Pengikut

Selasa, 27 Mei 2014

Gonzales

Salah satu operasi yang saya tengah memikiokan untuk kajian ialah Ops Gonzales. Masalahnya ialah macam mana nak dapatkan butir-butir tersebut. Memang saya masukkan kisah pengalaman Mej Zainal Komando dan trupnya yang diserang hendap oleh PKG di sini, tapi itu tak mencukupi. Persoalan yang bermain dalam minda ialah apa itu Ops Gonzales? Mengapa ia dilancarkan? Apa pasukan yang terlibat? Dan banyak lagi le soalan yang perlu dijawab.

Saya tahu operasi itu diilhamkan oleh Jen Tan Sri Mohd Ghazali Seth ketika menjawat GOC. Jadi, tanya sana, tanya sini, dapatlah nombor telefon bimbit beliau. Apa lagi, sms pada TS yang saya berbesar hati sekiranya beliau sudi berjumpa dengan saya pada Sabtu 24/5. Tut...Tut...Tut...beliau respons OK jam 1600. Saya menetapkan tarikh tersebut sementelah saya ada temu janji dengan Brig Jen Dato' Abdul Rahim pada 23/5 di Starbucks, Skypark, Subang. Jadi terbang le ke KL pada 23/5 dengan Malindo Air. Tujuan temu janji itu adalah bagi mendapatkan cerita beliau kerana beliau terlibat dalam operasi tersebut.

Dari kiri: Redza Zainal, Dato Abd Rahim, NIBS, Zaini Zaid

Dato Rahim menceritakan pengalaman beliau dalam operasi itu. Secara ringkasnya, selain peranan yang biasa dilaksanakan dalam operasi, 2 buah Nuri terlibat dalam 'deception plan'. Nuri-Nuri tersebut telah hover di beberapa lokasi seolah-olah menurunkan trup. Sebenonya tak ada paxs langsung. Tujuannya hanyalah nak mengelirukan PGK. Beliau juga telah pergi ke lokasi serang hendap ketika kejadian itu masih berlaku untuk mengambil 'Ben' dan seorang casevac. Ini dari perspektif seorang juruterbang. 

Keesokan harinya, 24/5, saya telah pergi ke Taman Melawati untuk bertemu dengan Mej Zainal (B). Tujuan untuk mendapat pengesahan tentang beberapa fakta.

Bersama Mej Zainal (B)

Para pelaksana sudah  ditemui. Tiba masanya untuk mendapatkan 'arkitek' operasi itu sendiri. Jadi, habis saja dengan Mej Zainal, Redza & Zaini terpaksa membawa saya ke rumah TS Ghazali di kawasan Bukit Damansara. 
Bersama Tan Sri Ghazali Seth

Bila ditanya tentang Ops Gonzales, TS dengan rela hati menceritakan apa itu operasi tersebut. Strategi yang digunakan ialah 'DECEPTION'. Apa yang beliau lakukan ialah menghebohkan keseluruh negara yang tentera akan membuat 'latihan' besar-besaran yang melibatkan beberapa briged dan pesawat TUDM. Trup diaturgerak ke kawasan latihan di Cameron Highlands. Objektif publisiti ialah bagi mengelirukan PGK. Depa ingat tentera akan fokus di Cameron Highlands. Tapi, sasaran sebenonya ialah di kawasan Sg. Siput/Ulu Kinta. Jadi, bila trup dah in place, apa lagi, operasi dilancarkan.
Saya bertanya kepada beliau, mengapa 'Gonzales'? Jawapannya ialah semua operasi ada nama. Elemen yang diperlukan bagi menentukan kejayaan ialah 'kepantasan' = Masa. Jadi kartun 'Speedy Gonzales' yang dinyanyikan oleh Pat Boone memang sesuai. Maklum sajalah, orang lama dah semesti le meminati lagu ni, termasuk saya...he...he...he. Beliau telah memberi 2 buku kepada saya sebagai rujukan. 


Sapa2 di luar sana yang sudi dan sedia kongsi bersama pengalaman tentang Ops Gonzales atau mana2 operasi yang melibatkan siburung Nuri, emel pada saya. Untuk makluman, sebuah filem dokumentari sedang dalam pembikinan tentang operasi ini. Bila akan disiarkan, wallahualam.

Tan Sri Ghazali, Dato' Rahim, Mej Zainal, Redza dan Zaini....Terima kasih. 

Sabtu, 17 Mei 2014

38 Tahun Kemudian...!

17/5/2014....Saya sungguh teruja dan bersyukur kepada Ilahi. Mengapa? Usaha saya melobi gomen negeri Perlis semenjak 2012 akhirnya berhasil. Bukan mendapatkan projek, mind you. Saya telah melobi agar Perlis mengiktiraf pengorbanan anak watan negeri tersebut, iaitu arwah Lt Wan Munsif Bin Wan Salim. Pertama kali di sini dan kali kedua di sini.  Hari ini, nama beliau tersenarai penerima anugerah negeri Perlis...Syukur alhamdulillah....


Apa lagi, sudah pasti saya menghubungi anak arwah untuk mengucapkan tahniah. Beliau terpinga2 kerana tidak tahu menahu tentang berita ini. Beliau menyatakan yang maknya tak pernah sebut langsung pasal anugerah. Saya pun telefon maknya. Beliau mengesahkan yang beliau hanya mengetahui berita ini daripada anaknya itu melalui saya. Dimana silapnya? Heran bebeno!

Saya tiada sebarang jawapan. Namun demikian, saya telah WhatsApp seorang pengarah agensi gomen di Perlis memohon agar beliau tolong teropong2kan sikit mengapa terjadinya keadaan ini. Sama ada beliau akan membuat sesuatu...Wallahualam. Itu saja yang saya mampu lakukan.

Berbalik kepada soal pingat ni. Ada seorang 'office bearer' sebuah pertubuhan veteran bertanya kepada saya apa yang mereka perlu lakukan untuk veteran. Saya pun mencadangkan mengapa persatuan tidak rekomen para veteran untuk dianugerah pingat. Persatuan boleh mencalonkan ahli2nya. Secara persendirian ahli2 tiada avenue untuk dicalonkan. Janganlah asyik2 mencalonkan office bearers atau kroni saja, tak aci le tu. Jawapannya sungguh mengecewakan. Manakan tidak...'dah pencen nak buat apa dengan pingat2 tu', lebih kurang begitu le bunyinya. Yang herannya, beliau mendapat anugerah 'bergelar' pun selepas pencen. Pangkat yang disandang sebelum pencen hanya layak setakat KMN saja! Orang yang tak nak, biorkan saja. Itu hak dia. Ramai lagi yang nak. Lihat saja PJM. Orang sanggup tunggu sekian lama hanya untuk menerimanya.

Apa pun, syukur alhamdulillah.

Isnin, 12 Mei 2014

Penempatan Semula

Sambungan dari sini.

Kerajaan telah mengambil tindakan tegas buat kali keduanya dengan menutup penempatan di sini. Penduduknya yang pada masa utu seramai 112 orang (45 lelaki, 31 wanita dan 36 kanak-kanak), telah dipindahkan ke Kampung Baru di Padang Lembu, Gurun dan Kepala Batas, Alor Setar. Terdapat juga yang berpindah ke penempatan lain termasuklah di Changlon sendiri. Ada juga yang ditangkap kerana penglibatan mereka dengan pihak komunis. Jumlah ini tidak termasuk mereka yan tinggal di kongsi-kongi yang berkerja balak atau lombong yang datang dari luar kawasan. Mereka hanya tinggal secara sementara sahaja sepanjang masih ada perkejaan. Kebanyakan mereka  ini tidak membawa keluarga. Dalam pemindahan ini, segala binatang ternakan telah dilelong dan hasilnya diserahan kepada pemilik. Mereka juga dipindahkan bersama-sama barangan rumah yang boleh diubah-alih. Maka berakhirlah sebuah penempatan di Sintok apabila segala barangan yang tidak boleh dibawa bersama telah dibakar untuk mengelakkan dari digunakan semula oleh pengganas komunis.Setelah perpindahan ini, Sintok yang telah menjadi bumi hangus kembali tenang dengan menyimpan seribu kenangan. Tiada lagi penghuni tetap sehinggalah dua puluh tahun kemudiannya. Bagi pihak kerajaan pula, kerana kejayaaan dalam operasi ini telah dapat membendung kegiatan  komunis telah menamatkan Operasi Semai pada 16 Mac 1970. Matlamat membendung kegiatan dan keganasan komunis di tepi sempadan telah berjaya dicapai melalui usaha bersepadu seluruh agensi dan jentera kerajaan. Namun operasi-operasi keselamatan masih diteruskan di kawasan ini dan sekitarnya supaya anasir komunis tidak kembali dan dapat bertapak semula. (Sintok: Perkembangan Sebuah Petempatan).

Saya ingatkan PGK hanya mengambil kesempatan menembak siburung Nuri. Engkohnya mereka telah mendapat latihan 'formal' dari Viet Cong. Ini tercatat dalam buku "The Communist Party Of Malaya: The Inside Story" oleh Aloysius Chin. Seorang SEP mengaku menghadiri kursus tentang teknik menembak pesawat yang diberikan oleh jurulatih yang mendapat latihan di Vietnam Utara.

Sayang sekali Ops Semai  tidak mendapat liputan meluas. Ia tidak tercatat dalam buku "Tentera Darat 1933-2008" atau "The Malaysian Army's Battle Against Communist Insurgency In Peninsular Malaysia 1968-1989".

Lt Kol Richard Jalleh TUDM (B), Lt Kol Mohd Hassan (B), Mej Mior Ahmad Noor (B), PW1 Ramly (B), & Sub-Insp Ismail 'Rantai'.....Terima kasih.


T A M A T

Jumaat, 2 Mei 2014

'Upgrade'

Sambungan dari sini...

Apabila dimaklumkan oleh kru tentang insiden tersebut, Bilik Gerakan Pangkalan, TUDM Kuantan, terus menghubungi Bilik Gerakan N0 10 Skn. Kelam kabut juga dibuatnya. Manakan tidak, ini adalah kali pertama Nuri ditembak oleh pengganas komunis (PGK). Jadi, bos, Sqn Ldr Benjamin Lee, sendiri akan pergi ke Changlun untuk buat 'recovery'; ko-pilot ialah P/Offr Harun Ayob & AQM ????. Setelah spares (main rotor blade, 2 set radio) dimuatkan dalam pesawat FM1142, callsign 'Mission 229', berlepas dari Kuantan ke Chanlun bersama juruteknik.

Setiba di Changlun, juruteknik menjalankan tugas mereka menggantikan rotor blade dan radio. Setelah semuanya beres, kedua-dua pesawat telah terbang ke TUDM Alor Setar untuk bermalam. Keesokan hari, 7/8/69, barulah air test dibuat oleh kru FM1740. Setelah disahkan pesawat OK, kedua-dua pesawat terbang balik ke sangkar mereka di Kuantan. Menurut seorang ko-pilot, selepas insiden tersebut, Bailey akan membawa sekeping besi untuk diletakkan atas seat bila terbang ke LPs.

Apa kesan insiden ini? Nuri sekarang terdedah kepada tembakan musuh dan peralatan yang ada pula tidak menjamin keselamatan kru. Bagi mengurangkan kecelakan ke atas kru, 'pilot seats' dan 'lower side windows' ditukar dengan material kalis peluru.
'Lower Observation Window' diganti dengan material kalis peluru

Seats diganti dengan 'armour-plated seats' (Nuri sekarang dah diupgrade dengan 'glass-cockpit')

Seats 'ori'

Apa implikasi pemasangan alatan ini? Ia mengurangkan 'payload' yang boleh ditawarkan. Kalau tak silap saya, untuk pengiraan 'basic wt' bagi Nuri 'ori, ialah 12500 lbs. Dengan tambahan baru ni, basic wt meningkat kepada 13000 lbs. Tambahan 500 lbs bersamaan dengan berat 2 orang 'full-battle' askar. Sebagai panduan, berat seorang askar dikira 220 lbs. 

Op Semai turut melibatkan 3 buah meriam yang ditempatkan di Sintok. GPOnya ialah Lt M Rahman Abdullah. Saya pula adalah GPO di Kebun Jati, Padang Besar,Perlis. Kami berdua dari pasukan 3 Meriam, Taiping. Dari apa yang saya kutip sana-sini, unit-unit yang terlibat dalam operasi ini ialah (gelaran pasukan TDM sebelum bergelar 'Diraja' kecuali RAMD):
  • 4 RAMD
  • 1 Renjer
  • B Sqn, 1 Peninjau  
  • A Bty, 3 Arty
  • 1 PPH
  • Tim Pemusnah JS, 3 Skn Jurutera
  • 1 Alouette & 1 Nuri (hanya bila diperlukan saja)
Bersambung.....Insyaallah