Pengikut

Ahad, 29 April 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xi

Bersambung dari SINI...

MacGillavray terpaksa berding-dong dengan Lennox-Boyd, Secretary of State for Colonies, mengenai kerenah Tunku nak jumpa Public Enemy No. 1 ni. Tunku ini betul2 menyusahkan Mat Saleh...eh...eh...eh!
Image result for chin peng - public enemy no 1
The Straits Times, 1 Mei 1952

Sementara itu, Sir Robert Scott, Commissioner General for South East Asia yang turut hadir semasa perbincangan MacGillavray dengan Tunku di SINI,  telah menghantar rumusannya yang panjang lebar terus kepada Sir A Eden, Perdana Menteri mengenai isu ini pada 23 Oktober 1955 (CO 1030/27, no 1, Telegram no 140 from Sir R Scott to Sir A Eden, Assessing the risks, 23 Oct 1955).
Dalam rumusannya, Scott menjelaskan kepentingan ketiga-tiga pihak, iaitu Chin Peng, Tunku dan Inggeris.

Mengapa Chin Peng beriya-iya nak berunding dengan Tunku? Scott berpendapat bahawa Chin Peng menerima hakikat bahawa "...They have no hope of military victory." Chin Peng menyedari bahawa darurat sudah hampir penamatannya. Lagi pula, "shooting war" tidak selari dengan dasar "peaceful coexistence" hasil Bandung Conference.

Tapi faktor utamanya ialah ketua pengganas ini sangat bimbang pergerakan menuju kemerdekaan "...led by Malays rather than Chinese." Mana taknya, PKM dah lama menentang Inggeris, Jepun dan Inggeris semula semenjak penubuhan partinya pada 1931, tup...tup...Tunku pula senang-senang dapat memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah...he...he...he.

Jadi, dengan mengambil jalan untuk 'berdamai', Chin Peng dapat memberi fokus untuk melakukan kegiatan subversif dan terlibat dalam parti politik. Dia tak kisah sangat jika proses assimilasi mengambil masa asalkan objektifnya menjadi kenyataan.

Sekarang Tunku pula. Scott berpandangan Tunku bukannya mudah untuk perkotak-katik oleh Chin Peng. Lagi pula Tunku menyedari sebarang keputusan dibuat tak semestinya dipersetujui oleh Inggeris. Selain itu, Tunku nak selesaikan masalah darurat ini dengan kadar segera sebelum pergi ke London untuk berbincang mengenai kemerdekaan. Tunku dikatakan tidak begitu percaya dengan Inggeris yang begitu berwaspada mengenai pertemuannya dengan Chin Peng dan menganggap Inggeris sengaja nak melengahkan darurat dan akhirnya melewatkan kemerdekaan.

Tunku begitu yakin dapat mencapai sesuatu keputusan hasil perundingan itu nanti. Scott anggap Tunku akan berfikir bahawa beliau (Tunku) "...serenely confident of his ability to absorb the Chinese terrorists into the community and to deal with any who give trouble (an assessment which incidentally betrays his lack of experience and which, in my view, is highly questionable)."

Apa pula tindakan yang sepatutnya diambil oleh Inggeris? Pertama sekali, Scott mengingatkan bahawa Inggeris perlu terima hakikat bahawa bahawa amnesty tidak berjaya menarik gerila komunis untuk menyerah diri dan rakyat dah letih dengan darurat. Tunku pula telah diberi mandate oleh rakyat untuk menamatkan darurat.

Scott memberi pro & con sekiranya Inggeris melarang Tunku bertemu Chin Peng atau hanya sekadar untuk menjelaskan terma2 amnesty. Beliau menyatakan "...I think we are making a mistake if we do not see (not, or course, for public admission) that the forthcoming talks with the Communists will be negotiations carrying far more risks than if they were merely to clarify the announced terms of an amnesty."

Scott menjangkakan, dalam keterujaannya mencapai kemerdekaan, Tunku akan tunduk kepada kepada terma Chin Peng mengenai tempoh tahanan yang akan dilalui oleh gerila bila menyerah diri nanti; tidak menghar pulang ke China; dan kebebasan dalam kegiatan politik. Mat Saleh ni betul2 underestimate Tunku!

Jadi, satu opsyen ialah tidak membenarkan Tunku berunding dengan Chin Peng tapi secara halus! OK le untuk Tunku bertemu Chin Peng hanya untuk menjelaskan amnesty...tak kurang...tak lebih dari itu. Jika beliau memandai buat sebarang keputusan,  Tunku akan di "told off" bahawa  hanya Inggeris memupunyai kuasa mutlak sama ada bersetuju atau tidak dengan keputusan Tunku. Atau pun memaklumkan bahawa wakil Inggeris turut hadir semasa rundingan itu. Dah gerenti Tunku dan Chin Peng tak setuju dan rundingan tidak diadakan.

Tapi Scott beritahu Eden implikasi opsyen ini. Sudah tentulah Tunku bengang. Mana tidaknya, ada ke Ketua Menteri langsung tak boleh bersuara...eh...eh...eh...melampau bebeno Mat Saleh ini! Selain itu, Chin Peng juga sudah pasti tak setuju dengan kehadiran Mat Saleh. Tunku pun tak nak dicop sebagai "running dog of the Imperialists" atau "Colonial stooge" oleh Chin Peng. David Marshall, Ketua Menteri Singapura, juga sudah pasti tidak mahu digelar yang sama. Dengan syarat begini, 100% Tunku, David Marshall dan Chin Peng tak setuju dan rundingan tidak diadakan.

So What jika rundingan dibatalkan? Jangan...tak semudah itu. Scott yakin Tunku akan letak jawatan. Tunku dan komunis pula akan mengekploitasik keadaan ini dengan menegaskan Inggeris sengaja melengah-lengah menamatkan darurat dan kemerdekaan. Inggeris akan berhadapan masalah menangani gerila komunis tanpa kerjasama Tunku.  Jangan lupa, Parti Perikatan mempunyai kerusi majoriti dalam Dewan. Dan juga morel  anggota RAMD dan polis yang kebanyakan terdiri daripada orang Melayu akan merudum!

Dia juga mengingatkan, suka tak suka Inggeris kena terima hakikat bahawa Malaya sedang melalui proses evolusi menuju kemerdekaan...hanya masa yang akan menentukannya. Bila tiba masanya nanti, rakyat akan ambil tindakan sendiri untuk mengatasi masalah ini. Justeru,dia berpendapat adalah tidak wajar Inggeris menghalang pertemuan di antara dua musuh ini.

Jadi, dalam menghadapi senerio ini, Scott menyarankan supaya Tunku diberi "...written clarification of the terms of the amnesty offer"  dan hak mutlak Inggeris menolak apa jua keputusan selain dari itu. Knowing Mat Salleh, depa bermain dengan perkataan:

"...H.M.G. fully reserve the right to reject proposals going beyond these terms (but not going so far as to say that we shall reject them); warn him in writing against the dangers of allowing the terrorists to figure as heroes after an amnesty and against the dangers of subversion for both Malaya and Singapore; and orally explain (as a personal view of the High Commissioner) that he will no doubt to listen to whatever the Communists have to say but that he should be careful to avoid committing himself ever to a promise to consider a Communist proposal, though he is, of course, at liberty to reject outright."

Scott juga menyarankan kepada Eden supaya  Lennox-Boyd menghantar personal message kepada Tunku untuk "...wish him luck, remind him of the heavy responsibilities that lie on him and the world-wide interest that will be taken in the meeting, state that it is the sincere aim of H.M.G. to bring the emergency to an end as soon as possible so that the resources of the country can be devoted to raising living standards of the people and to economic development, and express the conviction that Rahman and Marshall will be able to make invaluable contributions to these ends without concession which, by endangering Malayan security, will impede orderly progress towards independence.

In addition, we can I think, count on Marshall to do what he can for his own sake to prevent Rahman from being too rash. But Marshall does not trust him and it is difficult to say how much influence he has over him; and, in the last resort, Marshall would find it almost impossible to disassociate himself publicly from a line taken  by Rahman. Ends."

Nota:

Saya tak tahu siapa Sir Robert Scott ini tapi dia mesti orang yang berpengaruh yang membolehkannya mengakses kepada PM. Being a resourceful person, saya telah menghantar emel kepada Prof Emeritus A J Stockwell, University of London, editor "Malaya: Part III The Alliance Route To Independence 1953-1957, (1995), British Documents On The End Of Empire pada 27.4.18 jam 05:33 dan terima jawapannya pada 27.4.2018 jam 14:31. Hebat saya..he...he...he.

Bersambung...

Selasa, 24 April 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian x

Bersambung dari SINI...

Menurut Sir Donald MacGillivray, Inggeris berhadapan risiko tinggi sekiranya memilih opsyen 1. Beliau menjelaskan analisis implikasi sepenuhnya mengenai opsyen ini akan dihantar dalam masa "... 4 to 5 days to complete this."

Sebaliknya, opsyen kedua kurang risiko yang akan hadapi. Beliau akan menggunakan David Marshall untuk memujuk Tunku supaya bersetuju bahawa:

1. Sebarang persetujuan dengan Chin Peng tidak dilaksanakan selagi semua senjata diserahkan; tiada senjata disimpan dalam hutan seperti yang berlaku pada 1946.

2.  Hak menghantar pengganas ke China dikekalkan.

3.  Klausa tertentu Emergency Regulations dibatalkan tetapi klausa yang membabitkan "...to combat subversion (especially the right of arrest and detention) would be retained."

Masalahnya, bahaya yang mungkin dihadapi ialah Chin Peng mahu Tunku menetapkan tarikh kemerdekaan Malaya. MacGillavray seterusnya menyatakan bahawa "...The Chief Ministers would, of course, have to support this demand and I am afraid I would not now put it beyond Abdul Rahman to have this possibility in mind."


Alan Tindal Lennox-Boyd, 1st Viscount Boyd of Merton, by Bassano Ltd - NPG x152068"...4 to 5 days"? Terkejut berok Lennox-Boyd (kiri) bila membaca telegram MacGillivray. Dah le dia tak tahu yang Tunku dah heboh memaklumkan kepada semua yang beliau (Tunku) sedia berjumpa dengan ketua pengganas, Pesuruhjaya pula memerlukan 4 ke 5 hari untuk membuat analisis. Ni dah lawan towke! Nampak sangat tak ada 'sense of urgency.' Jadi, dia pun menghantar telegram pada MacGillivray pada 22 Okt 1955, tapi secara diplomatik le:

"I am anxiously awaiting your further appreciation promised in paragraph 4 and trust it may take less than four or five days.

2. In meantime I must tell you frankly of misgivings which your telegram has aroused. As you know, Rahman was publicly committed to meeting before I was consulted and I only agreed on clear understanding that sole purpose of meeting was to clarify the terms of the amnesty. I feel most emphatically we should stand by that. If Rahman listens to terrorists'views on other  matters this will inevitably lead to discussion of them and in effect to negotiation.

3. I know you will take above views into accounts in framing fuller appreciation which I now await." (FO 371/116941, no 69, Telegram from Mr Lennox-Boyd to Sir D MacGillivray, 22 Oct 1955).

Bersambung...

Ahad, 22 April 2018

Perginya Wira Di belakang Tabir

Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama Datuk Mocktar Mahmud Baginda sebelum membaca berita ini...

Saya rasa Chin Peng tiada dalam gambo ini. Dari kiri: Abu Samah, Mocktar Mahmud, Abdullah C.D., Abdul Rashid Mahiden (UM21.04.2018)

Sapertimana yang saya jelaskan di SINI, secara peribadi saya tidak mengenali arwah. Namun demikian, saya ralat kerana tidak dapat memenuhi hasratnya untuk bertemu dengan saya. Saya masih ingat yang beliau sedia pergi ke KL jika saya setuju walaupun di waktu itu beliau agak uzur. Apakan daya, dah tak ada rezeki! 

Sebagai siaran ulangan, apabila membaca buku ini, saya terfikir bagaimana tiba2 ada rundingan di antara Malaysia dan PKM. Buku "The Unsung Heroes" menceritakan peranan yang dimainkan oleh bos SB yang mewakili gomen semasa berunding dengan wakil Chin Peng sebelum termeterainya 
Perjanjian Damai pada 2 Disember 1989. 

Sebanyak 5 rundingan, iaitu pada 2-4 Feb 1989, 15-17 Mac 1989, 11-13 Mei 1989, 2-3 Okt 1989 & 2-4 Nov 1989 telah diadakan di antara kedua-dua pihak yang dipengerusikan oleh Jen Dato' Kitti Ratanachaya di Phuket, Thailand. Beliau ketika itu menjawat Commander Thai 5th Infantry Division dan Thai-Malaysian Combined Tasked Force. Yang bestnya, beliau telah mendokumentasikan minit mesyuarat2 tersebut dalam bukunya, "The Communist Party of Malaya, Malaysia and Thailand."
 
Sebagaimana yang dikatakan di atas, persoalannya, bagaimana secara tiba2 rundingan di antara Malaysia dan PKM diadakan? Apa cerita di belakang tabir? Pencetusnya sudah pastilah SB tetapi siapa yang terbabit selain SB? Mungkin gomen tak nak cerita di belakang tabir...mungkin juga le...entah le!

Tetapi dengan kuasa-Nya, persoalan saya terjawab apabila membaca buku ini...

Coretan terbabit boleh dibaca di SINI.

Sebagai rumusan, sumbangan Allahyarham sungguh hebat. Mana tidaknya, peranan yang dimainkannya mennoktahkan ancaman kebangkitan semula insurgensi komunis yang dihadapi oleh negara tercinta ini selama 21 tahun, 1968-1989.

Ternoktah Satu Perjuangan 

2 Disember 1989...Haadyai
Termeterai satu perjanjian
Ternoktah satu perjuangan
Tiada lagi pemburu
Tiada lagi diburu
Tiada lagi ratapan kehilangan yang tersayang
Tiada lagi siburung besi bahan buruan
Angkara peluru tidak mengenal sasaran
Baik kawan atau pun lawan
Tiada lagi kecacatan ditanggung badan
Sehingga ke akhir hayat
Angkara jerangkap samar
Inilah harga satu pengorbanan
Demi untuk negara tersayang
Tetapi...kini hanya tinggal kenangan
Tanpa sebarang penghormatan
Tanpa pengiktirafan
Apakan daya dah nasib badan
Menggadai nyawa dipinggirkan
Mengharum negara wira kebangsaan
Wahai wira-wira...darat dan udara
Pasrah hadapi alam kenyataan
Penuh cabaran bukannya khayalan
K e s i a n...!!

Dengan pemergian Allahyarham Datuk Mocktar, hasrat untuk menulis kisah INI terpaksa diKIV.

Semoga Allah menempatkan rohnya bersama para solihin...Al-Fatihah...


Related image

Khamis, 19 April 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian ix

Bersambung dari SINI...

Ha...Mengapa Chin Peng nak sangat  Emergency Regulations Ordinance 1948 dimansuhkan? Macam ini le...Undang-undang ini merupakan ibu kepada Pak ISA. Dalam memonya kepada Kabinet pada 1 Julai 1948, Arthur Creech Jones, Secretary of State for the Colonies, antara lain undang-undang ini menegaskan:

"...the reimposition of the death penalty for the offence of carrying arms, and the authorities have been empowered to detain any person without trial, to search persons and building without warrant and to occupy properties. Where local conditions require, the authorities have power to impose a curfew and to control the movement of persons and vehicles." (C.P. (48)171,Cabinet: The Situation In Malaya, (Secret), 1st July, 1948).

Image result for images of Donald MacGillivrayBerbalik kepada mesyuarat di Singapura, dengan tegasnya Tunku beritahu MacGillivray no way beliau akan mengiktiraf PKM. Tetapi beliau nak  juga dengar hujah Chin Peng mengenai  points 2 hingga 5. Beliau menyedari bahawa beliau tiada kuasa untuk membuat keputusan there and then tanpa dirujuk kepada gomen Mat Saleh. Masalahnya, nak dengar points 2-5 tu pun MacGilllivray tak setuju. Dia mengingatkan bahawa Tunku dibenarkan bertemu dengan ketua pengganas hanya untuk menjelaskan terma-terma amnesty sahaja, tidak lebih dari itu.

Sudah tentu Tunku bengang! Bantahan Tunku ini dilaporkan oleh MacGillivray kepada Pak Menteri di London yang menyatakan "...the public now realise that the amnesty itself will not bring an end to the emergency and are looking to this meeting to do so; that there is growing public opinion in favour of negotiation and that he could not now go to the meeting if he were authorised merely to explain the terms of the amnesty." (C.P. (48)171). Hebat betul Tunku...Saya tabik spring pada Tunku

Sebenonya MacGillivray mengakui kebenaran apa yang dikatakan oleh Tunku tapi tak le diluahkannya secara terbuka kepada Tunku. Dalam memonya di atas, beliau melaporkan bahawa memang wujud kesedaran di kalangan rakyat terhadap laungan Merdeka. Sementara itu, walaupun amnesty dah 6 minnggu diisytiharkan, tapi sambutan dari PGK tidak memberansangkan kerana Chin Peng mengambil tindakan hukuman mati kepada sesiapa yang nak menyerah diri. Keadaan ini membuat rakyat kurang yakin amnesty akan berjaya membawa penamatan darurat yang sudah mencecah 7 tahun. Jadi tidak hairanlah mereka (rakyat) mahukan Tunku berunding dengan Chin Ping kerana ini mungkin dapat menamatkan darurat dengan kadar segera.

Dalam menghadapi dilema ini, MacGillivray mengesyorkan 2 opsyen kepada Arthur Creech Jones, iaitu:

1. Bertegas Tunku hanya dibenarkan untuk menjelaskan terma-terma amnesty sahaja. Namun demikian, beliau menjelaskan bahawa implikasi opsyen ini ialah kemungkinan Parti Perikatan akan letak jawatan daripada "...Councils at all levels." Selain itu, ia memberi gambaran bahawa Inggeris sengaja tidak berhasrat untuk menamatkan darurat, justeru menidakkan Malaya diberi kemerdekaan. Ini memungkinkan UMNO enggan bekerjasama dengan Inggeris. Sekiranya ini berlaku, sudah pasti penjajah menghadapi masalah sokongan daripada rakyat dalam usaha mereka (Inggeris) menamatkan darurat. Dalam keadaan begini, sudah pasti memberi kesan kepada morel Rejimen Askar Melayu Diraja dan Polis.

2. Membenarkan Tunku berunding dengan Chin Peng tetapi "...not (repeat not) to commit us in any way to agreement on any point." Ini bermakna depa ada kuasa mutlak sama ada bersetuju atau tidak keputusan yang dibuat oleh Tunku. Jika Tunku tidak bersetuju, kemungkinan Tunku akan meletak jawatan sebagai KM yang akan memberi gambarah bahawa "...he could could have brought the emergency to an end on terms acceptable to the public but that the British has frustrated a reasonable solution."

OK le, berhenti di sini hari ini. Bersambung...

Isnin, 16 April 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian viii

Bersambung dari SINI...

Chin Peng melihat mood orang Malaya berkobar-kobar untuk mendapatkan kemerdekaan. Ini betul2 memberi tekanan kepada dia. Dia juga buat appreciation mengenai perjuangannya ini. Menjatuhkan gomen secara ketenteraan mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Justeru mengapa tidak menyahut seruan 'peaceful coexistence' sepertimana yang dipersetujui di Bandung. Mengikut perkiraan Chin Peng, mereka sedia menghadapi "...five or ten years in the political wilderness. That would be acceptable. During this time we would lie low and regroup. After that, we would re-emerge to fight again - this time not with arms but within the constitutional framework - for the creation of a socialist  state." (Chin Peng, (2003), hlm. 361. Ha...itu motif sebenar Chin Peng! 

Jadi, dia pun hantar satu lagi surat dalam Bahasa Cina kepada Tunku, Tan Cheng Lok dan beberapa orang lagi pada 24 September 1955 menawarkan agar diadakan satu lagi rundingan. Surat ini dipos dari Klian Intan, Perak. Sudah pastilah surat ini mengutuk terma amnesty disamping menyarankan gencatan senjata selain menghapuskan ISA dan kerjasama di antara Parti Perikatan dan PKM untuk mencapai kemerdekaan secara aman (Nik Anuar, (1998), hlm. 14).

Kali ini Tunku setuju untuk bertemu dengan Chin Peng. Mengapa? Ha...Dia nak buktikan kepada rakyat bahawa partinya serius untuk menamatkan darurat sebelum mendapatkan kemerdekaan. Jika tidak, rakyat akan mempertikaikan manifesto Parti Perikatan. Tapi, beliau tak boleh memandai buat keputusan sesuka hati...mesti le mendapat kebenaran Inggeris. Beliau pergi berjumpa Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray. Beliau menegaskan bahawa beliau hanya nak menjelaskan terma2 amnesty. Beliau hanya setuju terhadap gencatan senjata sekiranya Chin Peng sedia menyerah diri selari dengan terma amnesty.

Apa pula pandangan Inggeris? Tunku ni betul2 membawa masalah kepada gomen the Queen. Jika tak benarkannya bertemu ketua pengganas yang paling dikehendaki, Tunku akan hebahkan bahawa Inggeris sengaja nak darurat berterusan dan ini secara tidak langsung melengahkan kemerdekaan. Jadi, Donald MacGillivray bertemu dengan Tunku pada 18 Oktober diikuti mesyuarat di Singapura pada 19 Oktober. Mesyuarat di Singapura ini turut dihadiri oleh Sir R Scott, Sir Robert Black (Governor Singapura), David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Jen Bourne dan MacKintosh. Dalam menyuarat ini, Tunku menjangkakan bahawa Chin Peng akan membangkitkan soalan2 berikut (FO371/116941, Telegram from Sir Donald MacGillivray to Mr Lennox-Boyd, No 67/9, 20 Oct 1955):

1. Pengiktirafan PKM.
2. Kepastian sesiapa yang menyerah diri tidak akan dihantar balik ke China.
3. Kepastian sesiapa yang menyerah diri dibenarkan aktif dalam politik dan hanya ditahan untuk satu tempoh yang singkat sahaja.
4. Anggota mereka dalam tahanan dibebaskan.
5. Emergency Regulations Ordinance 1948 dimansuhkan.

Berhenti dulu le...Bersambung, insyaAllah.

Jumaat, 6 April 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian vii


Bersambung dari SINI...

Image result for images of chin pengApa pula respons Chin Peng? Saya pasti para pembaca boleh mengagaknya. 'No way Tunku'. Pengampunan=surrender. Mana ada surrender dalam istilah komunis! Chin Peng dah sedia maklum tentang amnesty awal2 lagi. Malahan sebelum pilihan raya lagi, pada 1 Mei 1955 dia telah menghantar surat kepada gomen untuk membincang gencatan senjata dan penglibatan PKM dalam pembangunan negara selepas merdeka nanti. Dia menandatangani surat tersebut mengguna nama Wu Xing.
Halaman 1 surat Chin Peng@Wu Xing@Ng Heng. Sumber: Ching Peng, hlm. 362. Harap ada para pembaca menterjemahkannya. Terima kasih. 

Apa respons Inggeris, Parti Perikatan dan juga Parti Negara yang diterajui oleh Dato' Onn Jaafar terhadap tawaran ketua pengganas ini? No way Chin Peng.

Berbalik kepada amnesty, Tunku turut membuat dua pengumuman mengenai pengampunan ini melalui Radio Malaya. Beliau berhujah bahawa tawaran ini dibuat oleh Parti yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya dan bukannya oleh penjajah. Beliau juga menjelaskan bahawa mereka akan ditahan untuk tempoh yang pendek dan mereka perlu buang jauh2 ideologi komunisme (di SINI). Selain itu, Tunku dan menteri2nya kerja kuat betul. Mereka menjelajah seluruh Malaya dalam usaha menggalakkan gerila komunis menyerah diri.

Dengan tawaran amnesty ini, Chin Peng mengetatkan disiplin dan memberi amaran kepada soldadu2nya yang mempunyai nawaitu untuk menyahut tawaran itu bahawa mereka akan dikenakan tindakan...kebiasaannya dihukum mati!

Jadi tak heranlah respons taklah memberangsangkan. Ada le beberapa gerila komunis yang mengambil tawaran ini dari pelbagai kaum, iaitu Cina, India dan Melayu. Antara gerila Melayu ialah Ahmad Saleh, anak kepada ahli Dewan Undangan Pahang yang menyerah diri di Kota Baru. Selain itu, Sulaiman Ibrahim bersama 6 orang gerila Melayu juga menyerah diri.

Apa2 pun, tawaran Tunku ini membuatkan Chin Peng serba salah. Mana tidaknya! Tunku dalam manifestonya menyatakan Parti Perikatan akan memperjuangkan untuk mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun, iaitu 1959. Malah sekarang ini pun, basically rakyat Malaya turut terlibat dalam mentadbir negara dengan Tunku sebagai Ketua Menteri. Jadi, bagaimana Chin Peng nak meyakinkan rakyat bahawa mereka berjuang untuk membebaskan Malaya daripada genggaman penjajah Inggeris? Selain ini, seperti yang dinyatakan sebelum ini, dia juga menyedari bahawa Rusia dan China perjuangannya hanya sia2 saje. Jangan lupa juga, kata le apa pun, sebenonya dia dah 'kalah' sehingga terpaksa melarikan diri ke selatan Thai.

La...banyak lagi. Bersambung....