Pengikut

Ahad, 21 Jun 2009

Pengalaman Ke3

Pengganas komunis bertukar strategi. Mengikut laporan perisikan, PK 'kecewa' kerana hanya sebuah nuri sahaja yang berjaya mereka jatuhkan. Insiden nuri ditembak sudah menjadi rutin. Walaupun kena tembakan, nuri masih berterbangan di kawasan operasi.

Dalam satu insiden, sebuah nuri telah ditembak. Sebanyak 49 butir peluru telah mengena tangki minyak. Namun demikian, telah berjaya mendarat di kem Gubir. Laluan penerbangan nuri dihujani dengan bahan api avtur. Dalam masa 30 minit di KG, tangki minyak kosong...... Bayangkan apa akan terjadi sekira tiada kawasan untuk mendarat!

Strategi baru mereka ialah menjadikan pilot sebagai sasaran. Fasa penerbangan yang kritikal untuk nuri ialah semasa 'approach', hovering', dan 'take-off'. Dan paling mudah ialah semasa nuri berada di LP. Ini terbukti apabila banyak insiden tembakan berlaku semasa nuri dalam fasa penerbangan tersebut.

Saya sendiri telah ditembak dengan 'grenade launcher' semasa berada di LP kawasan operasi Klian Intan. Semasa mengeluarkan muatan, terdengar letupan kuat dan anggota keselamatan 'take cover'. Dengan pantas saya 'take-off' dan baru saja melepasi ketinggian pokok-pokok, satu lagi tembakan dilepaskan. Letupan itu menggongcang nuri. Penerbangan lebihkurang 10 minit ke Kem Klian Intan (KKI) sungguh memeritkan. Syukur kepada Ilahi, nuri selamat mendarat di KKI. Nuri tidak mengalami sebarang kerosakan dan pihak atasan dimaklumkan. Arahan berikutnya...bukan terbang balik ke pengkalan, sebaliknya dikehendaki mengambil 'casevac' (casualty evacuation) di kawasan operasi di Kedah!! Seorang anggota TDM cedera parah ditembak PK. No problem......

Dalam satu insiden lain pula, saya berada di LP untuk membawa balik tentera kita ke Kroh (nama lama Pengkalan Hulu). Kuatermaster Udara (KU), Sjn Mohsin memberitahu saya yang beliau terkena tembakan. Nasib beliau memang baik kerana kecedaraan di kakinya tidak serius.

bersambung................

1 ulasan:

Robert Rizal Abdullah berkata...

Squad,

Wasn't there sentries posted at strategic locations by ground troops to prevent CTs taking pot shots at your Nuri?