ini, tiada lagi ratapan kehilangan nyawa dan cacat anggota tubuh badan. Pengiktirafan kepada beliau? Malah tidak diundang ke majlis Perjanjian Damai di Hat Yai pada 2/12/89. 

Saya dah cuba menghubungi Production House tapi sehingga ni...wallahualam. Dah cuba juga untuk mendapat nombor penerbit Majalah 3 untuk mencadangkan kepada mereka membuat liputan tentang wira ini. Tetapi sehingga kini masih tak tahu nombor terbabit.

Saya juga mencadangkan supaya Dato Mocktar menulis memoirnya. Jawapannya ialah beliau sedang berusaha untuk menterjemah buku oleh Myzara kepada bahasa London tetapi tergendala kerana kekangan ongkos. Seterusnya beliau menyuarakan yang beliau berhasratnya sangat untuk berjumpa dengan mejar pencen ini, tak kiralah sama ada di Kuala Lumpur atau Kuantan. Memang itu 1 penghormatan kepada saya....tapi, apalah yang saya boleh lakukan....siapalah saya! Nak jual buku pun terpaksa 'mengemis'.

Ada sesiapa yang boleh dan sudi membantu beliau? Terima kasih.