Followers

Saturday, December 31, 2011

Semoga 2012 Membawa Keberkatan

Sungguh pantas masa berlalu! Tanpa disedari, 2011 hanya tinggal dalam kenangan. Walaupun menjawat status 'PESARA SEPENUH MASA', masa saya dipenuhi dengan aktiviti, justeru istilah 'bosan' tidak wujud dalam kehidupan seharian saya setakat ini, Syukur Alhamdulillah.

Diimbas kembali di antara kejayaan bagi saya sepanjang 2011 ialah....

~~Akhirnya berjaya melobi kerajaan untuk memberi 'Elaun Kenangan' kepada penerima JPP & PTU setelah memperjuangkannya semenjak awal 2009. YAB PM mengumumkan pemberian elaun tersebut pada 30 Julai  di Port Dickson 

~~Setelah terpaksa menempuh pelbagai rintangan, akhirnya berjaya juga menerbitkan buku di atas secara Sdn Bhd

~~Dan sungguh terharu apabila YB Menteri Pertahanan pula sudi melancarkan buku saya pada 2 Ogos=2 Ramadan. Mana tidaknya...Siapalah mejar pencen ini! 

~~Berjaya melobi kerajaan agar penerima JPP, PTU & KPK turut dijemput sempena menyambut Hari Pahlawan setiap 31 Julai dan Hari Kemerdekaan setiap 31 Ogos. Implementasinya? Wallahualam....

YBhg. Tan Sri KSN,

Saya juga mengucapkan terima kasih atas peringatan dan pandangan yang diberikan. Pada minggu lepas saya telah mengeluarkan penegasan kepada semua pegawai-pegawai khususnya Ketua Bahagian di PAJPM dan beberapa agensi dibawah saya supaya sentiasa membaca dan mengambil tindakan serta respon segera keatas email/termasuk lain-lain komunikasi  yang diterima walaupun pada waktu lepas pejabat atau hujung minggu. Pekara ini amat penting pada saya dan mengingatkan kepada pegawai-pegawai saya supaya kita tidak lagi berkerja selama 8 jam tetapi  kerja-kerja pejabat juga  boleh dilakukan dirumah/diluar  sejajar dengan kemudahan komunikasi yang ada.

2. Mengenai jemputan mengenai Hari Malaysia/kemerdekaan saya akan pastikan supaya jemputan-jemputan kepada tetamu yang sepatutnya diundang tidak akan tertinggal lagi.

Terima kasih.

Othman Mahmood.
23.10.11

Ybhg. Datuk Wan Hamidah- Harap bincang pekara dua diatas dalam mesyuarat mingguan PAJPM.

From: Tan Sri Mohd Sidek b. Hassan [mailto:sidek@pmo.gov.my]
Sent: Sunday, October 23, 2011 8:27 AM
To: nor ibrahim sulaiman
Cc: YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf; YBrs. Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad; YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim; Datuk Othman Bin Haji Mahmood
Subject: RE: ALTERNATIVE MEDIA

Wa’alaikummussalam Mejar.  Saya mohon berbanyak maaf kerana terlambat benar membaca mel Mejar.  Tidak ada alasan yang munasabah yang boleh saya berikan! Dan oleh itu saya tidak akan memberinya.

2.      Saya memahami dan menghargai pandangan-pandangan yang diberikan dan InsyaAllah dimana yang boleh akan dilaksanakan.  Terutamanya untuk mengingatkan diri saya dan lain-lain pegawai bukan sahaja untuk membaca e-mel dan lain-lain komunikasi yang diterima tetapi menjawabnya.

3.      Spesifik mengenai jemputan ke perayaan Hari Malaysia/Kemerdekaan saya percaya Datuk Othman Mahmood, TKSU Kanan JPM akan mempastikan ianya tidak lagi terlepas pandang untuk tahun-tahun mendatang.

Sekali lagi saya memohon maaf jua dan mengucapkan terima kasih atas ingatan yang diberikan.
  
(SIDEK HASSAN)
23 Oktober 2011

Ada juga yang menyedihkan. 01 Julai, TUAH, kucing kesayangan keluarga saya semenjak dilahirkan 13 tahun lalu telah meninggalkan kami buat selama-lamanya di hadapan mata kami....
TUAH...Ahli keluarga

Kejayaan terakhir pada 31 Disember 2011...Saya menjadi naib johan 'Monthly Medal (MM)' di Kedah Kelab DiRaja pagi tadi. Saya main 9-lubang: Senior Golfers, >55 tahun, diberi opsyen bermain 9-lubang dalam MM. Hadiah? Baucer RM70 yang boleh di'contra' dengan pembayaran yuran bulanan...He...He...He.

Azam tahun 2012? Hanya memohon kepada Allah agar diberikan kesihatan dan semua amal ibadat diberkatiNya.

Para Pembaca yang saya hormati. Kejayaan ini mungkin tidak tercapai tanpa sokongan dan galakan daripada anda semua. Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

TERIMA KASIH & SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012. SEMOGA APA JUA AZAM AKAN TERCAPAI DENGAN JAYANYA, INSYA-ALLAH

Thursday, December 29, 2011

Biasa Le Tu!

Sehingga kini, tiada sebarang respons daripada penerima-penerima, termasuk yang di'cc'kan, e-mel/surat yang saya hantar sepertimana yang saya coretkan di sini dan di sini. Siapalah yang nak melayan kerenah mejar pencen ini...membuang masa sahaja!! Tak apalah. Saya cuba pula menghubungi seorang wartawan mencadangkan agar beliau menulis rencana berkaitan dengan rentetan saya ini.

Petikan e-mel saya '....Sungguh sedih apabila difikirkan bahawa wira-wira yang sedia berkorban nyawa dan raga dipinggirkan. Manakala 'wira-wira sukan' yang mengharumkan negara disanjung dengan pelbagai imbuhan.'

Ini respons beliau.... 
To: "nibsny@yahoo.com" 
Sent: Wednesday, 28 December 2011 12:13 PM
Subject: Syor pesara tentera diberi sumbangan


****salam mejar, bahan story ini saya telah hantar ke ibu pejabat kuala lumpur pada 23 Disember lepas***

 ALOR SETAR 23 Dis. _ Seorang aktivis veteran tentera mencadangkan agar semua kerajaan negeri memberi sejumlah sumbangan kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermastautin di negeri masing-masing.

 Bekas juruterbang helikopter Nuri, Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman, 62, berkata, ia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara.

 ''Golongan ini satu ketika dahulu sentiasa bersedia untuk berkorban mempertahankan negara tanpa mengenal erti penat lelah.

 ''Saya percaya kerajaan negeri di seluruh negara tidak menghadapi masalah memperuntukan sejumlah dana sebagai 'saguhati' kepada wira-wira ini sekali gus mencerminkan penghargaan terhadap mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Nor Ibrahim yang menghasilkan buku bertajuk Coretan X Nuripilot mengisahkan pengorbanan pasukan tentera mempertahankan negara ini daripada komunis, mencadangkan sumbangan berkenaan diberikan pada Hari Pahlawan iaitu tanggal 31 Julai.

 Katanya, veteran pasukan keselamatan negara khsususnya yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran di era insurgensi dan para penerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) wajar diberikan sumbangan tersebut.

 ''Ini kerana penerima KPK terkecuali daripada menerima Elaun Kenangan seperti yang dinikmati penerima Seri Pahlawan (SP), Pingat Gagah Berani (PGB), Pingat Tentera Udara (PTU) dan pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) walaupun ia tergolong dalam kategori Anugerah Perkasa Persekutuan,'' ujarnya.

 Nor Ibrahim berkata, selain pengiktirafan, sumbangan itu akan sedikit sebanyak membantu golongan berkenaan terutama yang berdepan dengan masalah kesempitan wang dalam mengharungi kehidupan seharian.

 Menurutnya, tidak semua pesara tentera hidup senang di hari tua memadangkan ramai di kalangan mereka tidak berpencen di samping faktor kecatatan anggota dan tahap kesihatan menjadi punca mereka tidak mampu mencari nafkah.

 Katanya,  jika setiap kerajaan negeri bersetuju meluluskan cadangan sedemikian, ia dapat membantu dan membela nasib bekas tentera yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi menampung perbelanjaan isi rumah lebih-lebih lagi taraf hidup masa kini semakin tinggi.

 ''Apa jua jumlah sumbangan sudah pasti memberi makna kepada mereka,'' katanya.

Apakan daya, bahan cerita ini tidak disiarkan!! Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada wartawan  berkenaan kerana sudi melayan kerenah saya ini. Dan saya pula sudah mencuba....Allah yang menentukannya.  

Sekiranya ada di antara para pembaca yang sentiasa bergesel bahu dengan orang kenamaan, terutamanya MB/KM, Exco & ADUN, apa kata anda 'sound-sound' sikit pada mereka tentang isu ini. Manalah tahu...entah-entah terbuka hati mereka untuk melaksanakan saranan ini. 

Sebenarnya saya tak melepas peluang mengenengahkan perkara ini apabila bertemu dengan individu yang pada saya boleh mempengaruhi mereka yang membuat keputusan. Ada satu insiden, saya terserempak dengan seorang politikus di kedai dobi di Alor Setar. Apa lagi, saya pun meluahkan pandangan saya ini walaupun tidak mengenali beliau. Sepertimana yang sudah dijangkakan, jawapannya '.....Baiklah mejar. Faxkan butir-butir pada saya. Saya akan cuba'. Memang saya faxkan dokumen-dokumen terbabit tapi faham-fahamlah sajalah maksudnya. Biasa le tu!

Monday, December 26, 2011

Mungkin Menjadi Kenyataan?

Mungkin ramai dah cemuih membaca coretan berkaitan kisah 'Reunion' di sini. Tapi tak kisahlah, janji saya akan cuba sedaya upaya meyakin pihak terbabit untuk mempertimbangkan cadangan saya. Manalah tahu, tut...tut...dipersetujui. Jadi, saya pun hantarlah e-mel berikut kepada PTU....   

From: nor ibrahim sulaiman 
To: PTU 
Cc: Dato Roslan TPTU ; PS1 Muzium ; Dato Muslim 
Sent: Friday, 23 December 2011 11:37 AM
Subject: PERJUMPAAN PARA VETERAN ERA INSURGENSI

Assalamualaikum Tan Sri,

Maklum balas daripada pembaca-pembaca buku saya - Coretan Xnuripilot - menunjukkan ramai rakyat Malaysia  sebelum ini tidak mengetahui peranan yang dimainkan oleh TUDM di era insurgensi. Saya bersyukur kepada Ilahi kerana sedikit-sebanyak sumbangan saya telah menonjolkan TUDM. Tidak lagi penentangan negara terhadap pengganas komunis hanya fokus kepada Tentera Darat dan PDRM sahaja.

Di sini, saya ingin mencadangkan kepada TUDM agar menganjurkan satu perjumpaan bagi mereka yang terlibat dalam operasi-operasi menentang pengganas komunis. Ia seharusnya turut melibatkan warga TDM dan juga balu-balu/anak-anak wira-wira yang terkorban dalam Tragedi Gubir 26 April 1976  serta  2 orang warga 'Air Rescue Team' yang terkorban dalam pesawat Nuri ketika Ops Selamat Sawadee.

Pada saya, tarikh yang difikirkan sesuai ialah 1 Jun 2012 sempena Hari TUDM manakala lokasinya pula ialah Muzium TUDM.

Sekian untuk pertimbangan pihak Tan Sri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 

Tanpa diduga, saya terima respons ini...

From: "rodzalinov@hotmail.com" 
To: nor ibrahim sulaiman 
Cc: Dato Roslan TPTU ; PS1 Muzium ; Dato Muslim 
Sent: Friday, 23 December 2011 11:57 AM
Subject: Re: PERJUMPAAN PARA VETERAN ERA INSURGENSI

Dear nor,
A good idea but need to identify if it can jive with the concept next year's celebration. Will pass the matter to TPTU, the chairman of HUT, for further deliberation.

Warm regards and happy 2012

Apa lagi, saya pun sms pula kepada TPTU. Petikan '....Sekiranya cadangan dipersetujui, ia tak semestinya diadakan pada 1/6/2012. Saya sedia maklum jadual TUDM pada hari itu terlalu padat. Anyway, harap mendapat pertimbangan sewajarnya dpd Dato'. TK'.

Hanya syukur Alhamdulillah yang boleh saya ucapkan sekiranya perjumpaan ini menjadi kenyataan...Tak kisahlah bila. Apa pun, saya telah mencuba....Allah yang menentukan.

Friday, December 23, 2011

'Dog-Tag'

Merujuk coretan ini, salah seorang xpegawai TUDM yang saya kenal di majlis tersebut (mungkin beliau 'terlupa' siapa saya kerana saya tidak pernah berkhidmat di bawah beliau) ialah Jen Tan Sri Saruji, xPTU. Apa lagi, saya pun bertanyalah kepada beliau tentang Tragedi Gubir 26 April 1976. Beliau, ketika itu berpangkat Mejar (U), adalah salah seorang anggota Lembaga Penyiasatan. Lain-lain ahli ialah Lt Kol (U) Johnny Lim dan Kapt (U) Santhanam (Jurutera).

Saya bertanyakan sama ada beliau masih ingat # 'airframe' pesawat. Jawapannya ialah sudah lupa kerana insiden berlaku terlalu lama. Menurutnya, bahagian pesawat yang tidak terbakar ialah 'ekor' (pylon) kerana ia tercerai daripada bangkai pesawat. Terdapat beberapa lubang pada ekor tersebut akibat ditembusi peluru.

Menurut beliau lagi, dua warga 'Air Rescue Team', arwah L/Kpl Kamarulzaman dan arwah L/Kpl Suandi, mudah dikenal pasti walaupun terbakar kerana 'dog-tag' yang mereka pakai terlekat pada tubuh mereka. Banyak lagi yang mahu saya tanya tetapi masa tidak mengizinkan.

Saya sentiasa memakai dog-tag ini ketika membuat penerbangan. Sebenarnya ada 2 keping; kepingan 'rectangle' dah hilang entah kemana.

Kepada Pilots yang membaca coretan saya ini, amalkanlah memakai dog-tag ini. 

Tuesday, December 20, 2011

Dengar...Dengar...Dengar

Setiap tahun saya menunggu ketibaan Disember. Perlu dinyatakan di sini, saya tidak meraikan ketibaan jam 0001 1 Januari. Kebiasaannya di waktu itu saya nyenyak tidur tanpa sebarang mimpi.

Sebagai salah seorang tuan punya syarikat, ASNB, saya telah mengarahkan CEO untuk mengumumkan pemberian dividen dan bonus. Kebiasaannya diumumkan selepas 16 Disember.

19 Disember 2011...CEO yang melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah, telah mengumumkan pemberian dividen 7.65 sen/unit dan bonus 1.15 sen/unit. Nak memudahkan perkiraan, purata pulangan yang akan diterima oleh saya ~8.3 sen/unit = 8.3%. Syukur Alhamdulillah.

Kira-kira beginilah. Anggaran pulangan TANPA CUKAI yang akan diterima sekiranya jumlah simpanan yang tidak diusik dari 1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2011.....

1.   RM100K x 8.3%  = RM8300  = ~ RM690/bulan
2.   RM500K x 8.3%  = RM41500= ~ RM3458/bulan
3.   RM1 Juta x 8.3% = RM83K    = ~ RM6900/bulan

Mustahil boleh simpan sebanyak RM1 juta dalam ASB? Jawapannya...SUDAH TENTU TIDAK MUSTAHIL. Cuba imbas kembali coretan saya di sini.

Saya pasti ramai yang dah 'cemuih' dengan nasihat mejar pencen ini. Tapi percayalah, nawaitu saya hanya untuk pembaca memikirkan masa hadapan apabila tiba masanya terpaksa mengucap 'adios' kepada organisasi yang menyara kehidupan anda sekeluarga sebelum ini.

Anda senang, itu hak anda. Anda susah, itu juga hak anda. Senang dan susah anda tanggung sendirilah. TEPUK DADA, TANYA SELERA. 

Thursday, December 15, 2011

Bukannya 'Reunion'

13 Disember 2100, jam 1200, memandulah saya ke Kuala Lumpur selepas bermain 9-lubang. Tujuan adalah untuk memenuhi jemputan xbos, Brig Jen Dato' Richard Robless, bagi menghadiri program 'Legacy of Heroes' di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur yang saya coretkan di sini. Kan tak pergi kut kerana beliau sedia membiayai penginapan saya di Seri Pacific Hotel. 

14 Disember, jam 0800...Saya pun beradalah di Pangkalan. Sementara menunggu jam 0900 apabila program dijangka bermula, saya telah terbaca laporan ini dalam NST. Seramai 70+ warga TUDM yang ada kaitan dengan Nuri, telah diraikan oleh Sikorsky pada 13 Disember.

Apakah sebenarnya 'Legacy Of Heroes'? 
Bukanlah apa yang saya sangkakan...Bukannya satu 'reunion of Nuri aircrew'! Ia hanyalah satu program dimana syarikat Sikorsky sedang giat mempromosikan pesawat S92 mereka ini di seluruh negara Asia. Sebagai wakil syarikat Uncle Sam ini, Rajawali Aerospace dipertanggungjawabkan untuk mengurus keperluan Sikorsky. Saya dan Lt Kol Frank Chong TUDM (B) adalah tetamu kepada Dato' Robless. Tetamu yang dijemput hari itu ialah anggota Cawangan Udara PDRM.

Dari kiri: Dato' Richard Robless, Lt Kol Frank Chong, He...He...He

Saya ini macam  dinosaur.... spesies yang dah pupus! Mana tidaknya, 'instrumentation' di kokpit memang jauh beza dengan apa yang saya tahu. Sekarang ini orang dah tak main dengan 'analogue instruments'; tak sibuk mengawasi 'Ts & Ps', tak letak tangan dekat SSL (Speed Selector Lever) ketika 'take-off' atau 'landing', dan lain-lain. Dah tak pakai 'FMS' (Fuel Management System) seperti gambar ini. Sekarang orang cakap pasal 'glass cockpit (GC)'. (Sebenarnya GC dah lama wujud tapi hanya saya tidak berkesempatan 'merasa' penggunaannya).

Sungguh teruja dibuatnya apabila diberi peluang untuk mengikuti 'demo flight'. Tak kisahlah hanya sebagai penumpang sahaja. Penerbangan ini selama 30 minit. Mana tidaknya, kali terakhir saya terbang dengan helikopter ialah pada 27 Januari 1992 dengan Alouette 111 ketika menduduki ujian bagi lesen ATPL. 

Lihatlah perbezaan instrument panel. Gambar bawah 'glass cockpit'. Ini sungguh memudahkan juruterbang mengendalikan pesawat.

Yang paling saya kagum ialah helikopter ini dilengkapkan dengan kemudahan bagi membantu Kuatermaster  Udara (KU) ketika membuat 'winching'. Bila pesawat dalam mode 'auto hover', kapten pesawat boleh menyerahkan 'control' kepada KU untuk mengendali pesawat ke kiri, ke kanan, ke depan atau ke belakang dengan had laju tidak melebihi 15 knots. Ini memudahkan  kerja KU. Beliau tidak lagi perlu membuat 'pattering' kepada juruterbang supaya 'survivor' berada selari dengan 'hoist'. KU hanya perlu menggunakan 'hand-held portable control' bagi menentu arah yang diperlukan. Walaubagaimana pun, kapten pesawat boleh 'override'

Bergambar bersama Test Pilot

Saya sempat menyarankan kepada Regional Sales Manager agar Sikorsky turut menghargai para veteran anak kapal Nuri terdahulu. Mengapa pengiktirafan hanya dihadkan kepada mereka yang masih berkhidmat? Menurut beliau memang ada cadangan dan mungkin akan diadakan pada April 2012 sempena DSA. Tunggu dan lihat sajalah.

Lepas makan tengah hari yang disediakan, paculah kereta balik ke 'home sweet home'. Apa pun, memang berbaloi perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini. Syukur Alhamdulillah.

Dato' Richard....Terima kasih.

Saturday, December 10, 2011

Professional Caddies

You know, I never realised that the government, through Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) of the Ministry of Youth and Sports, organises course for those interested to be 'professional' caddies! I saw the poster below at the notice board of Darulaman Golf & Country Club....


AKBG is now inviting new applicants for a 9-month course, including 3 months practical training. Well, for those youngsters who aspire to be Tiger Woods of Malaysia but stop short due to financial constraints, should seriously consider applying for this course. You've to start somewhere and this opportunity is the first step to fulfilling your dream. Mind you, the course is FOC and over & above, successful applicants are given RM100 monthly as pocket money throughout the duration of the course.

Professional caddies are hard to come by. Most golfers, including me during my heydays (he...he...he), really appreciate the services of 'good' caddies. Nowadays, I'm very reluctant to engage caddies unless club's rulings insist that golfers must 'take' caddies. The reason is simple....I'm not willing to depart with my hard-earned pension just to let them pull my trolley. You see, most of the caddies that I know, are nothing more than 'bag carriers/trolley pullers'. What's the purpose of paying RM50.00 when I've to look for my ball if it doesn't land on the fairway? There're caddies who can't even tell between  'irons' and 'woods'. And it costs RM40/18 holes + RM10.00 tips! But what to do when the club's rulings insist that golfers must take caddies for club-organised tournaments. Fortunately for me, most of the time, there were insufficient caddies to go round. (This isn't DGCC's rulings).    

Of course, many disagree with me; RM50 pun berkira ke? Their reason is also simple....Most of these caddies are school children trying to earn extra income during weekends. Well, it's up to the individual; the choice is yours. If one doesn't mind paying...go ahead and nobody is stopping you. As for me, I do mind! 

There're golf professionals who started their career from being caddies. This vocation offers a golden opportunity to those Tiger Woods wannabe. Well...Think about it.

Tuesday, December 6, 2011

Bermula Di Negeri Teman?

Bila saya membaca lapuran berikut dalam NST, terfikir jugalah yang negeri teman ini 'not bad' sehingga sedia memperuntukkan RM34K hanya untuk menjayakan Mesyuarat Tahunan Perwakilan PBTM yang diadakan di Lumut. 
Minda pun mulalah memikirkan macam-macam. Kalau majlis tersebut pun gomen negeri Yop boleh 'taja', kemungkinan besar depa akan mempertimbangkan cadangan saya seperti yang saya ajukan kepada kerajaan Negeri Jelapang Padi di sini. (Sehingga kini tiada sebarang respons daripada gomen negeri Kedah. Biasalah tu!!!) Jawabnya, pindalah sedikit isi kandungan e-mel tersebut kepada bentuk surat. Dan melayanglah surat berikut ke Ipoh....

Sebentar tadi saya dah hubungi Pejabat MB dan juga PBTM Cawangan Negeri Perak. Mereka  mengesahkan penerimaan surat tersebut. 

Pembaca....Saya sudah pun memulakan langkah pertama. Sekarang terpulang kepada organisasi terbabit melobi kerajaan negeri agar pengiktirafan sewajarnya diberi kepada wira-wira yang tak didendang.

Terlupa pula. Wartawan NST yang menulis laporan di atas, PETER NUNIS, adalah mantan PW2, seorang 'Gunner Alouette Gunship' yang saya coretkan di sini dan penerima KPK. 

Sunday, December 4, 2011

Selamat Pengantin Baru - Iman & Ezzah

Cuti Sekolah=Majlis Perkahwinan....Biasalah tu! 3/12/2011 jam 1000, terbanglah saya ke KL dengan 'firefly' untuk meraikan majlis perkahwinan anak penakan, Iman (Aidi Sherriman - anak bongsu kakak saya) dengan pasangannya Ezzah Fadzillah Harreh. Dari Subang Skypark, saya dibawa terus oleh adik (Cik Su) ke lokasi majlis, iaitu masjid yang betul-betul di belakang MAS Training Centre, Kelana Jaya. Majlis akad nikah telah diadakan di Tawau pada 25/11/2011 diikuti majlis persandingan keesokan harinya.

 Senyum lebar kedua mempelai

Adik-adik saya, Intan (Thalasiah) dan Mek (Ahmad Kamaruddin) serta isterinya, Norehan, selamat kembali dari Mekah pada jam 0130 pagi itu. Jadi, sempatlah mereka menghadiri majlis tersebut walaupun masih lagi mengalami 'jet lag'.

Dari kiri: Mek, Ida, saya dan mak

Dalam majlis sebeginilah masanya bertemu kaum keluarga yang sudah lama tidak berjumpa....

Dari kiri: Mek, Othman Khairi, Wan Ismail Khairuddin, saya. Peminat setia 'Panca Sitara' 

Iman & Ezzah....Ayah Ngah mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' disertai dengan doa agar berkekalan sehingga keakhir hayat.

Monday, November 28, 2011

Sumbangan Kepada Wira-Wira?

Apabila membaca tulisan dalam 'BULETIN' Royal Kedah Club, saya terpanggil untuk menghantar e-mel berikut kepada Dato' SUK Negeri Kedah. Manalah tahu, kalau ada rezeki, tut...tut...terbuka hati mereka yang berkenaan meluluskan cadangan saya itu, insya-Allah.

From: nor ibrahim sulaiman
To: Dato' Rasli SUK Kedah
Cc: PBTM Kedah ; xsapper
Sent: Monday, 28 November 2011 1:39 PM
Subject: PENGIKTIRAFAN TERHADAP WIRA-WIRA NEGARA

Assalamualaikum Dato',

Dengan segala hormatnya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kekaguman saya di atas keprihatinan negeri Kedah terhadap rakyatnya yang berpendapatan rendah. Ini terbukti apabila kerajaan negeri telah memberi sumbangan kepada kedi-kedi Kelab Kedah Diraja seperti yang disiarkan dalam 'BULETIN' Royal Kedah Club, isu Oktober 2011. Untuk itu....SYABAS.

Di sini, saya ingin mencadangkan agar bantuan tersebut dipanjangkan kepada para veteran Pasukan Kesalamatan - ATM & PDRM - yang bermustautin di Kedah, khususnya mereka yang cacat anggota tubuh badan ketika menentang pengganas komunis di era insurgensi dan juga para penerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).Sepertimana yang Dato' sedia maklum, penerima KPK terkecuali daripada menerima Elaun Kenangan yang dinikmati oleh penerima SP, PGB, JPP & PTU walaupun ia tergolong dalam kategori 'Anugerah Perkasa' Persekutuan. Sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, ia mencerminkan penghargaan negeri kepada wira-wira tersebut.  

Selain pengiktirafan, sumbangan ini mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu mereka yang menghadapi  kesempitan kewangan dalam mengharungi kehidupan seharian. Ramai daripada wira-wira yang tidak didendang ini tidak berpencen dan kecacatan anggota badan serta tahap kesihatan juga menjadi faktor utama mereka tidak berupaya mencari nafkah. Apa jua jumlah sumbangan sudah pasti memberi makna kepada mereka. Saya boleh bayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah mereka ketika disorong dengan kerusi roda atau dibantu  topang ketiak ketika nama diumumkan untuk menerima sumbangan tersebut!! Sudah pasti Hari Pahlawan setiap 31 Julai menjadi tarikh keramat yang sentiasa dinantikan oleh mereka. 

Saya tidak pasti jumlah mereka yang terlibat di negeri Kedah. Mungkin cawangan persatuan-persatuan terbabit di Kedah, seperti PBTM, Yayasan Komando Malaysia, Pertubuhan Xsappers Wilayah Utara, dan lain-lain, boleh membantu bagi mendapatkan butir-butir mereka yang layak.

Sekiranya sumbangan yang dicadangkan ini sudah dan akan terus dilaksanakan, sekali lagi saya ucapkan SYABAS DAN TERIMA KASIH. Jika sebaliknya, adalah menjadi harapan saya agar Dato' memberi pertimbangan sewajarnya.

Akhir kata, kerjasama Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Apakah keberangkalian saya akan terima sebarang respons? Tiada jawapan kerana saya sudah 'masak' dengan telatah segelintir agensi kerajaan. Pokoknya....Sekurang-kurangnya saya telah mencuba, Wallahualam.

Friday, November 25, 2011

'LEGACY OF HEROES'

Sapa pula yang telefon ni! Pada 23/11 jam lebih kurang 1250, saya terima satu 'miss call' daripada 03-62013150,  nombor yang tiada ada dalam directory 'contacts'. Jawabnya, saya pun daillah nombor tersebut. Saya memang tak kenal sipenerima atau syarikat tersebut - Rajawali Aerospace Sdn Bhd. Menurut sipenerima, bos beliau mahu berbicara dengan saya. Siapa? Jawabnya ...Brig Jen Dato' Richard Robless. Sudah pasti saya mengenali beliau...Bos saya ketika beliau menjawat KESEK (Ketua Sekriteriat), DTU. Saya pula ketika itu PT2 Sek2. Tugas utama saya ialah menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Panglima Tentera Udara.

Ha...macam mana 'out of the blues' xbos nak cakap dengan saya? Apabila dihubungkan kepada beliau, Dato' menjemput saya ke upacara 'LEGACY OF HEROES' bermula pada 12/12/2011 di Air Movement, TUDM Kuala Lumpur.  Aturcara adalah seperti berikut...


Menurutnya,  beliau menjemput para xkrew Nuri seramai mungkin bagi menjayakan acara tersebut. Wow...kami HEROES!! Kalau tiada aral melintang, saya akan pergi, Insya-Allah. Saya anggapkan ini sebagai 'reunion' dan sungguh berharap ramai veteran akan hadir.

Sebentar tadi terima panggilan daripada Lt Kol Frank Chong TUDM (B) yang memaklumkan, tarikh untuk 'old heroes'  hadir ialah 14/12 dan telah disahkan oleh staf Rajawali Aerospace.

Dato' Richard....Terima kasih.

Wednesday, November 23, 2011

Diterbit Semula?

Sepertimana yang saya nyatakan di  sini,  saya bersyukur kerana buku 'Limited Edition' telah habis dijual. Tapi saya sedih kerana terpaksa mengucap sayonara kepada "Coretan Xnuripilot". Dan, turut berasa kecewa kerana pembacanya juga terhad. Mana tidaknya, selain pembaca yang membeli terus daripada saya, berapa ramai yang minat membacanya di Perpustakaan Awam? Saya memang mimpikan agar buku tersebut dijual di gedung-gedung buku. Tapi, itu bukan satu perkara yang mudah untuk penerbit persendirian...percayalah!

Faktor utama membantutkan keinginan ini ialah RM...Biasalah tu! Namun demikian, andaikan  ongkos bukanlah satu masalah untuk mejar pencen ini, saya tak nampak jalan bagaimana buku-buku tersebut boleh diedar di kedai-kedai buku seluruh negara. Bagi melaksanakan impian ini, saya memerlukan penerbit yang berwibawa. Jadi, cubalah nasib dengan menghubungi Dewan Bahasa & Pustaka bertanyakan sama ada mereka mempunyai dasar menerbitkan buku yang telah diterbitkan oleh penerbit persendirian seperti saya. Maka, melayanglah surat berikut kepada KP DBP.....

Ingatkan habis begitu sajalah. Ketika sedang tarik troli pada pada 22/11/2011 jam 0805, tut...tut...saya terima panggilan telefon daripada DBP memohon saya hantarkan satu naskah buku bagi mereka 'mengkaji' kesesuainya untuk diterbitkan oleh mereka. Jawabnya, lepas 9-lubang saja, bergegaslah saya ke pos laju untuk pos xpreskan buku itu. Apa keputusannya nanti...Wallahualam.

Jujur dikatakan, saya agak pesimistik akan keputusan yang saya akan dimaklumkan nanti. Sebabnya? Kan ke DBP diamanahkan oleh gomen untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Mana ada DBP menerbitkan buku yang gaya penulisan 'talking writing' dan bahasanya pula lebih daripada rojak buah! Agaknya mereka yang terbabit di DBP mengeleng kepala membaca buku saya tu...Eh...Eh...Eh.

Apa pun, saya sentiasa bersyukur kerana, sekurang-kurangnya, saya telah mencuba. Kalau ada rezeki....Alhamdulillah.

Sunday, November 20, 2011

Putaran Kehidupan

Satu putaran kehidupan! Berbelanjalah berpuluh-puluh RM untuk mengekalkan 'kemudaan' bagi menyekat kemaraan 'ketuaan'....suntiklah tok segala botox. Tapi, mana boleh melawan kekuasaan-Nya. Terima sajalah hakikat. Tidak kira sesiapa pun, baik apa jua status atau darjat, dan sekiranya diberi keistimewaan untuk menikmati kehidupan agak lama sedikit di muka bumi ini, TETAP tidak dapat lari dari proses penuaan.....

Dahulu....

Saya masih  didukung oleh mak
Sekarang.....

Lebih kurang 60 tahun kemudian (26/3/2011)

Persamaan....Anak-beranak mengalami 'osteoporosis'...

Mak di lutut. Dimasukkan ke Hospital Taiping (17/9/2011)

Saya pula di leher...'cervical spondylosis' (14/10/2011)

Awal 60'an....Arwah bapa bersama kakak-kakaknya di perkarangan rumah abang iparnya, arwah Wan Salaidin (WS), ketika itu Pegawai Daerah Dinding. Saya tiada dalam gambar mungkin pergi 'menyerangpang'  ketam bersama members di Telok Haji Salim agaknya...

Depan ~ Dari kiri: Muhayuddin, arwah Wan Mohamad WS, Ahmad Kamaruddin (adik), Wan Yaacob WS, arwah Wan Ibrahim WS, Wan Faezah, Thalasiah (adik)
Duduk ~ Dari kiri: Arwah Wan Hamaruddin, arwah Hariah, arwah Halimatun Saadiah, arwah Wan Salaidin 
Belakang ~ Dari kiri: Arwah Sulaiman (bapa), Wan Ismail Khairuddin, Wan Norniah WS, Rabaiah (kak), Uteh Mariah, Rahamah (mak), arwah Mohamad Hanafiah (dukung)

50+ tahun kemudian, 31 0gos 2011....

Dari kiri: Saya, Thalasiah, Mak, Rabaiah, Ahmad Kamaruddin
Berdiri ~ Dari kiri: Mariatul Haniza, Wahinuddin

Apa yang mampu saya nasihatkan hanyalah....Jaga kesihatan, banyak-banyak bersyukur terhadap nikmat-Nya dan bermohon untuk keredaan-Nya.

Wan Ismail Khairuddin...Terima kasih kerana sudi menghantar gambar-gambar yang membawa banyak kenangan.

Friday, November 18, 2011

Bila?

Alkisah, saya ada menerima panggilan daripada 2-3 rakan yang juga penerima PTU. Mereka bertanyakan bila pembayaran akan dibuat. Mentang-mentanglah saya yang memulakan isu ini, jadi saya juga yang dianggap penyelesai apa jua masalah yang timbul. Eh...Eh...Eh. Mana le saya nak tahu kerana siapalah si xnuripilot ini...kaki penyebuk saja! Pada saya, bila gomen nak bayar tak menjadi masalah. Lagi lama, lagi banyak tunggakan. Itu kata saya. Mereka pula kata...nanti gomen lupa. Kenalah saya terangkan yang gomen terpaksa meminda akta tertentu.

Apa pun, dah orang menaruh harapan, terpaksalah saya melayangkan emel berikut kepada pihak berwajib.

From: nor ibrahim sulaiman
To: Dato' Zahid Hamidi
Cc: KSU KEMENTAH ; Tan Sri PAT ; Dato' Shahrul Polisek ; PTU ; PTD ; khalid Ali ; Chong KL ; Md Som ; Capt Murad
Sent: Friday, 18 November 2011 11:13 AM
Subject: ELAUN KENANGAN


Assalamualaikum YB Dato',

Pelajar-pelajar sekolah sudah pun menerima RM100 sepertimana yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet baru-baru ini yang melibatkan sejumlah RM550 juta. Bilakah pula agaknya kami, seramai 123 penerima JPP & PTU, akan merima elaun perkara di atas yang telah diumumkan oleh PM pada 30 Julai 2011? Saya tidak mengetahui apa jua masalah yang dihadapi oleh pihak berwajib kerana semenjak pengumuman tersebut, saya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dengan pembayaran elaun ini. Saya harap kami tidak akan melalui apa yang dialami oleh penerima-penerima SP & PGB ketika kadar baru diumumkan pada 31 Julai 2009. Saya difahamkan salah seorang penerima PGB tidak sempat menikmati elaun RM1500 kerana arwah telah meninggal dunia sebelum pembayaran dibuat. Mereka menerimanya 10 bulan dari tarikh pengumuman. 

Pertimbangan Dato' agar menyegerakan pembayaran ini sangat dihargai. Terima kasih.

RAKYAT DIDAHULUKAN....PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Sama ada pihak berwajib akan memberi sebarang respons...Wallahualam.

Monday, November 14, 2011

...إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

14 November 2011....Jam 0041. Saya terbangun daripada tidur apabila mendengar lagu "My Way" telefon bimbit saya. Saya kenal pemanggil tapi bukan dia yang menelefon. 'Assalamualaikum mejar. Saya anak Sayed Mahadzir. Bapa dah tiada lagi'. 'Bila arwah meninggal? tanya saya. 'Pagi tadi, jam 1100 ketika operation. Mak pesan untuk memaklumkan kepada mejar'....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

11 November 2011....Jam 1152. Saya terima sms daripada arwah, Cikgu Sayed Mahadzir '...Assalamualaikum. Apa khabar kawan2. Moga dalam sihat walafiat. Alhamdulillah saya juga Insya Allah agar beransur sihat, walau pun terpaksa menjalani rawatan di Wad Kenanga 1, Tingkat 4 Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Masalah paru2. Tolong doakan saya agar cepat sembuh. Wassalam - SAYED MAHADZIR'.

Jam 1800...saya pun pergi le ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan terus ke Tingkat 4. Masalahnya, tiada Wad Kenanga 1. Yang ada ialah Kenanga 4A hingga 4C. Jadi, saya telefon beliau tapi tiada jawapan. Hantar sms pula. Beberapa minit kemudian, beliau telefon saya. Arwah bertanya saya berada di mana ketika itu. Jawapannya ialah berhampiran cafeteria. 'Saya di hospital Sg Petani, bukannya di Alor Setar'. Ya Allah...Apa dah jadi dengan saya ni kerana tak teliti semasa membaca sms beliau! Memang benar beliau sepatutnya dimasukkan ke HSB dari Kuala Nerang tetapi kerana ketiadaan pakar di hospital tersebut, beliau dihantar ke Sg Petani. Walaubagaimana pun, arwah sungguh gembira kerana saya 'cuba' menziarahnya.

Saya berjumpa arwah buat kali pertama dan terakhir pada 31 Julai 2011, jam 1848 di RTM Alor Setar. Kami terlibat dalam drama pendek dan arwah menemuramah saya tentang kemerdekaan. Arwah telah menulis skrip drama berkaitan kekejaman 'Bintang Tiga' di era Darurat dulu. 


Arwah Cikgu turut membeli buku 'Coretan Xnuripilot' malam itu. Komen beliau '...Saya sangat kagum. Ia mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi dan perlu diangkat untuk tatapan umum yang lebih luas. Apa lagi dalam keadaaan hari ada jiwa2 pengkhianat bangsa yang cuba menyanjung komunis dan menolak pejuang kemerdekaan seperti terdapat dalam Utusan hari ini. Malang sekali apabila kenyataan itu dibuat oleh tokoh pemimpin Melayu sendiri. Syabas Mejor! Saya yakin kandungannya boleh diadaptasi untuk dijadikan sebuah filem. Tahniah' (sms pada 27/8/2011 jam 1500).

No 1 dari kanan: Arwah Cikgu Sayed Mahadzir - 31 Julai 2011

Pada 31 Ogos, arwah menghantar sms '...drama pendek Jangan Dok Tebeng akan disiarkan pada  jam 1600 di Radio Kedah'. Malangnya, saya tidak sempat mendengar drama tersebut kerana berada di Taiping sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Arwah Cikgu Sayed Mahadzir, 60, seorang penulis, ahli Persatuan Penulis dan Persatuan Sejarah Negeri Kedah, menamatkan kerjaya sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Padang Senai. Kata-kata berangsang arwah, petikan sms  pada 27/8/2011 '...Namun Mejor jangan putus asa, usaha perlu diteruskan. Saya , Insya Allah, bersama Mejor. Akan mengambil kesempatan menyatakannya pada setiap ruang yang ada. Wassalam'. 

Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman...Al- Fatihah.

Friday, November 11, 2011

TAMAT

Syukur Alhamdulillah....Terjual juga 2000 naskah buku saya ini akhirnya! Sudah tentu saya banyak-banyak berterima kasih kepada para pembaca blog saya ini yang sentiasa memberi sokongan sehingga buku tersebut berjaya diterbitkan. Saya tabik spring kepada saya sendiri kerana berjaya menghadapi pelbagai halangan untuk menjadikan impian saya satu kenyataan....No joke man. Masuk bakul angkat sendiri...He...He...He!

Sesiapa yang berhasrat untuk menerbit buku secara 'solo', hubungilah 'Consultant' tak bertauliah ini  dan saya akan memberi pandangan seikhlas-ikhlasnya. Jangan risau, tiada sebarang fee dikenakan...FOC, insya-Allah. Apa yang dimaksudkan 'solo'? Sayalah penerbit, pengedit, pemasar, penyimpan kira-kira, runner/despatch, operator telefon, dan apa-apa yang anda boleh fikirkan. Kalau buku diterbitkan oleh pihak kedua, anda tidak akan menghadapi masalah ini semua. Anda hanya perlu menulis...hantar kepada penerbit. Dan mereka akan edit, cetak, lancar dan pasarkan. Lepas tu, tunggu dapat royalty.

Kalau saya seorang ternama atau bergelar, mungkin mudah sikit untuk melariskan jualan buku. Jika hanya seorang mejar pencen, bukan mudah! Memang benar ramai politikus dan pak-pak jeneral  menyarankan agar para veteran mendokumentasikan pengalaman sebelum menutup mata. Masalahnya, kebanyakan mereka 'cakap tak serupa bikin'.   Bayangkan, pelancaran buku saya oleh Menteri Pertahanan di KEMENTAH pada 2 Ogos 2011....hanya laku lebih kurang 25 buku sahaja! (Pak Menteri sendiri telah membeli 200 naskah pada 9 Mei....saya bulldozed my way ketika beliau tiba kat Hotel Sri Malaysia, Kangar. He...He....He). Semasa meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri bersama warga 6 Briged dan penduduk di Sungai Petani, hanya senaskah saja yang laku! Itu pun dibeli oleh seorang isteri kepada seorang pegawai untuk dihadiahkan kepada suaminya.  Kos petrol dan tol pun lebih daripada harga buku...Kesian saya! Inilah alam kenyataan yang mungkin ramai yang tidak mengetahui dan mesti dihadapinya oleh penulis persendirian.

Saya bernasib baik juga kerana ulasan Dato' Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit'nya di Utusan Malaysia, majalah 'Perajurit', surat KSN,  serta  program TV3 'Malaysia Hari Ini' banyak membantu.

Apa pun, saya bersyukur kerana Perpustakaan Awam (935 naskah), Perpustakaan ATM (70 naskah) dan unit-unit TUDM (TUDM memesan 100 naskah) telah memperolehi buku tersebut. Ada juga organisasi tertentu, seperti AIROD (mahukan 100 naskah tapi telah dihantar hanya 90 saja kerana ketiadaan stok), INTAN, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri dan BTN turut membeli (bukan semua). Saya telah fak/emel kepada pelbagai agensi kerajaan; hampir 2 inci tebal file surat-menyurat. Ada yang memberi respons - positif & negatif (banyak yang negatif) - setelah saya menghubungi Ketua Jabatan itu sendiri. Kira-kira bertuah dapat bercakap dengan bos. Kebiasaannya hanya terhenti di tahap 'gate-keeper' sahaja. Kalau harapkan mereka respons kepada surat/emel tanpa disusuli dengan panggilan telefon, jawabnya tunggu saja le sehingga kucing bertanduk!

Kemungkinan besar saya tidak akan mencetak lagi buku ini melainkan ada permintaan dalam jumlah yang besar atau pun ada penaja yang sedia membiayai kos penerbitannya. Memadailah dengan 2000 naskah tersebut. Yang paling penting ialah ia memberi satu kepuasan kepada saya...A real achievement as far as I'm concerned.  
Sekarang bolehlah difikirkan buku kedua. Semuanya tertakluk jika ada sumbangan cerita daripada para veteran yang mahu pengalaman mereka diabadikan. Sebelum mengucapkan sayonara kepada "Coretan Xnuripilot", sekali lagi...TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.

Tuesday, November 8, 2011

11 Zulhijjah 1432H

11 Zulhijjah 1432H=7 November 2011= Hari ke2 Hari Raya Aidiladha. Sepertimana yang dipraktikkan beberapa tahun terdahulu, Masjid Darulaman, jarak dari rumah saya = 'par 3' sahaja, telah melakukan majlis korban sebanyak 6 ekor lembu. Mengikut perancangan, lembu pertama disembelih pada jam 0800. Namun demikian, proses ini tergendala kerana seekor lembu telah cabut lari dan 'cowboys' terpaksa mencari sebelum berjaya menangkapnya semula. Hanya lebih kurang jam 1030 barulah bermulanya melapah lembu pertama.

Kerja-kerja melapah

Tut...Tut...Hujan turun dengan lebatnya

Syukur alhamdulillah, korban tahun ini selamat dilaksanakan walaupun rasa letih bebeno dibuatnya. Kalau dipanjangkan umur, tahun hadapan berulang lagi amal ibadah ini, InsyaAllah.

Friday, November 4, 2011

'...DI ATAS SIFAT....'

Pagi tadi, saya bersembang dengan seorang rakan, x-anggota TUDM daripada Cawangan Trafik Udara. Saya bertanyakan sama ada beliau telah mendapat PJM. Beliau memaklumkan yang beliau tidak berminat dengan pingat tersebut walau pun rakan sejawatnya pernah mencadangkan agar memohon semasa pingat itu mula diperkenalkan. Itu hak beliau...Tiada masalah kalau tak mahu. Saya memberitahu beliau bahawa saya mahukan PJM dan setelah 1 tahun menunggu, akhir tersemat juga di dada kiri pada April 2011. Saya berbangga dengan '...DI ATAS SIFAT KEPERWIRAAN, KEBERANIAN, PENGORBANAN DAN KESETIAAN DALAM MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA SEMASA TEMPOH DARURAT' 

Untuk makluman, isu pemakaian PJM telah dibincang oleh penggubal undang-undang di Parlimen England. Perkara ini dibangkitkan kerana kerajaan London 'melarang' pemakaian pingat berkenaan sempena 'Rememberance Sunday', 13 November setiap tahun. Penerima-penerimanya tidak berpuas hati dengan larangan tersebut dan mereka melobi Ahli-Ahli Parlimen untuk membincangkan perkara ini. Akhirnya, kerajaan akur dengan desakan veteran darurat Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan oleh Lt Kol Idris Hassan melalui e-mel berikut....
From: Douglas Fox 
To: Idris Hassan 
Sent: Saturday, October 29, 2011 1:39 AM
Subject: THE RIGHT TO WEAR THE PINGAT JASA MALAYSIA

Dear Idris,
I am pleased and proud to forward this email and the Hansard extract to you. It is good to see Parliamentary debate in its most positive form (Hansard makes good reading).
I have to mention, of course, that the British veterans holding the PJM and living in Malaysia have proudly worn the medal notwithstanding the previous (incongruous if not just downright silly) rules. As one senior British retired general remarked while visiting Malaysia during the 50th Merdeka celebrations, wearing the PJM, "they can't lock us all up in the Tower!".
Kind regards,
Douglas

Dear Members,

This is a day for champagne corks to pop!  We have at last won the right to wear our PJM medal and will be able to do so by Remembrance Sunday this year and thereafter without restriction.  This has been a long campaign by many Associations, not just ours, and particularly the ‘Fight4thePJM’ campaign.  But you have all played your part magnificently in lobbying our members of Parliament, Commons and Lords, and others, for this right and we have spent many hours doing so.

I attach above the Hansard extract that will show you the full debate in the House of Lords last night.  In summary:

1.      The debate was led by Lord Astor of Hever, Parliamentary Under Secretary of State for Defence, who opened by recognizing the various debates on the subject of medals are further evidence of the strength of feeling in both Houses on this important matter and acknowledged the conviction with which a number of noble Lords have pursued their concerns about the PJM.

2.      The debate moved was that the Lords do not insist on its Amendment 6 to which the Commons disagreed.  (This was an Amendment which, amongst other things proposed that we should wear the PJM without restriction but the Commons felt it went too far and when they rejected it the PJM proposal was rejected as part of that package).

3.      Lord Astor recognized the concern in particular about whether, in advising Her Majesty on the acceptance and wearing of the PJM, the HD Committee made the right recommendation.  He went on to make it clear what the Government will do in response to these concerns.
·        First, there will be a fresh independent review of the rules governing the award of military medals.
·        Then, on the question of the PJM, he the Parliamentary Under Secretary of State, has already commissioned a an urgent HD paper recommending that holders of the medal be able to wear it with the approval of Her Majesty.  He is confident to resolve the issue and to progress the matter swiftly so that the PJM can be worn on Remembrance Sunday this year [13 November 2011] and thereafter without restriction.  This therefore is our green light.

The debate continued, focusing on practice and procedure and raising some issues that will interest many of you, but raising nothing that would jeopardize the Governments intention at 3 above.  Read it for yourselves on the web also at this link:
http://www.theyworkforyou.com/lords/?id=2011-10-26a.856.2&m=100026

Please do disseminate this message to all your Members as soon as possible in whatever way you deem fit.  I will send a note to His Excellency the High Commissioner of Malaysia who will, I know, be delighted with this outcome.

I, and I am sure all of our Members, will toast this success this evening at dinner!

Yours aye
Tex Pemberton
Lieutenant Colonel Tex Pemberton OBE
Chairman
National Malaya and Borneo Veterans Association

Apakah nilai PJM pada saya? Sungguh tinggi!!  Mana tidaknya apabila melihat gambar dalam akhbar yang menunjukkan arwah Jeneral Tun Ibrahim bin Ismail (sebelum kembali ke rahmatullah) sanggup datang ke majlis penyampaian PJM oleh YB Menteri Pertahanan walau pun terpaksa datang dengan ambulan dan berkerusi roda. Inilah nilai PJM kepada seorang bergelar Tun, Jeneral & mantan PAT!!  Bukankah sekurang-kurangnya ada juga satu  persamaan di antara arwah Tun dengan mejer pencen ini...PJM. (Sayang sekali keratan akhbar tersebut telah hilang. Sesiapa yang ada menyimpan keratan tersebut, harap sudi e-melkan kepada saya). 

Lt Kol Idris Hassan (B)....Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
06 November...Terkini...

Berlandaskan kepada komen-komen terhadap coretan ini, sila klik di sini untuk mengetahui kelayakan bagi penganugerahan JPM.