Pengikut

Memaparkan catatan dengan label HUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HUT. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Mei 2017

HUT Ke 50 Tahun Regular Intake 11

4 Mei 2017....Genap 50 tahun saya dan rakan-rakan mula menaiki 3 ton dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Buat pertama kali saya berpisah dari kaum keluarga. Pada 4 Mei 1967, sebaik saja dapat keputusan SC/MCE, buat pertama kali merasa naik keretapi dari Tepen ke KL kelas kedua. Memang terkejut berok pada mulanya untuk menyesuaikan diri dalam dunia ketenteraan. Mana tidaknya, sebelum ini mak yang buat semua, basuh baju, siap masak, dan lain-lain. Kini, dijerik, sebelum makan kena periksa tangan, pagi-pagi kena PT, jadi orang suruhan seniors, jadi alarm clock depa, dan tah apa lagi. Tapi itu semuanya sudah berlalu...50 tahun dahulu....

Kompeni Abdul Rahman. Bersama Seniors, 10 Intake Regular, dan SSC 12 Intake. Bersama Kapt Ian Kerr dan Kapt Martin Kam

12 April 1969...Setelah 2 tahun di MTD...




Passing out parade

Dato Salehuddin Mutalib PGB, lebih dikenali sebagai Ginn, telah bermurah hati untuk menaja majlis 50 tahun di Wisma Perwira, KEMENTAH, pada 4 Mei 2017. Saya memang looked forward untuk menghadiri majlis tersebut dan orang yang pertama dalam senarai yang akan hadir. Pada 4 Mei, naik Malindo Air ke Subang. Squad mate, Dato' Sallehuddin Ghani, pula sudi mengambil saya di Subang untuk ke Wisma Perwira.

Bersama dengan Dato' Sallehuddin Ghani. Kami yang pertama tiba di Wisma Perwira

Selepas kami, Ginn (kanan) suami isteri dan Wong Sing Nam pula tiba

Ini antara gambo-gambo yang ada pada saya semasa majlis tersebut...

3 orang TUDM di kiri: Mior Zubir, Koh K.L., Lim T.L. Lim kebetulan berada di Malaysia dan beliau turut hadir dalam ini. Kini bertugas di Mogadishu, Somalia   


Duduk dari kiri: Nik Zaaba, Johan Van Geysel. Berdiri: Berdiri dari kiri: Nizar Darus, Norshahid


Dari kiri: Mohd 'Kuching', Zubaidi, NIBS, Ismail Ahmad (mewakili 12 Intake Regular - Junior)


Lt Kol Dato' Martin Kam (B), Jurulatih Semboyan 


Beberapa orang isteri turut hadir

Duduk dari kiri: Rasip (TLDM), Sapari, Ooi Yan San, Salehuddin Mutalib, Ahmad Daud, Sallehuddin Ghani, Nordin Alwi, Muslim Yusof, Johan Van Geyzel, Wong S.N.
Berdiri dari kiri: Zubaidi, Rahman Amin, Mohd 'Kuching',  Khairuddin, Hamzah Bachik, H'ng Hung Yeow, Mior Zubir, Md Lazan, NIBS (TUDM), Lim Tow Liang (TUDM), NorShahid, Kee Peng Yew, Nik Zaaba, Yusof Malek, Koh Kia Lim (TUDM), Robert Rizal 

Sallehuddin Ghani pula telah bermurah hati untuk subsidi trip ke Bandung pada 11 Mei ini. Saya tidak dapat pergi kerana ada hal tertentu.

Pada jam lebih kurang 1500, Mohd 'Kuching' menghantar saya dan Rizal ke Sentral Stesyen. Kami balik menaik ETS. Saya selamat tiba di Anak Bukit pada jam 2230 dan dirumah pada jam 2245. A real long but a memorable trip. Syukur alhamdulillah.
Bersama Rizal di Sentral Stesyen untuk menaiki ETS jam 1716

Ginn & Datin...Terima kasih diatas kesedian menaja perjumpaan yang sungguh nostalgik bagi saya. Tak pasti bila kita dapat bertemu lagi.

Rahman Amin...Terima kasih kerana berusaha menjadikan majlis ini satu kenyataan.

Sallehuddin Ghani...Terima kasih kerana sedia mengambil saya di Subang airport.

Mohd Kuching...Terima kasih kerana menghantar saye and Rizal ke Stesyen Sentral.

Squad Mates...I really treasure this 50th Anniversary gathering. Thank you. 

Sabtu, 1 Jun 2013

HUT TUDM Ke55

Kepada semua warga TUDM.....
Selamat Menyambut HUT Ke55

Hai...Lain macam saja bunyi PTU yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30/5/13. Macam ada yang tak kena aje!

'...tetapi mereka tidak berapa ingin meningkatkan tahap penguasaan (pengetahuan) serta semangat patriotik'

'Semangat Patriotik'.....Apa le yang tersirat sehingga beliau meluahkan kekesalannya. Pada saya le, jika terdapat para anggota Pasukan Keselamatan yang semangat patriotisme dipertikaikan....Masalah beso tu!

Saya ni macam kata pepatah Melayu, 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Mana tidaknya, dengan muka tebal, sebelum 2013, saya tak serik2 menyarankan kepada pihak tertentu di TUDM agar menjemput para veteran TUDM sebagai pengkisah kepada warga TUDM. Saya mencadangan supaya pusat2 latihan, seperti KTU, rekrut, kursus SOS, mengundang para veteran yang berminat dalam majlis pengkisahan. Ala....Lebih kurang siri 'Jejak Pahlawan' yang dilaksanakan oleh PLKN. Objektif saya agar warga TUDM kini menyedari TUDM memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan negara. Saya dimaklumkan, terdapat pegawai berpangkat Lt Kol tidak mengetahui kisah 'Tragedi 26 Apri1976'....Sungguh malang sekali. Tapi apa kan daya, siapa le  mejar pencen ni. Depa tak layan pun! 

Mungkin kaum bijak bistari di sana beranggapan apa jua pengalaman para veteran tidak lagi relevan dewasa kini. Maklumlah, kami semua sudah melepasi zaman dan kolot. Depa memang betul dan saya sama sekali tidak menafikannya. Zaman sudah berubah; peralatan semuanya dah canggih (kecuali siburung Nuri..He...He...He). Tapi jangan lupa, prinsipnya tetap sama. Hanya perlu menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Ambil 'Ops Daulat' sebagai contoh. Sebelum trup menyerang kedudukan pengganas kiram (PK), jet2 pejuang, F18 & Hawks, pi bom kawasan yang telah dikenal pasti. Ini diikuti 'bombardment' oleh meriam dan mortar. Lepas tu, baru le 'footsloggers' melancarkan 'search & destroy'. Taktik asas ini telah dilakukan di era saya lagi; di Gubir pada 1974 dan 'Ops Selamat Sawadee' di Kroh. Malah, operasi ini termasuk penggunaan  Alouette Gunship yang paling digeruni oleh pengganas komunis.

Si mejar pencen ni turut nak menunjuk pandai. Ada ke patut dia mencadangkan kepada dua orang individu pembuat keputusan, sebelum pelancaran Ops Daulat, agar ATM aturgerak  Super Lynx gunship TLDM untuk straff kedudukan PK sebelum trup masuk kawasan berkenaan. Ini kerana Alouette tidak lagi berperanan sebagai gunship. Keberkesanan Lynx telah terbukti dalam 'Ops Fajar' dimana lanun2 Somalia telah dapat dihalang daripada menawan kapal kita. Seperti yang dijangka, dibolayan saja...He...He...He. 

Walau apa pun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTU diatas sokongan beliau membeli 50 naskah buku saya. Terima kasih Tan Sri.

Isnin, 31 Disember 2012

Resolutions?

31 Dec 2012...Last golf game for the year. My dream of representing my beloved Malaysia to the 'World Senior Golfers Championship' is totally shattered. How could I represent the country when my tee-off is just 145-150 metres and never had the luck (not skill) to put 'one-on' on par three with a distance of more than 150 metres? So unlike me!! But I'm a golfer full of excuses....He...He...He. Not that I can't play well, but the trouble is that I'm having this back ache since the last 2 weeks. After sitting down, I've difficulty in standing up. While walking, no pain whatsoever. My back is plastered with 'salonpas' and emits the smell  'Yoko Yoko' to reduce the pain. But, main...tetap main, insyaAllah. So during this period, my gang has a gala time of having free drinks (no kueh) at our favourite joint - 'D'Kembong' at my expense. 
 From left: Hamid, myself, Mokhtar at D'Kembong ( Cikgu Khalid unable to attend today's cabinet meeting)

Tomorrow is the starting of a new year....2013. New year is synonymous with resolutions. My resolutions? The top priority is to reduce my total cholesterol level to within the allowable limit. Early this month, I went to RSAT at Air Force College for my annual blood check. Oh mak dato'....that culprit shot up from a high of 6.01 mmo/L in Dec 2011 to 6.6 mmo/L...well beyond the maximun tolerable limit of less than 5 mmo/L. The lady doctor gave me 3 months to reduce otherwise there's a likelihood I've to take 'statins'. Oh...Oh...I want to avoid taking medicines. I'm grateful to Almighty Allah that till now, I'm not on any medication, syukur alhamdulillah. Of course, now my other half takes over complete control of my food intake. Where possible, no oily foods....no KFC, no 'mata kerbau', etc, etc. The worst part is that no more junk foods...no keropok, no 'kueh reben', no curry puff, etc, etc. This is a real 'dera'!! And, first thing in the morning I've to gulp a mug of 'Melilea Organic' drink with apple flavour. Surprise...surprise...surprise...my weight has reduced from 63 kg to 61 kg....Not bad, eh?

Other than that, I hope my 2nd book would become a reality soon. I'm yet to receive the feedback from BSPP. Once I get the clearance, I'll get them printed, insyaAllah. I've to get it published early next year (tomorrow, insyaAllah) when the potential bulk buyers, namely the public libraries, still have the budget to do so. And also, still no news from the VVIP for 'Sekapur Sireh'. It's OK with me if he declines since it's not the decisive factor for publishing the books; it's an honour. 

Besides that? Honestly, right now nothing in particular. I don' think I want to keep on pushing the relevant agencies urging them to invite the veterans to be story tellers. I've to accept the fact that I'm living in a real world, not a world of idealism. I've to accept that there are seasons for every activity, just like fruit seasons. So, patriotism season is August and September. Full stop. Period.

WISHING ALL MY READERS A HAPPY & PROSPEROUS 2013

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka...Merdeka...Merdeka

SELAMAT MENYAMBUT HUT KEMERDEKAAN KE 55

Syukur alhamdulillah, saya masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55. Ya...Sudah 55 tahun negara mencapai kemerdekaan. Tetapi keamanan yang dikecapi oleh rakyat dewasa kini tidak ternoktah pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. Nawaitu golongan tertentu untuk melahirkan, petikan '...to reaching our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya' (Chin Peng 'My Side Of History', ms 92)  hanya terpendam pada 2 Disember 1989. Pada tarikh tersebut, termeterailah 'Perjanjian Perdamaian' yang ditandatangani di Haadyai.

Persoalannya....Adakah kebanyakan rakyat, terutama 'the so-called 'X' and 'Y' generations', menghayati apakah itu 'kemerdekaan'? Mungkin terdapat mereka yang beranggapan 'kemerdekaan' hanya sekadar beriadah di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos dan menyaksi perarakan keesokan harinya. Saya tidak maksudkan semua...Ramai golongan remaja yang sungguh patriotik terhadap negara tercinta ini. Saya tidak menyalahkan mereka semata-mata kerana mereka tidak didedahkan sejarah negara. Bagi kebanyakan mereka, tiada tumpahan darah lagi selepas penjajah memberi kemerdekaan pada tarikh tersebut. Ini adalah satu kenyataan. Noktah.

Pada pandangan mejar pencen ini, Kerajaan telah mengambil tindakan yang tepat dengan mewujudkan PLKN dan menjadikan subjek 'SEJARAH' sebagai wajib...1Transformasi yang positif. 


Dedikasi kepada Bapa Kemerdekaan - Almarhum TUNKU ABDUL RAHMAN

Rabu, 1 Ogos 2012

MHI

Minggu lepas, saya terima panggilan daripada seorang staf JHEV, Kuala Lumpur. Beliau memaklumkan bahawa KP JHEV menamakan saya untuk ditemurah oleh TV3 sempena HUT Hari Pahlawan. Teringat juga Pak Jeneral ini pada saya! Tiada masalah...Bukan selalu nak dapat masuk TV, tambah veteran mejar pencen ni....He...He....He.

Jadi, 29 Jul, Ahad...Krew TV3 pun tiba le ke pondok saya....
Sebelum berangkat pulang

Membelek Log  & Scrap Books

Typical of orang lama, orang tanya sikit dia cerita berlerek-lerek walhal slot hanya beberapa minit, mungkin beberapa saat sahaja. Cerita pula tak lancar....Tak kisahlah, janji mesejnya difahami! Mengikut Cik Nadzira, klip akan untuk program MHI (Malaysia Hari Ini). Beliau akan memaklum bila akan disiarkan nanti, insyaAllah. Apa yang membuat saya teruja ialah kerana TV3 turut menampil  warga TUDM yang terlibat secara langsung ketika gomen memerangi ancaman pengganas komunis. Bila masa lagi nak 'sound'kan yang peranan Perkhidmatan saya tidak ditonjolkan menjelangnya hari patriotisme. Beliau memaklum yang beliau telah menemubual Mej Dato' Alang Zahari xTUDM. Melalui mukabuku pula, Mej Sawaludin xTUDM (di sini), akan mucul dalam program MHI pagi ini, Rabu 8 Ogos (maklumat terkini daripada Sawal), insyaAllah.

Mej Jen Dato' Zul dan Krew TV3....Terima kasih.

PS: Saya difahamkan oleh seorang penerima PTU, hanya 3 penerima anugerah tersebut yang hadir di majlis Hari Pahlawan semalam. Memang telah disediakan tempat duduk untuk para penerima JPP, PTU & KPK. Ramai yang tak hadir disebabkan mereka tidak menerima kad jemputan, termasuk para penerima SP & PGB. Saya turut berbangga apabila Timbalan DYMM SPB Agong, secara khususnya, menyentuh SP, PGB, JPP & PTU dalam titahnya. Saya harap warga TUDM yang masih berkhidmat tidak lagi menyamakan PTU = Panglima Tentera Udara sahaja. Itu yang kebanyakan mereka tahu...Eh...Eh...Eh.

Oh ya...Pandangan seorang isteri terhadap perjuangan sisuami  di sini.

Terkini: 1/8 jam 1146...Cik Nadzirah memaklumkan bahawa siaran yang membabitkan saya akan disiarkan dalam program MHI pada Jumaat, 3 Ogos nanti, insyaAllah.

Selasa, 31 Julai 2012

Hari Pahlawan

31 Julai...

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

'....to recognise and honour those who gave up their lives in the cause for peace and freedom!' (ihsan)

Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya


Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang


Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat


Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Isnin, 30 Julai 2012

Taici-Menaici

Mungkin ada yang berpendapat apalah si 'attention seeker' ni tak habis-habis pasal perkara remeh-temeh seperti yang dicoretkan di sini. Tapi, sepertimana yang saya katakan, saya tak kisah pun...bukan saya rugi apa-apa. Tut...Tut...Petang semalam, saya terima panggilan daripada seorang penerima KPK yang memaklumkan bahawa beliau dan juga beberapa penerima SP & PGB masih belum terima jemputan ke majlis Hari Pahlawan  esok, 31 Julai. Depa ni bukan calang-calang orang...Dato'-Dato' belaka. Untuk pengesahan, saya telah menghubungi rakan penerima PTU & KPK. Jawapannya sama juga....TIADAAik...Macam mana boleh jadi macam ini? SP & PGB memang dah bertahun-tahun menjadi tetamu gomen. Kalau JPP, PTU & KPK tu mungkinlah tercicir kerana pihak berwajib memerlukan masa untuk memasukkan lebih kurang 900 orang penerima  dalam database, tapi ni SP & PGB....Eh...Eh....Eh?

Saya pun nak juga tahu mengapa. Jadi, melayanglah sms kepada individu tertentu di JPM malam semalam (kesian beliau...cuti umum pun simejar pencen ni kacau pasal kad jemputan...Eh....Eh...Eh). Saya tabik spring pada beliau kerana meminta nama-nama yang tercicir itu. No problem. Pagi tadi, beliau telah menjelaskan 'kedudukan sebenarnya'. Jemputan telah dihantar ke alamat yang diberikan oleh ATM. Mungkin betul ke ATM tak kemaskini alamat hero-hero depa? Jawabnya, melayanglah emel berikut kepada PAT (jangan ditanya responsnya...Biasalah...He...He...He)...

From: nor ibrahim sulaiman
Date: Sun, 29 Jul 2012 21:00:57 -0700 (PDT)
To: Tan Sri PAT
Cc: PTD; PTL; PTU; KP Veteran; JPM Datuk Othman; RAFOC; Dato' Zahid Hamidi; S/u Politik
Subject: JEMPUTAN KE MAJLIS HARI PAHLAWAN PADA 31 JULAI 2012

Assalamualaikum Tan Sri,
Syukur alhamdulillah, akhirnya saya terima kad ke majlis di atas walau pun JPM sudah bersetuju terhadap saranan saya agar penerima-penerima JPP, PTU dan KPK turut diundang semenjak tahun 2011 lagi. Saya telah mencoretkan penghormatan ini di http://xnuripilot.blogspot.com/2012/07/tetamu-gomen_5292.html.

Tanpa dijangka, saya telah dihubungi pelbagai pihak. Mereka memaklumkan bahawa mereka, penerima SP, PGB & KPK, tidak menerima kad jemputan. Ada di antara yang berbintang-bintang di bahu serta bergelar. Perkara ini telah saya panjangkan kepada pihak JPM. Petikan respons agensi tersebut '...untuk makluman jemputan yg dihantar adalah berdasarkan rekod dan alamat yg diberi oleh pihak ATM. kita minta mereka update rekod tsb.'

Sungguh aneh sekali kerana, menurut sms daripada seorang penerima KPK, beberapa penerima SP & PGB masih menetap di alamat yang sama semenjak bersara berdekad-dekad lalu! Mustahil agensi terbabit di KEMEMTAH tidak merujuk kepada JHEV bagi mendapatkan alamat terkini? Saya sungguh bersyukurlah kerana JPM mengetahui alamat saya, walaupun mereka masih mengekalkan pangkat 'Kapt (U)' yang saya sandang ketika dianugerahkan Pingat tersebut pada 1979.

Saya tidak pasti dimana silapnya dan bukan nawaitu saya untuk menuding jari. Jangan salahkan saya sekiranya beranggapan terdapatnya elemen 'taici-menaici' di antara pihak-pihak berkenaan, wallahualam. 

Diharap mendapat tindakan sewajarnya daripada pihak Tan Sri. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN TUDM (B)
Sent from Yahoo! Mail on Android

Komen di coretan sebelum ini '...Tk paparan....saya baru terima jemputan Rasmi hari ni dpd AKSPA Mk ATM ..tu pun satelah buat pertanyaan kpd PS 1 Istiadat pada Hari Jumaat lps...katanya Jemputan di kendalikan oleh Bhgn Istiadat JPM....mungkin terlepas pandang kot bulan 2 Puasa ni Wallahu aklam.' membuat saya berfikir dari 2 aspek.

Pertama. Penerima-penerima memang menunggu jemputan rasmi ke majlis sebegitu. Ia menunjukkan betapa signifikannya jemputan Hari Pahlawan, Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia pada mereka. Terlalu sedih  sekali wira-wira terpaksa 'merayu' bagi menentukan mereka tidak tercicir. Sungguh mengecewakan!!!!

Kedua. Dengan teknologi yang serba moden, saya tiada jawapan mengapa wujudnya keadaan begini. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menghantar kad jemputan bagi para penerima Anugerah Perkasa - ATM atau JPM? Bagi rakyat seperti saya, jangan salahkan saya sekiranya saya berpersepsi wujudnya elemen 'taici-menaici' di antara agensi kerajaan.

OK lah...Tak guna menuding jari kepada sesiapa...Yang sudah tu...sudahlah. Apa yang perlu diingati ialah diharap ia tidak berulang lagi. Mungkin kami semua tidak perlu lagi merayu sempena 31 Ogos nanti, insyaAllah....Wallahualam. 

Jumaat, 27 Julai 2012

Tetamu Gomen

24 Julai 2012...Akhirnya saya terima kad jemputan berikut daripada JPM, syukur alhamdulillah....

Saya tak kisah sekiranya ada yang berpandangan bahawa saya seorang 'attention seeker' ke. Memang ia pun dan saya berbangga dengan sikap begitu. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mesti memperjuangkan agar negara menghargai pengorbanan para veteran? Saya bersyukur kerana telah berjaya meyakinkan JPM untuk turut mengundang para penerima JPP, PTU dan KPK ke majlis tahunan Hari Pahlawan dan Hari Kemerdekaan. Perjuangan ini telah bermula semenjak 2010 lagi, klik di sini. Jawapan rasmi JPM ketika itu dicoretkan di sini. Proses Taici menaici!! Coretan berkaitan dengan perjuangan ini boleh dibaca di siniSaya pasti ramai di antara penerima jemputan akan teruja apabila menerima jemputan tersebut.

Sebelum undangan di atas, tahun lepas lagi JPM telah memaklumkan kepada ATM untuk menjemput kami tapi manalah Pak-Pak Jeneral nak layan 'arahan' yang dimulakan oleh hanya seorang mejar pencen. Bagi menentukan nama kami tidak tercicir sekali lagi, saya telah hantarkan emel ini kepada mereka yang berwajib di JPM '.....31 Jul & 31 Ogos!!!!!'. Itu saja...Tak ada 'finesse' dan beradab langsung menulis pada orang beso-beso...Eh...Eh...Eh! Tapi terbukti berkesan apabila saya terima jemputan tersebut. Dan saya percaya kad dihantar oleh JPM sendiri berlandaskan pangkat saya masih 'Kapt (U)', iaitu pangkat saya ketika dianugerah pingat berkenaan. Mungkin agensi itu tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' sekiranya mereka berikan tugas ini kepada ATM kerana, kesannya, mereka akan terus menerima emel yang 'kurang asam' seperti ini lagi...Wallahualam. 

Orang berbudi, kita berbahasa. Saya emelkan perhargaan berikut...

  
From: nor ibrahim sulaiman 
To: Datuk Othman Bin Haji Mahmood ; Datuk Wan Hamidah 
Cc: KSN Dato' Ali ; Kamis b. Samin ; Chong KL ; khalid Ali ; Capt Murad ; Idris Hassan ; Md Som ; Tan Sri PAT ; PTU ; RAFOC ; PTL ; PTD ; KP Veteran 
Sent: Tuesday, 24 July 2012 2:03 PM
Subject: Re: HARI PAHLAWAN & KEMERDEKAAN

Assalamualaikum Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan,


Syukur alhamdulillah, hari ini saya terima kad jemputan ke majlis Hari Pahlawan pada 31 Julai nanti. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada pihak JPM yang telah menunaikan janjinya. Syabas kerana mempraktikkan'walk the talk'. Satu transformasi yang boleh mengubah persepsi rakyat kerdil terhadap perkhidmatan/penjawat awam.

Saya sungguh berbangga bahawa,  akhirnya, kerajaan turut memberi penghormatan kepada kami, penerima-penerima JPP, PTU dan KPK  ke upacara mengingati para wira-wira yang telah berkorban demi untuk negara tercinta. Saya akan abadikan kad berkenaan dalam buku 'scrap' saya sebagai satu kenangan.

Akhir kata, TERIMA KASIH.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Ada lagi satu sebab saya gembira. Saya ada menulis kepada PTU  mengesyorkan agar wira-wira TUDM dijemput sempena HUT TUDM baru-baru ini (klik di sini). Selepas itu, saya terima panggilan daripada seorang mejar dari PU KL bertanyakan sama ada saya mengetahui alamat xpilots  tertentu. Apabila ditanya mengapa, beliau memaklumkan bahawa TUDM akan menjemput para penerima 'Anugerah Perkasa' sempena HUT. Malah saya memberi beliau senarai kesemuanya: beliau hanya ada senarai penerima PTU sahaja. Itu pun senarai yang saya hantar kepada xbos. Sek 'C', MTU, bertanggungjawab menghantar kad undangan. Tunggu punya tunggu.....!!!! Tak apalah...Apa nak dikatakan sekiranya Perkhidmatan sendiri meminggirkan kami. Sebaliknya sekarang, gomen mengiktirafnya....Syukur alhamdulillah.

Sama ada saya akan hadir di Majlis Hari Pahlawan nanti, bukan satu persoalan. Saya percaya ramai tidak akan melepaskan peluang ini. Pokoknya dan yang paling penting sekali, gomen akhirnya turut MENGHARGAI PARA PENERIMA  JPP, PTU & KPK yang sebelum ini hanya terhad kepada para penerima SP & PGB sahaja. ITU PALING BERMAKNA PADA SAYA. Fikirkanlah....Bila masa lagi para veteran, yang tidak berkedudukan dan bergelar, nak merasa dijemput ke majlis yang begitu signifikan kepada mereka dan akan di rasmikan oleh Timbalan DYMM SPB Agong? Pada saya, itu satu penghormatan.



Datuk Othman, JPM....Terima kasih. 

Ahad, 22 Julai 2012

Kesian!

Malam Jumaat, 19 Julai, saya 'tertonton' TV2 separuh jalan majlis pelancaran 'Rayuan Hari Pahlawan 2012' yang dirasmikan oleh Penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor, di Wisma TV Angkasapuri.

Ini mengimbau semula ketika pihak JHEV menjemput saya untuk mempromosikan buku saya di majlis yang sama  pada 29 Julai 2011 di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Sungguh mengecewakan sekali. Mana tidaknya, hanya 12 buku = RM480 sahaja yang berjaya dijual...tak berbaloi langsung. Kos perjalanan dan penginapan melebihi pendapatan. Apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada KP JHEV diatas jemputan tersebut. Eh...Eh...Eh...Kesian saya!

Tapi bukan kekesalan tersebut yang nak diluahkan di sini. Saya hanya sekadar mahu memberi 2 komen terhadap majlis kutipan derma di atas.

Para Dermawan. Saya perhatikan mereka yang menyumbang pada hari pelancaran hanya syarikat-syarikat yang terbabit secara langsung dengan KEMENTAH, seperti LTAT, Bank Affin, Boustead. Mana perginya lain-lain GLC, institusi kewangan, syarikat-syarikat gergasi swasta, pemaju-pemaju perumahan? Mana dia syarikat-syarikat penerbangan, pengangkutan, perkapalan, telco, pemonopoli-pemonopoli pelbagai industri? Mereka ini untung berjuta-juta dan berbilion-lion RM. Takkan RM1 juta akan merobek kantung kut! Lagi pula, sumbangan mendapat pengecualian cukai pendapatan. Tak nak ke mereka mengiktiraf pengorbanan wira-wira yang majoritinya tak didendang? Ramai pula hidup bak kata 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan ada yang terpaksa meneruskan kehidupan dengan kecacatan anggota tubuh badan.

Sungguh ironis sekali...Ada pihak yang sedia 'top-up'  RM1 juta kepada pemenang pingat emas Olympics, iaitu tambahan kepada jumlah yang sama yang dijanjikan oleh gomen. Mengharumkan  negara mendapat sanjungan yang begitu tinggi dibandingkan dengan berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatannya. Fikir macam ini sajalah...Derma kepada wira sukan, hanya individu berkenaan yang mengecapinya, sebaliknya, jika menderma kepada rayuan di atas, akan dimanfaatkan untuk kebajikan lebih daripada 200k veteran yang ada dikalangan mereka hidup dalam keadaan begitu daif. Kan ini lebih afdal? 

Saya tabik spring kepada gomen diatas keprihatinannya terhadap kami para veteran. Dahlah diberi pencen (yang layak) dan kemahiran, paling mustahak sekali, kemudahan perubatan PERCUMA. Ketika usia dah di ambang sore ini,  kebanyakan para veteran menjadikan hospital untuk 'berehat'. Dengan adanya sumbangan kepada rayuan tersebut, nasib  para veteran akan lebih terbela. Eh...Eh...Eh...Kesian kami!

Gambar. Semasa majlis tahun lepas, saya kecewa dengan tiada langsung elemen TUDM pada banner yang tersergam di atas pentas. Sebaliknya, gambar helikopter 'Wessex' serta beberapa anggota RAF dijadikan hiasan. Saya meluahkan perasaan ini kepada seorang pegawai JHEV. Tiada sebarang respons. Biasalah tu. Tut...Tut...Malam tadi (19/7) saya lihat gambar Wessex yang sama! 
Kompleks Kraf pada 29 Julai 2011

Saya sama sekali tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh mat saleh di era insurgensi. Tapi, mereka tidak terlibat sehingga berakhirnya era tersebut pada Disember 1989. Saya tidak menyalahkan golongan cetek pengetahuan sejarah negara tercinta ini sekiranya mereka beranggapan bahawa hanya dengan bantuan orang putihlah negara mengecapi keamanan dewasa ini. Oh...Mengapalah terwujudnya situasi yang boleh membawa persepsi bahawa kita masih di bawah bayangan penjajah!!!  Dan TUDM pula tidak memainkan peranan penting dalam usaha negara menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Eh...Eh...Eh...Kesian TUDM! 

Apalah salahnya menggunakan gambar seperti berikut?
 Memasukkan seorang casevac dalam  Nuri - satu-satunya 'Talian Hayat'  

Saya hanya sekadar mampu meluahkan kekecewaan yang mungkin ramai menganggapnya sebagai isu remeh-temeh. Tapi, manalah tahu, mungkin gambar sebegini boleh menginsafkan golongan remaja dan seterusnya membakar semangat patriotisme mereka. Entahlah...Saya hanya boleh mengharapkan agar coretan mejar pencen ini mendapat pertimbangan positif daripada pihak berwajib dan akan lebih prihatin di masa akan datang....Wallahualam.

Percayalah, saya tetap berbangga bahawa saya adalah seorang mantan anggota tentera. Dan turut terlibat secara langsung menentang musuh negara. Syukur alhamdulillah.

Jumaat, 1 Jun 2012

Nostalgik Di 54

Saya telah 'download'kan gambar berikut dalam facebook - Group NOSTALGIA TUDM. Tak sangka ramai yang berminat. Jadi, sempena menyambut HUT TUDM Ke 54 hari ini, 1 Jun 2012, saya muat turunkan gambar tersebut untuk rakan seperjuangan mengimbau kembali saat-saat ketika kita masih 'relevan' dalam Perkhidmatan tersebut. Gambar diambil semasa menghadiri 'Heli Seminar' di awal 80'an: ketika itu saya menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan. Ramai yang kini hanya tinggal dalam kenangan sahaja.

Duduk dari kiri: Mej (U) Lim TL, Mej (U) Munusamy, Mej (U) Nor Ibrahim, Mej (U) Woo YW, Lt Kol (U) Sulaiman Yacob, Mej (U) Yahya Bidin, Mej (U) Sim KP, Mej (U) Ismail, Mej (U) Musa
Berdiri dari kiri: F/Sjn Manogaran, ????, Kapt (U) Yahya Rahman, Kapt (U) Ajir Juman, ????, Kapt (U) Hadi, arwah PW Rahman, arwah Kapt (U) Mahidin, mendiang PW Lai, PW Muthu, PW Hamzah d'Souza, arwah Hashim Samad, Kapt (U) Ahmad 'Peng', F/Sjn Wong, Sjn Baharuddin, PW Arumugam, F/Sjn Patrick Lee

Maaf le kerana ada di antara mereka yang saya telah lupa nama. Sila perbetulkan jika terdapat kesilapan. 

Kewujudan saya tidak lagi memberi sebarang makna kepada TUDM tetapi saya tetap berbangga kerana telah menyumbang bakti kepada negara melalui pasukan itu. Malah, sumbangan saya tidak ternoktah walaupun kini sudah 'Out of Sight, Out of Mind'. Sehingga sekarang, saya terus berusaha menonjolkan keunggulannya dengan cara saya sendiri...My Way!  

Ini cerita lain pula. Semalam terima 'BERITA RAFOC' keluaran JAN - MAR 2012 berserta borang permohonan menjadi ahli. Kalau saya menetap di KL, kemungkinan besar saya menjadi ahli, insyaAllah. Apa yang menarik minat saya ialah artikel pendek ini...

Saya ada melihat lukisan memaparkan pertempuran di Bukit Chandu, Singapura. Jadi, layarlah internet untuk mencarinya, tapi tak berhasil. Sesiapa yang ada gambar tersebut, harap sudi kongsi bersama. Terima kasih.

SELAMAT MENYAMBUT HUT TUDM KE 54