Pengikut

Khamis, 24 Ogos 2017

Majlis Pengkisahan di Perpustakaan Awam, Kangar

OGOS-16 SEPTEMBER...Musim MERDEKA sudah tiba...kebetulan dengan musim buah durian!

22/8/2017....Saya tabik spring kepada pihak Perpustakaan Awam, Kangar. Mereka tanpa gagal telah menganjur Majlis Pengkisahan sempena sambutan HUT KEMERDEKAAN yang kini dengan penjenamaan semula HARI KEBANGSAAN semenjak 2015. Yous truly ni le yang mula mengesyorkan kepada mereka 6 tahun lepas dan saya bersyukur mereka menerima baik cadangan itu. Majlis pertama pada 28.8.2012 dan ahli panel ialah Lt Kol Basri PGB, Mej Ishak & saya sendiri.

Tahun ini mereka telah mengundang Brig Jen Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman PGB PTU. Mungkin ramai yang tidak menyedari, selain mendiang Dato' Kanang yang  merupakan penerima 2 Anugerah Perkasa, iaitu SP & PGB, Dato' Rahim juga merupakan penerima 2 Anugerah Perkasa, iaitu PGB & PTU. Penerima2 anugerah tersebut dan juga PTU & JPP, menerima Elaun Kenangan oleh gomen.

Dipendekkan cerita, disebab masalah 'teknikal', pihak Perpustakaan 'terundang' saya juga...he...he...he.

OK la...saya memaklumkan kepada pihak penganjur kali ini saya akan ceritakan pengalaman tentang Op Tugu, kisah Pulau Layang2. Bukan nak cerita yang sama juga walaupun pendengar yang tak sama.

Selain Dato' Rahim dan saya, seorang lagi ahli panel ialah Mej Harjit Singh Rendawa, xRAJD.

21/8..Dato' Rahim meraikan subordinatesnya  di suatu ketika dulu di Kangar, saya dan Lt Kol Harun

Bersama Mej Rajasaikaran, xKomando

Sarapan pagi bersama Exco dan Cikgu Khadijah, balu arwah Lt (U) Wan Munsif

Cikgu Khadijah dapat meluangkan masa untuk turut hadir. Terima kasih Cikgu

Dari kiri: Mej Harjit, NIBS, Dato' Rahim, Noor Zaidi (moderator)

Para hadirin termasuk Kept Yusri, Pengarah PUSM TLDM, Pulau Indah

Dari kiri: Noor Zaidi, Mej Rajasaikaran, YB Asmaiza, Mej Harjit, Lt Kol Harun, Dato' Rahim, En Ahmad Zambri, SUK, Puan Machita, Pengarah Perpustakaan, Kept Yusri, Lt Kol Basri

Saya rasa saya berjaya menyampaikan cerita bila salah seorang hadirin memberitahu saya bahawa baru sekarang beliau mengetahui sejarah Pulau Layang2, syukur alhamdulillah. 

Saya tabik spring kepada Lt Kol Basri & Mej Rajasaikaran yang usaha datang masing-masing dari KL dan Melaka dengan menaiki ETS. Basri tumpang di Mes Pegawai RAJD sementara Rajasaikaran dengan saya di Hotel Putra Regency. Sungguh kental semangat patriotisme mereka.

Semasa ditemual bual oleh RTM Kedah selepas majlis tersebut, saya meluahkan harapan agar program seperti ini tidak bermusim. Pada saya, program untuk memupuh semangat patriotisme tidak bermusim, sepatutnya berterusan. Dah lama saya mencadangkan supaya agensi2 gomen yang terlibat dalam Latihan, seperti IPG, IPTA, mengundang para veteran semasa program orientasi untuk siswa-siswi baharu. Beri 1-2 jam untuk mereka menceritakan pengalaman mereka. Ramai veteran yang sedia menyahut undangan tetapi tidak diundang. Mereka tidak disediakan platform. 


Saya pula mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perpustakaan Awam Kangar di atas kesediaan mereka menganjur majlis ini setiap tahun. Inilah satu-satunya agensi gomen yang saya tahu yang tidak jemu-jemu memberi platform kepada para veteran menceritakan pengalaman mereka. Mana le tahu, penceritaan ini mungkin dapat memberi kesedaran kepada para hadirin tentang pengorbanan para anggota keselamatan mempertahankan kedaulatan negara, wallahualam.

Impian saya hanyalah agar lain2 agensi gomen mencontohi Perpustakaan Negeri Perlis. Apa yang mampu saya luahkan hanyalah....TERIMA KASIH. 

Kepada Puan Machita...Terima kasih diatas sokongan Puan yang sedia membeli buku2 saya dan SELAMAT BERSARA.  

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA