Pengikut

Ahad, 29 April 2012

Alang-Alang Seluk Pekasam...

Saya terpanggil mencoretkan tulisan ini setelah membaca pertanyaan dalam ruangan komen di sini . Petikan '....Adakah saya berhak menerima Pingat Tentera Udara (PTU) Kerana telah menyelamatkan nyawa seorang menteri. Jika ya ,apakah prosedur yang perlu saya buat?' Saya tabik spring kepada juruterbang tersebut kerana, pertama, beliau telah mengendalikan pesawat dengan cemerlang ketika berhadapan dengan satu 'emergency' yang begitu kritikal. Kecekapan beliau telah menyelamatkan semua POB (Persons On Board) termasuk YB Dato' NajibKedua, keikhlasan beliau bertanyakan soalan di atas tanpa berselindung. 

Saya percaya insiden yang beliau maksudkan ialah sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar berikut....
 Insiden 8 Mac 1987 - Ihsan Kapten Dr Ahmad Damanhuri

Menurut juruterbang berkenaan, beliau telah membuat tugasan VIP pada hari tersebut dari Kuala Lumpur - Pekan - Kuala Lumpur. Ketika penerbangan balik ke Kuala Lumpur, pesawat Alouette beliau telah menghadapi masalah teknikal yang memaksa beliau membuat pendaratan kecemasan berhampiran jalan raya Bentong-KL. Masalahnya ialah, petikan daripada emel beliau '... freewheel unit failure which required an autorotation (power off landing)'Untuk makluman, fungsi 'Input Freewheel Unit (IFWU)' adalah '...The IFWU is designed to allow the helicopter to enter autorotation in case of engine power loss or loss of drive to the main transmission.'  Jadi, bila IFWU gagal, putaran rotor blades akan menurun (rotor rpm will decay) dan pesawat akan jatuh seperti buah nangka jika tindakan sewajar tidak diambil. Keseriusan kegagalan IFWU boleh dibaca di sini di mana juruterbang helikopter Lama SA315B, adik kepada 'cepung' yang berbinkan Aerospatiale, telah terkorban.

Saya difahamkan oleh seorang juruterbang  Alouette yang masih 'current on type' (QHI), kegagalan IFWU tidak tercatat dalam senarai 'emergencies' dalam Flight Manual pesawat berkenaan. Ini bererti 'emergency' ini tiada dalam 'emergencies check list (ECL)' sebagai'drill' yang mesti dipatuhi ketika berhadapan masalah ini; hanya pengalaman sahaja membantu beliau. Aircrew hanya memeriksa sistemnya sahaja ketika membuat 'pre-flight checks' Selepas insiden ini, barulah emergency tersebut dimuatkan dalam ECL di bawah kategori 'Engine Failure' (enjin tak 'fail' pun); drill untuk kegagalan  IFWU per se masih tiada. QHI tersebut juga tabik terhadap kecekapan juruterbang terbabit apabila saya memaklumkan kepada beliau. (Saya tak arif tentang 'mini cooper' kerana tak pernah menjadi 'operational Alouette pilot'). 

Berbalik kepada soalan sijuruterbang terbabit. Asas pencalonan untuk PTU ialah '...The Pingat Tentera Udara (P.T.U.) is a gallantry decoration which is conferred on members of the Royal Malaysian Air Force for acts of gallantry and devotion to duty as pilots in or outside their line of duty.'.....Subjektif! Persoalan status 'paxs' bukanlah faktor utama bagi pencalonan kerana adalah menjadi tanggungjawab juruterbang  menentukan keselamatan penumpangnya, tidak kira pangkat dan darjat. 

Mengapa beliau tidak dicalonkan untuk dianugerah PTU atau KPK atau sebarang pingat/bintang selepas kejadian berkenaan ketika  masih dalam Perkhidmatan? Jawapannya kenalah tanya 'pencalon-pencalon'. Dalam kes ini mereka adalah  bos-bosnya di pangkalan. Jika pada pandangan mereka anak buah berkenaan layak dicalonkan untuk apa jua pingat/bintang, saya yakin nama beliau dah lama tercatat dalam akhbar padaSabtu, 6 Jun 1987 sempena Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong dan tidak timbullah isu ini. Lazimnya, pihak atasan jarang sekali membantah pencalanon daripada pangkalan. Malah, beliau tidak dianugerah 'Green Endorsement' pun! Pengiktirafan yang diterima oleh beliau hanyalah 'Surat Penghargaan' daripada Tun Abdullah yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan. 

Kalau tak silap, saya ada terbaca beberapa tahun lalu yang melaporkan ada seorang pegawai tentera telah menulis surat kepada KEMENTAH memohon agar beliau dianugerah PGB berlandaskan kepada pengalaman beliau menentang pengganas komunis. Agensi kerajaan berkenaan telah menjawab bahawa permohonan beliau tidak memenuhi kriteria untuk penganugerahan yang dipinta. Berlandaskan kepada respons tersebut, saya terpaksa pessimistik sikit, mungkin susah bagi juruterbang ini dipertimbangkan untuk dicalonkan anugerah PTU atau KPK sepertimana yang diharapkan. Alasan utamanya ialah kerana beliau tidak lagi berkhidmat dalam TUDM! 

Tapi...Jangan cepat mengaku kalah. Tiada siapa yang melarang sekiranya beliau menulis terus kepada YAB PM sendiri. Saya percaya tidak mungkin PM dah lupa insiden berkenaan. Manalah tahu surat itu  terbolos daripada saringan'gate-keepers' sehingga  beliau terbaca surat rayuan itu. Kalau tak cuba, mana nak tahu....Nothing to lose but more to gainAlang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (tapi biarlah kena pada tempatnya). 

Saya sebenarnya tidak layak dan berkedudukan untuk memberi sebarang pandangan terhadap soalan yang diajukan oleh juruterbang berkenaan. Ini kerana apa jua pandangan saya tidak relevan kepada pihak berwajib. Nukilan ini hanyalah sekadar mengajak para pembaca yang dihormati memikir soalan yang ditimbulkan. Itu sahaja...Wallahualam 

Khamis, 26 April 2012

36 Tahun Kemudian

Hari ini, 26 April 2012...Genap 36 tahun tersungkurnya FM1715 angkara kedurjanaan pengganas komunis yang telah meragut nyawa wira-wira berikut....

Katalah apa pun, nawaitu saya hanyalah satu....HARGAILAH PENGORBANAN MEREKA YANG SANGGUP BERKORBAN DEMI UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA TERCINTA INI...HANYA INILAH SATU-SATUNYA NEGARA KITA!. Memetik Lt Kol Dr Syed Othman (B) di sini '...keamanan bukannya sesuatu percuma....ia kena melalui perjuangan yang panjang'. Hayati sejarah bagi mengelak kecelaruan fakta seperti yang telah berlaku di mana pengkhianat dijulang sebagai wira (klik di sini). 

Sila klik di sini untuk menonton semula video klip sumbangan ANM.

Kepada wira-wira beragama Islam...Al-Fatihah.

Selasa, 24 April 2012

Pisang Berbuah Banyak Kali

Saya memang tak faham...Depa ni tak serik-serik! Apa yang saya marahkan ialah apabila terbaca laporan dalam akhbar. Sebelum ini, saya ada mencoretkan perkara yang sama di sini. Ini bukan kali pertama nama institusi berkenaan terpampang dalam akhbar yang mencemar nama institusi khususnya, dan TUDM amnya. Publisiti yang tidak diperlukan oleh mana-mana pihak.

Kali pertama ialah pada 27 Januari 2007. 14 orang xkadet telah didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda di antara RM1k-RM2k seorang. Sila klik di sini untuk butir penghakiman. Siapa yang rugi? Sendiri buat, sendiri tanggunglah.

Bercakap pasal insiden itu, ketika bermain golf dengan seorang pegawai kanan kolej tersebut, saya telah bertanya tentang kes ragging berkenaan. Beliau menjawab yang membawa maksud bahawa mangsa itu 'lemah' sangat. Kena sikit macam tu dah mengadu seluruh dunia. Saya sungguh kecewa dengan jawapan itu. Saya ajukan soalan apakah tindakan beliau sekira anaknya yang diperlakukan sedemikian. Beliau tidak menjawab.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, ragging yang diagong-agongkan oleh segelintir warga TUDM telah melibatkan kehilangan nyawa. Insiden berlaku di TUDM Kuching...petikan daripada blog di sini...
Ragging 'Court' Case (1982) 

The bitter history in the RMAF happened during my service in this base. The death case of Lt M (U) Sugudev Dass due to overwhelmed ragging. This was the worst ragging case ever happened in the RMAF history. Anyway, this case had opened the eyes of the higher management in the RMAF even in the Armed Forces to look into the disgusted activities inherited from whom 'i don't know!. If we say, it was from 'Mat Salleh', I do not believe it because from what I know and I experienced, they are very gentlemen. Many good young officers were victimised by this kind of bad traditions. 

Semoga Allah menghargai insan-insan yang telah berusaha menghapuskan tradisi jijik ini.  (Dengan izin. Blog terbaru Kol Toha sini, tajuk 16).

Pelaku telah didapati bersalah dan dihukum penjara. Siapa yang rugi? Sendiri buat, sendiri tanggunglah. 

Ada seorang hamba Allah yang sungguh berminat untuk berkhidmat dalam salah satu pasukan ATM. Beliau hanya berjaya untuk mengikuti latihan rekrut setelah 3 kali mencuba. Malah, pada hari beliau melaporkan diri di Pusat Latihan, beliau telah menerima tawaran daripada satu agensi kerajaan untuk melapor diri bagi mengikuti latihan asas. Bulat-bulat beliau menolak kerana berkobar-kobar semangat untuk berkhidmat sebagai anggota ATM.

Setelah latihan selama 6 bulan, beliau pun melapor ke unit. Bermulalah mimpi ngeri yang tidak pernah diduganya. Waktu malam di berek memang ditakutinya...ditendang, ditampar dah jadi kebiasaan. Pada hari minggu, kalau tak balik ke kampung, beliau terpaksa menginap di hotel bagi mengelak daripada terus menerus dibuli. Ini kerana pembuli2 lupa dunia kerana mabuk dan berkelakuan seperti binatang ganas. Teruk simangsa didera mereka. Akibat deraan ini, prestasi beliau merudum dan sentiasa murung. Bapa mangsa telah bertanya kepada seorang pegawai polis untuk mendapatkan nasihat. Pegawai berkenaan mengesyorkan buat laporan polis terhadap pembuli-pembuli.

Berita terakhir yang saya terima, pembuli2 tidak lagi tinggal di berek kerana mereka SOP (Staying Out Personnels). Barulah aman kehidupan simangsa.

Tak tahulah saya....Adakah buku ini mencetuskan kegiatan yang bertentangan dengan orang yang bertamadun? Tapi, generasi sekarang ini baca ke buku klasik seperti ini?

Saya harap pihak pengurusan menghayati apa yang dijanjikan oleh xPTU di sini. TUDM tidak perlukan publisiti seperti ini! Ingatlah...Masa sudah berubah. Ketidakpuasan hati akan diluahkan melalui perbagai media massa.

Ahad, 22 April 2012

Dari Album XPegawai Memerintah - Bhg 4

Sambungan daripada coretan di sini...

Lawatan Almarhum Sultan Selangor ke No 3 Skuadron pada 12 April 1976

Lawatan AVM Dato' Sulaiman Sujak (TPU), ke No 3 Skuadron pada 17 Oktober 1977

YB Dato' Mokhtar Hashim, Timb Menteri Pertahanan, mendengar taklimat sebelum penerbangan dengan F5E di No 12 Skuadron pada 10 Mei 1977

Dari kiri: Kol (U) Fauzi, arwah Lt Jen (U) Mohamad Taib (PTU), Lt Kol (U) Wan Majid, YB Dato' Mokhtar Hashim

Nak selitkan satu gambar yang dihantar oleh Kapten Dr Ahmad Damanhuri...

Perintis CL-41G Tebuan di TUDM Kuantan pada 1967
Ada lagi...

Jumaat, 20 April 2012

Akhirnya...

19 April 2012...Hari terakhir persidangan Dewan Rakyat (DR) penggal ini. Pada jam lebih kurang 1430, saya telah menelefon Parlimen bertanyakan bilakah Rang Undang-Undang (RUU) JPP dan PTU akan dibincangkan. Pegawai terbabit memaklum bahawa kedua-duanya akan dibincang hari itu juga. Beliau mencadang saya menonton Berita Parlimen pada jam 2330; Hansard mungkin lewat sikit. Bersengkang matalah simejar pencen ini menunggu waktu yang dinyatakan.

Memang betul maklumat tersebut. Kedua-dua RUU tersebut telah diluluskan tanpa perbincangan. Penerima Elaun Kenangan akan menerima RM1k sebulan manakala waris mereka yang telah meninggal diberi 'one-time payment'sebanyak RM10k.

20 April 2012...Untuk mendapat pengesahan, apa lagi, saya pun layarilah laman sesawang Parlimen di sini.... 
D.R.11/2012 2012 Rang Undang-Undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012
Lulus
D.R.12/2012 2012 Rang Undang-Undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 
Lulus

Proses yang perlu dilalui oleh RUU selepas ini adalah seperti petikan emel yang dihantar oleh seorang Hamba Allah '...these are the steps that needs to be completed before the coming into operation of the Bills:

1. Debated and Passed by Dewan Negara.
The debates on all government Bills have been scheduled from 8 May 2012 to 10 May 2012. So far, the date of the actual debate for the 2 Bills have not been scheduled yet.

2. The Royal Assent
Once the Bills are passed by Dewan Negara, the Bills will be presented to the Yang di-Pertuan Agong (YDPA) for his Royal Assent pursuant to Article 66 of the Federal Constitution.

According to Clause (4A) of Article 66 of the Federal Constitution, if the Bills are not assented to by the YDPA within 30 days, the Bills shall become law as if the YDPA had assented.

3. The Publication of the Bills
The Bill with the Royal Assent, shall be published (in the Gazette) and thenafter called an Act of Parliament.

Note: With the commencement date specified in the Bills, the Act will come into force on 1 July 2012 (without the Minister having to prescribe the commencement date). This cuts down an additional step.'

Lebih kurang macam nilah....Selepas ini, RUU tersebut akan dibincang pula oleh Pak/Makcik Senator di Dewan Negara (DN). Difahamkan, 'pow-wow'DN akan bermula pada Isnin ini, 23 April, sehingga 10 Mei 2012. Kebiasaannya diluluskan, Insya-Allah. Masih RUU. Lepas itu, barulah pergi menginap di Istana Negara untuk ditandatangani oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong sebelum diwartakan. Habis lama pun berada di Istana ialah 30 hari kerana selepas itu otomatik RUU bertukar kepada AKTA. 
Bila pula penerima akan dapat durian runtuh ini? Saya tak tahu tapi kemungkinan besar mengambil masa 2 bulan selepas diwartakan. Persoalan pihak berwajib menentukan tarikh kuatkuasa tidak timbul kerana KSN sendiri telah mengesahkan kepada saya, iaitu 1 Julai 2011.
Secara peribadi, saya ada mencadangkan kepada individu-individu  tertentu agar penyerahan cek disampaikan pada 31 Julai 2012 sempena HARI PAHLAWAN.Cadangan ini berlandaskan sekiranya proses birokrasi menjangkau Julai. Jadi, alang kepalang, mengapa tidak? Apa pun, SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Selasa, 17 April 2012

'...Kenapa Kami Tidak Dikenang'

Saya tertarik dengan komen di sini, petikan '...semasa satu perhimpunan RAFOC "Kenapa kami yang tidak cerdera, dan tidak terkorban semasa melawan PKM demi mempertahankan kedaulatan negara tidak di kenang jasa kami? Kami hidup kerana kami terlatih, tetapi kenapa kami tidak di kenang?..."


Persoalannya, apakah yang dimaksudkan 'kenapa kami tidak dikenang? Pemahaman saya apa yang cuba diluahkan ialah ketiadaan 'pengiktirafan/penghargaan'  terhadap pengorbanan 'mempertahankan kedaulatan negara'. Apakah bentuk pengiktirafan yang diharapkan? 


Adakah dalam bentuk RM? Jika itu yang diharapkan, saya rasa buat sementara waktu ini....Lupakan sajalah! Ya...Memang saya begitu pessimistik kerana saya telah berusaha tetapi sehingga kini masih tiada petunjuk positif daripada pihak berwajib. Namun demikian, ini tidak bererti saya dah 'give up'. Saya telah menghantar surat/emel kepada kerajaan negeri tertentu tetapi....sepi sesepinya. Malah perjuangan saya ini telah di'highlight' di sini.


Adakah dalam bentuk penganugerahan pingat/bintang? Mengapa tidak? Pada pendapat mejar pencen ini, ramai para veteran sepatutnya dianugerah pingat/bintang oleh negeri-negeri dan juga Persekutuan. Masalahnya, siapa yang nak jadi pencalon? Jangan kata tiada 'avenues' kerana sebenarnya pencalonan boleh dibuat oleh Persatuan/Pertubuhan. Pokoknya....Bersediakan badan-badan tersebut mencalonkan ahli-ahlinya? Saya ada mengesyorkan kepada 2 organisasi agar mencadangkan ahli-ahli mereka dicalonkan anugerah negeri-negeri tertentu. Saya difahamkan satu persatuan tersebut telah mencalonkan 4 ahli mereka. Samaada berjaya atau sebaliknya...Wallahualam. Saya sungguh gembira apabila negeri Sarawak menganugerahkan gelaran 'Datuk' kepada Datuk Kanang walaupun beliau bukannya seorang pegawai atau pun ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal. Mungkin ada yang tak mahu...OKlah..Itu haknya. Tetapi ramai lagi mengharapkan anugerah pingat/bintang. (Klik di sini). 


Apa pula pengiktirafan kepada saya? Buku saya terdapat di semua perpustakaan awam di seluruh negara. Sama ada ia dibaca, itu lain cerita. Sekurang-kurangnya pengorbanan para wira yang tak didendang boleh dihayati oleh para pembaca. Pengkisahan tidak terhad kepada mereka yang tertentu sahaja. Tiada larangan bagi sesiapa pun untuk mengabadikan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Ayoh...apa lagi yang ditunggu...Ketuk sajalah keyboard komputer tu. 


Saya bersyukur kepada Ilahi kerana 'the lonely and uphill struggle' saya untuk mendapatkan Elaun Kenangan telah berjaya. Berita ini, saya percaya, sudah pasti mengembirakan sejumlah 123 penerima/waris...Satu pengiktirafan. 

Saya sungguh menghargai apabila menerima sijil-sijil berikut daripada Kolej Komuniti Tasek Gelugor...Satu pengiktirafan...


Diserah sendiri oleh pihak Kolej pada 06 Januari 2012

Bersama staf Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Dari kiri: Chef Mohd Ridhwan, En Anwar@Pa (Pengarah), saya, Puan Rozanazirah, Chef Azrul. Tiada dalam gambar: En Mohd Izairi 

Diterima pada 16 April 2012 melalui pos

....Dan bila diundang ke majlis ini.  Saya bersyukur sekiranya agensi-agensi kerajaan tertentu mengundang para wira untuk mengisahkan pengalaman mereka. Bagi tujuan itu, saya telah menghantar e-mel ke beberapa organisasi, seperti IPTA, termasuk Bos No 1 ATM (di sini) dan Pak Menteri (di sini). Saya mahukan para veteran menceritakan pengalaman mereka sendiri, tidak kira pangkat, jika dijemput. 

Untuk mendapatkan bakal 'Pengkisah', saya telah menghubungi individu/persatuan yang saya tahu. Saya berterima kasih kepada Persatuan Xsappers Bahagian Utara kerana telah menjemput saya ke Mesyuarat Agong mereka yang diadakan di Kelab Golf Permaipura, Gurun pada 24 Mac 2012. Saya diberi peluang untuk memaklumkan kepada ahli-ahli Persatuan sekiranya mereka bersetuju menjadi pengkisah jika diundang. Satu pengiktirafan. 

Duduk sebelah kiri: Mej Fauzi - Setiausaha Persatuan

15 April 2012....Ketika sedang pekena capati di Tanah Merah, Jitra, saya telah didatangi oleh 2 orang veteran. Mereka berdua telah menghubungi saya untuk berbincang sesuatu perkara. Saya tidak mengenali mereka. Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar saya bertanding untuk jawatan 'bos' persatuan veteran tertentu bagi kawasan saya. Terus terang saya maklum, setakat ini, saya tidak berminat. Satu pengiktirafan.
  
Rumusannya...Takrifan 'kenapa kami tidak dikenang' adalah relatif. Pada mejar pencen ini, Pengiktirafan bukan sekadar terhad kepada imbuhan berbentuk RM dan pingat/bintang sahaja. Tafsirannya terpulang kepada individu. Bagi mencapai apa yang dikehendaki...You've to work for it. Ia tidak datang bergolek begitu saja. Dan, persatuan BOLEH memainkan peranan penting demi untuk kesejahteraan para ahli mereka. Walau apa pun pengiktirafan/penghargaan, pada saya, yang paling penting ia memberi satu kepuasan (personal satisfaction) dalam diri saya dengan harapan ia mendapat keredhaan dan keberkatan-Nya.

Sabtu, 14 April 2012

HANDAU...Misi SAR Pertama

Saya membaca pengkisahan Mej Mior Rosli TUDM (B) dalam forum 'NOSTALGIA TUDM' bagaimana beliau serta anggota 'HANDAU' (PASKAU mulai 1 Jun 1993) membuat Ops SAR yang melibatkan arwah Tun Ghazali Shafie. Ha...Ini boleh dijadikan satu posting. Jawabnya, carilah bahan tentang insiden tersebut kerana mungkin ramai yang belum dilahirkan ketika insiden tersebut atau pun sudah lupa. Dalam nahas itu, Tun terselamat tetapi dua orang lagi terkorban.

Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 (9M-AVI), kepunyaan Kelab Penerbangan Selangor (KPS), dengan 3 POB (Persons On Board), iaitu Tan Sri Ghazali (Menteri Dalam Negeri), ASP Charon Daam, ADCnya dan juruterbang Vergis Chacko, telah berlepas dari Sempang (TUDM KL) pada jam 0855 menuju ke Benta di Kuala Lipis, Pahang. Apabila beliau tidak tiba di destinasi pada waktu yang dijangkakan, operasi 'SAR (Search & Rescue)' pun dilancarkan. (Gambar hiasan: 2000 model Cessna 206H Stationair).

Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada TUDM. Aset yang diaturgerak ke Janda Baik ialah tiga buah Nuri, sebuah Alouette 111 (No 10 Skn) dan No 103 Skn (HANDAU).  Kol (U) Tunku Jaafar, Pegawai Memerintah TUDM Kuatan, mengetuai misi ini dan Lt Kol (U) Agil, Ketua No 10 Skn turut terlibat bersama. 'Ground search party' dipertanggungjawabkan kepada anggota HANDAU dibawah OC Sknnya, Kapt (U) Mior Rosli. Chalet kepunyaan syarikat 'Carpet Malaysia' dijadikan 'base camp'.

Pada lewat petang, Alouette telah berjaya mengesan Cessna tersebut di rabung gunung Kg Sum-Sum Ulu, Janda Baik, bersempadan Selangor. Sebuah Nuri telah dihantar ke lokasi nahas. Menurut Mior '.... saya menyediakan dua kumpulan penyelamat yang diketuai oleh Lt M (U) Ismail Maluri (sekarang Kol) dan satu lagi diketuai oleh arwah Sarjan Yahaya (Pak Ya - xRGK). Hari dah jam 1830 dan sudah mulai gelap. Juruterbang hanya mampu menurunkan, melalui kaedah 'winching', satu kumpulan dua orang sahaja di atas dua buah bukit yang berasingan tanpa 'support equipment' dan radio. Juruterbang terpaksa meninggalkan mereka kerana hari sudah gelap (last light). Ini telah membuat saya sangat marah apabila lain-lain anggota saya tidak dapat diturunkan, dan kembali dengan semua peralatan SAR mereka ke base camp. Ini kerana mereka yang tinggal di hutan hanya dilengkapi dengan senjata persendirian sahaja. Dua orang bagi satu bukit. Saya bimbang kemungkinan mereka diserang oleh anggota PKM.' Keadaan ini sangat membimbangkan beliau kerana, menurut taklimat perisikan, kawasan itu adalah kawasan hitam - kawasan CPM Chong Chor. 

Keesokan hari, 11 Januari....Terpaparlah berita ini yang menggemparkan negara...

Laporan The Star pada 11 Januari 1982. Berita ini tersiar berlandaskan kepada pemerhatian sarjan ketika dalam proses winching di lokasi nahas. Kemungkinan isyarat beliau telah disalahtafsir. 

Keadaan menjadi kecuh. Mior mengumpul anggota HANDAU untuk diterbangkan ke lokasi nahas. Tetapi '...kumpulan penyelamat telah dipaksa keluar dari pesawat untuk VVIP dan media terbang yang mahu melihat bangkai pesawat dari udara. Setelah bertegang leher dengan VVIP dan media, barulah kami dapat balik dua buah Nuri untuk abseil turun ke tapak kemalangan tetapi Tan Sri tiada ada dalam pesawat yang terhempas.' Mior bersyukur kerana kesemua anakbuahnya selamat apabila 'reinforcement' tiba pada waktu tengah hari. Setelah mencari, '...anggota handau terjumpa Tan Sri duduk di bawah batu yang besar di bawah bukit berkenaan'.  

Menurut Tan Sri, beliau telah menendang pintu pesawat dan terjun apabila pesawat terlalu hampir dengan pokok-pokok setelah terkeluar dari awan. Beliau jatuh dirumpun buluh dan kesan 'cushioning' ini telah menyelamatkannya. Beliau perpaksa minum air embun walaupun sungai hanya berhampiran saja. Ini kerana beliau takut dikesan oleh pengganas komunis.  

Ini adalah misi  SAR pertama bagi HANDAU semenjak ditubuhkan pada 1 April 1979. Dalam masa hanya lebih kurang 48 jam, bangkai pesawat telah dikesan dan mangsa-mangsa nahas diselamatkan.

Menurut xMej Razak, Kapten KPS ketika itu dan berada di lokasi tersebut,  quote "...I kept wondering why should the aircraft be flying into the clouds at 3,000 ft. when the safety height is about 7,000ft", unquote ("KING GHAZ A MAN OF HIS TIME" ms 241). Saya juga mempunyai 'afterthought' yang sama! Tun Ghazali Shafie telah pulang the rahmatullah pada 24 Januari 2010...Al-Fatihah.

Mej Mior Rosli....Terima kasih.

Rabu, 11 April 2012

From Teaching To Soldiering

I had a pleasant surprise when reading the column I REMEMBER WHEN in the NEW SUNDAY TIMES, 8 April 2012. It was about a former 'Peace Corps', Mr Rudy Ramp, who flew from Uncle Sam to Kampung Chenor, Pahang, in1962. There, he taught at Sekolah Lanjutan Kampung Chenor. He was reminiscing his adventures as a 'Bricklaying' teacher and also his housemates, namely Cikgu Mohd Idris Hassan and Cikgu Zainal Abidin.

You see, the name Mohd Idris Hassan sounded so familiar. And when this 'mat saleh' mentioned that he was of Pakistani descent and that his father had owned a taxi firm in Raub, automatically I remembered him....it must be Lt Col Mohd Idris Hassan (R). He often gives comments in my blog but under a pseudonym, and also sends e-mails regularly. Personally, I never knew him and had never met him before.
The way Cikgu Rudy related his story...He surely has fond memories of the close relationship with his long-lost friends! To me, it's an honour if a 'long-time-no-see' friend can recall  those memorable days.

You can read Lt Col Idris's 'partly' successful struggle to 'convince' the government to give 'The Tiger of Batang Kali', Capt Mukthiar Singh, his pension here

Cikgu Lt Col Idris....Now on a separate issue. Thank you for your comments about cats. Yes...They're part of my family. Yes...Only those who care for their pets share the same sentiment. One peculiar character about cats that I notice is that they would 'meow' only to those who care for them...They know those who don't like them. This is an Allah-given instinct to them. To those who don't fancy these lovable creatures...Please don't harm or ill-treat them. They're also Allah-created and deserve to live in this world too. It really hurts me when I see people kick these animals. Cats lovers can read my Mrs dedication to cats here. (Picture of the sleeping Montel).

Breaking News: 12/3/2012 jam 9:48 PM....I received this article and photograph through an e-mail from Saudara Mangchik Mangchuk.

Mohd Idris with his VW Type 181 (Military)

Saudara Mangchik Mangchuk...Thank you.

Ahad, 8 April 2012

Tragedi 26 April 1976...Maklumat Tambahan

05 April 2012, jam lebih kurang 1130, saya dikunjungi oleh Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) dari Perlis. Sementelah dalam perjalanan ke Alor Setar, beliau mengambil kesempatan menziarah saya. Beliau turut membawa album gambar dan memberi kebenaran untuk saya 'scan' dan seterusnya poskan dalam blog ini.

Sebagai kapten Nuri. Gambar kanan: 'Flying Helmet' era 70'an - 2 lapis: 'Inner' daripada kain lengkap dengan 'ear pads'. 'Outer shell' dengan 'mike & visor'

Gambar kanan: 3 dari kiri~ mendiang Lt (U) Wee Kong Beng. 3 dari kanan~mendiang Sjn Hua Tee Boon (Episode 3 - 15 December 1976 di sini

Beliau turut menceritakan ketika berada di Bilik Gerakan, Kem Gubir, dengan pegawai atasan untuk mendengar taklimat sebelum membuat tinjauan ke kewasan kem pengganas komunis tersebut yang diceritakan di sini. Selain Lt (U) Darby, penumpang beliau ialah SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang akan menunjukkan kem tersebut.

Juga, Lt Kol Harun menceritakan pengalaman terperangkap dalam awan tebal di Lembah Dakoh yang terkenal dengan cuaca tak menentu, berhampiran Pos Chabai ketika terbang berseorangan. Dan bagaimana beliau terpaksa membuat 'u-turn' ke Pos Kemar untuk bermalam di sana. Kawasan ini jugalah yang meragut nyawa arwah Lt (U) Shaharuddin (di sini). Alouette hanya mempunyai 'basic instruments' sahaja (gambar ihsan PW2 Ismail (B)) dan kalau nak tahu perasaan semasa terbang IMC...Tanyalah 'Cepung' pilots!
Saya cuba 'memprovokasi' beliau agar menulis pelbagai pengalamannya untuk bacaan para peminat cerita 'combat'. Tak tahulah saya sama ada beliau termakan umpan saya itu. Tunggulah apabila beliau kembali dari Acheh Ahad ini, insya-Allah. Beliau dan isteri berlepas ke sana pada 6/4/2012.

Saya menyuarakan alangkah eloknya sekira Ops Gubir dan Ops Selamat Sawadee didokumentasikan - dari peringkat perancangan sehingga akhir. Ini kerana kebanyakan mereka yang terlibat masih hidup - daripada perancang di peringkat tertinggi sehingga pelaksana terbawah  TDM & TUDM - masih hidup. Apa yang perlu, ATM hendaklah menklasifikasikan semula dokumen-documen tertentu, seperti INTSUM, 3011, laporan BOI, dll. Itu pun sekiranya masih disimpan. Sepatutnya  semua dokumen gomen disimpan di ANM!

Bergambar sebagai kenangan

Kalau diberi peluang dan kemudahan, mungkin saya sendiri berminat menulisnya, insya-Allah.
   
Sebelum terlupa, Sjn Honorius Muhd, AQM, yang tidak menaiki pesawat malang  dalam Tragedi 26 April 1976, memaklumkan kepada saya, kalau tak silap beliau, pendaftaran pesawat terbabit ialah FM1715. Bagi mempastikannya, saya telah menyemak Log Book dan didapati tiada lagi saya terbang pesawat tersebut selepas kejadian itu...Sahlah. Ini petikan e-mel beliau tentang tragedi tersebut....
'...  As this ill fated Nuri took off, I went to the ops center and there met kapt(U) Mustaffa(Air forward Traffic Controller) who was manning the air traffic using HF frequency. For the Aircraft call sign I couldn't recalled and Aircraft registered No. was FM 1715 I presumed. As I was about to sit down at the ops room there I heard a call coming out of the HF set, calling "Mayday Mayday we are being shot at the main Gear Box.." and with immediate reaction Kapt(U) Mustaffa respond to the distressed call by calling back but it was no joy as there were no respond after that. We two was stunt as clearly know it must be the Aircraft that was flown by Lt(U) Chang and Lt Munsif. Without hesitating I run out to look for allouette aircraft captain who was on standby at gubir. There I found Kapt(U) Sim and crewmen late Sgt Ismail (Cannon as his colleagues call him who was kill in kuching crashed while doing aircraft test flight with late Lt(U) Tengku Mahazir) and relates the incident to them. They immediately airborne to locate the crashed site after awhile they radio back confirming spotted the crashed aircraft with tail rotor hanging on the tree top while main body the aircraft was down with thick smoke. They were unable the ascertained any survivors as they were flying at 5 to 6000ft and what made worse was the bad weather encroaching this area and bringing heavy rain. At this moment all units have been alerted of the crashed and panic staged came in on the HF frequencies most of it for enquiries whose were crew on board. Initially the message was distorted that both kuching and kuantan crew were on board after the search and rescue aircraft from b'worth arrived at Gubir they were surprised to see me on the ground, especially Pw Rahman my crewmen chief with Mej(U) Munusamy. This incident I will never forget as it was part of me involved and here I am still  alive and ALLAH is great...dia yang menentukan semua... it's me now Muhammad Honorius bin Abdullah.'

Saya akan cuba mempastikan sama ada BASO adalah Kapt (U) Mustaffa atau Kapt (U) Wahab. Berdasarkan kepada cerita beliau, bermakna 3 buah Alouette telah terbang ke lokasi kemalangan: sebuah yang sedia ada di Gubir, sebuah Gunship yang dipandu oleh Lt (U) Khalid Ali bersama Sjn Patrick Lee (gunner) dan sebuah lagi dipandu oleh Kapt (U) Harun yang membawa Lt Kol (U) Fauzi dari TUDM Butterworth apabila berita nahas tersebut diterima oleh Bilik Gerakan TUDM Butterworth.  

Kalau nak tahu pula masalah yang dihadapi oleh gunship pula ketika Ops Selamat Sawadee, klik di sini

Lt Kol Harun Ayob TUDM (B), En Ismail & F/Sjn Honorius Muhd...Terima kasih.

Khamis, 5 April 2012

Mungkin Tidak Kesampaian

24 Mac 2012, jam 0930....Akhirnya saya bersua dengan wakil DBP untuk membincangkan tentang 'penambahbaikan' yang dimaksudkan di sini. Beliau telah memberi 'garis panduan' berikut sekiranya masih berminat DBP menerbitkan buku saya itu...


Beliau turut memaklumkan bahawa Jawatankuasa terbabit mahukan tajuk buku ditukar kepada "CATATAN JURUTERBANG NURI". Secara spontan, saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan. Saya bertanya juga tentang 'royalty'. Menurut beliau, jika DBP bersetuju untuk menerbit sesebuah buku, cetakan pertama adalah sejumlah 2000 naskah. Pengarang diberi 13% royalty atas harga jualan jumlah tersebut, tidak kira sama ada buku itu laku dijual atau tidak. Walaubagaimana pun, harga buku ditentukan oleh pihak DBP. Penulis juga diberi diskaun 30% untuk membeli bukunya sendiri.

Apabila balik ke rumah dan berhadapan dengan komputer untuk memulakan proses penambahbaikan yang disyorkan, terfikir oleh saya tentang tajuk. Saya sudah sinonim dengan 'Xnuripilot' dan dah jadi nama pena saya. Dan saya bangga dengan blog 'Coretan Xnuripilot' yang sudah wujud semenjak 2009 lagi!! Jawabnya, saya keberatan dengan pertukaran tajuk dan melayanglah emel berikut yang antara lain....'SEKIRANYA INI SEMUA TIDAK MEMENUHI KRITERIA DBP, SAYA DENGAN BERAT HATI TERPAKSA MENARIK DIRI TERHADAP HARAPAN AGAR DBP MENERBITKAN BUKU SAYA:( sad'

Respons beliau pada hari yang saman '...Berhubung dengan tajuk buku, iaitu "Catatan Juruterbang Nuri", ia dicadangkan oleh panel Jawatankuasa Penerbitan (JKP) Dewan Bahasa.  Tajuk tersebut bukan cadangan saya secara peribadi.   Saya akan rujuk perkara ini terlebih dahulu dengan Pengarah Penerbitan sekiranya tuan agak keberatan untuk menukarkannya.  Cadangan tajuk baru tersebut saya peroleh daripada Pengarah sendiri yang menghadiri mesyuarat JKP.'

Tak apalah...Dah setakat itu rezeki saya.  Paling utama sekali, objektif saya telah terlaksana. Sesiapa yang berminat boleh membaca di semua Perpustakaan awam negeri-negeri. Apa pun, Alhamdulillah.

Kepada bakal penulis yang berhajat menerbitkan buku melalui DBP...Saya harap garis panduan di atas dapat membantu anda.

Isnin, 2 April 2012

Dedikasi Kepada....

Arwah Kapten Nasir Ma Lee....Coretan ini susulan komen yang saya 'copy & paste' daripada coretan di sini.....
Jack said...
Saya bekas kakitangan Guthrie dan kisah keberanian Allaharham Nasir menjadi antara kisah yang menarik dikongsi biarpun sudah tiada lagi helikopter tersebut di Guthrie dan bilamana arwah meninggal, anda boleh baca pengalamanan pelatihnya.. arwah sengaja memilih rumpunan buloh untuk terhempas kerana akan menyerap hentakan ..malah ketika selepas terhempas , Arwah masih mampu menarik keluar pelatihnya dari bangkai pesawat untuk mengelekkan letupan dan terbakar dalam keadaaan arwah sendiri cedera parah dan terduduk sebelum menghembuskan nafasnya .. Pelatihnya selamat .. namun Arwah pergi jua dan wajar diangkat sebagai HERO...

Saya mengharapakan persatuan Cina Muslim yang didokongnya terus subur dan baru-baru ini kerajaan Pahang berjanji untuk memberi bantuan membina sebuah masjid bercirikan senibina Cina di Kuantan.. saya mencadangkan namanya di digunakan sebagai nama masjid tersebut ..

Al fatihah untuk Allahyarham NASIR MA LEE...

Berdiri 2 dari kanan: Kapt Nasir Ma Lee. Sekitar 1974

Ini pula keratan akhbar yang diemelkan oleh Saudara Kapt Dr. Damanhuri....







Al-Fatihah.