Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Tuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tuah. Papar semua catatan

Khamis, 13 September 2012

Tam & Belang

Sedih & Kecewa...Itulah kata-kata yang saya boleh luahkan! Sedih kerana beberapa ekor kucing di DGCC sudah tidak kelihatan lagi. Kecewa kerana saya difahamkan oleh seorang pekerja, seorang eksekutif kelab telah mengarahkan supaya kucing-kucing tersebut dibuangkan.

Sepertimana yang saya coretkan di sini, tak kira hari dan dalam apa jua cuaca, saya akan pergi ke kelab untuk memberi makanan kepada mereka. 2 ekor pula, 'Tam' & 'Belang', sangat manja. Selepas makan, mereka akan 'panjat' atas saya: Belang pula akan cium dan gigit telinga saya.

Tam & Belang

Favourite spot siBelang - bahu saya

 Mungkin saya silap, kemungkinan besar mereka di'hukum' kerana 'bauan' yang kurang menyenangkan tatkala menyahut 'nature's call'! Saya tak tahu di mana mereka berada. Saya hanya mampu berdoa agar ada hambaNya yang sanggup memberi mereka makan walaupun ala kadar saja. Saya tidak boleh ambil mereka kerana di belakang rumah saya dah ada lebih kurang 10 ekor kucing terbiar. Setakat memberi makan tu, bukannya satu masalah,  insyaAllah.

Sayang sekali di Alor Setaq atau Jitraq tiada NGO seperti SPCA. Kalau ada, saya akan menghantar kucing-kucing ke sana dan memberi sumbangan kepada organisasi tersebut. Kepada 'pembenci' kucing, percayalah bahawa setiap perbuatan itu ada balasanNya. Saya yakin amal jariah kepada ciptaanNya yang juga haiwan kesayangan Rasulullah akan diberkatiNya. Mungkin tidak dalam bentuk wang ringgit, tapi mungkin kesihatan, wallahualam.

Tam & Belang...I miss you. 

Khamis, 26 Julai 2012

Cute But Homeless

My daily routine, come rain or shine, feeding these cute but neglected cats at my club, DGCC. Altogether there are 7 cats outside the caddies' room.

From left: Pak Tuah, Belang, Tam & Comot

My golfer-kaki, whose car is of the same model as mine, marvels at their Allah-given instincts. Whenever he arrives at the club for golf, these animals are just not bothered. But they would run towards my car on hearing the car's engine and follow  me:  a 'Pied Piper' of sorts  to these poor creatures. I've to be very careful when parking for fear of hitting them. It gives me  great pleasure and satisfaction to feed them and seeing them 'meowing' away after their stomachs are full.

It pains me to see whenever people ill-treat animals - be it cat, dog, tiger, etc, etc. Why must we be cruel to them? After all, they, too, have the right to live in this world. 

Back home, my wife is the caretaker of about 15 stray cats. Every day, without fail, first thing early in the morning  and late afternoon,  she would be feeding them. They stay outside the compound of our house: only 4 live within the compound. She spends quite a substantial amount of her pension on food and medical care, including family planning pills for these cute animals.

Yesterday we had to take a he-cat, 'Kaka', to the vet. For the last 2-3 days, my wife observed that  he was not the usual mischievous Kaka. The vet told her that Kaka might have food poisoning. And, as expected, he was given a jab. For those who're not familiar, vet's medical bills are exorbitant.

Syukur alhamdullah to Almighty Allah, as at today, it doesn't cause a major dent in our pockets. Maybe the cats are praying for us?...Wallahualam.

To those who have soft spot for animals, believe me, your money spends on them is worth it. I've full faith that your  benevolence would be rewarded by Allah. The 'rezeki' is not necessarily comes in the form RM, maybe among others, being able to type this jotting is also a rezeki. What more, when you're given the best of health, insya-Allah. 

Jumaat, 1 Julai 2011

TUAH Dalam Kenangan

1 Julai 2011, jam 1831....TUAH telah meninggalkan kami buat selama-lamanya!!!
TUAH ketika sihat

Gambar terbaru TUAH - 30 Jun 2011 jam 1738

TUAH adalah anggota keluarga saya semenjak dilahirkan pada 12 Februari 1997, Taman Cheras Perdana, Selangor. Beliau dilahirkan di belakang rumah ketika hujan lebat. Atas rasa belas kesihan, isteri saya telah menjaganya sehingga ke akhir hayat. Sejak seminggu lalu, beliau tidak lalu makan dan minum. Pagi 29 Jun, isteri saya telah membawanya ke 'vet' dan terus diberi 'drip'. Menurut vet, TUAH 'dehydrate'. Daripada gebu, sekarang ini dah kurus. Dia tak lalu makan dan minum dan berdiri pun sudah kurang larat. Beliau hanya tinggal di bilik air.  TUAH menghembus nafas terakhirnya di hadapan kami semua....sungguh menyentuh perasaan terutama isteri saya.

Walaupun Tuah hanya seekor kucing, tetapi kami sungguh sayang akan TUAH. Kira beginilah....kucing ini tidur sebantal dengan saya atau pun di penghujung kaki saya. Mungkin sesiapa yang pernah membela kucing, sudah tahu perasaan kami sekeluarga, terutama isteri saya. Beliau memang sayangkan kucingnya ini.

Rabu, 26 Mei 2010

Sayang Terhadap Kucing

Dari seorang yang 'geli' memegang kucing, isteri saya sekarang mengasihi kucing terbiar yang berkeliaran di luar rumah. 'TUAH' yang dibela semenjak dilahirkan 13 tahun lalu dianggap sebagai anggota keluarga. Kalau kami makan durian, seulas mesti disimpan untuk Tuah kerana kucing ini sangat suka durian. Tapi mesti durian yang 'fresh'....yang "berpeluh" dia tak pandang langsung.
Tuah sedang bertafakur

Makanan Tuah dan kucing-kucing terbiar diberi makanan berikut. Ini tidak termasuk 'pil perancang keluarga'.

Stok makanan

Tuah pun sama seperti manusia. Kadang kala teringin makan bersama 'Pak Hitam' yang beliau benarkan berkeliaran di kawasan rumah.

Tuah dan sahabatnya Pak Hitam

Lihat 'rakyat' beliau menjamu selera setiap pagi dan petang...

Yang lain dilarang masuk

Jumaat, 12 Februari 2010

Happy Birthday...Tuah

12 February 2010...
HAPPY 13TH BIRTHDAY...TUAH

Name: TUAH s/o KITTY
Place Of Birth: No 9 Lrg CP8/29, Perdana Park
                        Taman Cheras Perdana
                        Bt 10, Jalan Cheras
                        43200 Selangor 
Tuah and his late mummy, Kitty, having their afternoon siesta

This is Tuah's Annual Vaccination Certificate which records periodic examinations...
The last examination was done on 25 January 2010. If you want to know how my wife becomes a cat  lover and makes Tuah become a member of this family, please read here entitled "My Cats",  posted on 27 July 2009.