Followers

Sunday, February 21, 2016

Op Bamboo - Bhg 4

Bersambung dari sini....

Dalam pencarian saya untuk mendapatkan data tentang Op Bamboo, saya telah pergi lokasi yang banyak membawa kenangan, iaitu KROH atau kini dikenali Pangkalan Hulu. Saya telah membuat temu janji dengan ASP Francis Savarimuthu a/l M K Nair (B) dan ASP Gerard Fernandes (B) pada 17 Oktober 2015. Kedua-dua mereka adalah mantan pegawai No 19 Senoi Praaq, Kroh. ASP Francis mula berkhidmat dengan JOA (kini JAKOA) pada 1954 dan menyertai Senoi Praaq semasa penubuhannya pada 1956 sehingga bersara pada 23 November 1987.
Kiri: ASP Francis & ASP Gerald berbelakangkan Kroh airfield

Kroh airfield di suatu ketika dulu

Mungkin ramai yang 'tertinggal' mengenai kepewiraan mendiang Insp Gunasegaran PGB yang terlibat dalam Op Bamboo.  Tak apalah, saya cuba ingatkan kisah beliau....

Pada 9/6/1980, Insp 8294 Genasegaran a/l Ratinam, Bn 20 PPH, telah berjaya mengesan pergerakan PGK semasa membuat rondaan di kawasan Gob di sempadan Perak/Kelantan. Kekuatan musuh dianggar seramai 30-40 orang. Semasa penjejakan, beliau telah nampak 4 orang dari kumpulan PGK sedang menadaki sebuah bukit. Belum sempat beliau mengarah platunnya untuk menyerang musuh, seorang PGK telah nampak kedudukan mereka. Ekoran itu, beliau telah melepaskan tembakan dan berjaya membunuh 2 orang PGK. Namun, beliau sendiri telah cedera parah di bahagian dadanya dan tersungkur ke tanah. Walau pun cedera, beliau telah bangun semula dan berjaya membunuh seorang lagi musuh. Semua ini berlaku tanpa bantuan orangnya. Apabila anggota2nya berada di sisinya, beliau mewasiatkan agar mereka meneruskan perjuangan demi untuk Batalion, Pasukan, dan Negara, amnya.
Sebuah Nuri dari detasmen No 3 Skuadron, Ipoh, berlepas untuk tugasan casevac. Sebelum itu, Nuri singgah di Ulu Kinta untuk mengambil Supt Syed Zainal, Pegawai Memerintah 20 PPH, dan doktor. Malang sekali Nuri tidak melaksanakan tugasan kerana cuaca buruk serta pesawat menghadapi kerosakan dan terpaksa mendarat di Kubu Chabai. Sebuah Nuri ditugaskan untuk membuat 'recovery' pada hari itu juga tetapi tidak dapat mengambil Gunasegaran kerana cuaca masih buruk. Keadaan ini berakhir dengan kematiannya.

Bersambung....