Followers

Thursday, November 30, 2017

Apa Signifikannya "Darurat Ke-2"?

Sambungan dari sini...

Mungkin ada yang bertanya apa signifikannya terma "DARURAT" dalam tempoh 1968-1989? Sebenonya memang ADA!

Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa anggota Rifle Company Butterworth (RCB) yang berkhidmat di RAAF Butterworth 1970-1989, telah petisyen gomen Australia supaya perkhidmatan mereka melayakkan mereka mendapat 'insentif' kewangan dan penganugerahan pingat Australian Active Service Medal (AASM). Alasan mereka ialah mereka berkhidmat "active duty" kerana Malaysia ketika itu berhadapan dengan ancaman insurgensi komunis. Mereka menegaskan Pangkalan Butterworth berhadapan dengan ancaman komunis bersandarkan laporan ini:
ANZUK INTELLIGENCE GROUP (SINGAPORE)- THE THREAT TO AIR BASE BUTTERWORTH UP TO THE END OF 1972, NOTE NO. 1/1971, 30 November, 1971

Laporan ini menyatakan perisikan menunjukkan pada 1971,  "8th Assault Unit" telah membolos sempadan Malayisa/Thai dan membina pangkalan di kawasan hutan simpan Gunong Inas yang jaraknya lebih kurang 25 batu timur pangkalan RAAF Butterworth (hlm. 10). Seterusnya laporan ini mencatatkan "...that there is likely to be an increase in armed terrorist activities, largely confined to the border area in Kedah, Perak and Kelantan, although isolated incidents might occur further south" (hlm. 14).



 Namun, rumusan laporan menegaskan "Although we expect the Base to increasingly used by the RMAF during 1972 for anti-CT operations, a "reaction" attack by the CT is assessed as unlikely" (hlm. 22).

Rumusan laporan ini tidak menghalang RCB mempetisyen gomen. Berlandaskan kepada petisyen ini, gomen telah menubuhkan tribunal mengenai tuntutan RCB, di  SINI. Walaubagaimana pun, dapatan tribunal tidak menyebelahi mereka, di SINI, juga di SINI.

Alasan yang mengnohtahkan tuntutan RCB ditegaskan oleh Stuart Robert, Assistant Minister for Defence yang menegaskan "...The petition posits the RCB served during the period of a Second Malaysian Emergency. While some authors have referred to the activities of the Communist Party of Malaysia during this period as a 'Second Emergency', this title appears to have been applied retrospectively. It is not reflected in any official history records of Malaysia.The Malaysian Government did not declare this period to be an emergency" (hlm. 2 di SINI). 

Jika para pembaca ada lain-lain maklumat mengenai tajuk ini, harap sudi kongsi bersama. Terima kasih.