Pengikut

Rabu, 14 Jun 2017

Tamat!!

Masih kisah semalam di sini.....

Sepertimana  yang kita semua sedia maklum, KEMENTAH telah mengeluarkan press release berikut:


Utusan Malaysia hari ini, hlm. 13.

Berakhirlah sejarah FM1718/M23-15...

Selasa, 13 Jun 2017

Sungguh Sedih!!!

12/6/17...Tarikh yang membawa kesedihan kepada pencinta The Old But Faithful Nuri, seperti saya.

Pada 11/6, saya terima WhatsApp daripada Mej Zuraiman, Kurator/Ketua Penyelidik Muzium TDM, Port Dickson. Beliau memaklum bahawa beliau dalam perjalanan ke Sungai Petani dalam usahanya menyelamat sebuah Nuri yang terdapat di junk yard di sana.

M23-15 di junk yard Sg Petani






Menurut Mej Zuraiman, beliau telah bertemu dan berbincang dengan En Hamid, staf syarikat yang membeli Burung Besi. Beliau memohon  agar syarikat terbabit mempertimbangkan opsyen2 yang ditawarkan, iaitu, (1) syarikat menawarkan harga pesawat untuk dibeli; (2) meminjamkannya kepada muzium untuk dipamerkan; (3) barter trade dengan kenderaan lain yang telah dilupuskan.

Zuraiman dengan En Hamid

Saya pula telah membincangkan isu ini dalam WhatsApp Nuri Warriors. Sepertimana yang saya dah jangka, kami sungguh sedih. Seorang itu telah mencadang supaya dibuat kutipan dengan beliau memulakan sumbangan sebanyak RM500. Nak tahu berapa nilai Burung Besi dalam bentuk besi buruk? Lebih kurang RM20k-RM25k saje!! Jumlah ini adalah nilai sisa scrap pepejal mengikut pasaran semasa, iaitu RM4k/ton.

Tapi....tidak lama kemudian, tersiarlah gambo ini yang bukan dihantar oleh beliau tetapi oleh seseorang yang boleh buat keputusan...
Proses memotong satu aset pertahanan

Saya telah mencadangkan kepada Mej Zuraiman supaya memohan kepada syarikat terbabit untuk 'menghadiahkan' pilot seats untuk dipamerkan di muzium beliau. Saya yakin seats ini banyak menyelamatkan pilots semasa era insurgensi di Semenanjung 1968-89, wallahualam. Tapi...

M23-15 telah memasuki invetori TUDM pada 29/11/1976. Nombor asalnya ialah FM1718. Pesawat ini terlibat dalam satu kemalangan di Pulau Perak pada 23/12/14, di SINI

 Kali terakhir saya menerbangkannya ialah pada 28/1/1980 bersama Kapt Rosly J/Sjn Gan (mendiang). Call sign W408 J One. Saya clocked 7:15 jam.

Tidak dinafikan pesawat yang sudah dilupuskan dijual. Tetapi, masalahnya ialah muzium TDM mahupun TUDM masih tiada sebarang relic Nuri. Pada pandangan veteran ini, alangkah eloknya jika M23-15 ditempat di muzium, tak kisahlah sama ada di Port Dickson atau muziumTUDM yang saya tak pasti lokasinya nanti, wallahualam  

Beginilah nasih satu aset pertahanan yang telah banyak menyumbang bakti terhadap pembangunan 
dan keselamatan negara...

Legasinya hanya di junk yard...tidak layak walaupun di muzium!!!