Pengikut

Jumaat, 29 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxvi

Bersambung dari SINI...

Para wartawan sentiasa mengejo Tunku! Setelah mendengar laporan Too yang dihantar ke Klian Intan pagi itu, 20 Nov, beliau pergi ke Batu Ferringhi, Pulau Pinang untuk cuti hujung minggu. Para wartawan dah sedia menunggu beliau di sana...tak boleh escape dari wartawan! Ini diluahkan oleh beliau kepada Khor Cheong Kee, wartawan The Straits Times, "It seems we cannot escape the Press, so you shall all be informed of the date and venue." (Khor Cheong Kee, The Straits Times, Goodwill season set for talks, 21 Nov 1955, hlm. 1). Tak boleh juga salahkan mereka kerana sapa nak melepas peluang covering berita yang begitu panas. Dah pasti orang nak tahu bila dan di mana rundingan itu akan diadakan. Satu dunia nak tahu...ya tak?

Menyentuh tarikh rundingan tersebut, Tunku memaklumkan ia akan diadakan pada lewat Disember, selepas Christmas. Beliau memberitahu yang beliau telah menghubungi Marshall kelmarin (19 Nov) bertanyakan tarikh yang sesuai sementelah Marshall akan pergi ke London diikuti sambutan Christmas. Marshall pun nak juga meraikan Christmas. Apa pun, lewat Disember tahun itu juga!

Lokasi rundingan? Menurut Tunku, Chin Peng nak diadakan di KL. Tapi Tunku kata dia tak setuju diadakan di bandar yang sibuk. Sebaliknya beliau menyatakan "...the site is likely to be around the same (Klian Intan). It wouldn't be any use meeting elsewhere."

Mengenai syarat tambahan yang berikan kepada Too oleh Chen Tien pagi tadi, Tunku sekali lagi menegaskan beliau memberi jaminan tentang keselamatan Chin Peng dan rombongannya. Jawapan beliau mengenai kehadiran Suruhanjaya Antararabangsa dan pindaan kepada terma amnesty ialah "...I think it is absolute nonsense to ask for an international commission. After all, my meeting with him will be a peace negotiation. As for the the amnesty- I am prepared to find out from Chin Peng in what way he considers the present terms harsh." (The Straits Times, Terms too harsh, 21 Nov 1955, hlm. 7).

Wartawan turut bertanya mengenai surat berdaftar walaupun sudah dijawab kelmarin. OK lah. Tunku ulang lagi bahawa Chen Tien menjelaskan sebab lewat keluar dari hutan. Beliau menggambarkan kekesalannya dengan menyatakan "...And to think I sent a special plane to take delivery of the letter on Friday night. The letter must have cost the Government several hundred dollars to get to me."

Tunku juga menyatakan kemungkinan ada lagi mesyuarat di antara gomen dengan PGK untuk memutamatkan perancangan rundingann di antara beliau dengan Chin Peng nanti. Namun, beliau menegaskan "But make no mistake. I shall go with an unhardened heart. At the same time, I shall impress on Chin Peng that we've come as the winning side."  (Khor Cheong Kee, The Straits Times, Goodwill season set for talks, 21 Nov 1955, hlm. 1).

Mengenai liputan berita pada hari bersejerah itu nanti, beliau memaklumkan bahawa para wartawan tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu nanti semasa persidang sedang berjalan. Sebaliknya mereka akan ditempat di satu lokasi dan mereka akan dimaklumkan perkembangan mesyuarat itu nanti.

Banyak bebeno kerenah Chin Peng ini. Sebenonya dalam keadaan itu, dia tiada kuasa tawar-menawar! Gomen memang bagi banyak kelonggaran semasa dalam tempoh amnesty. Gomen mewujudkan 'safe passageway' dimana mereka lebih kurang bebas bergerak. Tapi apa yang mereka lakukan?

Bersambung...

Selasa, 26 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxv

Bersambung dari SINI...

Pada lewat petang 18 Nov surat dari Chin Peng masih belum diterima oleh Tunku. Kat mana surat itu berada? Surat itu hanya diterima pada malam 18 Nov sepertimana yang dilaporkan oleh MacGillivray kepada Lennox-Boyd (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S. (Secret), 19th November, 1955, hlm. 1). Agaknya masa itu posmen kerja hingga malam...hebat betullah!

Sebenonya bukan le kerana posman buat OT. Pada 19 Nov, semasa sidang akhbar Tunku memaklumkan bahawa setelah memikiokan surat itu pasti ada sesuatu yang begitu penting, beliau telah mengarah sebuah Beaver terbang ke Kroh hanya untuk mengambil surat itu pada lewat petang 18 Nov. Tak pastilah di mana surat itu di pintas (intercept) dan dibawa balik ke KL. Jika tidak, surat itu akan melalui proses penghantaran biasa dan diterimanya pada 19 Nov (The Straits Times, The Tengku Names The Day, 20 Nov 1955, hlm. 1).

Apakah kandungan surat yang begitu mahal kos pengangkutannya, bukan lagi 2 kupang yang dibayar oleh Chen Tien? Menurut Tunku, sebenonya tak ada apa-apa pun yang begitu mendesak! Beliau menyatakan "...It was written a week ago, and Chin Peng said he was sorry he had not been able to get in touch with me earlier. He explained that this was through fear for his own security, but he did not explain in detail why he had been afraid."

Kenyataan Tunku ini bercanggah dengan laporan MacGillivray. Dalam laporannya, dia menyatakan bahawa surat itu ditulis oleh Chen Tien sendiri. Dia menyatakan bahawa dia telah tiba di Klian Intan dan nakkan wakil gomen menemuinya. Kelewatan memaklum kehadiran mereka disebabkan kegiatan agen-agen gomen.

Alasan ini disanggah oleh Mat Saleh ini yang menyatakan "...I do not believe this explanation and consider that Chen Tien deliberately appeared unannounced at Klian Intan in order to contact the press first." (CO 1030/31).

Tunku juga menegaskan bahawa rundingan di antara beliau dengan Chin Peng hanya akan diadakan pada lewat Disember, iaitu selepas kepulangan David Marshall dari London. Tunku menyatakan "Mr. Marshall will definitely be with me. I shall wait for him to come back from his London talks." Ini kerana KM Singapura telah menyatakan hasratnya untuk menghadiri rundingan tersebut sebagai "junior partner." (Marshall terbang balik ke Singapura pada 20 Dis 1955, Leslie Hoffman, The Straits Times, Mr. Marshall Picks A Party Boss, [21 Dec 1955], hlm. 1).

Selain itu, bagi menunjukkan yang beliau tidak tunduk terhadap rentak Chin Peng, Tunku menegaskan "...We shall meet Chin Peng at our convenience."

Persoalan surat sudah terjawab. Apa pula mesej yang Chen Tien cuba nak sampaikan kepada Tunku sendiri? Sepertimana yang ditegaskan kelmarin, Tunku mengulanginya lagi, "...I will not see him. I will only meet Chin Peng." MacGillivray pula melaporkan Tunku tidak bersetuju kerana "...a condition that he must keep it to himself and show it to no one else." (CO 1030/31).

Dah tentulah bukan semua maklumat pertemuan di antara Wylie dan Too dengan Chen Tien dimaklumkan kepada pemberita...hanya to know basis sajelah! Apa yang dibincang dilaporkan oleh MacGillivray dalam laporannya ke London:

"5.   Wylie's view is that this second meeting has taken arrangements very little further: that there will have to be three or four more meetings with Chen Tien before final agreement could be reached on arrangements for the Chief Minister's meeting: and that, therefore, it is unlikely that the Chief Minister's meeting will be  possible before February. Meanwhile, M.C.P. will attempt to use each preliminary meeting to build up public opinion in favour of negotiations. Rahman seems confident that the meeting can be arranged at the end of  December. It appears after next meeting with Chen Tian that will not (repeat not) be possible, he may perhaps then agree to call off the amnesty but is not prepared to so at present.

6.    Chen Loke told the press yesterday that he supports the decision of the Federation Government not to recognise the M.C.P., that it would be difficult for the Government to alter the terms  of the amnesty, and that Government must retain the right to detain elements which might constitute a danger to the country."

Pada 20 Nov, Tunku telah mengarah Too pergi ke Klian Intan. Dia diterbangkan ke Kroh oleh sebuah pesawat Beaver sebelum dibawa ke Klian Intan (CO 1030/31). Misi Too adalah untuk mencadangkan kepada Chen Tien supaya tulis apa mesej yang hendak disampaikan kepada Tunku dan seal. Dia memberi jaminan akan menyerahkannya sendiri kepada Tunku tetapi Chen Tien tetap bertegas untuk bertemu dengan Tunku sendiri. Melampau betul PGK ini! (The Straits Times, The Tengku Names The Day, 20 Nov 1955, hlm. 1).

Selain itu, Chen Tien menambah lagi syarat-syarat sebelum ini yang termasuk menjamin keselamatan rombongan Chin Peng, gomen juga dikehendaki: "...An international commission should be up up to implement peace reached at that meeting" dan "The Government's amnesty terms should be modified and made more liberal." (The Straits Times, Chin's 'peace plan', 21 Nov 1955, hlm. 1)

OK lah jika itu yang PGK itu mahukan. Too pun terbang balik ke KL dan berakhirlah pertemuan kedua ini. Chen Tien dan Lee Chin Hee pun menyelinaplah masuk ke dalam hutan.

Bersambung...

Jumaat, 22 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxiv

Bersambung dari SINI...

Setiba sahaja di Kuala Lumpur, Wylie dan Too terus berjumpa Tunku untuk melaporkan perbincangan mereka dengan wakil ketua pengganas pagi itu yang dianggap sebagai friendly. Selepas mendengar taklimat, pada jam lebih kurang 1800, Tunku telah membuat sidang akhbar. Beliau memaklumkan bahawa wakil-wakilnya telah diarah untuk memberitahu Chen Tien bahawa pertemuan dengan Chin Peng hanya boleh diadakan pada pertengahan Disember. Ini kerana beliau sekarang sibuk dengan pembentangan bajet (Harry Miller, The Straits Times, The Tengku Talks Tough, 19 Nov 1955, hlm 1) pada awal Disember.

Mengenai syarat-syarat yang dikemukakan oleh Chen Tien, jawapan beliau ialah:

1. Jaminan Jen Bourne dan Tunku mengenai keselamatan rombongan Chin Peng: "We gave that guarantee." Persoalan mengenai cease-fire arrangements turut dibincang oleh wakil gomen.

2. Makanan untuk PGK dan rombongan: "We will supply the food."

3. Agenda: Beliau masih memikirkannya.

4. Lokasi persidangan: "I gave Chin Peng the option of fixing a meeting place. He has proposed one but I have given my decision."

Apabila diajukan soalan bahawa Chin Peng menolak mentah-mentah amnesty, Tunku menyatakan "The Communists talk too much. If they continue talking in that way, I may change my mind and not see them. My representatives told Chen Tien this. They also made it quite clear to him that I was not going to be intimidated by the Communist  propaganda."

Beliau turut diberitahu yang Chen Tian nak sangat berhubung dengannya kerana "He claims he has something very important to tell me and he refuses to divulge the subject to anyone except me personally."  Dengan tegasnya beliau menjawab "...When I heard this I gave instructions that I did not intend to see anyone except Chin Peng."

Apabila ditanya sama ada sudah terima surat yang diposkan oleh Chen Tien dari Klian Intan kelmarin (17 Nov), beliau kata masih belum terima. Heran juga...di mana surat tersebut?

You know la reporters ni. Mereka pun menghubungi pegawai Pej Pos Kuala Lumpur malam itu juga. Mereka dimaklum semua surat yang diposkan di Klian Intan akan dihantar ke destinasi pada jam 1300. Chen Tien berjumpa dengan para wartawan pada jam 1235 dan berjalan ke pej pos. Persoalannya ialah sama ada surat tersebut diposkan sebelum jam 1300 atau selepas waktu itu. Pegawai tersebut menjawab "no comment" apabila ditanya sama ada surat tersebut akan tiba pada malam itu juga (The Sunday Times, Riddle of Chin Peng's letter, 19 Nov 1955, hlm. 1). Apakah agaknya kandungan surat itu?

Selepas sidang akhbar, pada malam itu juga Tunku mengadakan perbincangan dengan Jen Bourne di rumah Mat Saleh itu, Flagstaff House. Pada lewat malam itu, Tunku membuat pengumuman melalui Radio Malaya yang menyuarakan kemarahannya terhadap Chin Peng kerana Chen Tien membuat sidang akhbar dan mengedar kenyataan Chin Peng kelmarin, 17 Nov. Menurut Tunku, sebelum wakil-wakilnya terbang ke Kroh pagi tadi, beliau telah mengarahkan Too untuk memaklumkan Chen Tian "...that if the Communist ever again issued statements to the Press and indulge in propaganda tactics as they did yesterday, I will not meet Chin Peng nor any one else."

"I am not going to negotiate with or treat Chin Peng as my equal. I am going to explain the amnesty to him at the meeting. I will listen if he proposes something to me and I will consider it. I represent the Malayan Government and we have the resources for fighting and beating the Communists. I want peace and I want to end the Emergency. I will end the Emergency in any case, but I do not want any more bloodshed if I can help it."

Menurut penduduk Kpg Khek, Chen Tien tidak ketinggalan mendengar kenyataan Tunku (The Straits Times, The Tengku Names The Day, 20 Nov 1955, hlm. 1).

Bersambung...InsyaAllah.

Khamis, 21 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxiii

Bersambung dari SINI...

18 Nov 1955. Pada pagi itu, H. R. Middleton, O.S.P.C. dan I. C. McElwain (ADO  Kroh) pergi ke Kpg Khek untuk menjemput Chen Tien. Untuk pertemuan kali ini, hanya melibatkan Chen Tien sementara Lee Chin Hee tidak turut bersama. Dia menunggu di Kpg Khek. Chen Tien duduk di depan dalam kereta yang dipandu oleh Middleton sementara ADO duduk di belakang. Mereka tiba di Town Hall pada jam 0933. Sebelum naik ke tingkat atas dewan, Chen Tien sempat memberi senyuman kepada para wartawan yang mengambil gambarnya (The Straits Times, Smiles After Talks In Half-Light, 19 Nov 1955, hlm. 1).

Cuaca pada pagi itu mendung tetapi lebih kurang 200 orang penduduk dan juga dari pekan berhampiran setia menunggu di sepanjang jalan berhampiran Town Hall (rumah kedai sebenonya) untuk melihat PGK ini; ada pekerja-pekerja mengambil cuti. Suasana di Klian Intan dalam keadaan holiday mood. 

Para wartawan pula mencari tempat tinggi supaya membolehkan mereka melihat tingkat atas deretan rumah kedai tersebut.

Sebagai langkah mencegah eavesdropping, semua penghuni di deretan kedai-kedai tersebut di arah mengosongkan premis. Sementara itu, seluruh kawasan deretan kedai di cordon oleh pasukan keselamatan yang lengkap dengan senjata api. Mata-gelap (detektif) pula berkeliaran di kalangan para penonton.

Tapi 2 orang wakil kerajaan masih belum tiba; pesawat mereka mendarat di Kroh pada jam 0917 dan selepas itu pergi sarapan pagi sebelum bertolak ke Klian Intan. Sementara menunggu ketibaan wakil-wakil gomen, menurut Khoo Sian Hock, beliau melihat Chen Tien menjengok ke luar tingkap sebanyak 4 kali dan "...we could see him pacing up and down the room" sebelum duduk atas kerusi yang membelakangkan tingkap (caption gambar kiri: CHEN TIEN looks out of the window of the conference room while waiting for the arrival of the Government representatives. Sumber: The Straits Times, 19 Nov 1955). Dia terpaksa menunggu lebih kurang 40 minit kerana wakil-wakil gomen hanya tiba lebih kurang jam 1014.

Setiba sahaja di Town Hall pada jam 1010, Wylie dan Too terus naik ke bilik mesyuarat di tingkat atas. Tuan A.D.O. dan O.S.P.C. pula ditugaskan sebagai sentri kat pintu masuk dewan...jatuh standard bebeno. Orang ramai dapat melihat Chen Tian bangun dan berjabat tangan dengan Too sebelum duduk semula menghadapi Chen Tien sementara Wylie duduk sebelah Too. Tapi tak lama kemudian, Wylie pergi tutup semua tingkap supaya orang ramai tidak dapat melihat apa yang berlaku. Bilik tu pula hanya ada 1 lampu sahaja dan tanpa kipas. Tu sebab tajuk berita kata "...Half-light" saje.

Tidak lama kemudian, pada jam 1230, Wylie turun ke bawah dan keluar dewan. Mengapa Wylie meninggalkan bilik mesyuarat? Kerana Chen Tien minta nak cakap sesuatu dengan Too privately. Apabila hanya mereka berdua sahaja berada dalam bilik, Chen Tien memaklumkan kepada Too bahawa dia ada mesej dari Chin Peng untuk Tunku. Dia bertanya sama ada Too boleh mengatur untuk dia berjumpa dengan Tunku untuk menyerahkan mesej itu sendiri. Too hanya menyatakan yang beliau akan sampaikan hajat Chen Tien kepada Tunku (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S., (Secret), 19th November, 1955, pg. 1).

Apa lagi, para wartawan pun serbu le dia. Mereka bertanya sama ada boleh menemubual Chen Tien. Wylie dengan tegas menjawab "...No, you can't ask him any question-not even one." Lepas itu dia masuk dewan semula dengan senyuman meleret sambil bersiul. Kemudian kelihatan Too pula turun ke bawah dan berbincang dengan Wylie selama 3 minit sebelum bergegas ke bilik mesyuarat di tingkat atas.

Apa agaknya dibincangkan oleh mereka? Too memberitahu Wylie mengenai permintaan Chen Tien. Justeru, mereka bersetuju supaya Chen Tien tinggal hingga 21 Nov sementara menunggu jawapan Tunku (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S., (Secret), 19th November, 1955, pg. 1). Lain pula penjelasan seorang pegawai Information Services yang mengiringi Wylie dan Too balik ke KL. Dia menyatakan bahawa "...the "hurried conversation" was to decide how Chen Tien could be taken out of the building past the crowd outside."

Pada jam 1240, Wylie dilihat turun dari tingkat satu dan keluar dewan, diikuti oleh Chen Tien dan Too 5 minit kemudian. Mereka semua senyum. Musyuarat yang mengambil masa 2 jam 35 minit telah tamat.

Melihat saja Too, para wartawan pun apa lagi. Mereka bertanya hasil mesyuarat tesebut. Too hanya menjawab "...I must say today's atmosphere has improved. I cannot tell if we will meet again but I hope so. We are flying back immediately to Kuala Lumpur to report to the Chief Minister."

Chen Tien pula enggan memberi sebarang kenyataan apabila disoal oleh wartawan.

Wylie dan Too dibawa ke Kroh untuk makan tengah hari di Rumah Rehat dan berlepas balik ke KL pada jam 1413 dengan pesawat Beaver untuk melaporkan kepada Tunku.

Chen Tien pula dihantar balik ke Kpg Khek oleh H. R. Middleton dan I. C. McElwain yang dikawal rapi oleh anggota Polis. Kedua-dua PGK dilarang keluar dari Kpg Khek dan mereka dilihat beberapa kali keluar dari rumah penginapan untuk menyedup udara nyaman dan bercakap dengan Puan Kong. Pada jam 1350 Chen Tien dilihat memotong kayu dan bercakap dengan beberapa orang kanak-kanak berhampiran dengan rumah penginapannya. Para wartawan pula dilarang bertemu dengan mereka berdua (The Straits Times, The Tengku Names The Day, 20 Nov 1955, hlm. 1).

Chen Tien menaiki kereta untuk dihantar balik ke Kpg Khek. Sumber: The Straits Times, 19 Nov 1955

Para wartawan bergegas naik ke bilik mesyuarat. Mereka ditemui 19 puntung rokok di atas lantai. Hairan juga asbak (ashtray) tidak disediakan oleh pihak penganjur!

Apakah hasil mesyuarat ini?

Bersambung...

Selasa, 19 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxii

Bersambung dari SINI...

Menurut laporan The Straits Time bertarikh 19 Nov, gomen terkejut dengan kemunculan Chen Tian dan Lee Chin Hee pada 17 Nov "...Chen Tien's arrival in Klian Intan yesterday was a surprise to the Federation Government." (Harry Miller, The Straits Times, The Tengku Talks Tough, 19 Nov 1955, hlm. 1). Namun demikian, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dalam aspek keselamatan. Bagi tujuan ini,  H.R. Middleton, O.S.P.C. (?)  dikerah dari Kuala Kangsar ke Klian Intan untuk mengatur langkah-langkah keselamatan. Arahannya meliputi melarang orang luar masuk Kpg Khek pada jam 1800 pada 17 Nov di mana Chen Tien dan Lee Chin Hee bermalam  dan dikawal rapi oleh anggota polis.

Kemunculan dua orang PGK tanpa diduga diperakui oleh MacGillivary apabila beliau memaklumkannya dalam telegramnya kepada Lennox-Boyd pada 18 Nov 1955 dengan menyatakan "Yesterday afternoon Chan Tien and his guide turned up unannounced at Klian Intan." (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S. (Secret), No. 718, 18th November, 1955).

Namun beliau menyanggah alasan Chen Tian mengenai kelewatan kehadiran mereka semula selepas pertemuan pertama pada 17 Okt 1955. MacGillivray berpandangan mereka sengaja tidak memaklumkan kerajaan kerana hendak mengambil kesempatan untuk membuat sidang akhbar tanpa kehadiran pihak kerajaan. Mereka menyedari bahawa para wartawan sudah berkhemah di Klian Intan berminggu-minggu untuk melapori pre-meetings ini. Menurut laporan polis, Chen Tien "...used the occasion for this meeting to put about propaganda in favour of negotiations." Chen Tien telah mengedar sejumlah 80 salinan cyclostyled kenyataan Chin Peng melalui agen-agennya di Klian Intan untuk disebarkan di seluruh Malaya dan Singapura, (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S. (Secret), No. 724, 19th November, 1955). Networking depa di Klian Intan memang hebat.

Pada pagi 18 Nov, terpaparlah laporan ini...


The Straits Time, 18 Nov 1955

Pada pagi 18 Nov 1955, MacGillivray telah pergi berjumpa Tunku. Menurut MacGillivray, apabila dimaklumkan kemunculan Chen Tien di Klian Intan  pada awal pagi 18 Nov 1955 Tunku telah mengarahkan Wylie dan Too terbang ke Klian Intan. Mereka berlepas dari Pangkalan RAF Kuala Lumpur ke Kroh (Pangkalan Hulu) dengan pesawat Beaver. Mereka diarahkan untuk mengatur pertemuannya dengan ketua pengganas pada 9 Dis 1955. (CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S. (Secret), No. 718, 18th November, 1955).

Bila dengar tarikh tersebut, MacGillivray telah mengingatkan Tunku bahawa Marshall pun perlu terlibat dalam rundingan ini. Ekoran itu, Tunku telah menghubungi Marshall. KM Singapura memaklumkan bahawa beliau akan pergi ke London pada 2 Dis 1955 untuk berbincang dengan Inggeris mengenai kemerdekaan Singapura. Beliau menegaskan yang beliau tidak sedia membatalkan lawatannya (The Sunday Times, Chin Peng Can Pick The Town, 27 Nov 1955, hlm. 1). Beliau setuju menghadiri rundingan selepas kembali dari London.

Mat Saleh ini juga membawa kepada perhatian Tunku mengenai kenyataan Chin Peng sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar. Kenyataan ketua pengganas "...amounted to an outright rejection of the amnesty terms and renewal of the proposal to negotiate as equals; and if he were immediately to make arrangements for a meeting with Chin Peng this would inevitable be interpreted by the public as acceptance by Rahman of Chin Peng's rejection of the amnesty terms and of his proposal to negotiate." Terdiam juga Tunku dibuatnya dan beliau bersetuju untuk menunggu sehingga surat yang dihantar oleh Chen Tien pada 17 Nov. Pagi itu surat tersebut masih belum diterima.

Tunku pun dengan segera menalifon Wylie dan Too yang mendarat di Kroh pada jam 0917. G.R. Turner menunggu mereka di landasan terbang dan membawa mereka ke Rumah Rehat, Kroh untuk sarapan pagi (Khoo Sian Hock, The Straits Times, Smiles After Talks In Half-light, 19 Nov 1955, hlm. 1). Menurut MacGillivray, Tunku mengarahkan "...that they should make no arrangements with Chan Tien for a meeting and should inform him that the purpose of the proposed meeting between the Chief Minister and Chin Peng is to explain the amnesty terms and not to negotiate, that they were merely authorised to hear what he had to say and that he should then return to the jungle and be ready to meet them again to receive Rahman's answer at a place and date in about a week from now which they were authorised to agree with him."

Cukup le untuk hari ini.

Bersambung...InsyaAllah.

Nota: Terima WhatsApp dari ACP Norizan bin Murad. Menurut beliau, O.S.P.C. ialah Officer Superintending Police Circle. Bawah pegawai ini ada 3 O.C.P.D. dan menjawab kepada CPO. Jawatan ini dimansuhkan pada 60an. Terima kasih ACP Norizan di atas pencerahan ini.

Jumaat, 15 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxi

Sambungan dari SINI...

Sehingga 7 Nov 1955 Tunku tertunggu-tunggu berita daripada Chin Peng tapi tiada sebarang berita. Ketiadaan berita ini diperakui oleh  David Marshall semasa persidangan Legislative Assembly Singapura pada 7 Nov 1955 (The Straits Times, Peace talks with Chin Peng no nearer, 8 Nov 1955, hlm. 1). Pada itu juga, Tunku dan rombongan telah berlepas dari Singapura ke Jakarta pada jam 1345 dengan menaiki Garuda Airways (The Straits Times, Jakarta Mission: Today is Tengku's D-Day, 7 Nov 1955, hlm. 1). Rombongan beliau terdiri daripada Kol H.S. Lee (Menteri Pengangkutan), Dato' Abdul Razak (Menteri Pelajaran), Oscar Spencer (Menteri Ekonomi) dan Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian) (The Straits Times, Rahman helps to save a child, 14 Nov 1955, hlm. 1).  Pemergian beliau adalah bagi memenuhi jemputan Presiden Sukarno. Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke luar negara sebagai Ketua Menteri.

Tunku berlepas pulang ke Malaya pada 14 Nov dan singgah di Singapura dimana beliau disambut oleh David Marshall. Apabila ditanya mengenai bila rundingan dengan ketua pengganas akan diadakan semasa sidang akhbar,  beliau menjawab "...I don't know when they'll take place. He didn't send me a wire in Indonesia."

Tunku mengharapkan ada surat dari Chin Peng menunggunya di pejabatnya nanti. Tapi, bila beliau pergi ke pejabatnya pada 15 Nov, tiada sebarang surat dari Chin Peng! Ini betul2 buat Tunku begitu bengang kerana beliau nak ketua pengganas itu "...giving a date for their projected meeting." (The Straits Times, AMNESTY: Tengku to set time limit, 16 Nov 1955, hlm. 1). Tindakan beliau selanjutnya ialah berbincang Lt Jen Bourne. Hasil perbincangan ini, Tunku telah membuat pengumuman melalui Radio Malaya "...It is obvious either Chin Peng making light of the whole matter or treating my effort to end the Emergency with distain" pada hari itu juga. Seterusnya beliau menegaskan akan menetapkan tarikh tamat tempoh amnesty; tarikh itu akan ditetapkan dalam beberapa hari lagi.

Bourne turut membuat kenyataan bahawa "...I am very pleased that Tengku Abdul Rahman has given Chin Peng notice that he is not prepared to wait indefinitely."

Bagaimana pula dengan Chin Peng tentang ultimatum Tunku ini? Dah pastilah ketua pengganas ni tak senang duduk. Tak tahulah bagaimana komunikasi di antara pihak gomen dengan PKM, tetapi pertemuan kedua telah diadakan pada 17 Nov, masih di Klian Intan. PKM masih diwakili oleh Chen Tian dengan diiringi oleh Lee Chin Hee sementara gomen diwakili oleh Wylie dan Too.

Menurut Chin Peng, dia menulis satu surat kepada Tunku dan Chen Tien diarahkan untuk menyerahkannya kepada Too, bukannya Wylie. Selain itu, PKM telah menyediakan "...a statement and leaflets for Chen Tien to give out to press reporters covering the event. If the British were going to prohibit us from holding a press conference at the main talks, we simply had to find other avenues to be heard." (Chin Peng, My Side of History, hlm. 365).

Penduduk Klian Intan dan para wartawan sedia maklum bahawa wakil Chin Peng akan keluar dari hutan di Klian Intan tetapi tidak tahu bila; para wartawan dah berminggu berkhemah di Klian Intan. Menurut Khoo Sian Hock, wartawan The Straits Times, dia dan jurugambar telah berada di satu lokasi berhampiran dengan tempat penyembelihan Klian Intan semenjak awal pagi lagi pada 17 Nov di mana mereka menjangka wakil PKM akan lalui. Penungguan mereka tidak menghampkan. Pada jam 1235, kelihatan 2 orang Cina keluar dari hutan dan Khoo pun apa lagi le...dia pun berjalan menuju ke arah mereka (Khoo Sian Hock, The Straits Times, The courteous propaganda chief talks to press, 18 Nov 1955, hlm. 1).

Menurut Khoo lagi, apabila bertemu dengan 2 orang Cina ini, seorang daripada mereka menegurnya dalam bahasa Inggeris "Good day. I am Chen Tien. May I know your name, please?" Bila diberitahu bahawa mereka adalah wartawan The Straits Times, Chen Tian telah menyerahkan kenyataan Chin Peng kepada Khoo dan juga menyatakan yang dia akan pos sendiri satu surat dari Chin Peng kepada Tunku. Tetapi tidak pula diberitahu apa isi kandungan  surat tersebut. (Laporan akhbar ini bercanggah dengan kenyataan Chin Peng di atas yang mengatakan bahawa Chen Tian menyerahkan surat itu kepada Too untuk dipanjangkan kepada Tunku. The Straits Times memaparkan gambar Chen Tien mengeposkan surat tersebut).
Chen Tien (kanan) berjabat tangan dengan Khoo Sian Hock (wartawan The Straits Times), wartawan Nanyang Siang Pau, Lee Chin Hee. Sumber: The Straits Times, 18 Nov 1955

Kenyataan  Chin Peng, antara lain kenyataan tersebut menyentuh "...The masses hope both sides at the peace talks will treat the matter with sincerity, conciliation and compromise. Any attempt to induce members of the liberation army to surrender will only crate an adverse atmosphere for the peace talks and therefore be against the people." (Chin Peng, My Side of History, hlm. 365).  Khoo pula menyatakan bahawa Chen Tien menegaskan bahawa PKM menolak tawaran amnesty kerana "...those methods, being equivalent to surrender offer offer, are unrealistic and, therefore, will never help in any way to bring the war to an end." (Khoo Sian Hock, The Straits Times, Chin Peng's Answer: Terms are on way to Rahman, 18 Nov 1955, hlm. 1).

Khoo turut bertanya Chen Tien alasan mereka lewat keluar dari hutan. Menurut Chen Tien, kelewatan disebabkan "...the sound of gunshots and the noise of low-flying R.A.F. aircraft during the past few days. This slowed down our progress. It took us some time to clarify the position before we would come out again. But I should like to stress, from our experience at last month's meeting that the government should have known what to do on the question of providing us with all facilities for coming out."

Menyentuh terma-terma rundingan tersebut pula, Chen Tien menegaskan bahawa PKM mahukan gomen memenuhi 2 syarat berikut sebelum rundingan diadakan:

"THERE MUST be a "concrete assurance" for the personal safety and freedom of movement of the the Communist delegates, including Chin Peng, for the duration of the talks and during their journey to and from the meetings.

AN AGENDA must be drafted."

Menurut Chen Tien lagi, isu ini dibangkitkan kerana mereka tidak bersetuju dengan cadangan Wylie dan Too mengenai "..local cease-fire arrangements" semasa pertemuan mereka pada 17 Okt. Persoalan ini perlu diatasi sebelum rundingan dilaksanakan. (Maaf le, tidak diketahui apakah cadangan gomen tersebut).

Mereka seterusnya berjalan menuju ke Pej Pos Klian Intan, lebih kurang 200 ela dari Balai Polis. (Maaf le tak pasti jarak dari lokasi mereka keluar dari hutan ke Pej Pos). Apabila mereka tiba di Pej Pos, D. P. Turner (O.C.P.D. Kroh) dan McElwains (A.D.O Kroh) sedang menunngu mereka. Chen Tien bertanya D. Devavaran, Ketua Pej Pos, harga setem untuk mengepos surat ke Kuala Lumpur. Jawapannya ialah sekupang (10 sen) dan 2 kupang untuk surat berdaftar (20 sen). Chen Tien hantar surat berdaftar kerana dia yakin surat itu akan diterima oleh Tunku keesokan hari. Untuk itu dia menghulur $5 untuk surat berdaftar dan D. Devavaran pula memulangkan bakinya.

Apabila selesai urusan ini, mereka mendapati terdapat lebih kurang 1000 orang penduduk Klian Intan berada di luar Pej Pos. Penduduk pekan itu nak tengok kedua-dua PGK tersebut. Keadaan begitu sesak sehingga kedua-dua Mat Saleh ini terpaksa mengiringi Chen Tien untuk melepasi orang ramai. Seterusnya, kedua-dua  PGK dengan masih diiringi oleh Turner dan McElwains berjalan menuju ke rumah Puan Kong See, 80 tahun, nenek kepada Ng Kam Choy  di Kpg Khek untuk makan tengah dan bermalam. Bila tiba di rumah Kong, kedua-dua Mat Saleh pun balik ke Klian Intan. Sepanjang mereka berada di Klian Intan, mereka ditempatkan di sebuah rumah kosong di Kpg Khek (The Straits Times, The Tengku Names The Day, 20 Nov 1955, hlm. 1).

Di mana pula anggota Pasukan Keselamatan? Menurut Khoo, semua anggota polis telah diundurkan dari jalan besar Klian Intan. Sementara itu, anggota Cawangan Khas pula menentukan tiada sebarang gangguan.

Ketika ini semua berlaku, di mana wakil gomen, Wylie dan Too?

Bersambung...

Selasa, 12 Jun 2018

Syukur Alhamdulillah

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Mengapa ya? Mana tidaknya, selepas 4 tahun mengadap komputer, menghubungi rakan-taulan tak kira waktu dan banyak mengeluarkan ongkos, akhirnya terima emel bertarikh 5 Jun 2018 ini...

Emel daripada AHSGSAS

Emel ini mengesahkan saya berjaya menamatkan kajian PhD oleh Senat UUM yang bersidang pada 3 Jun 2018. Selagi Senat tak endorse, tak boleh guna Dr. sebelum nama.

Saya telah melepasi viva pada 10 Jan 2018 dengan minor revisions.

Bergambar selepas viva. Dari kiri: Prof. Dr. Najib Ahmad Marzuki, Dr. Mohamed Ali, Lt. Kol. Prof. Ahmad Ghazali (UPNM), Nor Ibrahim, Prof. Madya Dr. Rohani,  Dr. ???? (wakil AHS)


Surat pengesahan lulus viva dari AHS

Apa yang saya difahamkan, kebiasaan kategori keputusan panel viva adalah seperti berikut:

1. Lulus dengan minor revisions. Kebiasaannya membabitkan keperluan untuk menambah/mengeluarkan sedikit kandungan tesis dan pembetulan kepada masalah teknikal seperti, koma, noktah, italics, dll. Calon diberi 3  bulan untuk membuat pembetulan sebelum diserahkan kepada ahli panel viva yang dinyatakan untuk semakannya.

 2. Lulus dengan major revisions. Kebiasaannya membabitkan kandungan tesis itu sendiri. Calon diberi 1 tahun  untuk membuat pembetulan. 

3. Re-viva.

4. Gagal.

Lulus viva dan terima ucapan tahniah, banyak lagi ranjau yang perlu dilalui. Dipendekkan cerita, setelah melepasi semua prosidur yang ditetapkan, Senat UUM pun endorsed keputusan ahli panel viva.

Saya pun sediakan tesis dalam bentuk hard cover seperti yang dikehendaki...

Tesis
Perakuan Kerja Tesis

Semalam, 11 Jun 2018, serah tesis kepada AHS...

Sekarang sedang menunggu surat rasmi daripada UUM mengenai penamatan pengajian di UUM.

Para pembaca yang dihormati, saya ingin merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada rakan taulan dan rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia melayan kerenah veteran 69 tahun ini, tidak kira siang dan malam. Kerjasama dan sokongan mereka meringankan bebanan yang terpaksa dihadapi dalam membuat kajian ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar diberinya kesejahteraan di dunia dan akhirat...amiiin.

Setakat ini, maka berakhirnya 1 bab dalam kehidupan saya...syukur alhamdulillah.

Update: 24 Jun 2018...

Jumaat, 1 Jun 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xx

Bersambung dari SINI...

Semasa rundingan di antara wakil gomen dan PGK tersebut, Chen Tien menyatakan rundingan yang akan diadakan di antara Tunku dan Chin Peng memerlukan tempoh 2-3 minggu dan mahu zon mesyuarat dipastikan bebas dari kehadiran anggota Pasukan Keselamatan. Dia juga mahukan jaminan mengenai keselamatannya semasa menghadiri sesi mesyuarat-mesyuarat awal selepas ini. Betul2 demanding Chen Tien sampai nak 2-3 minggu? Cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh Wylie. Pegawai Polis ini menegaskan rundingan itu dihadkan tidak lebih dari 48 jam sahaja dengan kemungkinan ditambah 24 jam jika perlu. Tentang pengunduran PK, no way mereka akan diundur sepanjang tempoh tersebut sebaliknya "...would be confined to base." Tapi Wylie memberi jaminan keselamatan Chen Tien semasa menghadiri mesyuarat selepas ini (Nik Anuar, 1999, Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Amnesty Talks, Jebat 18, hlm. 185).

Selain itu, PGK menegaskan bahawa mereka akan membuat sidang akhbar semasa rundingan di antara Tunku dan Chin Peng nanti. Bab ini telah menimbulkan ketegangn leher di antara kedua-dua pihak. Menurut Chin Peng, "...There were some very heated arguments made on this point by Wylie, but no conclusion was reached by the end of the first session." (Chin Peng, My Side Of History, hlm. 365).

Sesi pertemuan pertama ini hanya mengambil masa lebih kurang satu setengah jam sahaja (The Sunday Times, 1 Oct 1955, Marshall Is Invited To Talks With Chin Peng, hlm. 1).

Menurut seorang penghuni Klian Intan, Wong Choy, M.B.E., Pengurusi Majlis Tempatan Klian Intan, selepas mesyuarat tersebut, Chen Tien dan Lee Ah Tung telah pergi ke penempatan kaum Hakka untuk melawat Puan Kong See, 80 tahun, nenek kepada Ng Kam Choy yang telah menyertai PGK untuk bertanya khabar. Sempat juga le Kong See  menghidangkan teh dan biskut kepada kedua-dua tetamunya. Chen Tien memberitahu nenek tersebut bahawa pertemuan dia dengan wakil gomen berjalan dengan baik dan  menyatakan keamanan akan tercapai tidak lama lagi.

Dari situ, mereka berdua meneruskan perjalanan menuju ke hutan dan menyelinap balik ke safe haven di kawasan Betong, Thailand yang hanya lebih kurang 5 batu sahaja. Sementara itu, Wylie dan Too berlepas ke Kroh dan terbang ke KL pada jam 1400 dengan menaiki pesawat Beaver yang menunggu mereka di Kroh.

Heran juga kerana laporan akhbar tidak menyebut kedua-dua PGK diiringi oleh anggota PK. Harap ada para pembaca dapat mencerahkan aspek keselamatan ini. Terima kasih.

Bersambung..