Pengikut

Isnin, 29 April 2013

"Finding Henry"

Saya terima e-mel berikut pada 17/4/13, jam  1819...

Salam Mejar Nor Ibrahim.

Apa khabar tuan? saya harap tuan berada didalam kesihatan yang baik serta bahagia disamping keluarga selalu. Saya adalah pengikut blog tuan "Jotting of Xnuripilot". Saya berminat membaca blog-blog berunsur ketenteraan kerana saya dibesarkan di dalam kem tentera. Ayahanda saya merupakan seorang bekas tentera. Begitu juga beberapa ayah saudara saya yang telah berkhidmat didalam tentera.

Bersama ini saya sertakan sebahagian kecil maklumat mengenai apa yang kami sedang lakukan. kami didalam proses menerbitakan sebuah dokumentari untuk tayangan di History Channel Asia (saluran 555 di Astro) Insyaallah dokumentari ini akan mula ditayangkan pada bulan kemerdekaan dan hari Malaysia 2013. Mengapa kami menerbitkan dokumentari ini? Kami merupakan sebuah syarikat penerbitan rancangan yang mempunyai kemahiran khusus kepada subjek sejarah dan ketenteraan. Ini kerana kami di syarikat ini amat berminat didalam subjek sejarah. Ini merupakan hanya salah satu dari belasan cerita yang didalam simpanan kami menunggu untuk diterbitkan. Ini merupakan yang pertama diterbitkan.
Kami menerbitkan dokumentari "Finding Henry" ini adalah dedikasi kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebagai salah satu sumbangan kami kepada mereka-mereka yang telah berkhidmat didalam TUDM. Untuk makluman tuan, setiap tahun pada bulan Mei dihari peringatan D-Day di Normandy, mereka akan menaikkan bendera Malaysia dan memainkan lagu Negaraku sebagai penghormatan kepada Henry Talalla. Dua adik Henry, Richard Talalla merupakan bekas Hakim Besar Malaya dan Dato' Albert Talalla merupakan bekas Duta Malaysia ke Washington.

Insyaallah, kami akan mengadakan majlis pelancaran dokumentari ini pada bulan Ogos 2013.

Saya menghantar email ini adalah sebagai menyampaikan maklumat kepada tuan. Harap tuan dapat berkongsi cerita dengan para pembaca blog tuan mengenai dokumentari ini. Saya amat berharap tuan tidak menyiarkan powerpoint presentation yang saya sertakan. Jika tuan memerlukan sebarang maklumat sila hubungi saya melalui email saya.

Sekian terima kasih.

Fit3

Kisah wira tersebut, mendiang Henry Talalla, boleh di baca di sini. Bagi menghormati permintaan pengirim, saya tidak menyiarkan powerpoint yang dimaksukkannya itu.

Fit3....Terima kasih.

Jumaat, 26 April 2013

Nuri Down

Today, 26 April 2013...37th year of the  tragic ending of Nuri FM1715...

26 April 1976... FM1715, the 'the hunted, not the hunter', was shot down (click here


.....killing all the 11  unsung and forgotten heroes on board the 'Iron Bird' after being shot down by the communist terrorists in the Gubir ops area...


11 KIA

Besides the above tragic incident, 2 Air Rescue Team members from RGK, were also killed in the Nuri by the enemies in 2 separate incidents while the 'egg-beater' was at the LPs during "Ops Selamat Sawadee".
Arwah L/Cpl Ismail bin Haji Ahmad PGB was killed on 16/8/1978

Last flight for arwah L/Cpl Md Sibki in the Nuri, killed on 31/10/1978, from Kroh (Pangkalan Hulu) to his birthplace 

Early this month, I received a call from a lady reader of my book. She told me that she knew a wife of one of the heroes killed in the Nuri which went down in Gubir  when she followed her late policeman husband to Kelantan. The widow of the hero was from Kelantan but the hero wasn't a Kelantanese. According to the reader, the  latest she heard about the widow was that she had passed away alone in her house. Her death  was only discovered when one of her children failed to reach her through the phone. Suspecting that something was amiss, he/she alerted the neighbours. On checking, it was found that the mother had passed away 2 days before. 

The reader wasn't able to furnish the details since she's no longer staying in Kelantan. I really hope those who know about this sad episode would elaborate further by emailing it to me. 
AL-FATIHAH

Selasa, 23 April 2013

Adakah Mustahil?

Saya harap para pembaca yang dihormati akan meluangkan masa membaca keratan akhbar berikut dan memikio sejenak tentang laporan tersebut....

Utusan Malaysia 22/04/2013

Saya dah berbuih mulut cuba menasihatkan para pembaca blog ini untuk memikiokan masa hadapan diri sendiri dan kaum keluarga bila tiba masanya mengucapkan sayonara kepada majikan setelah berempas-pulas berkhidmat mencari rezeki halal. 

Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, saya bukan seorang 'Pakar Pengurusan Kewangan' bertauliah. Apa yang saya tuliskan hanya pengalaman saya sendiri dalam mengurus pendapatan bulanan, GAJI sahaja, tanpa lain-lain pendapatan. Kerana mengingatkan masa hadapan,   syukur alahamdulillah, buat ketika ini tidak dibeban dengan sebarang hutang kepada mana-mana insan-Nya. Sesiapa yang tiada sebarang hutang-piutang akan memahami apa yang saya nikmati.

Sebenonya saya tak pasti mengapa RM1 juta dijadikan 'benchmark'. Apakah 'life style' yang memerlukan sejumlah itu? Persoalannya...

Katakanlah simpanan RM1 juta (pokok) itu digunakan untuk menampung kehidupan harian. Andainya individu memerlukan RM10k sebulan. Wang ini akan habis dalam masa ~8 tahun. Lepas itu? Kalau pencen umur 60 tahun,  katakanlah selepas 70 tahun, apa sumber pendapatan selain pencen?

Tapi, jika berpegang kepada 'mengukur baju pada badan sendiri' dan menolak konsep 'bio pape ase begaye', RM1 juta dilabur dan hasilnya, seperti bonus dan dividen, dibelanjakan...itu tindakan yang BIJAK. Insyaallah, senanglah kehidupan di waktu ambang sore nanti. 

Namun demikian...Adakah mengumpul RM1 juta seperti yang disarankan oleh pakar tersebut sesuatu yang mustahil kepada segolongan besar penjawat awam? Pada pandangan mejar pencen serba tahu ini (he...he...he), bukannya sesuatu yang mustahil bagi mereka berkenaan yang masih berkhidmat. Tapi saya tahu, ramai daripada mereka yang agak bermasalah dalam pengurusan kewangan.

Saya tidak berhasrat untuk mengulangi apa yang pernah saya coretkan sebelum ini. Semuanya terpulang kepada individu. Untuk menikmati keberkatan dan rahmat-Nya, hanya memerlukan perancangan, usaha dan berdoa....Allah menentukannya, wallahualam.

Rabu, 17 April 2013

Asyik-Asyik Dia Saja

Pada jam 1319, 17/4/13, saya terima message daripada saudara Mohd Radzi '...salam bos, tanya cikit masa baru pembetukan terumbu2 layang adakah RAMD terlibat spt yg  tertulis dlam Utusan hari ni,  saya ingat RAJD, navy ship, paskal and GGK aja'. Menggaru kepala bila membacanya kerana saya tak tahu apa yang diperkatakan. Setelah berkomunikasi dengannya, baru le saya faham yang dimaksudkan. Engkohnya, hari ini (17/4/13) satu rencana tentang 'Bab 1' buku kedua saya telah terpapar dalam ruangan 'MegaTentera' berikut....


'MegaTentera' UM 17/4/13

Bila buku siap saja, saya telah menghantar senaskah buku kepada Dato' Zaini Hassan, penukil kolum "Cuit'' setiap Rabu dalam UM. Mudah saja nak agak apa yang tersurat tu...tak lain tak bukan nak minta beliau menukil 1-2 ayat tentang buku saya dalam rencananya. Tapi, malangnya, 'wrong timing' kerana beliau sibuk dengan PRU 13. Jadi, bila keluar saja rencana di atas, saya berandaian beliau telah mengdeligasikan tugas itu kepada wartawan beliau. Itu le cerita sebenonya. 

Mejar pencen ini memang kurang asam bebeno. Orang dah tulis pasal dia, dia boleh hantar emel berikut kepada wartawan berkenaan...Eh...Eh...Eh... 

'Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas rencana anda di 'MegaTentera' hari ini. Namun demikian, terdapat sedikit kesilapan sehingga ada yang menghubungi saya. Untuk makluman anda, seingat saya RAMD tidak pernah tercatat dalam bab transformasi Terumbu Layang-Layang. 'RAJD' ialah Rejimen Askar Jurutera Diraja'. Warga unit ini yang membina tugu dan 'living module' di peringkat awal transformasi tersebut.

Juga, banyak 'quoation' yang anda tulis adalah petikan Kept Johari ('Kept' = Kol...bukannya Kapt). Alangkah gembiranya saya jika anda turut menyelit bagaimana nak membeli buki ini. Anda sedia maklum, buku saya tidak dijual di kedai-kedai. 

Mereka yang berminat boleh menghubungi saya melalui emel ini atau sms kepada saya. Harga ialah RM40 senaskah (termasuk pos). Sila kredit amoun dalam CIMB 0210-0001938-20-2 Nor Ibrahim Bin Sulaiman. Kemudian sms/emel nama dan alamat,

Akhir kata, sekali lagi....TERIMA KASIH.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
019-4744849


Bukannya saya tak berterima kasih tapi jika terdapat kesilapan fakta, kena le dibetulkan. Sesiapa yang telah membaca blog atau buku tentang pentransformasi Terumbu Layang-Layang, banyak statement dalam rencana tersebut adalah petikan daripada tulisan Kept Johari TLDM (B), bukannya saya. Give the credit to those who deserve it.

Apa pun, saya sungguh bersyukur kepada-Nya. Itulah cerita sebenonya, wallahualam. 

Dato' Zaini Hassan & Saudara Sofian Baharom...TERIMA KASIH.

Isnin, 15 April 2013

PKN

Syabas kepada gomen kerana telah mewujud and mewartakan "Pingat Kedaulatan Negara (PKN)" dan tahniah kepada 33 orang pertama menerimanya....

 Mingguan Malaysia 14/4/13

Saya tak tahu bagaimana rupanya pingat tersebut. Sewajarnya ia diwujudkan sebagai menghargai para wira yang sedia berkorban mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman satu lagi golongan pengganas - PENGGANAS KIRAM (PK). 

Di era saya, negara diancam PK juga, tapi PENGGANAS KOMUNIS. Bagi menghargai pengorbanan kami, gomen telah mewujudkan "Pingat Jasa Malaysia (PJM)" (gambar kanan). Saya berbangga sebagai seorang penerimanya.

Dalam keghairahan gomen menganugerahkan PKN, saya berharap bebeno  agar gomen tidak 'terlepas pandang' para wira yang masih menunggu PJM. Ramai lagi 'Pemohon' pingat ini yang masih menunggu bila le mereka akan menerima surat jemputan untuk menghadiri majlis penganugerahan tersebut.

Nasib baik le xnuripilot ni seorang celebrity...Setahun (kira-kira OK le tu) selepas memohon, terimalah surat ke majlis tersebut (klik di sini). He...He...He. Tapi bagaimana pula pemohon lain yang bernama tapi tak 'ternama' atau 'bergelar'? Lebih 2 tahun lalu, seorang PW 2 (B), x RAJD, ada bertanya kepada saya bagaimana nak memohon pingat tersebut. Sebagai seorang 'pakar serba tahu', konon-kononnyalah, mejar pencen ni beritahu le dan beliau pun pergi le JHEV di Alor Setaq untuk mengisi borang permohonan. Sekarang ni, setiap kali bertembung dengannya, beliau memaklum yang beliau masih menunggu...menunggu dan terus menunggu surat daripada JHEV. Berita terakhir, saya dimaklumkan beliau dalam senarai menunggu nombor >500.

Saya tak pasti sama ada mereka yang layak dipertimbangkan untuk PKN perlu memohon bagi mendapatkan anugerah tersebut seperti kami yang inginkan penghargaan negara melalui PJM. Saya berharap mereka tidak diperlakukan sedemikian.

Apa pun, kepada semua para anggota Pasukan Keselamatan yang terlibat dalam 'Ops Daulat' "....SELAMAT BERJUANG MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA  MALAYSIA KITA TERCINTA YANG SATU INI. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PENGORBANAN ANDA SEMUA. AMIN".

Khamis, 11 April 2013

Tumpang Sekaki

Saya turut menyibukkan diri dalam acara yang dianjurkan ATM di 6 RAMD. Mana boleh lepas peluang macam ni. Maksud saya nak jual buku saya le. Jadi, saya pun menghubungi seorang pegawai 6 RMAD bertanyakan sama ada saya boleh diberikan satu ruang di majlis tersebut. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah meja. Respons beliau memang positif. Jadi, petang 5/4, saya pun pi le lokasi dan saya diberi sebuah 'booth' bersama sebuah meja 'GS', bersebelahan dengan booth KTU. Oleh kerana petang itu hujan lebat sampai melempah air dalam sebahagian booth, saya tidak mempamerkan produk.

Keesokan hari, 6/3, dengan bergalaskan beg berisi 20 naskah buku, bergegas le ke kem. Haik....Apa sudah jadi? Booth saya sudah di'cerobohi' oleh Bomba TUDM yang telah menempat peralatan mereka untuk dipamerkan! Tak apalah. Ini mungkin terdapat tersilap komunikasi...Bukannya satu masalah. Saya ternampak sebuah meja kecil dalam booth KTU yang mempamirkan baju 'T' dan juga lencana pesawat pejuang. Jadi, mejar pencen ni pun bertanyalah kepada pegawai berkenaan sama ada saya boleh tumpang sekaki. 'No problem'...Syukur alhamdulillah.
Bersama dengan Komandan, Kol Sardon TUDM

Bersama pelatih juruterbang. Dari kiri: Lt Fikri TLDM, Kapt Ahmad TUDM

Cuaca pada hari itu sungguh panas. Dalam booth macam pi kat 'sauna bath'...Berpeluh-peluh. Mujurlah Komandan telah mengarahkan dibawakan kipas angin. Jika tidak, makin kuruslah saya...He...He...He.

Saya menjaja sekejap saja. Pada jam 1200, saya terpaksa balik kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang kariah masjid. Malam sebelum itu beliau telah mengingatkan saya tarikh yang sungguh bermakna kepadanya. Jadi, balik le ke rumah untuk mengambil isteri sebelum pergi ke dewan majlis di Darulaman Golf & Country Club.
Letih dibuatnya

Dah balik ke rumah, malaslah nak pi semula ke tapak pameran walaupun acara berakhir jam 2200. Malah, Keesokan harinya pun, 7/3, saya tak pergi lagi.

Berapa buku laku? 10 sahaja....Syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya berkurangan juga stok saya...He...He...He. Saya bersyukur kerana TUDM masih sedia membantu mejar pencen ini.

Komandan KTU, Pegawai-pegawai TUDM terbabit dan 6 RAMD....Terima kasih.

Isnin, 8 April 2013

Hero Kitar Semula

Memang glemer bebeno....Dan banyak-banyak bersyukur kepada-Nya...

Dah le tu...Muda 2 tahun. He...He...He. NST 7/4/13 (klik di sini)

Sebagai seorang penerbit persendirian yang baru saja menerbitkan buku terbaru, saya memerlukan apa jua 'avenue' untuk memasarkan buku itu. Percayalah, walaupun semua kita mempunyai nama, tapi bukannya 'ternama' atau ada 'the right connections', memang satu cabaran untuk melariskan buku. Kalau saya ternama seperti Tun atau seorang artis, setakat 1k naskah sudah pasti laris seperti pisang goreng panas. Masa pelancaran saja boleh habis dijual. Dan, pelancaran oleh VVIP tidak menjamin 'kelarisan' buku. Saya cakap melalui pengalaman.

Dengan adanya artikel di atas, sekurang-kurang pembaca NST Malaysia menyedari kewujudan buku berkenaan. Apa tidaknya apabila saya terima emel daripada 'The Boss' sebuah agensi yang dekat di hati saya mengucapkan tahniah dan menempah 50 naskah.....Syukur alhamdulillah. 

Saya sungguh bersimpati dengan rentetan saudara 'DEN CDO' dalam komen beliau di sini. Petikan '...Den dah ado draft buku keduo den tapi ghasonya mungkin tak dapek nak diterbitkan.....memandangkan buku pertamo Den yg baru di cetak 1K pun banyak laei'. Sunggguh malang sekali jika beliau betul-betul nekad tidak menerbitkan buku keduanya itu. Selain beliau, saya telah menerima satu sms daripada seorang penulis, xmejar, yang menyuarakan masalah seperti dihadapi oleh DEN. Petikan '...tpi susah jual cuma rm70 aje. hanya bbrapa  prpustakaan sja yg beli. mindef sendiri pn jwb tiada bajet. mohon bantuan.' 

Saya tiada jawapan tapi saya hanya mampu kongsi bersama pengalaman saya kepada beliau. Saya menceritakan apa yang telah saya laku. Perkataan 'MALU' terpaksa dilontarkan jauh-jauh; bukannya saya minta sedekah atau cuba menjual sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Redah saja dan berdoa. Saya telah merancang dan berusaha....Allah menentukannya.

PS: 

1. Saudara Mohammad Shahir bin Ismail telah menempah dan mengkredit RM40 dalam akaun untuk senaskah buku. Masalahnya beliau tidak menyatakan alamat pos. Saya telah menghantar 3 emel agar sms atau emel alamat. Saya harap beliau menghantar alamat dengan sekadar segera supaya saya menghantarkan buku itu. Terkini....Beliau telah menghantar maklumat yang diperlukan.

2. Ada yang terlebih kredit. Harap maklum pada saya supaya boleh dipulangkan baki itu. Saya tidak dapat kesan seorang pembeli yang telah kredit RM50 (lebih RM10). Saya harap beliau bersetuju untuk saya sedekahkan kepada surau di kawasan kediaman saya.

3. Paling saya takut sekiranya ada yang beranggapan saya tidak beramanah!!

Puan Shahimah....Terima kasih.